Friday, September 5, 2014

Macam Nak Demam Pulak

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam U Olls!

Pejam celik dah pun hari Jumaat kan? Sekejap jer masa berlalu. Sedar tak sedar, makin hari kita makin tua. Makin kita tua, makin dekat kita dengan ajal. Tapi takleh jugak nak cakap camtu kan. Ajal maut ni semua di tangan Allah. Cuma kalau korang dah tua & tak mati2 lagi tu, kira bersyukur banyak2 coz Allah masih lagi kasi korang peluang untuk beribadat, bersama keluarga tersayang & menikmati kehidupan di dunia yang serba indah nie. Eh... sori tetiba terlaser mulut nie... hik hik hik. Jangan marah ah... saya nie kadang2 mulut jer macam longkang, tapi saya cuba nak sampaikan point yang berguna buat kita semua.

Saya nie pun bukanlah semakin lama semakin muda. Makin hari makin uzur jer badan nie. Tak macam masa zaman umur 20-an dulu. Dulu2 stamina & metabolisme sungguh tinggi. Sehari suntuk buat kerja sampai subuh2 pun masih lagi kuat. Makan pulak tak kira masa, main balun jer, tapi body tetap maintain. Tapi... bila umur dah nak masuk 30-an, mula la sakit itu sakit ini. Makan banyak sikit, perut dah kedepan! Huh... mengecewakan sungguh!

Cuma itu dah memang lumrah la. Makin tua, badan kita makin tak kuat. Tambah pulak umur dah nak masuk angka 40-an nie. Lagi la teruk. Kerja berat sikit jer, dah termengah2, rasa macam nak patah pinggang. Tak boleh silap sikit, mesti ada je yang tak kena.

Contohnya macam minggu nie. 2 hari lepas masa balik dari siap membaking kek, cuaca memang hujan lebat giler kat sini. Nak taknak, kena redah jugak coz dah nak masuk waktu asar. Kang terlambat plak nak pi masjid. Masuk jer keter, kitaorang masing2 dah kuyup. Masa tu takder apa2 lagi. Tapi malam semalam badan nie dah mula rasa panas2. Tekak plak rasa tak selesa. Bila tengok kat cermin, nampak la tonsil dah membengkak. Aduhaaaiii... dah lama rasanya saya tak demam nih!

Pikir2, nie tak boleh jadik! Nak gi klinik, malas la pulak. Balik2 doktor akan kasi panadol, ubat selsema, ubat tahan sakit badan, dan kalau demam teruk doktor akan kasik antibiotik. Memanglah boleh sihat lepas 2-3 hari makan ubat doktor. Tapi bila pikir kesan sampingannya tu, saya terus cancel niat nak g klinik. Baik la saya cuba rawat diri dengan 2 jenis supplement Shaklee yang ada kat umah nie.


Pertama, saya makan Vita-Lea Iron Formula. Oleh sebab badan nie kurang sihat, saya amik 2 biji, 2 kali sehari (selepas makan). Manfaat utama Vita-Lea nie:

  1. Penambahan tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja2 seharian.
  2. Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  3. Keupayaan Sistem Produktif - penting kepada kanak2 dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisme - sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  6. Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Tahu tak korang Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia? Haa... tak tau kan? Pada tahun 1915 ( lebih kurang 90 tahun dahulu), asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan kepada 'Vita-Min'. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya daripada cecair kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin, dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Tablet Vita-Lea ni pulak disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai 'Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Kadar penyerapan Vita-Lea memang pantas. Korang boleh tengok demo yang kakak nie upload kat Youtube:



Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%!!! Vita-Lea juga telah dipilih oleh Centre for Science di US sebagai The Best Multi-Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Nak tau harga Vita-Lea nie? Cuma RM88.75 sahaja! Ada 120biji dalam satu botol. Tapi kalau korang memang ahli, ataupun nak join ahli, ofcoz harganya akan jauh lebih murah. Boleh hubungi saya ataupun Hafez untuk maklumat lanjut tentang cara2 nak jadi ahli ya!

Okaylah, setakat tu jer untuk hari nie. Nanti saya sambung citer tentang Sustained Release Vita-C pulak yer! Saya nak berehat sekejap. Supplement tu supplement jugak, tapi rehat pun kena cukup. Dan jangan lupa minum air kosong dengan banyak, at least 3 liter sehari.

Cuma saya nak ingatkan korang... Supplement2 nie cuma makanan tambahan untuk kita tambah nutrisi dalam badan, untuk mengelakkan daripada jatuh sakit & untuk meningkatkan tahap sistem imuniti badan. Ia bukanlah ubat, mahupun penyembuh sesuatu jenis penyakit. Kalau korang memang betul2 dah demam, atau demam panas, pergi jelah jumpa doktor & makan ubat2 hospital tu. Jangan nak kekwat pulak takmo gi jumpa doktor kay!

0 comments:

Post a Comment