Terdapat banyak sebab-sebab untuk mengambil multivitamin. Kebanyakan orang gagal memenuhi cadangan diet berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk diet yang ketat, kurang selera makan, menukar keperluan pemakanan, atau kurang memilih makanan yang sihat.
Mengambil multivitamin sekali dalam sehari adalah cara yang mudah untuk mengisi jurang pemakanan kecil.
Tetapi susah untuk kita memilih multivitamin yang terbaik di pasaran, kerana terlalu banyak pilihan. Dengan begitu banyak jenama yang berbeza dan jenis untuk dipilih, sukar untuk kita kenalpasti yang mana satu terbaik untuk kita.
Apa yang perlu kita perlu tahu dalam memilih multivitamin?
1) Baca label dengan teliti. Label produk biasanya akan menyenaraikan nutrien yang terkandung dalam setiap hidangan.
2) Dapatkan vitamin dan mineral asas. Kebanyakan multivitamin biasanya termasuk vitamin dan mineral yang berikut:
Vitamin C, B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (Niacin), B6, asid folik (B9), B12, B5 (asid Pantothenic), Biotin, A, E, atau D2 atau D3 (cholecalciferol), K, kalium, iodin, selenium, borat, zink, kalsium, magnesium, mangan, molibdenum, Betacarotene, dan zat besi.
3) Semak peratusan. Secara umum, pilih supplement yang memberikan 100% daripada nilai harian yang diperlukan (DV=Daily Value). Sesetengah nutrien, seperti kalsium dan magnesium, jarang dimasukkan pada 100% kerana pil itu akan menjadi terlalu besar untuk ditelan.
4) Cari multivitamin yang mempunyai formula khas/tambahan. Multivitamin moden boleh didapati dalam pelbagai formula yang bertujuan untuk membantu orang dengan keperluan pemakanan yang tertentu. Antara yang popular ialah multivitamin yang mengandungi zat besi. Ada juga multivitamin yang mengandungi nutrien tambahan seperti antioksidan, ataupun dirumus khas untuk golongan tertentu, seperti vitamin pra-natal.
5) Formula khas untuk lelaki, wanita, dan kumpulan umur tertentu. Ada juga boleh memilih multivitamin yang direka khas untuk umur dan jantina anda, supaya nutrien yang dibekalkan menjadi sesuai untuk anda. Contohnya, multivitamin yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
6) Jangan keterlaluan. Elakkan multivitamin yang melebihi 100% daripada nilai harian yang disyorkan, kerana ia merupakan supplement tambahan kepada nutrien dalam makanan. Sesetengah nutrien, jika diambil dalam dos yang besar, boleh menjadi toksik kepada tubuh kita.
0 comments:
Post a Comment