Sunday, December 21, 2014

7 Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder

7 ramuan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder:

1) Kolagen dari sisik ikan merah (Red Snapper Scales, RSS)

Sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2) Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid  oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia

Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4) Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5) Vitamin C dan B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

6) Ekstrak Kekerang

Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7) Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Ketujuh-tujuh ramuan utama ini digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam.

0 comments:

Post a Comment