posted by Mohd Yusof Rahmat
Salam & Selamat Pagi Korang!
Apa khabar? Saya harap korang sihat la yer. Saya semakin pulih hari nie. Sejak hari Jumaat lepas badan ni terasa macam nak demam akibat terkena hujan. Saya nekad nak buat eksperimen kat diri sendiri. Nak try untuk tak gi klinik & cuba amik supplement2 Shaklee: Vita-Lea & Vita-C Plus. Alhamdulillah hari nie badan saya dah rasa sihat.
Kadang2 saya terpikir, cemana boleh jadik camtu eh? Kenapa saya tak perlu gi jumpa doktor & amik antibiotik? Bila renung2 balik, badan kita nie sebenarnya ada antibodi sendiri. Cuma samada antibodi kita ni kuat ataupun tidak untuk melawan penyakit tu. Kalau kuat, takyah makan ubat pun dah boleh baik sendiri. Kalau tak kuat, then kenalah gi jumpa doktor & amik antibiotik.
Sebelum nie setiap kali tak sihat, saya mesti bergantung kepada antibiotik untuk sembuh daripada demam. Sampai satu tahap, antibiotik yang cikai2 seperti erythromycin & amoxicillin tu memang dah tak jalan. Kalau makan amoxycillin pun kena amik dos 500mg, makan at least 2 kali sehari. Kalau doktor kasik dos biasa 250mg tu, alamatnyer memang la tak baik demam aku tuh!
Tapi itu dulu. Sekarang nie syukur badan saya dah semakin kuat untuk menentang penyakit. Caranya mudah jer. Saya amalkan amik supplement2 kesihatan yang berkualiti. Contohnya, kombinasi Vita-Lea & Vita-C Plus. Nak kata yang saya ni takleh kena demam terus, membohong la sangat kan? Tapi sejak amalkan makan 2 benda nie, saya dah jarang2 sakit. Tak macam dulu2 masa kerja kat BNM (rasanya dalam sebulan mesti MC! hehehe), boss pun asyik tegur jer sebab banyak MC.
Sekali sekala bila saya sakit, saya gandakan pengambilan dos supplement2 nie. Kalau hari2 biasa saya cuma makan 1 biji sehari (untuk setiap jenis), tapi bila demam saya amik 2 biji. Alhamdulillah memang ada perubahan yang positif. Haaa... kan elok bila badan kita nie tak terlalu bergantung kepada antibiotik, kan? Kurang sikit kebergantungan terhadap ubat2an sintetik. Ubat2an sintetik ni bukannya elok sangat, coz ada kesan sampingan terhadap hati & ginjal kita untuk jangkamasa panjang. Sekarang ni mungkin tak rasa, tapi bila dah tua nanti? Haaa.... tau takper!
Dalam makanan harian kita pun banyak benda yang tak elok. Kalau boleh, cuba elakkan processed food (seperti daging burger, sosej, mee segera, fishball, dan banyak lagi). Pendek kata, bila kita g supermarket tu, yang mudah dimasak & cepat dimakan, biasanya memanglah tak elok. Mostly processed food nie diperbuat daripada bahan2 yang tidak berkualiti, dan mengandungi banyak perisa & bahan2 pengawet, yang tak elok untuk badan kita. Cuma kalau tak boleh nak elak sesangat, then nak wat cemana kan? Tapi saya percaya, kualiti makanan kita zaman sekarang nie semakin berkurangan. Itu belum citer tentang zat2 yang terkandung dalam makanan harian kita tu... ada ker tidak? Itu belum sentuh tentang nilai kalori yang kita amik lagi! Haaa... takut taaaakkkk? Saya sendiri pun takut taw!
Sebenarnya memang susah untuk kita elakkan daripada processed food nie. Mana2 tempat kita pergi, processed food memang ada di mana2. Kalau saya ada pilihan, saya pilih untuk masak sendiri je makanan yang saya makan. Beli ikan atau ayam kat pasar & masak jelah apa jenis lauk yang kita reti. Cuma sesekali tu tekak nie teringin bebenor nak makan burger kan? Daripada kita beli burger kat fast food, kan lagi elok kalau kita buat sendiri. Beli minced meat jenis yang berkualiti dan buat sendiri daging burger tu kat umah. Kalau tak pernah buat, korang google jer kat internet. Sure jumpa punyer cara2nya!
Contohnya macam hari tu housemate saya Hafez buat burger sendiri je kat umah. Skali buat dapat 11 keping ko! Tebal2 plak tuh! Puas hati makan kan? Boleh simpan sampai esok pagi taw buat sarapan! hahahaha... Burger dia nie special sket, ada rempah ratus yang ditambah dalam patty tu. Bila makan terasa nikmat sesangat! Hmmm... kalau nak resepi, korang PM la dia yer! hehehe...
Tapi kami nie memang prefer makan kat umah & masak sendiri. Kalau makan luar tu, susah nak jumpa kedai yang jual makanan yang sedap & sihat. Kalau jumpa yang sedap, biasanya tak berapa sihat. Kalau jumpa yang sihat, harganya pulak melambung2 boleh pengsan. Ujung2 kita beli ikan, daging, ayam & sayur kat pasar... balik & masak sendiri jer. Jimat pun jimat, betul tak?
Moral of the story yang panjang lebar nih, dalam pemakanan harian kita, memang dah tak banyak zat2 & vitamin2 yang berguna untuk badan. Itulah sebabnya saya selalu tekankan betapa pentingnya kita mengambil supplement2 tambahan, agar badan kita mendapat nutrien yang lengkap. Zaman sekarang ni, malnutrisi bukan terhad kepada orang yang kebuluran je taw! Orang yang kuat makan tu pun ramai yang malnutrisi.
Okaylah u olls, saya ada kerja nie. Nanti ada citer lagi, saya citer lagi kay!
Daaaa!!!!!
0 comments:
Post a Comment