Sunday, September 14, 2014

Kisah Sedih Makan Dessert KFC

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua!

Haaa... korang mesti tak senang duduk sebab saya tak update blog semalam kan? Rindu kan? Kan? haaaa... cakap betul2! Tetiba bajet ramai orang baca blog nie kan? hehehe...

Sebenarnya lately saya busy sket ngan kerja, ngan mak ayah, ngan Kojiro, especially ngan bisnes Shaklee yang semakin booming nie (giteeewww)... Takder masa nak menulis. Ni baru ada masa terluang sikit nak citer...

First of all, Jumaat lepas selain membaking kat kedai, we olls bergegas pi carik tempat untuk renew roadtax & insurans kereta. Baru teringat yang roadtax mati 9 September lepas! hahaha... nasib baik la takder apa berlaku. Kalau tak, naya jer kan?! Kat area sini, susah plak nak cari kedai yang ada buat servis MyEG. Nak gi buat kat bank, leceh la plak. Malas nak pi bank, carik parking, amik nombor, tunggu sejam dua... masa itu emas, so kami nak buat kat tempat yang menjimatkan masa jer!

Pusing2 area Masai nie, jumpa jugak satu kedai Kurnia Insurance. Kecik jer kedai tuh, macam hidup segan mati tak mau. Yang jaga kedai tu pulak sorang kakak yenna yang very the slow motion. Aiyoyoyo amma! Boleh gerak cepat sikit tak, kakak? Oleh sebab tak banyak pilihan, we olls proceed jelah buat kat situ. Lepas solat jumaat kitaorang jumpa kedai dia. Nak tau siap kol berapa? Kol 4.30ptg kau! haaa... hamek kau! Nak cepat sangat kan? Padan muka! hahaha...

Apa2pun, roadtax kereta dah pun settle. Boleh la buat drift kat jalanraya tanpa was-was... gitew kan!

Lepas settlekan kereta, we olls terus ke branch Shaklee, nak beli beberapa lagi barang yang customer order. Alhamdulillah... tengkiu so much kat semua kengkawan yang sudi beli daripada kami berdua. Especially mereka yang sudi mendaftar untuk jadi menjadi ahli Shaklee. InsyaAllah yang ahli2 nie, saya akan cuba yang terbaik untuk beri servis tiptopkebaboom kat korang! Rajin2 la membeli barangan Shaklee ya! Kita sama2 menuju ke arah gaya hidup yang lebih sihat!

Masa gi branch tu, saya tertarik dengan salah satu produk on-display kat situ...


Namanya 'Get Clean Water'. Benda nie berfungsi untuk filter air paip menjadi air yang selamat untuk terus diminum. Tak perlu dimasak! Haaa... kalau korang ada masalah nak install water filter yang beriban2 kat umah, ataupun ada masalah kemalasan nak memasak air guna cerek, boleh beli yang nie jer! Lagipun bentuk 'pitcher' tu memang sesuwai, boleh terus guna & mudah nak dibawa ke mana-mana. Kalau korang gi camping ke, gi bercuti2 ke, gi pindah umah ker... takyah susah2 nak panggil orang untuk bukak & reinstall water filtration system. Get Clean Water nie mudah alih, macam henfon. Nak bawak pergi masuk bilik mandi pun boleh!

Kalau berminat nak beli benda nie untuk diri sendiri ataupun keluarga, bolehlah hubungi saya okay! Saya kasi harga spesel kat korang taw!!!

Anyway, semalam kami buat 4 biji cheesecake kat kedai. Oleh sebab esok kami kena menghadiri kursus keusahawanan anjuran FAMA, so terpaksalah siapkan banyak sikit kek untuk Chamek Kopitiam.

Pinjam gambar Hafez jap... hehehe
So far cheesecake nie memang di antara item yang cepat laku kat Chamek. Bak kata staff kat situ, bila letak pagi, petang tu dah habis. So kami terpaksalah buat lebih sikit. Kesian pulak kalau2 ada customer yang datang nak beli cheesecake, tapi bila datang cheesecake dah habis, kan? Tak ke sedih?

Cuma nak buat cheesecake nie ada banyak cabarannya. Silap haribulan, cheesecake tu jadik macam dadih. Tapi oleh sebab si Hafez dah expert, kerja yang susah pun boleh jadi mudah. Mudah mudah pun, 3 jam lebih jugak nak menunggu cheesecake nie siap dibakar. Phew! Macam nak patah pinggang den!

Yang penting... cheesecake nie sedap, kan? kan? hahaha... at least berbaloilah dengan harga yang pelanggan kami bayar. Bukannya mahal sangat. Cuma RM9.50 je untuk satu slice. Itu pun kalo makan sorang, memang cukup mengenyangkan.

Oh ya... citer pasal harga cheesecake nie, korang pernah makan dessert2 kat KFC tak? Ari tu saya pi cuba 1 jenis dessrt, namanya Tartufo. Bila google, ianya sejenis dessert yang popular dari Itali. Wow!!! Tengok gambar kat kaunter, macam teruja sangat nak cuba! Terliur sangat! Dengan bentuknya yang bergulung, menampakkan coklat cair kat dalam & disaluti dengan serbuk koko. Saper yang tak tergoda kan? Kami pun beli la. Kalau tak silap, harganya lebih kurang 5 hengget.

Nak tengok cemana rupanyer? Haaa... camnih...


Ko sedih ke tidak? Awal2 tadi dah bayangkan bentuk macam dalam gambar iklan tu kan? Siap serve dalam pinggan gitew! Tapi bila beli? Dalam mangkuk plastik tu sajor! Saiznya pulak ada la besar tapak tangan Kojiro!

Okaylah, kita pikir positif. Mungkin sebab benda nie imported dari Itali (kelas kau import dari Itali kan?), mungkin sebab tu dia buat packaging camnih. Supaya senang nak dieksport ke negara2 lain.

Bila kami bukak & makan, masing2 terdiam. Rupanyer setakat chocolate mousse, pastu ada la inti coklat cair sikit & atas tu dia tabur serbuk koko. What the fish???? Kalau nak buat dessert camni, takyah ko susah2 nak import dari Itali la! Budak2 kecik pun ko boleh ajar untuk buat dessert yang cenggini. Geraaammmm jer! Panas!!!! Tapi oleh sebab dah beli, saya abiskan jugak, tak baik membazir kan? hehehe...

Pastu kalau kita peratikan tarikh manufacturing & expiry date dia tu... benda nie boleh tahan sampai setahun kau!!! Haaa... ko mampu buat dessert yang boleh tahan sampai setahun? Jadik apa kebenda yang dia letak kat dalam dessert nih, yang menyebabkan bahan2 dia tak rosak selama setahun? Kalau saya buat kek, saya letak kat dalam chiller pun, paling2 boleh tahan 2 minggu jer! Tu pun biasanya saya dah tak makan sebab takut ada kulat, ataupun dah tak sedap. Tapi yang ni boleh tahan sampai setahun!!! Magika sangat!

Okaylah... malas nak membebel panjang pasal KFC punyer dessert nih. Sebab ayam goreng dia still terbaik setakat nih! Sekali makan, saya boleh abiskan 3-4 ketul. Cuma sedikit kecewa bila diaorang nak jual dessert, dan end-up jual benda yang sedih macam tuh. Maybe they should stick to what they do best.

Okaylah, saya nak pi siapkan cheesecake saya yang mahal sikiiiit jer daripada dessert KFC tuh. Supaya tak kelam kabut bila nak deliver hari Selasa nanti. Kalau ada masa terluang, saya akan update blog lagi kay!

Bye!!!

0 comments:

Post a Comment