Salam & Selamat Pagi U Olls!
Haaa... pejam celik dah hari Khamis kan? Geng2 yang kerja kat Johor nie, esok dah start berweekend (sabar eh orang KL! Esok korang kena kerja lagi taw! huhuhu). Buat geng2 yang ada anak amik UPSR tue, saya doakan supaya anak2 korang dapat jawab soalan dengan tepat, tenang & dalamasa yang ditetapkan. Semoga result yang keluar nanti adalah boom! Buat kawanbaik saya CM, selamat bercuti ke Bali! Jangan lupa bawak baju mandi kay! And amik gambar lompat2 kat tepi pantai taw! Have fun!
Hari nie sepatutnya kami menyertai event PIS Youth Festival: Hands For Gaza, anjuran pelajar2 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang. Tapi last minute they olls terpaksa postpone di atas sebab2 yang kami pun tak tahu. Mungkin ada la masalah yang tak dapat nak dielakkan tuh. Saya suka sertai event2 camnie. Selain dapat jual & mempromosi produk2 Kafe Amben, hasil sewa tapak akan disalurkan kepada Tabung Gaza. Alhamdulillah, bagus budak2 zaman sekarang. Dulu2 masa saya jadik student, tak banyak aktiviti kebajikan yang camnie.
Oh ya... lewat petang semalam kami berdua singgah ke branch Shaklee, untuk beli barang2 yang pelanggan order. Alhamdulillah boleh tahan jugak banyaknyer. Penuh la sekotak besar nih!
Saya suka singgah kat sini. Selain dapat tengok gambar2 high achievers kat wall-of-fame diaorang (maklumlah, nak tambah motivasi untuk lebih kuat bekerja lagi! hehehe), saya suka test2 produk kecantikan kat situ. Walaupun ada sesetengah yang saya dah beli, tapi saya tetap nak mencuba jugak. Free testing la katakan. Kalau kat umah, kita sapu sikit je kat muka. Tapi kalau kat sini, saya sapu kat tangan la, kat leher la, kat tumit la... hehehe
Biasa kalau ke sini, jarang2 nak dapat peluang bergambar sebab asyik penuh je ngan ahli2 yang datang membeli. Gambar yang kami amik nie pun jenuh jugak nak tunggu line clear. Bila dah takder orang yang photobomb kat background, baru la kita syok nak posing2 kan?
Oh ya... kalau korang nak tau, nie la produk yang ada free testers kat branch JB...
Ini baru branch yang kecik. Kalau HQ kat Sunway tu, cemana la agaknyer kan? Harus la banyak lagi range yang diaorang buat tester kan? InsyaAllah kalau ke KL, rasa2nya macam nak jugak singgah ke situ. Saje je nak tengok cemana la rupa HQ yang terbaru nie. Sure cantik tuh!
Kalau korang dah beli Vivix, Collagen Powder, ataupun apa2 supplement Shaklee untuk kulit yang cantik tu... tambah la pulak dengan range skincare Enfuselle nih! Memang bagus giler! Kita cuba jaga kulit kita dari dalam & luar, barulah dapat hasil yang memberangsangkan, tul tak? Kalau nak try, boleh contact saya kay! No fon saya ada kat poster tuh. Kalau taknak beli dulu, nak tanya2 pun boleh, jangan malew2 nak SMS/Whatsapp saya yer dik!
Okaylah tu jer citer buat hari nie. Esok2 saya citer benda lain pulak, boley?
Till then, babai!!!
0 comments:
Post a Comment