Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Holidays. Show all posts
Showing posts with label Holidays. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

Aktiviti Wajib di Hujung Minggu

Salam kengkawan!

Apa khabar? Harap u olls sihat2 semua. Buat apa jer weekend ni? Shopping? Outing? Dating? Or melepak kat umah je tengok TV?

Apa2 pun yang u olls buat di hujung minggu, jangan lupa jaga diri & kesihatan kay! Bagi yang dah berkeluarga tu, bawak2 la family gi beriadah ke, gi taman tema ke... kan ke seronok!! Sambil bergembira, dapat juga merapatkan hubungan kemesraan sesama sendiri, tul tak?

Bagi orang bujang macam saya ni, mungkin lain sket la. Most probably bujang2 ni lebih suka keluar ngan member2. Tengok wayang, gi minum2 ataupun melepak kat umah member.

Saya ni biasanya stay kat umah je, main dengan Kojiro. Sejak pindah JB ni, Kojiro lebih domesticated. Lebih suka stay umah berbanding jadi hero kampung... hehehe.

Selain melepak kat umah, kalau saya rajin, saya ajak mak ayah gi keluar jalan-jalan cari makan. Tu pun kalo they olls takder plan la. Kalo they olls berdua bz, biasanya saya gi keluar gi makan2 ngan Hafez je.

Kat JB ni memang banyak tempat makan yang best2, tapi masing2 jauh2 belaka. Kalo nak rojak yang best, kat Kg Bakar Batu. Kalo nak ABC yang best, kat Galeria Kotaraya. Kalo nak nasi arab yang best, kena gi Tmn Kebuh Teh pulak. Takleh ke semuanya berkumpul setempat??? Minyak petrol mahal taw! Hahaha...
Anyway, selain gi makan2 & menambah kalori, we olls berdua akan singgah exercise kat gym. Tapi kalo takder mood nak gi gym, biasanya buat evening walk je sekitar kawasan perumahan. Kena jugak burn kalori secara natural. Takleh la nak 100% bergantung harap dengan Cinch Shake je kan? Sambil evening walk, sambil edarkan flyers Shaklee. Sambil menyelam, sambil minum air seteguk dua. Multitasking gitew!!!

Waktu hujung minggu nilah kita nak buat aktiviti yang best sket. Kalau hari2 biasa tu, masing2 dah bz bekerja. Kerja tu kerja jugak, tapi mesti cari masa untuk merehatkan badan & minda.

All work and no play, makes jack a dull boy!

JJCM ke Penang

Salam u olls!

Aduhhhh letihnya minggu nie. Ke hulu ke hilir. Dari JB ke Muar ke Seremban ke Penang. Pastu patah balik ke Seremban. Then ke KL. Pastu ke Muar semula. Dan akhir sekali pulang ke sarang di JB.

Berjalan2 gi bercuti tu memang seronok. Tapi bila dah berada kat hujung2 trip, baru la terasa sakit2 badan. Tapi sebenarnya bukan sakit pun, cuma post-holiday syndrome je... hehehe

Salah satu benda yang saya suka masa bercuti nie ialah keseronokan melihat tempat orang lain. Rasa mata ni segar sket tengok tempat orang. Yelah asyik dok berlegar kat tempat tinggal sendiri je, lama2 tu bosan jugak kan? Nak jugak keluar dari tempurung & terbang ke sarang orang.

Selain tu, masa bercuti2 nie lah masa yang paling syok nak jalan2 cari makan. Boleh makan sepuas2nya tanpa rasa guilty. Especially kalau tempat kita pergi tu memang terkenal dengan jolokan 'food paradise' kan?
So far sepanjang percutian ke Penang, sempat jugak singgah makan pasembor kat Gurney Drive. Then sempat jugak gi makan kat Nasi Kandar Line Clear. Dua2 tempat nie memang best giler makanan dia. Tapi tu semua tak berapa healthy sangat... hehehe.

Pilihan yang lebih healthy ialah masa saya gi makan kat Chillis, Gurney Plaza. Time tu saya cuma order BBQ Chicken Salad je. Itupun terpaksa kongsi2 makan berempat sebab portion dia banyak giler.



Bab2 makan memanglah syok. Tapi kena beringat jugak. Saya tak lupa bawak supplement2 berikut supaya dapat kawal  berat badan:

1) Cinch Shake
2) Lecithin
3) Phytocol-ST
4) Herb-lax
5) Alfalfa Complex

Untuk kekal sihat & bertenaga, saya bawak:
1) Sustained Release Vita-C
2) Vita-Lea

Jadi, makanlah banyak yang kita nak asalkan in moderation, jangan lupa makan supplement, minum air kosong yang banyak & perbanyakkan aktiviti berjalan2.

Tak susah nak bercuti sambil berseronok & kekal sihat, betul tak?

Saturday, September 6, 2014

Korang Pernah Gi Cameron Highlands Tak?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu Semua!

Apa jer korang buat hujung2 minggu nie eh? Bila scroll2 FB, seronok tengok kengkawan dok posting gambar2 tengah bekfes. Ada jugak yang tengah holiday. Ada yang selfie atas katil (bangun la wei!!!). Ada jugak yang masih lagi dalam mood nak beraya! hahaha. Apa2 jelah u olls! Asalkan korang bahagia.

Cuma saya rasa paling seronok bila tengok orang pi holiday. Ermmm... lama jugak saya tak pi holiday. Tetiba teringat masa gi Cameron Highlands dengan Hafez & Wawa. Seronok pulak bila teringat suasana kat situ. Tenang, sejuk, hijau & tak memeningkan kepala hotak! Tapi banyak2 tempat yang best kat Cameron tue, yang paling saya suka ialah masa gi ladang teh. Suasana kat situ sejuuuuk jer, hijau saujana mata memandang...


Kat sana la ada sorang mamat nie tengah pening2 kepala bila masuk kedai jual kaktus. Banyak giler pilihan yang cantik2 sampaikan tak terpilih! Kalau kita biarkan, dari awal pagi sampai ke lewat petang pun, dia masih lagi akan pusing2 kat dalam nie taw! hahaha...


Masa kat sana, kitaorang makan hidangan yang sihat2 jer. Mana tak, masa gi pasar, sayur2an & buah2an kat sana semuanyer segar bugar & molek2 jer. Bila balik apartment, tak perlu nak sibuk2 terus simpan kat dalam peti sejuk. Cuaca kat sana pun memang sedia sejuk. Memang best giler!


Asyik makan sayur2an jer, kadang2 tue terasa diri nie macam arnab pulak! hehehe...

Oh ya... citer pasal arnab, korang tau tak yang arnab boleh menghasilkan 18,000mg vitamin C sendiri? Banyak giler kan? Sedangkan manusia pun tak boleh hasilkan vitamin C langsung taw! Best kan jadik arnab? Haaa... oleh sebab korang nie semua bukan arnab, maka korang nak taknak terpaksa jugaklah amik makanan2 yang kaya dengan vitamin C.

Selain buah oren, di antara makanan yang mengandungi kandungan vitamin C ialah strawberry, cheery, blackberry, betik, brokoli, cili benggala & cili merah. Cuma bila kajian dijalan terhadap makanan2 tersebut, kandungan vitamin C di dalamnya akan berkurangan berkadaran dengan masa. Lebih lama ianya berada di luar (setelah dipertik daripada pokok), kandungan vitaminnya semakin berkurangan. Sejurus selepas dipetik, kandungan vitamin C di dalam buah tersebut akan berkurangan sebanyak 50%, dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Bayangkan buah2an yang kita beli tu, agak2 bila tiba kat umah kita, berapa ciput jer vitamin yang tinggal? hahaha...

Sebab itulah pengambilan supplement tambahan penting agar tubuh kita mendapat bekalan nutrien yang secukupnya.

Tapi apa bezanya Sustained Release Vita-C Plus keluaran Shaklee berbanding supplement vitamin C yang dijual di pasaran?

RM92.50 (harga bukan ahli)

  1. Setiap tablet Vita-C mengandungi 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya (500mg), dan ia membebaskan 1.5 biji vitamin C ke dalam tubuh kita setiap jam.
  2. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vita-C (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam darah kita selama 24 jam.
  3. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% daripada bioflavanoid, diekstrak daripada kulit buah), yang juga dikenali sebagai vitamin C kompleks. Ia mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang bakteria & radikal bebas.
Kenapa kita kena amik vitamin C nie? Di antara khasiatnya ialah:

  1. Membentuk Collagen - merangsang pembentukan collagen. Collagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit menjadi kasar.
  3. Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan simptom flu & selsema.
  4. Memerangi Kanser - ia merupakan anti-oksidan yang mampu meningkatkan interferon tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk menentang sel-sel kanser dan menyingkirkan bahan kimia yang berbahaya di dalam tubuh dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  5. Mencantikkan Kulit - pengambilan vitamin C akan membuatkan kulit lebih cerah, melambatkan kesan penuaan, menyekat pembentukan pigmen (penyebab utama jeragat).
Untuk kanak2 ataupun mereka yang mengalami masalah untuk menelan tablet, bolehlah cadangkan untuk mengambil Chewable Vita-C Plus nie...


RM37.50 (harga bukan ahli)

Ia mengandungi dos vitamin C yang lebih rendah, sesuai dengan keperluan kanak2. Rasanya pun sedap! Anak2 korang sure suker punyer! Tapi jangan plak dok makan benda nie macam makan gula2 yer, kang teroverdos plak!

Alhamdulillah, hari nie saya rasa lebih sihat berbanding semalam. Sakit tekak dah berkurang, badan pun tak terasa bisa2 lagi. Tapi pagi ni saya tetap amalkan amik Vita-Lea & Vita-C sehingga saya betul2 rasa sihat. Bila dah rasa okay sikit, maybe saya akan amik 1 biji je sehari.

Okaylah u olls. Saya nak kemas2 rumah kejap & layan anak bulus. Nanti ada kelapangan lagi, saya akan share pengalaman saya bersama Shaklee kat sini yer!

Bye!!!