Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Friday, May 1, 2015

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON Shaklee

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

👃Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
👄Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI 💪 – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai 2 matlamat:

🌱 Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia.

🌱 Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon™ !

Nutriferon™ Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh

Nutriferon™ adalah hasil ciptaan pakar immunologist, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti of Tokyo, Jepun pada tahun 1954.

Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon™.

Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Nutriferon™. adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.

Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembuh sangat digalakkan untuk mengambil Nutriferon™.

Bagaimana Nutriferon™ bertindak?

NutriFeron™ MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus mengukuhkan sistem imun badan.

Pemakanan tambahan NutriFeron™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-

🌱 Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;

🌱 Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;

🌱 Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;

🌱 Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA?

1) Terbukti daripada 4 Kajian Klinikal Pada Manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

2) Meningkatkan Paras Interferon Secara Semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

3) Dicipta oleh Individu Yang Menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti of Tokyo.

4) Rumusan Berpaten Yang Eksklusif - NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5) 40 Tahun Kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

6) Sejak NutriFeron™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron™.

Friday, April 17, 2015

Benarkah Minyak Ikan Penting Untuk Kita?

Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.

Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.

Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.

“Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan.

“Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.”

Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.

Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3.

Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA.

DHA dan EPA membantu untuk mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Dalam bahasa yang mudah pengambilan OmegaGuard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Wednesday, April 15, 2015

Proses Penuaan dan Cara Terbaik Menanganinya



PENUAAN adalah satu proses yang tidak boleh dielakkan. Proses penuaan melibatkan kemerosotan fungsi-fungsi organ dan sistem tubuh secara perlahan-lahan.

Namun, bukan semua orang mengalami proses penuaan yang sama. Faktor genetik, pemakanan, persekitaran dan gaya hidup banyak mempengaruhi kepantasan proses tersebut. Seiring dengan peningkatan usia juga, proses penyembuhan menjadi semakin perlahan.

Proses penuaan adalah lebih daripada sekadar kedutan atau garis-garis kasar pada kulit wajah. Hakikatnya, saintis mengesahkan proses penuaan bermula sebelum kita mencecah alam dewasa. Malah, ia sebenarnya berlaku secara dalaman dan pada peringkat berbilang.

Salah satu peringkat yang menerima kesan penuaan itu ialah pada peringkat selular (sel). Penuaan sel berlaku berdasarkan kepada kekerapan proses replikasi berulang.

Pergandaan setiap sel boleh berlaku sehingga 50 kali. Jadi, pendedahan sel kepada pelbagai faktor termasuk radikal-radikal bebas hanya menjanjikan kerosakan sekali gus mendorong kekerapan keperluan sel melalui proses replikasi.

Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt berkata, proses penuaan biologi bagaimanapun boleh ditangani secara positif dengan mengenal pasti empat mekanisme dalam proses penuaan selular.

Pertama, setiap sel dalam tubuh kita terdedah kepada hampir sejuta ancaman perosak deoksiribunokleik (DNA) yang berpotensi merosakkan genetik DNA manusia. Ia boleh mengakibatkan kerosakan fungsi sel dan jangka hayat seseorang.

"Kedua, kelemahan keupayaan penyelarasan genetik dan kemerosotan penghasilan tenaga di peringkat selular boleh mengurangkan keberkesanan fungsi sel berikutan faktor usia," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara baru-baru ini.

Perubahan fizikal

Mekanisme keempat pula merangkumi pengumpulan protein-protein makanan ringan atau lebih dikenali sebagai protein AGE (Advanced Glycation Endproducts). Lebihan protein-protein tersebut dan pelbagai toksin lain boleh menjejaskan kesejahteraan peringkat selular sehingga merugikan manusia dari aspek usia.

Kemerosotan fungsi sel yang terjadi secara beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang. Penipisan rambut, kedutan pada wajah, kemerosotan tahap tenaga dan pertambahan berat badan adalah antara perubahan yang boleh dilihat.

Berita baiknya ialah kajian-kajian saintifik pula membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada faktor usia boleh dicegah dan diperlahankan. Keadaan itu boleh dilakukan menerusi beberapa perubahan ringkas dari aspek gaya hidup dan pengambilan diet.

Malah, para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard dan Institut Penuaan Nasional (NIA), Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan sejenis bahan semula jadi, resveratrol mampu mengimbangi kesan negatif sesuatu diet yang berkalori tinggi.

Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.

Menurut Carsten, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.

Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.

Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.

"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).

"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.

Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.

Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.

Melihat kepada khasiat buah muskat, maka tidak hairanlah bekas Presiden AS, Thomas Jefferson turut dilaporkan pernah menanam pokok buah muskat di kediamannya di Monticello, sepanjang awal tahun 1800-an.

Bercerita lanjut, Carsten memberitahu, pengambilan suplemen harian dengan kandungan resveratrol mampu melegakan salah satu daripada empat mekanisme utama selular. Akan tetapi, keberkesanan produk resveratrol akan bertambah baik jika disertakan dengan ekstrak tumbuhan lain seperti polyganum cuspidatum, lobak ungu dan elderberi.

Tumbuhan Japanese knotweed atau polygonum cuspidatum misalnya turut membekalkan sumber resveratrol. Banyak digunakan dalam suplemen antipenuaan perubatan tradisional Cina (TCM), kajian saintis mendapati resveratrol memberi kesan positif kepada prestasi ahli sukan.

"Seperti dalam perubatan Ayurvedik masyarakat India dan TCM, gabungan beberapa jenis sebatian tumbuhan didapati dapat memberi tindak balas lebih baik sesuatu suplemen kepada tubuh," terangnya sambil memberitahu kandungan antosianin dalam lobak merah pula boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Proses penuaan yang sihat juga bermakna tidak mengabaikan beberapa perkara penting. Antaranya pengambilan diet yang seimbang, berhenti merokok, bersenam secara kerap dan meningkatkan pengambilan multivitamin.



Tuesday, April 14, 2015

Apa Yang Saya Suka Dengan Bisnes Shaklee



Sebelum saya mendaftar jadi ahli Shaklee ni, dah beberapa bulan saya cuma jadi pengguna je. Lepas tengok progress Hafez, lepas study business plan Shaklee, lepas cuba sendiri supplement2 jenama ni... baru terbuka hati ni nak daftar jadi ahli. Dan terus pasang niat nak berbisnes.

Saya bukan nak bias sebab saya ni menjual supplement Shaklee. Tapi frankly speaking, supplement2 dia memang berkualiti tinggi. Mungkin mahal bagi sesetengah orang. Tapi apa yang dia dapat in return ialah satu produk yang berkualiti tinggi, berkesan, selamat & halal. Inilah faktor penting yang kita kena consider semasa memilih supplement. Lagipun ada di antara supplement tu boleh bertahan hingga 6 bulan. Jadi, kos yang dibelanjakan untuk sebulan tu idak le mahal seperti yang disangka, betul tak?

Anyway, bila saya melangkah dalam bisnes ni, knowledge saya memang sangat minimum. Saya cuma tahu perkara basic je, samada dari segi info produk, cara marketing, mahupun skill menjual.

Tapi saya banyak dibantu oleh mereka yang berada di sekeliling saya. Dan ini semua saya perolehi hanya melalui handphone. Saya tak pernah ke mana2 kursus atau kelas atau bengkel yang dikelolakan oleh pihak Shaklee.

Saya dibekalkan dengan bahan bacaan yang bagus. Saya mempunyai support group di whatsapp & telegram. Saya juga banyak buat research & perbincangan dengan geng2 bisnes yang lain.

Kami berkongsi maklumat. We support each other. Kami exchange pengalaman. Kami turunkan ilmu kepada mereka yang baru nak menceburi bisnes ni. Dalamasa yang sama, kami masih lagi buka minda untuk absorb ilmu2 baru yang diperturunkan kepada kami.

Group bisnes kami terdiri daripada pelbagai background. Ada doktor perubatan, ada doktor gigi, ada pakar motivasi, ada guru sekolah, ada lecturer, ada guru agama, ada pakar IT, ada pakar pemasaran, ada engineer, ada banker, ada surirumah, ada ibu, ada bapa, ada pelajar universiti...

Jadi informasi yang kami terima tersangatlah meluas skopnya! Masing2 bukan nak tunjuk cerdik, tapi kami berkongsi ilmu untuk sama2 berbincang & gunakan di dalam bisnes ni.

Group kami tak pernah sunyi. Sentiasa ada pemberi maklumat, pencetus idea, pembakar semangat! Kami bersaing secara sihat, agar semua orang maju ke hadapan. Tak pernah sekali saya lihat ada yang memijak rakan bisnes semata2 untuk melonjakkan diri sendiri.

Paling best ialah bonus yang kami terima setiap bulan adalah hasil daripada titik peluh sendiri. Tiada konsep upline amik portion downline. Tiada konsep skim cepat kaya. Tiada konsep pyramid yang mana orang di atas goyang kaki boleh dapat duit, tapi yang mandi peluh ialah orang bawahan.

Siapa bekerja kuat, mereka akan dapat hasilnya. Sehinggakan banyak kes kami jumpa di mana downline potong ranking upline sebab downline tu lebih rajin & proactive.

Kepada rakan2 yang nak cuba berjinak2 dengan bisnes Shaklee ni, saya cadangkan mulakan dengan awal. Lebih awal anda bermula, lebih cepat anda boleh berpencen dengan pendapatan sampingan yang berterusan.

Jangan risau. Sistem bisnes Shaklee ni dah disahkan mematuhi syariah. Dan semua produknya telah mendapat logo halal daripada badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sanggup tak tunggu umur cecah 60 tahun semata2 nak withdraw duit kwsp? Masa tu sihat lagi ke? Berapa banyak duit kwsp yang tinggal selepas tolak2 hutang rumah, hutang kereta & lain2 lagi?

Sunday, April 12, 2015

Bagaimana Saya Menangani Masalah Kolesterol Tinggi



Lebih kurang setahun lepas, masa saya menguruskan restoran, memang mewah dengan makanan yang sedap2. Tengok jelah menu yang ada di restoran kami. Lamb chop, pasta, burger dan steak memang senang nak dapat free. Sebut je... chef akan masak special punyer!

Lebih memburukkan keadaan apabila kami jugak menjual desserts yang marvellous seperti kek, cupcake, muffin, pavlova & ice cream! Pendek kata, dok kat restoran tu saya tak pernah rasa susah untuk carik makan.

Tu tak termasuk tabiat saya yang suka lepak kedai2 makan yang best2 macam jogoya, tony romas, TWG, godiva dan marche. Duit gaji memang abis untuk makaaaaaan jelah! Makan makan makan macam esok lusa dah tak jumpa makanan lagi!

Bukannya tak boleh nak makan lat tempat2 camtu. Tapi saya je yang tak pandai nak kawal diri. Kalau sekali sekala tu, okaylah jugak. Tapi kalau dah tiap2 hari? Tak ke carik penyakit namanya tuh???

Memang carik penyakit pun! Bila check darah kat hospital, kolesterol melambung tinggi! Paras gula pun naik mendadak!

Tau tau je doktor dah prescribed ubat kolesterol. Kencing manis tu belum lagi sbb doktor kasik peluang untuk cuba turunkan sendiri.

Insaf!!!

Memang benar... ada macam2 jenis ubat kita kena makan kalau paras kolesterol tu dah tinggi. Sebelum ni ubat yang doktor prescribe untuk saya ialah gemfibrozil & ubat 'statin' ni. Gemfibrozil kena makan siang & malam, manakala ubat statin makan waktu malam je.

Bagi mereka yang pernah makan ubat2 kolesterol ni, mereka akan faham betapa saya TAKNAK makan ubat jenis ni! Lepas makan je, ada rasa mual2 nak muntah, rasa pedih ulu hati, rasa melayang2 & badan rasa lemah. Mungkin ia adalah sebahagian daripada side effects selepas makan ubat ni.

Saya stop terus ubat statin tu. Saya tak tahan. Saya cuma makan ubat gemfibrozil je. Alhamdulillah dengan kawalan pemakanan, gaya hidup lebih sihat, dan pengambilan supplement2 tambahan yang konsisten, paras kolesterol saya sekarang berada di bawah border line. Paras gula dalam darah pun dah terkawal. Doktor pun dah tak prescribe ubat statin ni lepas tengok result blood test.

Syukur sangat... sebab lepas baca lebih lanjut tentang ubat statin ni, baru saya tahu bahawa ia boleh menyebabkan katarak mata, sembelit atau cirit birit, dan kebas2 pada tangan dan kaki. Lebih teruk ada risiko memory loss, sexual dysfunction & depression! Risiko nak kena kencing manis (type 2) pun makin tinggi!

Betul cakap doktor. Mencegah jauh lebih mudah daripada mengubat. Once dah kena penyakit, barulah sibuk nak carik penawar.

Nasib baik la kebetulan saya ni diperkenalkan dengan Shaklee. Jadi, saya tahu apa yang saya perlu ambik untuk kawal paras kolesterol & gula tu. Saya banyak didedahkan dengan maklumat & nasihat tentang cara pemakanan yang lebih sihat. Kalaulah tak makan supplement2 tambahan, entah apa lagi ubat yang saya kena makan agaknya kan?

Sekarang saya lebih berjaga2. Nak makan sedap2 tu boleh tapi hadkan kepada 2 kali sebulan iaitu masa dapat gaji kerja kat hotel & masa dapat bonus bulanan daripada shaklee. Saya pun lebih suka makan kat umah je. Rajinkan diri buat aktiviti sihat kat umah seperti berkebun, kemas2 umah & buat senaman ringan.

Friday, April 10, 2015

3 Tips Elak Kesilapan Umum Semasa Berdiet



1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:

Pastikan pengambilan makanan yang betul.

– Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat badan anda.

Berdasarkan dari satu survey yang dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam mengira keperluan kalori harian yang ideal.

Sebagai contoh, anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10 kg!

Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh melawat website cekodok.com untuk mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil. Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:

Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah makanan tersebut.

Sebagai contoh semasa anda bersarapan di rumah, suami anda bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi.

Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3 daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari!

Apa yang anda boleh lakukan? Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Sekalipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian membuang tisu tersebut selepas makan pun tidak mengapa.

Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat seperti:

Sayur-sayuran: Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!

Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.

3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di dalam menu di sesebuah restoran:

Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut. Contoh: Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda. Tetapi cuba anda fikir semula.

Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis untuk menambah kesedapannya. Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu mengandungi hampir 900 kalori?

Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.

Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat jumlah kalori makanan mereka!

Monday, April 6, 2015

Diabetes dan Indeks Glisemik - Apa Kaitannya ?



Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Glisemik?

Indeks glisemik (IG) atau Glisemic Index (GI) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.

Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG.

Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG.

Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.

Apakah makanan yang tergolong dalam kategori rendah, sederhana dan tinggi IG?
IG makanan diberi daripada skala 1 hingga 100.

Apabila nilai IG sesuatu makanan itu semakin tinggi maka semakin cepat makanan itu dapat menaikkan paras gula dalam darah.

Daripada senarai di dalam gambarajah, mungkin anda akan rasa terkejut apabila melihat kedudukan ais krim sebagai makanan rendah IG dan buah nenas sebagai makanan tinggi IG.

Adakah ini bermakna pesakit diabetes digalakkan mangambil ais krim lebih kerap berbanding nenas?

Jawapannya adalah TIDAK. Buah nenas dapat membekalkan tubuh dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan manusia.

Ideanya bukanlah untuk mengelakkan langsung daripada mengambil makanan tinggi IG tetapi ambillah makanan tinggi IG bersama makanan rendah IG supaya hidangan tersebut menjadi sederhana IG

Adakah konsep IG wajib dijadikan amalan oleh pesakit diabetes?

Kajian telah mendapati bahawa diet rendah kalori, penurunan berat badan (untuk mereka yang perlu menurunkan berat badan) dan jumlah pengambilan karbohidrat yang betul dalam sehari merupakan langkah lebih efektif bagi kawalan gula yang lebih baik berbanding amalan konsep IG sahaja.

Amalan pengambilan makanan rendah IG boleh dijadikan salah satu langkah bagi membantu mengawal paras gula dalam darah tetapi konsep ini tidak sepatutnya menjadi strategi utama.

Tips amalan pemakanan rendah IG:

1) Pilih satu jenis makanan rendah IG ketika mengambil snek atau hidangan utama.
2) Makan makanan tinggi IG dalam jumlah yang lebih sedikit dan terkawal.
3) Pilih beras basmati.
4) Pilih roti, bijirin dan pasta gandum penuh (‘whole grain’).
5) Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berbanding jus atau buah/ sayur dalam tin.
6) Pilih kentang rebus berbanding kentang lecek.
7) Amalkan pengambilan kacang dan lentil seperti kacang kuda dalam diet anda.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Muatan Glisemik (MG) atau Glisemic Load (GL)?

Setakat ini, perbincangan tentang IG tidak mengambil kira tentang saiz hidangan. Muatan glisemik (MG) juga mengukur berapa cepat makanan mengandungi karbohidrat boleh meningkatkan paras gula seseorang tetapi ia mengambil kira jumlah saiz hidangan individu tersebut ambil.

Makanan rendah MG mempunyai nilai 10 dan ke bawah.

Makanan sederhana MG mempunyai nilai 11 hingga 19.

Makanan tinggi MG pula bernilai 20 dan ke atas.

Cara pengiraan adalah seperti berikut :

IG makanan darab jumlah karbohidrat dalam hidangan yang diambil
Kemudian, bahagi 100.

Contoh di bawah mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda.

IG ubi keledek:70 (tinggi IG)
Kandungan karbohidrat dalam ½ cawan:15 g

MG
=70 X 15 ÷ 100
=10.5
≈11 (sederhana MG)

Apakah maksudnya?

Walaupun ubi keledek tergolong dalam kategori tinggi IG, tetapi ubi keledek memberi impak sederhana kepada paras gula kerana MG ubi keledek terletak dalam sederhana MG.

Untuk memahami konsep IG dan MG, mungkin ia perkara yang memeningkan kepala. Jangan risau tentang pengiraan yang ditunjukkan. Anda hanya perlu ingat tips yang telah diberikan di atas.

Mesej penting :

1) Konsep IG dan MG boleh digunakan sebagai langkah tambahan untuk merancang pengambilan makanan anda. Konsep ini tidak seharusnya menjadi konsep utama.

2) Pengambilan makanan yang mempunyai rendah IG tetapi tinggi dengan kandungan lemak perlu dihadkan (seperti pizza) tetapi pengambilan makanan yang tinggi IG tetapi ia juga kaya dengan vitamin dan mineral adalah lebih digalakkan (seperti buah kurma).

Anda harus ingat bahawa perkara yang paling penting adalah pastikan pengambilan diet anda seimbang.

Pegawai Dietetik anda dapat membantu untuk memberi nasihat pemakanan yang terperinci. Sekiranya anda tidak pernah berjumpa dengan Pegawai Dietetik, anda boleh minta doktor membuat rujukan kepada Pegawai Dietetik.

Rujukan:
⚫American Diabetes Association. www.diabetes.org
⚫Brand Miller J, Petocz P, Hayne S & Colagiuri S (2003) Low glycemic diets in the management of diabetes. A meta-analysis of randomized controlled trials. Diabetes Care 26(8): 2261-7.
⚫Diabetes UK. www.diabetes.org.uk
⚫Malaysians’ Dietitians Association (2013). Medical Nutrition Therapy Guidelines for Type 2 Diabetes.

Wednesday, April 1, 2015

Istimewa April 2015!

April ni ramai orang dok bising tentang GST & kenaikan harga barang. Supplement juga tak terkecuali terkena tempiasnya. Walaupun terdapat sedikit perubahan harga, pihak Shaklee amat bermurah hati untuk memberi tawaran yang jauh lebih generous kat kita semua!

GLA Complex
Buy 6 Get 7
Twin pack Get 5% Off

LECITHIN
Buy 6 Get 7
Twin pack Get 5% Off

VITALEA FOR CHILDREN
Buy 3 Get 4

DTX Complex
Buy 3 Get 4

CINCH SHAKE (CHOCOLATE)
Buy 3 Get 4

☕CINCH SHAKE (CAFE LATTE)
Buy 3 Get 4

Friday, December 12, 2014

Sebab-sebab Anda Perlukan Vita-E Complex Shaklee.


Selalunya bila sebut nak jaga kecantikan kulit, orang selalu kaitkan dengan vitamin C.

Tapi tahukan anda vitamin E pun boleh membantu menjadikan kulit nampak bersih? Tahukah anda bahawa vitamin E juga sejenis anti oksida?

Dan adakah anda tahu yang vitamin E Shaklee berganda ganda lebih baik daripada beberapa jenama supplemen vitamin E di luar sana?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate. Apa yang best tentang vitamin E Shaklee ialah, setiap kapsul ada disertakan lengkap dengan Selenium & Grape Seed Extract (Ekstrak Biji Anggur).

VITA-E DAN SELENIUM

Kenapa nak letak Selenium dalam kapsul vitamin E?

Sebenarnya, vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum. Tanpa selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Selenium juga membantu agar vitamin E boleh bertahan lebih lama di dalam tubuh kita.


PANDUAN MEMBELI VITAMIN E

Makanlah vitamin E yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Ini boleh dilihat pada fakta nutrisi yang terdapat pada botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?

Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E?

Selain untuk kulit, sebenarnya vitamin E ni banyak kebaikan untuk badan kita.
Vitamin E bertindak untuk membantu:
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman pasangan suami isteri
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi


VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR

Vita-E Complex ini diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT untuk menambahkan lagi khasiatnya. Kebaikan kesihatan grape seed extract:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Thursday, December 4, 2014

Panduan Memilih Multivitamin

Terdapat banyak sebab-sebab untuk mengambil multivitamin. Kebanyakan orang gagal memenuhi cadangan diet berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk diet yang ketat, kurang selera makan, menukar keperluan pemakanan, atau kurang memilih makanan yang sihat.

Mengambil multivitamin sekali dalam sehari adalah cara yang mudah untuk mengisi jurang pemakanan kecil. Tetapi susah untuk kita memilih multivitamin yang terbaik di pasaran, kerana terlalu banyak pilihan. Dengan begitu banyak jenama yang berbeza dan jenis untuk dipilih, sukar untuk kita kenalpasti yang mana satu terbaik untuk kita.

Apa yang perlu kita perlu tahu dalam memilih multivitamin?

1) Baca label dengan teliti. Label produk biasanya akan menyenaraikan nutrien yang terkandung dalam setiap hidangan.

2) Dapatkan vitamin dan mineral asas. Kebanyakan multivitamin biasanya termasuk vitamin dan mineral yang berikut:

Vitamin C, B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (Niacin), B6, asid folik (B9), B12, B5 (asid Pantothenic), Biotin, A, E, atau D2 atau D3 (cholecalciferol), K, kalium, iodin, selenium, borat, zink, kalsium, magnesium, mangan, molibdenum, Betacarotene, dan zat besi.

3) Semak peratusan. Secara umum, pilih supplement yang memberikan 100% daripada nilai harian yang diperlukan (DV=Daily Value). Sesetengah nutrien, seperti kalsium dan magnesium, jarang dimasukkan pada 100% kerana pil itu akan menjadi terlalu besar untuk ditelan.

4) Cari multivitamin yang mempunyai formula khas/tambahan. Multivitamin moden boleh didapati dalam pelbagai formula yang bertujuan untuk membantu orang dengan keperluan pemakanan yang tertentu. Antara yang popular ialah multivitamin yang mengandungi zat besi. Ada juga multivitamin yang mengandungi nutrien tambahan seperti antioksidan, ataupun dirumus khas untuk golongan tertentu, seperti vitamin pra-natal.



5) Formula khas untuk lelaki, wanita, dan kumpulan umur tertentu. Ada juga boleh memilih multivitamin yang direka khas untuk umur dan jantina anda, supaya nutrien yang dibekalkan menjadi sesuai untuk anda. Contohnya, multivitamin yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

6) Jangan keterlaluan. Elakkan multivitamin yang melebihi 100% daripada nilai harian yang disyorkan, kerana ia merupakan supplement tambahan kepada nutrien dalam makanan. Sesetengah nutrien, jika diambil dalam dos yang besar, boleh menjadi toksik kepada tubuh kita.

Khasiat Sesetengah Vitamin & Mineral Asas

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja.

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.


Vitamin A
Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan.

Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan.
 
Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah.
 
Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik.
 
Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf.
 
Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

Thursday, October 9, 2014

Jom Kurus Dengan Cara Sihat & Selamat

 

Semalam lepas saya bom newsfeed dengan fakta2 Cinch Shake, ramai juga yang dok PM nak bertanya dengan lebih lanjut tentang Shape Up Set daripada Shaklee nie. Terima kasih banyak2. Saya harap persoalan u olls semuanya dah terjawab.

 Tapi set tersebut bukan sekadar minum Cinch Shake jer. Kita perlu ada beberapa supplement tambahan yang lain, untuk membantu badan kita membakar lemak yang sedia ada tersimpan kat dalam badan nie, di sambil mengekalkan jisim otot yang sedia ada & metabolisme yang tinggi. Supplement2 tambahan nie saling berganding di antara satu sama lain untuk memberikan kita hasil yang lebih optimum. Setiap supplement mempunyai fungsi2 yang tersendiri.

 Tetapi tak semua individu perlu makan kesemuanya. Setiap individu mempunyai keperluan & target yang berlainan. Ada yang hanya perlu ambil 2-3 jenis supplement sahaja, tapi ada juga yang perlu ambil beberapa lagi supplement tambahan. Sebab tulah lebih elok jika kita study dulu tubuh & keperluan masing2. Jangan nak kurus main ikut2 orang jer, nanti orang lain kurus, kita tak jugak kurus. Puncanya ialah tersilap pilih supplement.

 Yang paling penting, kita pilih untuk turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat & selamat. Jangan merisikokan diri anda dengan cara2 yang tak selamat, nanti badan sendiri yang menanggung bahananya.

Tuesday, October 7, 2014

Mengapa Saya Ambil Pelbagai Jenis Supplement Tambahan


Sebelum saya menggunakan supplement2 Shaklee, saya banyak mencuba pelbagai jenis supplement yang dijual di farmasi2 & juga syarikat2 MLM yang ada kat Malaysia nie. Banyak dah try. Ada yang OK, tapi banyak yang KO. Yang OK tu pun, awal2 jer nampak macam OK, tapi makin lama kita guna, ada jer benda merepek yang diubah sampaikan ada satu jenama nie dah ditarik balik logo halal sebab mengandungi bahan2 yang was-was. Hmm... lepas tu lama jugak saya tak makan supplement. Bergantung kepada ubat2an yang dapat kat hospital & klinik jer, walaupun saya tahu yang ubat2an sintetik nie tak elok untuk hati & buah pinggang kita.

Lepas saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya hanya mencuba 1 jenis jer iaitu Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral. Selepas sebulan, saya dapati badan saya semakin bertenaga & sukar nak terkena demam, tak macam sebelumnya. Sejak itulah, saya tambah supplement saya sedikit demi sedikit.

Sekarang nie, ada lebih kurang 9 jenis produk Shaklee yang saya ambil/gunakan setiap hari...

1) Set pengjagaan muka Enfuselle (pencuci, penyegar & pelembab) - 2 kali sehari
2) Sustained Release Vita-C Plus - 2 biji sehari
3) Vita-Lea - 1 biji sehari
4) GLA Complex - 1 biji sehari
5) Cinch Shake - 1 kali sehari
6) Peppermint-Ginger Plus - bila perlu
7) Zinc Complex - bila2 teringat
8) Collagen Powder - 1 kali sehari
9) Vivix - 1 kali sehari

Tujuan saya mengambil banyak jenis supplement bukanlah sebab saya nie gila nak makan supplement, ataupun takut sangat terkena penyakit. Tapi saya ingin jadi lebih sihat dengan cara yang betul. Bila dalaman kita sihat, maka luaran kita akan nampak lebih sihat juga, betul tak?

Kita sedia maklum bahawa penyakit itu akan datang tanpa diundang. Apa yang kita boleh buat ialah berusaha untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit, terutama sekali apabila tua kelak. Takmolah bila dah tua nanti, mula la sakit2 lutut, susah nak solat berdiri, susah nak berjalan jauh & terpaksa ulang alik ke hospital sebab dah terkena banyak penyakit.

Apa yang penting kat sini, semau produk Shaklee adalah selamat untuk tubuh & organ dalam badan kita. Ia diperbuat daripada bahan2 semulajadi yang berkualiti tinggi. Sebab itulah bagi yang dah pernah mencuba produk2 Shaklee, pasti akan terus menggunakannya.

Biarlah saya keluarkan duit sikit sekarang nie untuk membeli supplement, asalkan tubuh saya menjadi lebih sihat & bertenaga. Jangan bila dah tua nanti, lebih banyak duit yang terpaksa dibelanjakan untuk kos perubatan yang semakin lama semakin meningkat.

Thursday, October 2, 2014

Kisah Kojiro Yang Patah Kaki & Gigi

Kesian la anak bulus saya yang sekor nie.


Sebelum nie masuk wad sebab kena batu karang. Sekarang nie pulak masud wad lagi skali sebab patah kaki. Koji oh Koji... ada2 jer ko nie kan?

Kelakar jugak bila pikir cemana dia patah kaki. Kalau kucing biasanya patah kaki bila jatuh dari tingkat tinggi, ataupun kena langgar kereta. Ada jugak yang patah kaki sebab kena pukul (eee... kejamnya manusia macam nih!!!). Tapi si Kojiro nie patah kaki seba tergelincir daripada mesin basuh! Haa... tu la! Badan tu gemok sangat sampai nak melompat pun tak larat!

Korang semua jangan gemok macam nie okay! Gemok2 nie bukan setakat tak sihat, tapi mengundang banyak penyakit lain, especially bila tua nanti. Sakit kaki, diabetes, sakit jantung... aahhhh... macam2 lagi ler!

Semalam kononnya nak gi amik Kojiro. Patutnyer dah boleh discharge. Tup tup doktor telepon, beritau kitaorang yang si Kojiro nie dok gigit2 bandage yang doktor tu dah balut kat kaki dia, sampaikan bandage tu tertanggal! Kalau bandage jer tertanggal, takperlah kan? Ini tidak... dengan gigi-gigi dia skali tertanggal!!!!

Nak ketawa pun ada jugak. Tapi lebih kepada kesian. Yelah, manalah si Kojiro nie tau. Dia kan binatang. Bendasing2 kat badan memang dia tak suker. Sedaya upaya dia akan cuba tanggalkan, walaupun dah pakai e-collar! Terror kan? Haaa... terlebih terror sampai dua2 gigi taring kat bawah tu dah takder! Caner tuh?! Nampak sangat kekurangan kalsium kan? Tulang & gigi mudah patah, walaupun umur baru 7 tahun! Alahai anak bapak...

Aiyooo... kaki patah, gigi dah takder... jadinya apa yang tinggal? Nasib baik la bulu kat badan tu melekat kat kulit. Kalau tidak, dah lama jugak ko togel kan?

Oleh sebab mulut dia masih lagi membengkak & doktor tak berani nak lepaskan dia lagi, so terpaksalah duduk wad sampai ke Isnin depan.

Apa2pun, ini bahagian dia. Kita manusia yang membelanya kenalah bertanggungjawab. Sama jugak kalau kita ada anak sendiri. Bela la elok2, jangan harapkan orang lain pulak yang nak membela anak2 korang yer! Nanti bila diaorang dah besar, melawan cakap, jangan korang nak pukul pulak! Hahaha... salah siapa? Salah sendiri la!

Anyway, untuk ibu2 yang ada anak tu, kalau anak korang jenis yang memilih makanan, ataupun terlalu kurus, ataupun terlalu obes, ataupun jenis yang susah nak makan sayur & makanan2 yang sihat, boleh la cuba Shaklee Meal Shakes nih.


Meal Shakes nie sejenis minuman yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan serat... sesuai untuk anak2 u olls. Lebih kurang macam multivitamin jugaklah, cuma dalam bentuk minuman yang jauh lebih sedap & mudah nak makan. Budak2 kecik memang suker giler ngam Mela Shakes nih.

Bulan nie ada promosi Beli 3 Percuma 1!!! Haaa... JIMAT kan? Bila lagi Shaklee nak kasi free benda2 berkhasiat macam nie lagi kan? Bulan2 depan mungkin promosi yang lain pulak. So, sementara promosi nie masih ada, cepat2 la simpan stok banyak2 kat umah kay!

Korang sihat, anak2 korang pun kenalah sihat jugak! Jangan jadik macam Kojiro kay! Hehehe...

Saturday, September 27, 2014

Kojiro Patah Kaki

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua!

Apa plan korang weekend nie? Bila scroll2 newsfeed kat FB, ramai kengkawan saya yang kerja BNM sibuk dengan family day. Ada jugak yang tengah menuju ke endau rompin untuk teambuilding. Seronoknya korang kan! Apa2pun yang korang buat, i wish u olls have fun & jangan over sangat bersuka ria tuh! Saya kat sini tengah jelezx100!... heheheh

Semalam & hari ini merupakan hari yang sangat mencabar buat saya & Hafez. Anak kesayangan Kojiro mengalami kecederaan lagi. Kali nie kaki dia pulak yang patah, sebab tergelincir masa nak panjat mesin basuh kat belakang umah. Masa tu saya tengah basuh baju. Agaknyer masa tengah drain air keluar dari mesin, time tu dia pun nak melompat ke atas mesin basuh. Agaknya kaki dia tengah lencun kena air yang keluar dari mesin. Tetiba... we olls dengar bunyi... gedebuk! Pastu dengar bunyi Kojiro mengiau kuat sangat kat belakang, sayu jer bunyinya. Bila bukak jer pintu belakang, dia terus meluru masuk umah dengan kaki belakang yang terhenjut2.

Hurrm.... ada2 jer la kau nie Koji! Lepas satu ke satu kan? Kesian sangat tengok dia semalam. Kami berdua tak sampai hati tengok dia monyok macam tuh. Nak jalan pun susah. OKU sesangat!

Tengahari tadi kami nak bawak dia gi klinik haiwan. Oleh sebab kaki dia tu memang tak kuat nak berjalan, saya pun konfiden la dukung dia ala2 bawak baby. Tapi bila tiba je kat area parking kereta, berdesup dia melompat & lari lintang pukang! Laju pulak tuh! Jenuh la saya dok mencarik kat mana dia sembunyi. Last2 terjumpa kat lubang bawah tangki air. Aduhai... dengan kaki yang terhenjut2 tue, laju pulak ko memecut kan? Sabar jelah!

Saya pun terik dia, tangkap badan dia & terus bawak balik umah. Sampai jer kat umah, terus masukkan dia ke dalam carrier.



Masa kat klinik, vet tu check2 kaki dia yang tempang tu. Elooooook jer dia dok diam2 kat atas meja tu. Eeeee... depan doktor kemain lagi ko behave kan? Doktor tu pegang2 kaki dia, sikit pun dia tak menjerit! Kalau kitaorang nak pegang, pantas jer mulut dia nak menggigit! Mengada taw!

Vet tu cakap kaki dia patah, tapi tak la teruk sangat. Paling2 pun dia cuma akan balut dengan bandage untuk limitkan pergerakan kaki Kojiro, supaya tak jadi lebih teruk. Tak teruk pun, kena jugak duduk wad 2-3 hari. Sigh! Masuk wad lagi!

InsyaAllah Isnin depan kami dah boleh amik Kojiro. Cuma bandage tu masih belum boleh dibukak. Maybe after 2 minggu baru boleh ditanggalkan.

Masa borak2 dengan doktor tu, dia kata kemungkinan besar tulang Kojiro nie dah tak kuat. Maklumlah umur dia dah 6 tahun, bersamaan 40 tahun umur manusia. Ini adalah salah satu tanda kekurangan kalsium yang penting untuk tulang. Mungkin masa kecik2 dulu dia tak dapat hisap susu mak dia puas2 agaknyer. Bila manusia yang bela, paling kuat pun kami beri minum susu segar dalam kotak. Tetap takkan sama dengan kebaikan susu ibu, betul tak? Sebab tulah penting kita kasi dia makan benda2 yang berkhasiat. Bila dah tua, tak la banyak sangat meragam kan?

Kita nie pun sama jugak. Masa muda2 nielah kita kena jaga pemakanan kita. Pastikan kita mendapat nutrien yang secukupnya. Kalau korang pergi buat checkup kat klinik ataupun hospital, ada alat untuk kita check bone density, untuk kita tengok tahap kekuatan tulang kita. Kuat ker tidak? Kalau tulang jenis yang rapuh, eloklah amik supplement yang boleh membantu untuk menguatkan tulang. Better late than never!

Anyway, Shaklee ada 3 jenis supplement yang bagus untuk kekuatan tulang & sendi:

1) OsteMatrix
2) Advanced Joint Health Tablet
3) Omega Guard

RM61 (harga non-member); 120 biji

RM124 (harga non-member); 60 biji

RM136 (harga non-member); 90 biji

Kombinasi ketiga2 supplemet nie memang bagus untuk menguatkan tulang & sendi2 kita. Lebih elok kalau kita makan sekarang. Kalau nak tunggu bila tulang dah reput, baru nak amik supplement, then lambat la sikit kan? Semakin kita meningkat usia, semakin lambat proses pembaharuan sel2. Nanti bila umur dah menjangkau 50-an, mula la sakit2 lutut bagai.

Kalau korang ada mak ayah yang sakit2 lutut & pinggang tu, boleh la cuba berikan mereka supplement2 nie. Memang bagus sangat untuk diaorang. Kalau rasa harganya mahal, bolehlah mendaftar jadi ahli untuk dapat harga yang jauh lebih murah. Lagipun kita nak beli supplement nie selalu, bukannya nak beli sekali seumur hidup kan? Kalau kita tengok jumlah biji/kapsul yang ada kat dalam sebotol tue pun, kita boleh agak benda nie boleh bertahan lebih daripada 2 bulan, bergantung kepada cara pemakanan kita & tahap keperluan masing2.

Okaylah u olls. Saya nak pi sambung basuh baju yang tertangguh semalam tuh. Nanti kalau ada kelapangan, saya akan menulis lagi kay!

Till then, have a great weekend!!!

Thursday, September 25, 2014

Harga Runtuh Shaklee Collagen Powder

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Tengahari U Olls!

Aduhhh... dah 2 hari tak update blog. Rasa macam terketar2 jer tangan nie. Macam orang lama 'tak mendapat' kan? Hahaha...

Bukannya apa, setiap kali lepas habis update blog, saya rasa lega sangat. Yelah, saya nie tak mampu nak gi jumpa psikitaris! Bukannya murah doktor2 pakar nie kan? Bila kita dapat citer tentang masalah kita ataupun berkongsi cerita harian kita kat blog, rasa macam ada satu beban dah diangkat daripada bahu nie.

Korang yang membaca blog saya nie, ada blog jugak tak? Kalau ada, boleh la share ngan saya. Saya nie tak ramai kengkawan bloggers. Yelah, bak kata orang, blogging is soooo yesteryear kan? Tapi jangan tak tau, dunia blogging sekarang nie dah jauh lebih advance berbanding dunia blogging awal2 dulu. Bila bukak blog orang, kadang2 tu terkesima jap dok tengok betapa canggihnyer blog orang lain berbanding blog kita sendiri... hehehe. Ada sesetengah blogger tu dah takyah kerja makan gaji. Hasil berblogging dia pun dah melebihi gaji bulanan kita kan?! 

Blog2 yang saya selalu baca semuanya saya tepek alamatnya kat bahagian kanan page nie. Senang nak refer. Cuma ada kalanya tak sempat nak tinggalkan komen. Baca sekali imbas setiap pagi, then terus tutup. Maklumlah... bz kononnyer, bisnes tengah baru nak naik sekarang nie... giteewwww!

Anyway, hujung2 bulan nie semua orang Shaklee memang tengah bz buat closing. Mentor2 kami pun lebih agresif kasi guidance & buat kelas utk kami capai matlamat kami berada di dalam bisnes nie. Jadi, usaha perlu digandakan. Tawakal jugak perlu dilipatgandakan jugak. InsyaAllah jika konsisten & lebih fokus, semua orang boleh berjaya. Yang penting kita kena percaya yang pemberi rezeki ialah Allah, bukannya manusia ataupun syarikat.

Oh ya... masuk hari nie saya dah ada 5 orang anak Shaklee. Syukur sesangat. Bukannya apa, cuma bila orang berminat nak mencuba produk Shaklee, saya lebih suka jika pelanggan saya mendaftar jadi ahli je. Selain dapat beli produk2 Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah, mereka juga dapat perhatian yang lebih berbanding pelanggan2 yang bukan ahli.

Contohnya... bulan nie 2 orang anak Shaklee saya dapat hadiah spesel daripada saya & Hafez...


Hadiah kami taklah semahal mana. Tak la sampai riban2 regenyer. Yang penting, ianya ikhlas daripada kami berdua sebagai tanda penghargaan buat pelanggan2 kami yang dah membeli dengan banyak daripada kami.

Haaa... seronok kan jadi customer kami? Ada beberapa lagi freebies yang belum mempunyai tuan. Kalau u olls berminat, cepat2 la ambik peluang nie okay! Lagi banyak u olls membeli, lagi mahal la hadiah yang u olls akan dapat! Huhuhu...

Oh ya... sebelum sampai hujung bulan nie, sekali lagi nak beritau u olls tentang promosi Shaklee Collagen Powder (SCP)...


Promosinya macam nie:

Harga jualan 1 kotak SCP = RM298
Harga untuk 6 kotak SCP = RM1788

Jika u olls beli 6 kotak, u olls akan dapat:

i) Percuma 1 kotak SCP (bernilai RM298)
ii) Percuma membership (bernilai RM65)
iii) Percuma penghantaran (bernilai RM10)

DAN

iv) Percuma 1 hadiah misteri daripada saya & Hafez (bernilai lebih RM500!!!)

Jika u olls memang dah decide nak beli 6 kotak, secara automatik harga sekotak SCP akan jatuh kepada harga ahli. Jadi, jumlah harga untuk 6 kotak tu bukan lagi RM1788 yer! Dah runtuh banyak ke bawah! Hehehe...

Nak tahu harga ahli? Tu kena PM atau Whatsapp saya kay! Takleh citer kat sini... rahsia kita2 ajer!

Haaa... kalau korang campur2 semua penjimatan kat atas tuh, dah berapa korang jimat? Banyak kan? Rugi tak grab peluang nie taw! Promosi sampai hujung bulan nie jer!

Okaylah, saya nak bersiap2 gi buat kek nie. Kalau ada sebarang pertanyaan, bolehlah contact saya kat 091-3753414 ya! Nanti ada masa, saya akan tulis lagi kay!!!

Babai!!!

Monday, September 22, 2014

Nak Kurus Macam Hafez Tak???

posted  by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Petang U Olls!

Ada yang dah balik kerja ke time2 camnie eh? How was ur day? Monday blues ke tidak? Hahaha... teringat masa zaman2 saya kerja opis dulu. Bila tiba jer hari Isnin, mula la liat nak kick-off buat kerja. Tengok tray yang menimbun tue pun terasa macam mual2. Patut ler boss2 saya slalu marah saya... hahaha. Tapi saya pernah bekerja dengan beberapa orang boss yang baik mcm Kak Yati, Zima & Nasira. Walaupun tegas, tapi mereka selalu bagi kata2 perangsang & guidance buat saya.

Sekarang nie saya bekerja sendiri. Tapi saya tak pernah anggap diri saya nie macam boss. Bila kita kerja sendiri, kita memang la boss tapi kita jugak kuli. Jadi, nak feeling2 jadik boss tue memang jauh la kot!

Cuma dalam Shaklee, saya ada 2 orang mentor yang banyak memberi tunjuk ajar i.e. maktok Najihah Sudi & babah Hafez Zahruddin. Kalau tengok cara diaorang bekerja, memang tak terkejar kau!

Baru2 nie Hafez ada upload satu gambar dia kat FB. Kalau korang ada fren-fren ngan dia, mesti ada ternampak picture nih...


Dalamasa lebih kurang 8 bulan selepas menggunakan set Shape Up Shaklee, berat dia turun banyak giler! Serius! Nie bukan edit2 punya gambar okay! Kalau korang dah lama tak jumpa dia, bile jumpa sekarang sure korang sendiri akan nampak perbezaannya.

Tapi ini bukanlah usaha yang mudah. Dia sangat konsisten mengambil produk2 Shape Up. Yang penting, kena cuba jaga sikit pemakanan kita. Jangan harapkan diet semata2 sebab kalau diet kita tu tak seimbang, silap haribulan boleh malnutrisi! Dan jangan pulak harap semata2 exercise coz tu saja memang tak mencukupi, especially bila umur dah mencecah 30-an.

Kalau korang nak tahu cara yang lebih detail, boleh hubungi saya ataupun boleh contact Hafez. InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin untuk membantu.

Anyway, hari nie saya gi hospital untuk amik darah. Bukan saya amik darah tapi hospital yang amik darah saya. Memang setiap 6 bulan saya akan ke sini untuk buat routine checkup, nak pantau tahap kolesterol & kencing manis. Sebelum nie doktor pernah prescribe ubat kolesterol. Ubat kencing manis belum lagi, tapi doktor nak tengok dulu cemana. Harap2 la bacaan kali nie turun di bawah paras bahaya.


Kalau korang ada peluang buat checkup, ataupun kat tempat kerja ada sediakan perkhidmatan untuk check darah, gi la buat. Jangan duduk diam2 jer. Kalau kita tak check, kita takkan tahu tahap kesihatan kita kan? Badan mungkin nampak kurus & sihat, tapi tak mustahil boleh kena kencing manis ataupun kolesterol tinggi.

Then, kalau gi supermarket tu, instead of menggapai barang2 di lorong yang jual coklat & junk food, kan lebih elok kalau korang spend duit untuk beli buah2an...


Buah2an nie banyak kegunaan. Walaupun kandungan nutriennya dah berkurangan, tapi at least kandungan serat masih lagi tinggi.

Contohnya... buah kiwi, avocado, oren, pisang & epal boleh dicampurkan dengan Cinch Shake nie, supaya ada kepelbagaian rasa. At least kita tak la rasa bosan nak consume Cinch Shake nie hari2 kan?


Cinch Shake perisa vanilla adalah yang paling versatile untuk dicampur dengan buah2an. Kalau korang beli perisa coklat ataupun cafe latte, boleh campur ngan buah pisang. Kalau takder masa nak blend kat umah, beli jenis coklat & cafe latte nie jer la. bancuh camtu pun dah sedap.

Tapi syaratnya bancuh dengan air suam ataupun air sejuk. Jangan plak korang campur dengan air panas! Nanti rosak protein yang ada dalam Cinch Shake tuh!

Selain tu, buah lemon boleh dicampur dengan Cinch Tea, untuk rasa yang lebih refreshing. Ada sesetengah orang suker ice lemon tea kan? Ada jugak suker teh-o lemon. Ikut suker korang la. Tapi kalau saya, tak campur apa2 pun, Cinch Tea nie memang dah sedap. Saya cuma perlu campur ngan sikit stevia jer.


Cinch Tea nie sangat2 bagus. Dia merupakan campuran white tea, green tea & red tea... satu kombinasi yang kaya dengan anti-oksidan & pemberi tenaga semasa kita tengah berdiet. Selalunya awal2 time nak berdiet nie, badan kita akan rasa sikit lemah kan? Cinch Tea nie dapat memberikan kita tenaga sepanjang hari. Yang penting, teh nie takder perisa atau pewarna tiruan. Tulen bang! hahaha...

Okaylah u olls! Saya nie gi buat evening walk sambil edarkan flyers nie. Malam nanti mungkin nak makan bihun sup & buat salad buah2an kat umah.

Nanti ada masa, saya tulis lagi kay! Daaaa!!!!

Wednesday, September 17, 2014

Kuih Peneram atau Kuih Telinga Keling?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam semua!

Korang tengah buat apa tu? Dah tido ke? Isyk isyk... awalnyer masuk tido. Saya nie kalau tak cecah kol 12 tengah malam, memang la tak sempat nak jumpa katil... hehehe.

Anyway, hari nie merupakan hari yang agak busy buat saya. Awal2 pagi kat umah, buat laundry. Lepas siap laundry, saya terus ke kedai untuk buat kek coklat & cupcake. Tapi saya cuma reti bab bancuh & bakar je. Bab2 nak assemble tu, masih belum khatam lagi. Kena tunggu chef Hafez balik dari Muar... hehehe.

Kek coklat tu saya dah beberapa kali buat. Takder masalah la. Yang saya nervous bila nak buat cupcake. Risau takut tak jadi bentuk "dome" yang cantik, macam Hafez biasa buat. Almaklumlah, bancuhan tu mungkin saya boleh ikut resepi dia jer, tapi sukatan nak masuk kat dalam cup tu yang saya kurang mahir. Lagipun kita kena mahir juga kawal kepanasan oven. Silap aribulan, kek tu takmo naik. Kek merajuk namanyer... hehehe.

Alhamdulillah, selesai membakar cupcake, camnielah hasilnya...


Risau sangat kot2 kek dia takmo naik. Kang tak pasal2 chef suruh buat sekali lagi... hehehe.

Lepas siap tu, saya temankan mak saya gi gunting rambut. Alang2 meneman, saya pun gunting rambut jugaklah, tapi bukan kat salon, saya gunting kat kedai mamak jer. Rimas plak rasanya bila rambut semakin menebal. Lepas gunting rambut, terasa ringan sangat kepala.

Lepas tu, kitaorang gi Tesco untuk shopping barang2 dapur. Then gi lunch kat situ. Saya makan nasi putih, lauk sambal kerang, sayur kacang panjang & telur dadar. Berapa kalori tu? Errrr... lebih 1000kcal ada tak? hahaha...

Lepas lunch, saya sambung bakar redvelvet cake pulak kat kedai. Sementara tunggu kek dibakar, saya kemas2 la sikit dapur tuh. Walaupun rasanya macam takder apa yang nak dikemaskan, tapi bila kita tengok dengan teliti macam guna kanta pembesar, mesti ada bahagian yang boleh dibersihkan lagi.

Lepas siap kerja kat kedai, saya gi jemput Hafez kat stesen bas Larkin Sentral. Cabaran sungguh drive keter sorang2 bila kita tak tahu jalan. Saya pasang 'waze' tapi tak boleh tengok fon. 100% bergantung kepada suara pompuan yang keluar daripada application tu. Kalau salah faham, harus la terbabas masuk simpang lain.

On the way nak balik umah, kami singgah masjid kat area Taman Rinting untuk solat Asar.

Lepas solat, saya jemput anak sedara pompuan saya untuk gi beli barang2 keperluan sekolah dia. Kebetulan hari nie ada pasar tani kat depan kedai stationery tuh. We olls tapau skali makanan untuk dinner. Tak larat rasanya nak balik & memasak.

Masa kat pasar tani, Hafez ada beli kuih ni. Korang tahu apa namanya?


Menurut kawan saya, Syipah, orang utama panggil kuih peneram.

Tapi, kami kat sini panggil kuih nie kuih telinga keling. Mintak maap la yer kalau ada yang rasa nama nie kurang sesuai. Tapi dah orang panggil camtu, takkan saya tetiba pandai2 nak tukar jadik kuih telinga india pulak, kan?

Rasanya manis (mungkin manis2 gula merah), teksturnya lembut, tetapi sedikit berminyak. Apa2pun, memang sedap giler! Biasanya saya jumpa kuih nie kalau singgah R&R kat tepi highway. Tapi jenis yang dah siap bungkus camtu, kemanisan dia melampau2 sangat! Teksturnya pulak keras. Bila gigit, terasa macam gigit gula2 tarik jer. Mungkin diaorang lebihkan gula dalam ramuannya, untuk buat kuih nie lebih tahan lama.

Selain kuih telinga keling nie, kami beli kueh teow goreng & jagung rebus. Alhamdulillah kenyang la malam nie. Cuma benda yang saya makan nie tak berapa sihat, kecuali jagung rebus tu jer. Tambah pulak makan waktu dinner, kan? Bila kala pulak badan nie nak membakar kalori yang saya dah telan tuh!

Oleh sebab makanan hari nie kurang sihat, lepas dinner saya pun telan 3 biji Herb-Lax & 3 biji Peppermint-Ginger Plus. Saya tambah 2 butir Equal Stevia supaya minuman tu rasa manis sket. Kalau takmo tambah gula pun boleh, tapi kena cepat2 telan air nie sampai habis.


Kenapa saya guna stevia? Selain ianya takder kalori & membuatkan minuman tu terasa manis, stevia ada banyak khasiat lain. Kalau korang nak kupas sendiri khasiat2 stevia nie, boleh google jer kat internet. Berlambak orang dok citer pasal khasiat stevia nih.

Okaylah u olls. Saya nak berehat2 kejap. Letihnyer rasa hari nie. Mungkin malam nie nak masuk tido awal. Esok nak sambung siapkan kek kat kedai.

Till then, babai!!!