Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Healing Crisis. Show all posts
Showing posts with label Healing Crisis. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Kenapa Saya Memilih Shaklee

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Hari Malaysia u olls!

Saya harap korang semua sihat2 di samping keluarga tersayang kay! Alhamdulillah saya pun sihat jugak. Makin hari makin sihat... hehehe. Sejak abis bulan puasa nie, berat ada naik sket. Nak kena try maintain berat 65kg ke bawah. Saya pun dah start makan Cinch Shake tu. Yelah, takkan kita nak promote jer kat orang tanpa kita sendiri cuba kan? Testimoni dah ada kat depan mata saya nie, kalau saya takmo cuba jugak, memang la sengaja kan...

Hafez... pinjam gambar ko yer! hehehe... jgn mare!

Sejujurnya, saya nie memang kuat makan. Entahlah, dari dulu lagi saya jenis yang suka makan. Kalau dulu2, hampir setiap hari dok mencarik tempat makan yang best2 nak pergi teroka. Kadang2 tu sanggup drive jauh2 semata2 nak gi makan tempat yang sedap2.

Masalah berat badan saya mula makin bertambah masa saya dah berhenti kerja dari BNM dan mula bekerja di restoran Cupcake Chapter. Masa tu saya dah tak gi kerja turun naik LRT lagi. Restoran pun dekat je ngan umah. Paham2 jelah, hampir tiap2 hari makan western food & dessert yang mabelles kat situ. Saper yang nak tolak kan?

Bila badan kita lebih besar berbanding badan pengacara JJCM... sigh...
Stress sangat nak uruskan restoran nih. Bila stress pikir pasal duit, masalah pekerja, ragam customer, nak bayar bil... saya pun apalagi... order makanan yang sedap2. Comfort food kata kau! Nah hambik!!! Berat pun naik 10kilo!

Tapi syukur sekarang nie nafsu makan dah kureng sikit. Maklumlah, bila dah mok mok, baru nak sedar diri kan? Takkan saya nak tua dengan badan yang camni. Nasib baik la jumpa supplement Shaklee, yang banyak membantu saya untuk kawal nafsu makan & kurangkan berat badan.

Ada orang cakap, untuk turunkan berat badan, tak perlu amik supplement2 nie. Cukup sekadar jaga pemakanan, jaga diet & bersenam. Poooorah! Saya dah cuba semua tuh! Sebulan dua berhempas pulas kat gym, berat turun 500gram sajor!!! Pastu bila dah frust, saya makan & makan lagi! Berat pun naik balik berganda2. Buat penat jer usaha gi gym selama nih.

Sekarang nie saya rasa mudah sikit nak kawal berat badan. Saya pun dah tak perlu gi gym macam dulu2. Cukup 2-3 kali seminggu saya gi jogging ataupun buat evening walk. Skali sekala ada kelapangan, boleh la masuk gym untuk feeling2 retis... hehehe

Gym ni murs2 jer... sekali masuk bayar RM8. Jimat sket kan?

Anyway, life sekarang nie agak busy sket. Saya memang kena amik supplement. Siang saya sibuk buat kek. Malam pulak sibuk layan customer2 Shaklee. Itu tak termasuk masa yang saya nak spend ngan family. Kadang2 tu rasa terkejar2 jugak. Pantang jer ada masa terluang, saya akan terus ON laptop, buat blog, post gambar kat FB, reply2 mesej customer, etc. Selalunya malam tido paling awal pun jam 12 lebih. Kalau saya tak amik supplement, cemana la nak bertahan kan? Harus la melepet jer...

Tapi banyak2 supplement Shaklee, yang paling power ialah Vivix. Kenapa saya kata power? Bahan2 dia pun bukan calang2 punyer. Sejak saya makan Vivix nie, hampir setiap hari saya akan batuk2 kecil & setiap pagi mesti ada hingus ataupun kahak yang keluar. Tu semua normal la, sebahagian daripada healing process. Yang paling saya suka ialah kesannya terhadap kulit saya. Sebelum nie kulit saya kadang2 kering, kadang2 berminyak, kadang2 berjerawat. Alhamdulillah lepas setengah bulan amik Vivix, kulit saya jadi seimbang sket. Nak kata flawless tu, rasanya belum lagi, tapi yang penting ada improvement la kan...


InsyaAllah saya akan terus amik Vivix nie. Saya akan cuba set aside budget untuk supplement2 Shaklee setiap bulan, agar badan saya lebih bertenaga, lebih sihat. Tak sanggup la bila dah tua nanti, macam2 penyakit plak yang timbul...

Okaylah u olls. Saya nak keluar bekfes nie. Hmm... nak makan apa pagi nie ek? Lontong goreng ataupun roti bakar?

Monday, September 8, 2014

Fasa Krisis Pemulihan Shaklee

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua! Moga2 korang semua sihat2 hari nie di samping keluarga tercinta.

Ari nie korang Monday blues tak? Ada mood nak buat kerja tak? Kalau mood belum datang, jom baca sikit info tentang krisis pemulihan nie.

Topik penting yang saya nak share kat sini, yang banyak kali ditanya oleh pelanggan2 saya, terutamanya yang baru2 mencuba produk2 supplement Shaklee, ialah tentang Krisis Pemulihan. Semoga ianya berguna sebagai rujukan korang semua.


Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak! Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang leman akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbum di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Contohnya seperti sisa-sisa kimia daripada makanan, lemak, dan stress. Ditambah pula dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik ataupun pengambilan ubat-ubatan sintetik yang lain. Supplement2 Shaklee membantu untuk mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi, serta pengawalan fungsi organ-organ tubuh.

Pada waktu detoksifikasi ni, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, badan terasa hangat, berpeluh-peluh, dan lain-lain. Simptom-simpton adalah berbeza mengikut individu, dan kadangkala boleh berlarutan sehinggan 1-2 minggu.

Dalam jangkamasa pemulihan ni, minumlah banyak air kosong yang bersih, dapatkan rehat yang secukupnya, dan lebihkan mengambil sayur2an & buah2an dalam makanan. Selagi mana kita memahami bahawa ini merupakan simptom pemulihan, kita akan mudah nak melalui fasa tersebut.

Jadi, kalau korang ada rasa demam ker masa mula2 amik supplement Shaklee, itu memang perkara biasa. Jangan pulak terus stop makan Shaklee. Teruskan je. Saya pun dah lalui fasa tersebut, sampaikan saya terlupa apa simptom yang saya alami. Kalau tak silap, setiap pagi lepas bangun tido, mesti saya ada batuk2 sikit & keluar kahak lendir yang cair, dan berlarutan selama beberapa hari. Pastu, simptom tu hilang dengan sendirinya tanpa saya sedar.

Kalau korang ada mengalami sebarang krisis pemulihan & nak tahu puncanya, saya boleh tolong carikan. Tinggalkan nama & email korang di ruangan komen. Nanti saya cuba respond secepat mungkin kay!

Okaylah, saya pun takleh lama nie. Ari nie nak kena buat beberapa bijik kek. Esok nak hantar kat Chamek Kopitiam. Nanti saya tulis lagi kay!