Monday, December 22, 2014

Set Ibu Hamil daripada Shaklee



Lately saya banyak dapat order daripada ibu-ibu yang sedang hamil. Mostly memilih Shaklee sebab mereka tak tahan dengan kesan sampingan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Ada yang langsung tak boleh nak telan ubat yang doktor kasi.

Ada tak yang pernah alami pengalaman macam ni? Kalau ada, mungkin korang boleh share dengan saya kat sini.

Set untuk ibu-ibu hamil ni sebenarnya terdiri daripada beberapa supplement yang biasa jugak. Cuma khasiat supplement2 ni memang sangat baik buat ibu yang sedang hamil & bayi di dalam kandungan.

Bagi ibu-ibu yang tak ada makan sebarang ubat yang dibekalkan oleh doktor, biasanya saya akan cadangkan supplement2 berikut:

1) Vita-Lea (Iron Formula)

Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah yang banyak kehilangan ketika bersalin nanti.

2) Sustained Release Vita-C Plus

Supplement ini bertindak sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk ibu dan bayi, dan menjadikan kulit lebih cantik. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi oleh badan. Ia juga membantu dalam pembinaan kolagen untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka ketika bersalin.

3) B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh ibu untuk membantu tubuh jadi lebih bertenaga, minda lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah lebih berseri. B complex juga bertindak sebagai anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu adalah lebih baik.

Ia juga lengkap dengan asid folik, yang sememangnya sangat penting buat bayi di dalam kandungan. Bagi ibu-ibu yang hamil, pengambilan supplement yang mengandungi asid folik adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami bifida spina, iaitu sejenis kecacatan pada tulang belakang.

4) Energizing Soy Protein (ESP)

Di antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein umpama makanan buat sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

ESP juga membantu untuk mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi juga memerlukan protein.

Protein juga dikatakan dapat membantu untuk mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien ke seluruh tubuh dan bertindak sebagai sumber tenaga.

Bagi ibu yang menyusukan anak, ESP membantu untuk penghasilan susu yang banyak dan berkualiti.

Selain itu, ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) OsteMatrix (Kalsium & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf buat bayi di dalam kandungan.

Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Kalsium untuk pembinaan tulang bayi ataupun penghasilan susu ibu akan diserap sepenuhnya daripada si ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium yang hilang, maka si ibu akan mempunyai risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri. Mereka memperoleh DHA daripada ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement yang mengandungi Omega-3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini adalah untuk menambah nutrien DHA untuk perkembangan bayi dan untuk mengekalkan paras DHA untuk diri ibu itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment