Sunday, September 21, 2014

Pengakuan Berani: Saya Dah Ada 4 Anak!

Salam & Selamat Pagi Malaysia!!!

Hahaha... rasa2nyer satu Malaysia ke yang baca blog nih? Alalalala... sabar eh kengkawan. Sesekali nak feeling2 retis, kasi la can! Bak kata maktok Shaklee saya Puan Najihah Sudi... "tak salah bermimpi". Setuju tak? Lagipun awal2 nie bagus la kita simpan impian. Mana la tau satu hari nanti jadi kenyataan! Haaa... korang jugak yang tumpang glamer, tul tak? Gitewwww!

Tapi impian & bermimpi di siang hari tu tak sama okay! Kalau korang tu masih lagi dibuai mimpi semasa saya tengah update blog nih, then mesti ada something wrong ngan korang. yelah, hari Ahad camni, kan elok kita bangun awal, solat subuh, pastu buatkan sarapan untuk keluarga. Kalau cik las (pemalas) sekalipun, gi la kedai tapau. Kan ker elok?

Anyway, semalam hujan turun dengan lebatnya kat JB. Alhamdulillah syukur sesangat. Sejak 2-3 hari nie cuaca sangat panas. Saya kat umah nie rasa macam duduk kat dalam oven je. Maklumlah umah takder aircond. Korang nie orang ado2 boleh la pasang aircond, kan? Kami nie rakyat jelata jer u olls! Bila dengar kengkawan kat KL update pasal hujan, rasa makan ati jer. Sedangkan kami kat sini macam cacing kepanasan. Tido malam rasa macam tido kat atas tungku jer... panaaaas sangat!

Teringat plak insiden Jumaat lepas masa gi antar tempahan kek sorang kakak kat Persada Johor. Masa tu awal pagi kol 9 lebih. Tapi punyalah panas, hanya Allah jer yang tahu! Nak taknak gigih jugak kami ke sana, demi sesuap nasi u olls! Kakak tu & opismate dia order Chocolate Peanut Butter Cupcakes & Dark Chocolate Cake nie...


Itu citer Jumaat lepas.

Semalam pulak kami dok pi hantar tempahan member saya Linda kat Bandar Uda Utama. Nak ke sana kena redah highway Pasir Gudang. Paham2 jelah highway tu sekarang nih... jem nak mampusss! Tambah pulak masa tu hujan lebat kan? Aiyooo... cabaran camel trophy sangat! Nasib baik we olls tiba sana time hujan dah rintik2. Kalau tidak... maunyer kuyup!

Linda order Redvelvet Cake & Pavlova sempena besday adik pompuan dia. Sweet kan?


Untung la dapat kakak yang baik cengginih. Bukan senang nak carik kakak yang camnie taw!!!

Well, kakak saya pun baik jugak! Selain mak bapak saya, dialah orang yang banyak membantu saya & memberi saya kata2 semangat semasa saya susah, semasa saya jatuh, semasa saya memerlukan bantuan. I love sooooo much Kak Shidah!!! Muah! Muah! Love you to the moon & back!

Okaylah... tetiba macam bergenang plak air mata nie citer pasal kakak saya yang sweet tuh. Kita citer lain eh... citer pasal Shaklee lagi nak? Hahahaha... jangan larik!!!!

Semalam saya gembira sikit sebab saya dapat daftarkan 2 orang lagi ahli keluarga Shaklee saya. Awal bulan lepas saya dah dartarkan 2 orang. Total semuanya dah 4 orang. Syukur sebab saya dapat kongsi kebaikan Shaklee dengan kengkawan saya. Selamat datang ke Shaklee u olls! You know who you are! Terima kasih sebab beri saya peluang untuk share kebaikan Shaklee nie dengan korang ya! InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk jaga anak2 saya nie.


Yang dah guna produk Shaklee tapi belum mendaftar tu, jemputlah mendaftar ya. Coz bila kita guna sesuatu produk yang bagus, kita akan terus guna dan guna dan guna. Jadi ahli nie memang banyak manfaatnya, tak merugikan pun. Yang paling best, kita dapat beli produk2 Shaklee dengan harga yang spesel. Banyak penjimatan tu kan?

Kalau jumlah pembelian dalam sebulan tu melebihi 150UV (sistem point untuk Shaklee ni dipanggil UV), dah boleh dapat bonus/rebate tambahan. Lebih tinggi UV korang pada bulan tersebut, lebih tinggi la bonus yang korang dapat. Tapi Shaklee tak mensyaratkan kena maintain certain UV tiap2 bulan. Tak kisah pun. Ini khas untuk yang membeli lebih je. Kalau below 150UV pun takper, cuma tak ler dapat bonus tuh. Tapi masih lagi boleh enjoy benefits yang lain.

Eh.. okaylah saya takleh lama nie. Nak pi pos barang2 yang customer order semalam. Hari nie pejabat pos bukak kat Johor. InsyaAllah kalau takder aral melintang pukang, esok lusa sampai ler tuh yer.

Kalau korang nak tahu lebih detail tentang cemana nak join membership nie, bolehlah contact saya. No telefon saya ada kat sebelah kanan tu ha ------>

Selamat bekerja bagi warga Johor, dan selamat beristirahat bagi yang lain2 kay!

0 comments:

Post a Comment