Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Tuesday, March 31, 2015

Resepi Ayam Panggang Usop



Bahan:
1 ekor ayam
2 tangkai daun rosemary (boleh guna rosemary kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil rempah cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
2 biji kentang idaho (kentang kulit tipis)

Cara-cara:
1) Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2) Tumbuk/kisar daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
3) Masukkan bahan2 lain seperti rempah cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati.
4) Lumurkan kepada ayam hingga rata.
5) Gaulkan lebihan rempah kepada kentang tadi.
6) Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
7) Panaskan 'magic pan' dengan api kecil & masukkan ayam serta kentang.
8) Biarkan selama 45 minit.
9) Flip/terbalikkan 'magic pan' supaya ayam masak dengan sama rata.
10) Hidangkan bersama salad buah2an & sayur2an.

Notakaki: selain kentang, boleh juga gunakan carrot, bawang holland & kobis bunga.