Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Peppermint-Ginger Plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint-Ginger Plus. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Mengapa Saya Ambil Pelbagai Jenis Supplement Tambahan


Sebelum saya menggunakan supplement2 Shaklee, saya banyak mencuba pelbagai jenis supplement yang dijual di farmasi2 & juga syarikat2 MLM yang ada kat Malaysia nie. Banyak dah try. Ada yang OK, tapi banyak yang KO. Yang OK tu pun, awal2 jer nampak macam OK, tapi makin lama kita guna, ada jer benda merepek yang diubah sampaikan ada satu jenama nie dah ditarik balik logo halal sebab mengandungi bahan2 yang was-was. Hmm... lepas tu lama jugak saya tak makan supplement. Bergantung kepada ubat2an yang dapat kat hospital & klinik jer, walaupun saya tahu yang ubat2an sintetik nie tak elok untuk hati & buah pinggang kita.

Lepas saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya hanya mencuba 1 jenis jer iaitu Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral. Selepas sebulan, saya dapati badan saya semakin bertenaga & sukar nak terkena demam, tak macam sebelumnya. Sejak itulah, saya tambah supplement saya sedikit demi sedikit.

Sekarang nie, ada lebih kurang 9 jenis produk Shaklee yang saya ambil/gunakan setiap hari...

1) Set pengjagaan muka Enfuselle (pencuci, penyegar & pelembab) - 2 kali sehari
2) Sustained Release Vita-C Plus - 2 biji sehari
3) Vita-Lea - 1 biji sehari
4) GLA Complex - 1 biji sehari
5) Cinch Shake - 1 kali sehari
6) Peppermint-Ginger Plus - bila perlu
7) Zinc Complex - bila2 teringat
8) Collagen Powder - 1 kali sehari
9) Vivix - 1 kali sehari

Tujuan saya mengambil banyak jenis supplement bukanlah sebab saya nie gila nak makan supplement, ataupun takut sangat terkena penyakit. Tapi saya ingin jadi lebih sihat dengan cara yang betul. Bila dalaman kita sihat, maka luaran kita akan nampak lebih sihat juga, betul tak?

Kita sedia maklum bahawa penyakit itu akan datang tanpa diundang. Apa yang kita boleh buat ialah berusaha untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit, terutama sekali apabila tua kelak. Takmolah bila dah tua nanti, mula la sakit2 lutut, susah nak solat berdiri, susah nak berjalan jauh & terpaksa ulang alik ke hospital sebab dah terkena banyak penyakit.

Apa yang penting kat sini, semau produk Shaklee adalah selamat untuk tubuh & organ dalam badan kita. Ia diperbuat daripada bahan2 semulajadi yang berkualiti tinggi. Sebab itulah bagi yang dah pernah mencuba produk2 Shaklee, pasti akan terus menggunakannya.

Biarlah saya keluarkan duit sikit sekarang nie untuk membeli supplement, asalkan tubuh saya menjadi lebih sihat & bertenaga. Jangan bila dah tua nanti, lebih banyak duit yang terpaksa dibelanjakan untuk kos perubatan yang semakin lama semakin meningkat.

Wednesday, September 17, 2014

Kuih Peneram atau Kuih Telinga Keling?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam semua!

Korang tengah buat apa tu? Dah tido ke? Isyk isyk... awalnyer masuk tido. Saya nie kalau tak cecah kol 12 tengah malam, memang la tak sempat nak jumpa katil... hehehe.

Anyway, hari nie merupakan hari yang agak busy buat saya. Awal2 pagi kat umah, buat laundry. Lepas siap laundry, saya terus ke kedai untuk buat kek coklat & cupcake. Tapi saya cuma reti bab bancuh & bakar je. Bab2 nak assemble tu, masih belum khatam lagi. Kena tunggu chef Hafez balik dari Muar... hehehe.

Kek coklat tu saya dah beberapa kali buat. Takder masalah la. Yang saya nervous bila nak buat cupcake. Risau takut tak jadi bentuk "dome" yang cantik, macam Hafez biasa buat. Almaklumlah, bancuhan tu mungkin saya boleh ikut resepi dia jer, tapi sukatan nak masuk kat dalam cup tu yang saya kurang mahir. Lagipun kita kena mahir juga kawal kepanasan oven. Silap aribulan, kek tu takmo naik. Kek merajuk namanyer... hehehe.

Alhamdulillah, selesai membakar cupcake, camnielah hasilnya...


Risau sangat kot2 kek dia takmo naik. Kang tak pasal2 chef suruh buat sekali lagi... hehehe.

Lepas siap tu, saya temankan mak saya gi gunting rambut. Alang2 meneman, saya pun gunting rambut jugaklah, tapi bukan kat salon, saya gunting kat kedai mamak jer. Rimas plak rasanya bila rambut semakin menebal. Lepas gunting rambut, terasa ringan sangat kepala.

Lepas tu, kitaorang gi Tesco untuk shopping barang2 dapur. Then gi lunch kat situ. Saya makan nasi putih, lauk sambal kerang, sayur kacang panjang & telur dadar. Berapa kalori tu? Errrr... lebih 1000kcal ada tak? hahaha...

Lepas lunch, saya sambung bakar redvelvet cake pulak kat kedai. Sementara tunggu kek dibakar, saya kemas2 la sikit dapur tuh. Walaupun rasanya macam takder apa yang nak dikemaskan, tapi bila kita tengok dengan teliti macam guna kanta pembesar, mesti ada bahagian yang boleh dibersihkan lagi.

Lepas siap kerja kat kedai, saya gi jemput Hafez kat stesen bas Larkin Sentral. Cabaran sungguh drive keter sorang2 bila kita tak tahu jalan. Saya pasang 'waze' tapi tak boleh tengok fon. 100% bergantung kepada suara pompuan yang keluar daripada application tu. Kalau salah faham, harus la terbabas masuk simpang lain.

On the way nak balik umah, kami singgah masjid kat area Taman Rinting untuk solat Asar.

Lepas solat, saya jemput anak sedara pompuan saya untuk gi beli barang2 keperluan sekolah dia. Kebetulan hari nie ada pasar tani kat depan kedai stationery tuh. We olls tapau skali makanan untuk dinner. Tak larat rasanya nak balik & memasak.

Masa kat pasar tani, Hafez ada beli kuih ni. Korang tahu apa namanya?


Menurut kawan saya, Syipah, orang utama panggil kuih peneram.

Tapi, kami kat sini panggil kuih nie kuih telinga keling. Mintak maap la yer kalau ada yang rasa nama nie kurang sesuai. Tapi dah orang panggil camtu, takkan saya tetiba pandai2 nak tukar jadik kuih telinga india pulak, kan?

Rasanya manis (mungkin manis2 gula merah), teksturnya lembut, tetapi sedikit berminyak. Apa2pun, memang sedap giler! Biasanya saya jumpa kuih nie kalau singgah R&R kat tepi highway. Tapi jenis yang dah siap bungkus camtu, kemanisan dia melampau2 sangat! Teksturnya pulak keras. Bila gigit, terasa macam gigit gula2 tarik jer. Mungkin diaorang lebihkan gula dalam ramuannya, untuk buat kuih nie lebih tahan lama.

Selain kuih telinga keling nie, kami beli kueh teow goreng & jagung rebus. Alhamdulillah kenyang la malam nie. Cuma benda yang saya makan nie tak berapa sihat, kecuali jagung rebus tu jer. Tambah pulak makan waktu dinner, kan? Bila kala pulak badan nie nak membakar kalori yang saya dah telan tuh!

Oleh sebab makanan hari nie kurang sihat, lepas dinner saya pun telan 3 biji Herb-Lax & 3 biji Peppermint-Ginger Plus. Saya tambah 2 butir Equal Stevia supaya minuman tu rasa manis sket. Kalau takmo tambah gula pun boleh, tapi kena cepat2 telan air nie sampai habis.


Kenapa saya guna stevia? Selain ianya takder kalori & membuatkan minuman tu terasa manis, stevia ada banyak khasiat lain. Kalau korang nak kupas sendiri khasiat2 stevia nie, boleh google jer kat internet. Berlambak orang dok citer pasal khasiat stevia nih.

Okaylah u olls. Saya nak berehat2 kejap. Letihnyer rasa hari nie. Mungkin malam nie nak masuk tido awal. Esok nak sambung siapkan kek kat kedai.

Till then, babai!!!

Tuesday, August 26, 2014

Jom Kita Detox

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam U Olls! Apa khabar? Harap2 korang sihat walafiat hari nie okay!

Hari nie saya sihat. Semalam jer perut macam meragam sikit. Lepas balik daripada openhouse kat umah Sam, kitaorang singgah AEON Permas Jaya jap untuk beli buah-buahan. Kitaorang beli oren, tembikai, strawberri & sikit sayur2an untuk buat salad. Bukan senang nak kurus nie kan?

Macam biasa, sampai je umah, terus belasah strawberri. Geram sangat bila tengok saiz strawberri yang montel2 camnie...


Saper yang tak geram kan? Tapi nie jenis yang imported from Australia. Kalau untuk buat Pavlova ataupun Strawberry Cheesecake, saya lebih prefer beli jenama Driscolls daripada US, coz saiznya memang molek2 & tak terlalu gedabak macam nie. Kalau letak atas kek/pavlova/cupcake, nampak seragam & molek jer.

Malam sebelum masuk tido, saya makan 10biji Alfalfa Complex & 3biji Herb-Lax.

Alfalfa Complex nie kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 jenis zat galian, 10 jenis vitamin, 8 jenis enzim, dan fitokimia. 10 biji Alfalfa Compleks menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu. Bagus sangat2 untuk mencuci hati, darah & usus. Elok jugak untuk melawan alahan. Dan ada beberapa lagi khasiat yang penting untuk badan kita.

Herb-Lax pulak ada 9 herba semulajadi. Amat2 membantu kalau korang ada masalah susah nak buang air besar. Yang penting, ia elok untuk membantu proses pembersihan usus secara lembut supaya enapan2 dan toksin2 yang tersekat tue boleh la dikeluarkan. So siap sedia jelah yer keesokan paginyer... hehehe

Jadi korang boleh la imagine cemana perut saya bila bangun pagi kan? Haaaa... jangan muntah kahak hijau pulak! hahaha...

Kalau korang nak tau, kitaorang nie jenis yang suka makan. Kadang2 masak sendiri kat umah. Kadang2 tapau kat kedai. Jadik, macam2 benda yang masuk kat dalam perut kitaorang nie. Sesekali memang kena buat aktiviti pembersihan usus nie supaya benda2 kotor yang tersekat kat usus kita tue boleh disingkirkan. Kalau kena gayanya, boleh turun 1-2kg taw! Haaa... macam tak caya jer berat bahan2 yang tersekat kat dalam usus kita tue kan?

Oleh sebab kitaorang dalam proses detox, kitaorang kurangkan makan makanan yang berminyak. Ayam tu panggang je guna magic pan. Nasi pun makan segenggam jer (ikut tips Kevin Zahari katanyer!). Tapi nasi tu kitaorang mix dengan pelbagai jenis sayur2an.


Sebelah malam pun sama, Kitaorag cuma makan ayam panggang & salad jer. Pastu banyakkan minum air kosong untuk flush out toksin2 kat dalam badan. Air kosong nie penting taw! Minum sekurang2nya 3 liter sehari. Pandai2 koranglah cemana, tapi kalau boleh janganlah dok togok 3 liter tue sekaligus! Nak mampus???

Sebelum tido, saya buat air herba guna Peppermint-Ginger Plus. Bahan2nya mudah sajor!


  1. Cawan yang ada design The Hobbit (hahaha... apa2 jenis cawan pun boleh);
  2. 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger Plus;
  3. 2-3 titis Daun Manis (Stevia); dan
  4. Air suam.
Dah siap, korang pun minum la. Kalau nak feeling2 lebih, pi la bawak mug tu ke luar umah... duduk kat amben ker, kat berandah ker, kat buaian ker... best kan? Minuman nie tak ler pedas macam air halia yang kita buat sendiri ataupun yang kita order kat kedai mamak tuh. Coz selain daripada Halia & Daun Pudian, dia ada bahan tambahan Adas (Fennel) & Cekur Manis (Anise). Korang boleh click link yang saya buatkan tu & boleh study sendiri khasiatnya.

Cuma nasihat saya... Kalau nak makan Herb-Lax tue, korang pilih la timing yang sesuai. Kalau esoknyer hari bekerja, malam sebelum tu minum la awal sikit, macam dalam kol 10mlm ker. Lagi elok kalau dapat buat masa hujung minggu. Hasilnya memang menakjubkan. Yang sembelit tu, mesti lancar jer esok pagi. Yang tak sembelit tu, mesti keluar semua kerak2 pelbagai warna & bau... hehehe. Tak kisahlah kan? Yang penting, kita sihat! Bila usus kita bersih, lebih mudah zat2 nak diserap oleh badan. Lebih cepat la korang jadik sihat & kurus!

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang supplement2 Shaklee nie, boleh la contact Hafez. Boleh tanya sekali tentang cara pemakanan, harga & cemana nak dapatkan harga ahli yang lebih berbaloi berbanding harga jualan biasa. Jangan bimbang, dulu2 pun saya rasa malas nak join ahli. Tapi bila makin banyak supplemen yang saya amik, terasa rugi kalo tak join.

Produk2 Shaklee nie semua semulajadi, tak macam kebanyakan produk2 yang dijual kat luar tuh. So banyak mana kita makan pun, takper coz tak memberikan kesan sampingan kat hati & buah pinggang kita.

Okaylah, nanti ada story, saya tulis lagi kay!

Babai!

Friday, August 22, 2014

1st Day Sebagai Ahli Shaklee

posted by Mohd Yusof Rahmat

Assalamualaikum & Salam perkenalan buat semua!

Hmm... ini posting saya yang pertama. Mungkin ada sesetengah orang tak tau nak cakap apa masa posting pertama ni. Tapi saya pulak rasa macam bel;anda tak cukup tanah. Rasanya macam banyaaaaaaaak sangat nak citer kat sini. tapi kalo citer panjang2, nanti korang bosan pulak kan?

Anyway, hari ini merupakan hari pertama saya jadik ahli Shaklee. Thank you kepada rakan baik saya Hafez coz temankan saya gi branch Shaklee kat Taman Molek, Johor Bahru. Selepas berbulan-bulan tengok dia dok Shaklee Shaklee Shaklee... akhirnya terbukak jugak hati nie nak apply membership! hehehe...


Saya ni sebenarnya dah menggunakan produk Shaklee sejak bulan Mac 2014 lagi. Masa tu Hafez tolong belikan supplement Vita-Lea & CoQHealth. Time tu saya pun tak tahu sangat tengang Shaklee ni. Cuma ingatkan Shaklee ni khas untuk orang yang nak turunkan berat badan je. Rupanyer ada jugak supplement. Alang2 orang dah beli, kita makan jelah. Kalo tak makan, rugi pulak kan. Kalo tak try, cemana nak tahu berkesan ke tidak kan?

Saya ni bukanlah sihat sangat. Mak bapak memang ada penyakit. Ayah saya ada sakit jantung, darah tinggi & kencing manis. Mak pulak ada kencing manis & paras kolesterol dia agak tinggi. Biasalah penyakit orang tua. Jadinya kalau ikut genetik, saya ni bukanlah jenis yang sihat sangat, tul tak? Paras kolesterol saya nie pun boleh tahan tinggi jugak, kalau tak silap 9 rasanya. Tiap-tiap bulan memang ulang alik hospital untuk check darah & amik ubat kolesterol.

Sebelum ni doktor ada prescribe 2 jenis ubat. Jenis pertama tu kena makan sebijik siang & sebijik malam. Jenis kedua tu pulak kena makan waktu malam je. Tapi saya tak pernah pun makan jenis yang kedua tu. Tak tau la kenapa, degil kot. Doktor pun tak tau yang saya tak makan ubat untuk malam tu. Hampir setahun jugak saya makan ubat kolesterol yang hospital kasik ni, tapi paras kolesterol still tak turun banyak.

Alhamdulillah, selepas sebulan saya makan CoQHealth, bila check darah, doktor kata paras kolesterol dah turun banyak. Aik! Mula2 macam tak caya, tapi bila pikir2 balik, mungkin sebab saya makan CoQHealth tu kot! Yang paling best ialah ubat malam tu doktor dah tak kasi makan lagi. Phew! (walaupun hakikatnya saya tak pernah makan ubat tu pun kan? hehehe)

Okay, melalut2 pulak citer pasal kolesterol. Pointnya kat sini, bila saya dah rasa sendiri keberkesanan supplement Shaklee, saya lebih yakin untuk terus menggunakannya supplement yang lain-lain. Daripada Vita-Lea & CoQHealth, saya tambah pulak dengan Sustained Release Vita-C Plus. Alhamdulillah sekarang ni dah jarang2 saya demam ataupun kena selsema. Bukan nak kata apa, tapi kalau kita tak jaga badan kita, kalau kita tak provide badan kita dengan vitamin & mineral yang secukupnya, sure cepat je penyakit2 camtu datang singgah kan?


Lately kami sibuk sikit kat tempat kerja. Banyak tempahan kek, cupcake & muffin (oh ya... kami ni ada jual kek, cupcake, muffin dan yang seangkatan dengannya. Sila2lah jenguk Instagram/Facebook @kafeamben ya! Promote jap... hehehe). Okay sambung citer. Tempahan ni kengkadang tak menentu. Ada yang tempah awal. Ada yang tempah last2 minit. Tapi dah rezeki, mana yang boleh buat tu, kita terima jelah. Cuma ianya mengganggu waktu tido & waktu makan kami. Kadang2 terskip breakfast. Lunch pun dah nak hujung2 senja. Perut dah masuk angin. Lepas makan, perut rasa tak sedap sebab kembung semacam je. So saya pun try la supplement Peppermint-Ginger Plus pulak. Alhamdulillah, lepas makan 3 bijik, angin yang terperangkap dalam badan ni berpusu-pusu keluar. Lega sikit. So sekarang ni supplement tu saya standby je kat umah. Kalau2 rasa macam tak sedap je perut ni, telan sebijik dua.

Vita-Lea tu sebenarnya multivitamin & mineral. Memandangkan kami ni jenis manusia yang kuat makan, kadang2 susah nak dapatkan makanan yang sihat, kecuali bila kat umah, we olls masak sendiri jelah. Kalau makan kat kedai, paham2 jelah yer. Zat besi entah ke mana, vitamin semua terbang melayang kat dalam kuali. Vita-Lea ni la yang membantu saya. Kalau tidak, badan tak segigih sekarang ni. Almaklumlah umur dah 37 tahun, makin tua nie rasanya dah tak bertenaga macam zaman masa muda2 dulu. Sendiri mau ingat la kan?

Okay... camtulah citernyer bagaimana saya mula percaya dengan produk2 Shaklee. Lagipun sejak duduk serumah ngan si Hafez ni, buku nutrisi pasal supplement & produk2 Shaklee ni memang ada je kat depan mata. Dia pun asyik citer pasal Shaklee Shaklee Shaklee. Jadi serba sikit saya tau la jugak asal usul Shaklee & kenapa produk dia jauh lebih baik daripada produk2 yang dijual kat farmasi tu. Harga pun idak le mahal sangat, especially kalau beli dengan harga ahli. Dah le dapat harga lebih murah berbanding retail price, dapat pulak kumpul point. Cukup jumlah poiunt tertentu, Shaklee akan kasi rebate pulak, terus masuk kat dalam akaun bank kita. Campur tolak, banyak jugak penjimatan tu kan?

Anyway, tujuan saya jadik member Shaklee ni bukan sebab nak beli barang personal dan dapatkan harga ahli je. Saya nak improvekan life saya. Saya nak masuk ke usia tua dengan tubuh badan yang sihat. Kalau ada rezeki lebih hasil daripada menjual Shaklee ni saya teringin jugak nak gunakan duit tu untuk gi menunaikan haji, nak jugak gi melancong ke New Zealand (teringin bebenor nak tengok penempatan Hobbit tu!), dan nak membantu orang yang susah. Kalau ada peluang, nak jugak sorang baby! Tapi bukan sebarangan baby taw! Saya nak baby Shaklee! Maksudnya... baby tu dah start dapat supplement Shaklee sejak mak dia mengandungkan dia lagi. Haaaa... best tak?


Tu la impian saya. Tapi bak kata sorang kawan tu, tak salah kita menyimpan impian yang tinggi. Setiap kejayaan itu bermula dengan impian. Cuma kita kena usaha je untuk capai impian kita tu.

Okaylah u olls. Setakat ni je yang mampu dibebelkan buat masa ni. Nanti ada masa lagi saya tulis lagi kay! Tapi mungkin bukan tentang Shaklee sahaja. Saya nak citer tentang kerja saya, tentang kucing saya, tentang kehidupan seharian saya. Dan mungkin saya akan kongsikan maklumat2 yang berguna untuk kita semua.

Babai!