Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Sunday, May 3, 2015

Khasiat Buah Tiin dari Sudut Islam & Sains

Segala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya.

Ramai di antara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica dan kepentingannya untuk kesihatan. Mungkin kerana buah tiin bukan berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean. Walaupun buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani.

Malah, di dalam Al Quran juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang buah tiin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3).

Jika direnung- renungkan, mesti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Quran. Ini mungkin kerana khasiat dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah- buahan yang lain.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti).

Seiring dengan hadis tersebut, ia juga dibuktikan dengan penemuan- penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin yang jarang diketahui dan diterokai. Buah tiin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain. Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tiin juga sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tiin boleh dianggap sebagai buah yang seharusnya diambil oleh setiap orang termasuk juga kanak- kanak. Ianya merupakan snek yang terbaik sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi. Jadi, pengambilan buah tiin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung. Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita. Namun, dengan adanya buah tiin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia- siakan malah perlu dijadikan sebagai satu makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tiin mengandungi ‘polyphenols' yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol' dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde' dan ‘coumarins'. ‘ Benzaldehyde' telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins' adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui akan keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tiin, apatah lagi ianya terhad berada di pasaran tidak seperti buah- buahan lain. Namun, seharusnya ia tidak perlu dijadikan alasan kerana ia juga terdapat juga di pasaran Malaysia dan mampu diperolehi oleh sesiapa sahaja.

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut. Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.

Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang.

Maka, tidak hairanlah jika buah tiin diiktiraf oleh pakar- pakar pemakanan pada hari ini sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat- zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu, ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit- penyakit tertentu.

Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelarkan buah tiin sebagai ‘nature's most nearly perfect fruit' iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi'.

Oleh yang demikian, tidak akan rugi jika kita memakan buah tiin, kerana manfaatnya kita akan perolehi jua walaupun mungkin dalam jangkamasa lama kerana kesihatan itu bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan.

(SUMBER: ikim.gov.my)

Friday, May 1, 2015

Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON Shaklee

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

👃Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
👄Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI 💪 – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai 2 matlamat:

🌱 Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia.

🌱 Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon™ !

Nutriferon™ Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh

Nutriferon™ adalah hasil ciptaan pakar immunologist, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti of Tokyo, Jepun pada tahun 1954.

Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon™.

Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Nutriferon™. adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.

Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembuh sangat digalakkan untuk mengambil Nutriferon™.

Bagaimana Nutriferon™ bertindak?

NutriFeron™ MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus mengukuhkan sistem imun badan.

Pemakanan tambahan NutriFeron™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-

🌱 Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;

🌱 Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;

🌱 Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;

🌱 Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA?

1) Terbukti daripada 4 Kajian Klinikal Pada Manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

2) Meningkatkan Paras Interferon Secara Semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

3) Dicipta oleh Individu Yang Menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti of Tokyo.

4) Rumusan Berpaten Yang Eksklusif - NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5) 40 Tahun Kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

6) Sejak NutriFeron™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron™.

Friday, April 17, 2015

Resepi Muffin Pisang Coklat Chip

Jangan jadikan menu sihat kita tu terlalu boring! Sesekali kita ubah sikit2 supaya kita tak bosan. Dengan cara begini, kita sekeluarga dapat menikmati pilihan makanan yang lebih sihat tanpa rasa bosan.

Malam ni saya nak kongsikan resepi mudah untuk buat muffin pisang dengan coklat cip.

Pengalaman menguruskan bisnes pastry kat KL & JB dulu banyak beri saya inspirasi & pengetahuan dalam bab2 membaking ni.

Saya pun kenal ramai kengkawan yang kaki membaking kat umah. Saya pasti korang akan rasa resepi yang saya nak kongsikan ni kacang je! Hehehe...

Bahan-Bahan:

- 1 cup tepung
- 1/2 cup Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
- 1 cup oat
- 2 sudu kecik baking powder
- 1 sudu kecik baking soda
- 1/2 sudu kecik garam halus
- 1/4 cup flaxseed
- 1 biji telur saiz AA
- 2 sudu besar minyak jagung
- 2 sudu besar gula perang
- 1/2 cup + 2 sudu besar susu
- 4 biji pisang, dilenyek
- coklat chip

Cara-Cara:

1) Gaulkan tepung, ESP, oat, baking powder,  baking soda, garam & flaxseed.
2) Di dalam mangkuk yang besar, pukul telur, minyak jagung, gula perang, susu & pisang lenyek.
3) Sedikit demi sedikit campurkan bahan (1) di atas dan kacau secara perlahan.
4) Tambahkan sikit coklat chip sesedap rasa.

Panaskan oven dalam 350 darjah celcius.

Sediakan loyang muffin bersaiz sederhana (16 lubang). Masukkan kertas muffin cup di setiap lubang. Kemudian, scoop bahan2 di atas ke dalam lubang2 loyang. Penuhkan dalam setengah je. Tak perlu letak penuh2. Kang melimpah ruah plak, tak cantik muffin u olls!

Bila oven dah panas, masukkan loyang & bakar dalam 12-20 minit. Rajin2 tengok oven. Kalau rasa2 muffin dah kembang & berwarna coklat keperangan, boleh la keluarkan dari oven.

Tips:
- Gunakan loyang yang jenis non-stick supaya mudah nak keluarkan muffin daripada loyang.
- Tak perlu sapu butter atau minyak kat lubang2 loyang tu, sebab bahan2 tersebut akan mengeluarkan minyak sendiri. Kang berminyak2 plak muffin u olls!
- Kalau takmo guna loyang, boleh jugak guna paper portion atau solo cup.

Bila muffin dah siap, boleh la sajikan terus. Sedap kalau makan masa dia masih panas, especially waktu sarapan pagi.

Selamat mencuba!

Benarkah Minyak Ikan Penting Untuk Kita?

Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.

Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.

Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.

“Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan.

“Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.”

Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.

Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3.

Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA.

DHA dan EPA membantu untuk mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Dalam bahasa yang mudah pengambilan OmegaGuard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Thursday, April 16, 2015

Mengapa Saya Membaca Buku Kesihatan

Hari ni merupakan saya punya offday. Seperti biasa, akan buat sikit kerja2 kat rumah. Then settlekan laundry pada awal2 pagi. Saya suka buat laundry awal pagi sebab by noon, biasanya semua akan kering. Cepat sket kalau nak buat kerja2 melipat baju.

Masa offday juga saya suka pi jalan2. Kalau tak gi jauh2 pun, saya akan pusing2 area bandar Muar je. Gi makan2 kat luar. Saje je nak lapangkan otak.

Selebihnya saya akan berehat puas2 kat umah. Takdelah nak bantai tido sepanjang hari. Saya lebih suka abiskan masa dengan membaca buku2.

Kebanyakan buku saya beli kat kedai2 biasa je. Takyah nak berabis sangat beli buku2 yang mahal2. Kalau kat Muar ni, saya suka beli kat Popular Book Store. Pilihannya lebih banyak & mampu milik berbanding kedai2 buku lain.

Untuk kekal lama dalam bidang jual menjual supplement kesihatan ni, saya perlu tambahkan pengetahuan. Selain buku, saya juga selalu buat rujukan kat suratkhabar, majalah, buku nutrisi & blog2.

Zaman sekarang ni cukup mudah nak cari maklumat. Yang penting kita kena tahu kat mana nak cari, kena kenalpasti sumber yang boleh dipercayai. Jangan la plak dok baca info2 daripada sumber yang meragukan. Nanti lain plak jadinya.

Selain sumber2 bercetak, saya juga kerap berjumpa dengan pakar2 perubatan & kecantikan. Saya tak malu bertanya. Kalau ada kengkawan yang bekerja sebagai doktor, jururawat, ahli farmasi & pakar kecantikan, kita boleh jadikan mereka sebagai rujukan.

Pihak Shaklee pun kerap buat bengkel2 kesihatan. Biasanya mereka akan jemput pakar2 perubatan & nutrisi untuk membantu dealer2. Bengkel & kursus2 begini sangat bermanfaat untuk saya menambah ilmu pengetahuan.

Kepada dealer2 Shaklee yang seangkatan dengan saya, jadilah seorang dealer yang berilmu. Jangan asyik pikir nak menjual je. Jangan kasi info yang kurang tepat kepada pelanggan2 anda. Ini adalah perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Kita tak boleh pandang ringan.

Ilmu adalah milik Allah. Dia hanya pinjamkan kepada kita untuk kita gunakan ke jalan yang baik. Kongsilah ilmu walaupun sedikit. InsyaAllah usaha anda pasti akan mendapat keberkatannya.

Wednesday, April 15, 2015

Shaklee Muar, Shaklee Johor, Shaklee Malaysia

Okaylah fine!

Saya mengaku yang saya ni pengedar sah supplement Shaklee. Saya tinggal di bandar Muar. Branch terdekat ialah di Taman Molek, Johor Bahru. At least sebulan sekali saya akan balik ke JB. Bulan hanya melawat branch Shaklee, tapi nak melawat mak ayah kakak yang tinggal di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Sesiapa yang nak order, saya boleh buat personal delivery, tapi terhad ke area Muar je. Lain2 tempat satu Malaysia, saya akan gunakan perkhidmatan Pos Malaysia, Gdex ataupun Citylink.

Proses Penuaan dan Cara Terbaik Menanganinya



PENUAAN adalah satu proses yang tidak boleh dielakkan. Proses penuaan melibatkan kemerosotan fungsi-fungsi organ dan sistem tubuh secara perlahan-lahan.

Namun, bukan semua orang mengalami proses penuaan yang sama. Faktor genetik, pemakanan, persekitaran dan gaya hidup banyak mempengaruhi kepantasan proses tersebut. Seiring dengan peningkatan usia juga, proses penyembuhan menjadi semakin perlahan.

Proses penuaan adalah lebih daripada sekadar kedutan atau garis-garis kasar pada kulit wajah. Hakikatnya, saintis mengesahkan proses penuaan bermula sebelum kita mencecah alam dewasa. Malah, ia sebenarnya berlaku secara dalaman dan pada peringkat berbilang.

Salah satu peringkat yang menerima kesan penuaan itu ialah pada peringkat selular (sel). Penuaan sel berlaku berdasarkan kepada kekerapan proses replikasi berulang.

Pergandaan setiap sel boleh berlaku sehingga 50 kali. Jadi, pendedahan sel kepada pelbagai faktor termasuk radikal-radikal bebas hanya menjanjikan kerosakan sekali gus mendorong kekerapan keperluan sel melalui proses replikasi.

Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt berkata, proses penuaan biologi bagaimanapun boleh ditangani secara positif dengan mengenal pasti empat mekanisme dalam proses penuaan selular.

Pertama, setiap sel dalam tubuh kita terdedah kepada hampir sejuta ancaman perosak deoksiribunokleik (DNA) yang berpotensi merosakkan genetik DNA manusia. Ia boleh mengakibatkan kerosakan fungsi sel dan jangka hayat seseorang.

"Kedua, kelemahan keupayaan penyelarasan genetik dan kemerosotan penghasilan tenaga di peringkat selular boleh mengurangkan keberkesanan fungsi sel berikutan faktor usia," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara baru-baru ini.

Perubahan fizikal

Mekanisme keempat pula merangkumi pengumpulan protein-protein makanan ringan atau lebih dikenali sebagai protein AGE (Advanced Glycation Endproducts). Lebihan protein-protein tersebut dan pelbagai toksin lain boleh menjejaskan kesejahteraan peringkat selular sehingga merugikan manusia dari aspek usia.

Kemerosotan fungsi sel yang terjadi secara beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang. Penipisan rambut, kedutan pada wajah, kemerosotan tahap tenaga dan pertambahan berat badan adalah antara perubahan yang boleh dilihat.

Berita baiknya ialah kajian-kajian saintifik pula membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada faktor usia boleh dicegah dan diperlahankan. Keadaan itu boleh dilakukan menerusi beberapa perubahan ringkas dari aspek gaya hidup dan pengambilan diet.

Malah, para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard dan Institut Penuaan Nasional (NIA), Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan sejenis bahan semula jadi, resveratrol mampu mengimbangi kesan negatif sesuatu diet yang berkalori tinggi.

Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.

Menurut Carsten, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.

Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.

Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.

"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).

"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.

Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.

Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.

Melihat kepada khasiat buah muskat, maka tidak hairanlah bekas Presiden AS, Thomas Jefferson turut dilaporkan pernah menanam pokok buah muskat di kediamannya di Monticello, sepanjang awal tahun 1800-an.

Bercerita lanjut, Carsten memberitahu, pengambilan suplemen harian dengan kandungan resveratrol mampu melegakan salah satu daripada empat mekanisme utama selular. Akan tetapi, keberkesanan produk resveratrol akan bertambah baik jika disertakan dengan ekstrak tumbuhan lain seperti polyganum cuspidatum, lobak ungu dan elderberi.

Tumbuhan Japanese knotweed atau polygonum cuspidatum misalnya turut membekalkan sumber resveratrol. Banyak digunakan dalam suplemen antipenuaan perubatan tradisional Cina (TCM), kajian saintis mendapati resveratrol memberi kesan positif kepada prestasi ahli sukan.

"Seperti dalam perubatan Ayurvedik masyarakat India dan TCM, gabungan beberapa jenis sebatian tumbuhan didapati dapat memberi tindak balas lebih baik sesuatu suplemen kepada tubuh," terangnya sambil memberitahu kandungan antosianin dalam lobak merah pula boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Proses penuaan yang sihat juga bermakna tidak mengabaikan beberapa perkara penting. Antaranya pengambilan diet yang seimbang, berhenti merokok, bersenam secara kerap dan meningkatkan pengambilan multivitamin.