Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

7 Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder

7 ramuan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder:

1) Kolagen dari sisik ikan merah (Red Snapper Scales, RSS)

Sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2) Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid  oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia

Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4) Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5) Vitamin C dan B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

6) Ekstrak Kekerang

Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7) Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Ketujuh-tujuh ramuan utama ini digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam.

Friday, December 12, 2014

Istimewa Bulan Dis 2014

Bulan ni Shaklee bermurah hati buat 3 jenis promosi untuk kita semua.
Set ni memang sesuai untuk kita2 yang nak jaga kesihatan, terutama sekali kesihatan kulit.
Rugi kalau tak grab peluang keemasan nie tau!

Tuesday, October 7, 2014

Mengapa Saya Ambil Pelbagai Jenis Supplement Tambahan


Sebelum saya menggunakan supplement2 Shaklee, saya banyak mencuba pelbagai jenis supplement yang dijual di farmasi2 & juga syarikat2 MLM yang ada kat Malaysia nie. Banyak dah try. Ada yang OK, tapi banyak yang KO. Yang OK tu pun, awal2 jer nampak macam OK, tapi makin lama kita guna, ada jer benda merepek yang diubah sampaikan ada satu jenama nie dah ditarik balik logo halal sebab mengandungi bahan2 yang was-was. Hmm... lepas tu lama jugak saya tak makan supplement. Bergantung kepada ubat2an yang dapat kat hospital & klinik jer, walaupun saya tahu yang ubat2an sintetik nie tak elok untuk hati & buah pinggang kita.

Lepas saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya hanya mencuba 1 jenis jer iaitu Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral. Selepas sebulan, saya dapati badan saya semakin bertenaga & sukar nak terkena demam, tak macam sebelumnya. Sejak itulah, saya tambah supplement saya sedikit demi sedikit.

Sekarang nie, ada lebih kurang 9 jenis produk Shaklee yang saya ambil/gunakan setiap hari...

1) Set pengjagaan muka Enfuselle (pencuci, penyegar & pelembab) - 2 kali sehari
2) Sustained Release Vita-C Plus - 2 biji sehari
3) Vita-Lea - 1 biji sehari
4) GLA Complex - 1 biji sehari
5) Cinch Shake - 1 kali sehari
6) Peppermint-Ginger Plus - bila perlu
7) Zinc Complex - bila2 teringat
8) Collagen Powder - 1 kali sehari
9) Vivix - 1 kali sehari

Tujuan saya mengambil banyak jenis supplement bukanlah sebab saya nie gila nak makan supplement, ataupun takut sangat terkena penyakit. Tapi saya ingin jadi lebih sihat dengan cara yang betul. Bila dalaman kita sihat, maka luaran kita akan nampak lebih sihat juga, betul tak?

Kita sedia maklum bahawa penyakit itu akan datang tanpa diundang. Apa yang kita boleh buat ialah berusaha untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit, terutama sekali apabila tua kelak. Takmolah bila dah tua nanti, mula la sakit2 lutut, susah nak solat berdiri, susah nak berjalan jauh & terpaksa ulang alik ke hospital sebab dah terkena banyak penyakit.

Apa yang penting kat sini, semau produk Shaklee adalah selamat untuk tubuh & organ dalam badan kita. Ia diperbuat daripada bahan2 semulajadi yang berkualiti tinggi. Sebab itulah bagi yang dah pernah mencuba produk2 Shaklee, pasti akan terus menggunakannya.

Biarlah saya keluarkan duit sikit sekarang nie untuk membeli supplement, asalkan tubuh saya menjadi lebih sihat & bertenaga. Jangan bila dah tua nanti, lebih banyak duit yang terpaksa dibelanjakan untuk kos perubatan yang semakin lama semakin meningkat.

Thursday, September 25, 2014

Harga Runtuh Shaklee Collagen Powder

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Tengahari U Olls!

Aduhhh... dah 2 hari tak update blog. Rasa macam terketar2 jer tangan nie. Macam orang lama 'tak mendapat' kan? Hahaha...

Bukannya apa, setiap kali lepas habis update blog, saya rasa lega sangat. Yelah, saya nie tak mampu nak gi jumpa psikitaris! Bukannya murah doktor2 pakar nie kan? Bila kita dapat citer tentang masalah kita ataupun berkongsi cerita harian kita kat blog, rasa macam ada satu beban dah diangkat daripada bahu nie.

Korang yang membaca blog saya nie, ada blog jugak tak? Kalau ada, boleh la share ngan saya. Saya nie tak ramai kengkawan bloggers. Yelah, bak kata orang, blogging is soooo yesteryear kan? Tapi jangan tak tau, dunia blogging sekarang nie dah jauh lebih advance berbanding dunia blogging awal2 dulu. Bila bukak blog orang, kadang2 tu terkesima jap dok tengok betapa canggihnyer blog orang lain berbanding blog kita sendiri... hehehe. Ada sesetengah blogger tu dah takyah kerja makan gaji. Hasil berblogging dia pun dah melebihi gaji bulanan kita kan?! 

Blog2 yang saya selalu baca semuanya saya tepek alamatnya kat bahagian kanan page nie. Senang nak refer. Cuma ada kalanya tak sempat nak tinggalkan komen. Baca sekali imbas setiap pagi, then terus tutup. Maklumlah... bz kononnyer, bisnes tengah baru nak naik sekarang nie... giteewwww!

Anyway, hujung2 bulan nie semua orang Shaklee memang tengah bz buat closing. Mentor2 kami pun lebih agresif kasi guidance & buat kelas utk kami capai matlamat kami berada di dalam bisnes nie. Jadi, usaha perlu digandakan. Tawakal jugak perlu dilipatgandakan jugak. InsyaAllah jika konsisten & lebih fokus, semua orang boleh berjaya. Yang penting kita kena percaya yang pemberi rezeki ialah Allah, bukannya manusia ataupun syarikat.

Oh ya... masuk hari nie saya dah ada 5 orang anak Shaklee. Syukur sesangat. Bukannya apa, cuma bila orang berminat nak mencuba produk Shaklee, saya lebih suka jika pelanggan saya mendaftar jadi ahli je. Selain dapat beli produk2 Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah, mereka juga dapat perhatian yang lebih berbanding pelanggan2 yang bukan ahli.

Contohnya... bulan nie 2 orang anak Shaklee saya dapat hadiah spesel daripada saya & Hafez...


Hadiah kami taklah semahal mana. Tak la sampai riban2 regenyer. Yang penting, ianya ikhlas daripada kami berdua sebagai tanda penghargaan buat pelanggan2 kami yang dah membeli dengan banyak daripada kami.

Haaa... seronok kan jadi customer kami? Ada beberapa lagi freebies yang belum mempunyai tuan. Kalau u olls berminat, cepat2 la ambik peluang nie okay! Lagi banyak u olls membeli, lagi mahal la hadiah yang u olls akan dapat! Huhuhu...

Oh ya... sebelum sampai hujung bulan nie, sekali lagi nak beritau u olls tentang promosi Shaklee Collagen Powder (SCP)...


Promosinya macam nie:

Harga jualan 1 kotak SCP = RM298
Harga untuk 6 kotak SCP = RM1788

Jika u olls beli 6 kotak, u olls akan dapat:

i) Percuma 1 kotak SCP (bernilai RM298)
ii) Percuma membership (bernilai RM65)
iii) Percuma penghantaran (bernilai RM10)

DAN

iv) Percuma 1 hadiah misteri daripada saya & Hafez (bernilai lebih RM500!!!)

Jika u olls memang dah decide nak beli 6 kotak, secara automatik harga sekotak SCP akan jatuh kepada harga ahli. Jadi, jumlah harga untuk 6 kotak tu bukan lagi RM1788 yer! Dah runtuh banyak ke bawah! Hehehe...

Nak tahu harga ahli? Tu kena PM atau Whatsapp saya kay! Takleh citer kat sini... rahsia kita2 ajer!

Haaa... kalau korang campur2 semua penjimatan kat atas tuh, dah berapa korang jimat? Banyak kan? Rugi tak grab peluang nie taw! Promosi sampai hujung bulan nie jer!

Okaylah, saya nak bersiap2 gi buat kek nie. Kalau ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact saya kat 091-3753414 ya! Nanti ada masa, saya akan tulis lagi kay!!!

Babai!!!

Tuesday, September 16, 2014

Kenapa Saya Memilih Shaklee

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Hari Malaysia u olls!

Saya harap korang semua sihat2 di samping keluarga tersayang kay! Alhamdulillah saya pun sihat jugak. Makin hari makin sihat... hehehe. Sejak abis bulan puasa nie, berat ada naik sket. Nak kena try maintain berat 65kg ke bawah. Saya pun dah start makan Cinch Shake tu. Yelah, takkan kita nak promote jer kat orang tanpa kita sendiri cuba kan? Testimoni dah ada kat depan mata saya nie, kalau saya takmo cuba jugak, memang la sengaja kan...

Hafez... pinjam gambar ko yer! hehehe... jgn mare!

Sejujurnya, saya nie memang kuat makan. Entahlah, dari dulu lagi saya jenis yang suka makan. Kalau dulu2, hampir setiap hari dok mencarik tempat makan yang best2 nak pergi teroka. Kadang2 tu sanggup drive jauh2 semata2 nak gi makan tempat yang sedap2.

Masalah berat badan saya mula makin bertambah masa saya dah berhenti kerja dari BNM dan mula bekerja di restoran Cupcake Chapter. Masa tu saya dah tak gi kerja turun naik LRT lagi. Restoran pun dekat je ngan umah. Paham2 jelah, hampir tiap2 hari makan western food & dessert yang mabelles kat situ. Saper yang nak tolak kan?

Bila badan kita lebih besar berbanding badan pengacara JJCM... sigh...
Stress sangat nak uruskan restoran nih. Bila stress pikir pasal duit, masalah pekerja, ragam customer, nak bayar bil... saya pun apalagi... order makanan yang sedap2. Comfort food kata kau! Nah hambik!!! Berat pun naik 10kilo!

Tapi syukur sekarang nie nafsu makan dah kureng sikit. Maklumlah, bila dah mok mok, baru nak sedar diri kan? Takkan saya nak tua dengan badan yang camni. Nasib baik la jumpa supplement Shaklee, yang banyak membantu saya untuk kawal nafsu makan & kurangkan berat badan.

Ada orang cakap, untuk turunkan berat badan, tak perlu amik supplement2 nie. Cukup sekadar jaga pemakanan, jaga diet & bersenam. Poooorah! Saya dah cuba semua tuh! Sebulan dua berhempas pulas kat gym, berat turun 500gram sajor!!! Pastu bila dah frust, saya makan & makan lagi! Berat pun naik balik berganda2. Buat penat jer usaha gi gym selama nih.

Sekarang nie saya rasa mudah sikit nak kawal berat badan. Saya pun dah tak perlu gi gym macam dulu2. Cukup 2-3 kali seminggu saya gi jogging ataupun buat evening walk. Skali sekala ada kelapangan, boleh la masuk gym untuk feeling2 retis... hehehe

Gym ni murs2 jer... sekali masuk bayar RM8. Jimat sket kan?

Anyway, life sekarang nie agak busy sket. Saya memang kena amik supplement. Siang saya sibuk buat kek. Malam pulak sibuk layan customer2 Shaklee. Itu tak termasuk masa yang saya nak spend ngan family. Kadang2 tu rasa terkejar2 jugak. Pantang jer ada masa terluang, saya akan terus ON laptop, buat blog, post gambar kat FB, reply2 mesej customer, etc. Selalunya malam tido paling awal pun jam 12 lebih. Kalau saya tak amik supplement, cemana la nak bertahan kan? Harus la melepet jer...

Tapi banyak2 supplement Shaklee, yang paling power ialah Vivix. Kenapa saya kata power? Bahan2 dia pun bukan calang2 punyer. Sejak saya makan Vivix nie, hampir setiap hari saya akan batuk2 kecil & setiap pagi mesti ada hingus ataupun kahak yang keluar. Tu semua normal la, sebahagian daripada healing process. Yang paling saya suka ialah kesannya terhadap kulit saya. Sebelum nie kulit saya kadang2 kering, kadang2 berminyak, kadang2 berjerawat. Alhamdulillah lepas setengah bulan amik Vivix, kulit saya jadi seimbang sket. Nak kata flawless tu, rasanya belum lagi, tapi yang penting ada improvement la kan...


InsyaAllah saya akan terus amik Vivix nie. Saya akan cuba set aside budget untuk supplement2 Shaklee setiap bulan, agar badan saya lebih bertenaga, lebih sihat. Tak sanggup la bila dah tua nanti, macam2 penyakit plak yang timbul...

Okaylah u olls. Saya nak keluar bekfes nie. Hmm... nak makan apa pagi nie ek? Lontong goreng ataupun roti bakar?

Thursday, September 4, 2014

Shaklee Collagen Powder Untuk Tulang & Sendi

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Korang! Selamat Pagi! Moga korang semua sihat2 la yer.

Semalam merupakan hari yang sungguh meletihkan buat saya. Selain kerja2 membaking & membeli bahan mentah untuk Kafe Amben, jadual harian dipenuhi dengan melayan anak bulus kat umah, buat laundry & vacuum umah (sejak anak bulus ni ada, tiap2 hari kena vacuum yer!). Sebelah malam pulak ada bengkel nutrisi dengan taiko2 Shaklee, lebih 2 jam dok share info tentang Shaklee Collagen Powder sahaja! Tu baru 1 produk! Bayangkan ada berapa produk kesemuanya? Haaa.... fitaaaaam! Tapi takper, demi customer yang nak sihat, saya cuba yang terbaik untuk luangkan masa.

Pagi nie rasa macam tak sedap badan. Maybe sebab semalam kena hujan lebat masa balik dari kedai. Cecepat saya makan Vita-C. Biar kasi boost sikit saya punya immune badan. Hopefully demam tak datang menyinggah! Pastu saya akan cuba untuk minum air kosong sekurang2nya 3 liter hari nie.

Anyway, bukan saya jer yang amik supplement taw! Anak bulus saya pun dah start amik supplement jugak. Ari tu gi klinik haiwan, vet ada kasi beberapa sample supplement khas untuk kucing...


Haaa... jangan ingat manusia jer yang makan supplement okay! Kojiro pun dah start makan! hehehe... Bukannya apa. Umur si Kojiro nie dah tua jugak, dah lebih 5 tahun rasanya. Makin lama, badan dia makin tak kuat. Nutrisi yang ada dalam makanan dia tu memang nampak dah cukup, tapi kita tak pasti sejauh mana badan dia dapat menyerap semua nutrisi daripada makanan dia tu. Jadi, tak salah kalau kita kasi dia supplement tambahan, supaya dia lebih sihat, cergas & tak mudah jatuh sakit. Kita tuan punya kucing nie, jangan la kedekut sangat nak belikan supplement. Tiub kecik nie cuma RM5 jer. Kalau korang superkaya, bolehlah beli tiub yang besar tuh. Bayangkan duit yang korang kena keluarkan kalau kucing korang masuk wad? Ari tu kami terpaksa spend RM500 taw! Pastu tambah lagi dengan makanan dia RM125! Rasa macam gelap sekejap dunia! hahaha.... tapi nak wat cemana, benda dah jadi, semua dah terlambat. Sekarang ni dah sedar, baru kitaorang bertindak & lebih jaga Kojiro macam kita jaga diri sendiri.

Kita nie pun sama jugak. Makin lama makin kertu. Jangan la kedekut sangat nak beli supplement untuk diri sendiri & anak2 tuh. Kalau sayangkan diri & anak2, bertindaklah dari sekarang. Jangan tunggu sampai dah ada kat pintu sepital, baru sibuk nak paksa makan ubat. Kita jugak yang rugi.

Supplement Shaklee nie pun bukannya mahal. Shaklee guna barangan semulajadi, selamat, premium & ternyata berkesan! Ada sesetengah supplement tu boleh tahan sampai 6 bulan yer! Kalau korang cik kut (kedekut) taik hidung masin jugak, saya pun takleh nak cakap apa.

So far customer2 kitaorang memang kasi feedback yag positif. Cuma kena ikut cara pemakanan supplement yang betul, jangan main taram jer. Pemakanan pun kena jaga jugak. Kalau amik set pengawalan berat badan tu, agak2 la bila nak sumbat apa kat dalam mulut. Kalau hari2 dok bantai burger, KFC, fries... cemana la nak turunkan berat badan kan? Ujung2 nanti korang salahkan Shaklee pulak. Walhal tabiat pemakanan korang tu yang tak sihat.

Anyway, semalam barang2 yang saya order daripada Shaklee dah tiba via City-link. Kami order hari Ahad lepas. Mula2 plan nak gi beli terus kat branch, tapi terlupa plak Ahad lepas tu public holiday. Bengong betul kan?! Oleh sebab takmo bertangguh kerja, saya pun order melalui website Shaklee. Shaklee courier elok2 jer, semua barang sampai dengan selamat :)


Buat kengkawan yang dah place order nih, saya cuba buat pos ari nie kay! Semua dah ready kat umah, tinggal drop-off barang2 nie kat post opis sajor! Thank you so much coz percaya dengan produk2 Shaklee, tanpa perlu saya paksa korang beli... hehehe. Bukannya apa, bagi saya kalau benda tu bagus, kita tak perlu nak push2 customer bagai. Customer sendiri yang akan membeli dengan hati yang terbuka. Yang mana memang pernah guna produk Shaklee, mesti dah experience sendiri.

Oh ya, ari nie saya nak share info tambahan tentang Shaklee Collagen Powder. Buat yang tertinggal bas, korang boleh catch up kat posting ni dan yang ini. Hari nie nak tambah sikit lagi.

Biasanya bila citer tentang collagen, masing2 dok pikir nak kulit cantik, rambut cantik, kuku cantik, mata cantik, nak hilangkan kedut2 kat muka, nak tegangkan kulit, bla bla bla. Semua pasal nak jadik cantik je kan? tapi tahu tak korang collagen nie penting jugak untuk tulang, sendi & organ2 dalaman kita?

70% daripada berat badan kita adalah protein. Dan 1/3 daripada protein nie adalah collagen. Banyak kan? Kalau korang baca tentang collagen nie, boleh naik gila taw! Sana sini ada collagen. pendek kata, collagen memang penting untuk badan kita berfungsi dengan baik. Bukan sekadar untuk kecantikan semata2!


Tapi kali nie saya nak sentuh tentang peranan collagen dalam tulang kita. Collagen nie penting dalam membentuk tulang. Biasanya yang kita tahu, kalsium untuk tulang kan? Benar, tapi kombinasi collagen + kalsium alah penting untuk menjadikan tulang kita kuat, sihat & dapat menampung tekanan.


Kombinasi nie penting sebab dalam pembentukan tulang, collagen merupakan jaringan2 tempat untuk kalsium berpaut. Kalau collagen kita kurang, zat2 kalsium yang masuk dalam tubuh kita tak mempunyai ruang yang banyak untuk berpaut, dan akhirnya akan dibuang oleh badan kita. Korang minumlah 10 gelas susu anlene sehari, tapi kalau collagen tu dah nan hado, kalsium2 tu semua akan keluar balik. Rugi kan?


Kalau korang masih ingat, salah satu ramuah utaman Shaklee Collagen Powder nie ialah ekstrak kekerang. Tujuannya ramuan nie ialah untuk membekalkan glucosamine yang penting sebagai pelincir kepada sendi. Takkan nak tulang je kuat, tapi sendi tak kuat kan? Biar semuanya kuat! Jadik, korang tak perlulah susah2 amik supplement tambahan untuk kuatkan sendi tu. Dalam Collagen Powder nie dah ado!

(Cuma, kalau korang betul2 ada masalah sakit sendi & perlukan dos yang lebih tinggi, Shaklee memang ada supplement untuk tu. Korang roger jer kat saya, nanti saya explain).

Untuk yang ada masalah alergi dengan seafood, korang jangan bimbang. Shaklee cuma ekstrak glucosamine jer daripada kekerang nie, bukannya dia amik allergen2 tu skali. Untuk jenama yang dah beroperasi lebih 50tahun, diaorang dah pikir awal2 lagi tentang hal2 camnie. Korang belum lahir pun, Shaklee dah wujud taw! hahaha... dun worry, keep calm & eat Shaklee! Giteeewwww!


So... dah berbuih2 mulut dok citer nie, korang paham ke tidaaaak? Kalau tak paham2 jugak, boleh hubungi saya ataupun Hafez. Kita boleh explain dengan panjang lebar lagi.


Apa2pun, nasihat saya... kalau kita nak sihat, masih belum terlambat. Kita bertindah sekarang & cuba ubah nasib badan. Kalau kita tak usaha, cemana nak nampak hasilnya kan? Jangan lupa bulan nie ada promosi Shaklee Collagen Powder, beli 6 kotak, percuma 1 kotak! Kalau makan tiap2 hari, boleh tahan 6 setengah bulan! Kalau makan selang sehari? Tahan setahun kak! haaaa... untung laaaaaa.....

Wednesday, September 3, 2014

Ada Sesiapa Nak Gi Memancing?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Good Morning Korang!

Pekabor? Harap2 korang sihat2 la yer. Saya pun sihat2 jugak ni. Cuma Kojiro je yang masih belum sihat. Sejak balik dari wad ari tu, dia macam tak berapa aktif. Asyik nak mengiau2 jer. Macam kucing keresahan. Pastu asyik nak dok meleser2 jer kat kitaorang. Hmmm... hopefully dia makin pulih la nanti. Sedih plak tengok dia dok memandomkan diri jer.

Ari tue, vet ada bekalkan dia 5 jenis ubat...


Jenuh jugak nak kasi kucing makan ubat nih. Tapi oleh sebab saya ni ada sikit pengalaman kasi kucing makan ubat, so takdelah rasa susah sangat. Kena pandai tipu helah sikit kat dia.

Mula2 tu panggil dia dengan nada yang manja. Pastu kita usap2 badan dia. Pastu peluk dia elok2 dari belakang & bisikkan kat telinga dia "kojiro jangan gigit kiter okay!". Pastu ngangakan mulut dia, then cepat2 letak pil tu kat lidah dia dalam2 sikit (jangan pulak dok jolok sampai masuk anak tekak!). Then usap2 leher dia biar ubat tu dia telan dengan betul. Kalau tidak, takut dia ludahkan balik. Pastu lepas 10minit, ulang semula step2 tu untuk ubat2 yang lain pulak.

Anyway, terima kasih kat kengkawan saya yang sudi kasi tips2 & cara2 untuk beri kucing makan ubat. Tak sangka sayang jugak korang kat saya yer? Eh... sayang saya ke sayang Kojiro? Hampeh la korang!

Okay, cukup citer tentang Kojiro. Kang asyik dok citer pasal dia, blog nie kena tukar nama kepada "Days of Kojiro's Life" pulak!

Ingat tak ari tu saya ada citer tentang Shaklee Collagen Powder? Kalau korang belum baca lagi, boleh klik kat sini. Saya ada explain serba sikit tentang kenapa collagen keluaran Shaklee nie jauh berbeza berbanding collagen keluaran jenama2 lain.

Hari nie saya nak tambah sikit beberapa fakta...

#1: Kenapa Shaklee memilih sisik ikan merah sebagai sumber collagen yang utama?


#2: Fakta #1 ada menyebut yang sisik ikan merah mempunyai kadar serapan dalam badan yang tinggi & efisyen berbanding kolagen daripada tumbuhan. Nak tahu sebabnya?


#3: Tahukah korang kat mana ikan2 merah ni tinggal?


Haaa... sekarang korang dah dapat tahu kenapa Shaklee memilih sisik ikan merah kan? Jadi, takyah nak ragu2 lagi tentang keberkesanannya.

Secara klinikal, dah terbukti pun! Tak caya, cer baca & fahamkan carta ni. Nie bukan carta yang dibuat2 yer! Nie semua hasil daripada clinical tests yang diperolehi daripada makmal Shaklee.


Secara realiti, kita boleh tengok perubahan kakak nie selepas 21 hari dia gunakan Shaklee Collagen Powder...


Nie testimoni pelanggan sebenar, yang tinggal di luar negara. Takder edit2, takder photoshop2, takder filter2 yer. Ni la rupa asal dia. Ini baru 21 hari. Kalau lepas 2-3 kotak? Haaa... flawless la gamaknyer!

Kenapa saya pilih testimoni pelanggan dari luar negara? Kenapa tak amik testimoni orang tempatan? Berlambak ada kat internet tuh! Haaa... kita kena faham cuaca kat sana ada 4 musim. Bila tiba musim panas, kulit mudah rosak disebabkan terkena cahaya matahari & pancaran UV. Bila musim salji tiba, kulit jadik terlalu kering disebabkan cuaca yang terlalu sejuk. Jadi, orang yang tinggal kat negara2 4 musim nie lebih susah nak jaga kulit berbanding kita coz perubahan2 cuaca yang ketara.

Okay, nampak tak? Kalo tak nampak, korang memang sengaja je kan? hahaha...

Dah sekarang jangan tunggu lama2 lagi. Kalau nak kulit cantik & nampak lebih mudah, bertindak sekarang! Jangan nak berlengah2 lagi. Contact saya atupun Hafez!

Okaylah u olls. Saya nak pi kerja nie. Kang tak siap pulak kek aku tuh... huhuhu. Kalau ada readers yang pi memancing kat laut dalam tu, tolong tangkapkan saya ikan merah yang besar baq hang macam dalam gambar kat atas tu yer! Dapat sekor pun jadik ler, boleh tahan seminggu! Sedapnyer kalo buat sup ikan merah kan? Hmmm... yummy yummy!

Dadaaaa!!!!

Monday, September 1, 2014

Promosi Collagen Powder (Beli 6 Percuma 1)

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam U Olls!

Hari nie ramai yang masih bercuti kan? Apa jer korang2 nie buat time cuti2 camnie eh?

Saya bz sket hari nie. Sesudah subuh dah pi menghantar anak buah gi sekolah kat Nong Chik (yup! kat JB ari nie bebudak sekolah yer!). Pastu gi hospital amik ubat. Lepas amik ubat, kitaorang gi breakfast. Lepas makan, terus pi bank kat Pasir Gudang. Dah sampai sana, baru teringat yang bank2 kat JB nie masih lagi bercuti coz they olls ikut waktu bekerja orang KL. Sigh! Dengan hati yang kecewa, kitaorang ke kedai untuk siapkan kek2 yang nak dihantar kat Chamek Kopitiam. Masa tengah buat kek tue, mak saya call, mintak tolong hantar pi klinik. Dia tak berapa sihat. Lepas jumpa doktor, bawak dia pi tapau makanan kat Mydin Mall. Lepas hantar mak balik umah, saya ke kedai semula untuk sambung buat kerja. Petang sebelum balik umah, singgah pulak klinik haiwan untuk amik Kojiro. Setibanyer kat situ, staff kat sana cakap vet belum bukak lagi jahitan kat "pit" Kojiro tu. Dia suruh kitaorang datang balik malam kang. Adoooiii... letihnyer. Kat umah plak, lepas tukar baju, buat laundry. Sambil buat laundry, saya pun menulis blog nie.

Haaaa... gigih ke tidak? Dah la cuaca ari nie panas giler! Rasa macam nak demam jer! Saya cepat2 pi makan Vita-C & GLA. Pastu minum air kosong banyak2.

Anyway, hari nie 1 September 2014. Bermula satu lembaran baru buat saya & Hafez. Sebabnya? Sebab Hafez dah naik ranking jadik supervisor kat Shaklee! Alhamdulillah, berkat usaha tiap2 malam selepas waktu kerja, berkat usaha buat poster yang makan masa berjam2 lamanyer, berkat menjaga customer2 yang bermacam2 request & soalan, akhirnya selepas lebih kurang 3 bulan bergiat aktif kat dalam bisnes sambilan nie, dia naik ranking. Tahniah!!! Semoga lebih berjaya lagi!



Bulan nie, ada satu promosi yang ditunggu2 oleh ramai pelanggan Shaklee, iaitu promosi untuk produk Collagen Powder! Kalau beli 6 kotak, akan dapat free 1 kotak! Yup! Free u olls! Sekotak Collagen Powder tu pun bernilai RM298 (untuk harga bukan ahli) okay! Cuba bayangkan, kalau korang beli 6 kotak, on top of dapat free 1 kotak, korang akan dapat free membership untuk seumur hidup bernilai RM65. Bukan tu jer, untuk semua ahli Shaklee, harga sekotak Collagen Powder nie dah pasti jauh lebih murah berbanding harga bukan ahli, kan? Campur tolak, korang rasa dah save berapa banyak? Haaaa... kalau nak tau, contact kami kay!

Kenapa collagen nie penting untuk badan kita? Well mesti dah ramai yang tahu kan? Masing2 dok sibuk minum jus collagen la, suntik collagen la, tepek mask collagen la. Tapi... mana satu cara yang korang rasa paling selamat, paling berkesan & tidak mendatangkan kesan sampingan? Dan apa bezanya collagen keluaran Shaklee nie berbanding collagen yang berlambak jual kat luar sana tuh?

Sebabnya, Collagen Powder keluaran Shaklee nie diperbuat daripada 7 ramuan utama yang terpilih & berganding di antara satu sama lain untuk memberikan kesan yang maksimum untuk kesihatan kulit kita. Bila kulit kita sihat, dah pasti kulit akan kelihatan lebih muda, halus, bersih, cantik & warna yang sekata! Bukan setakat kulit je yang sihat, tapi rambut, kuku, mata & usus kita pun sihat jugak. Nak awet muda ke tidaaaaakkkk???


#1: Kenapa Shaklee memilih sisik ikan merah sebagai salah satu sumber collagen?


#2: Apa pulak fungsi ekstrak biji Camellia japonica? Tak pernah dengar pun! Haaa... baca nih!


#3: Apakah fungsi ekstrak Pfaffia?


#4: Mengapa Shaklee tambahkan Vitamin C & Vitamin B di dalam ramuan ni?


#5: Kenapa pulak  ada elastin daripada collagen ikan? Collagen daripada sisik ikan merah tu tak cukup ke?


#6: Selain itu, Shaklee juga menggunakan ekstrak kekerang di dalam Collagen Powder tersebut. Untuk apa ekstrak kekerang nie eh?


#7: Dan ramuan utama yang terakhir ialah Lactobacillus acidophilus. Bunyi macam pernah dengar je kan? Haaa... ini merupakan bakteria baik yang penting untuk tubuh kita. Apa kepentingan bakteria ni? Kenapa bakteria nie mesti ditambah dalam ramuan?


Okay, sekarang korang dah tahu kenapa Collagen Powder keluaran Shaklee nie jauh sangat berbeza berbanding collagen2 yang dijual kat luar sana tuh. Jadik, paham2 jelah kenapa orang dok berebut nak guna collagen ni. Tambah pulak bulan nie ada promosi. Harus la ada cik kiah yang dok borong berkotak2 kat branch tu! Kalo tak caya, korang pi ler mana2 branch Shaklee. Sure akan jumpa!

Anyway, poster2 kat atas semua nie saya amik daripada laman Facebook Hafez, opkoz dengan izin tuan punyer badan yer! hehehe. Kalau korang berminat nak beli, boleh contact kami cepat2 sebelum kehabisan stok!

Bagi yang dah jadik ahli, korang masih eligible untuk promosi nie, even though korang beli sendiri kat website Shaklee. Korang masing2 dah ada User ID & Password kan? Haaa... apa lagi, klik2 sajor! Boleh bayar guna kad debit/credit. Nanti Shaklee akan hantar terus ke rumah ataupun ke tempat kerja korang. Mudah je nak jadik sihat & cantik nih!

Nasihat saya, cantik luaran yang datang daripada dalaman akan jauh lebih bertahan lama berbanding cantik dari luaran semata2. So, jangan terpedaya dengan teknik2 awet muda yang mengarut2 tuh yer!

Okaylah... tu jer buat hari nie. Saya nak selesaikan laundry, then nak siapkan makan malam. Lepas marghrib nanti, nak pi jemput Kojiro balik umah. Hmmm... nak kena buat homecoming party ke tidak eh? hikhikhik...

Babai u olls!!!