posted by Mohd Yusof Rahmat
Salam & Selamat Berhujung Minggu Semua!
Syoknyer hari nie hari Ahad kan? Untuk yang belum start kerja tu, mesti seronok dapat spend time dengan family & menggunakan masa terluang nie untuk berehat. Untuk yang dah start bekerja tu, korang banyak2 bersabar yer, coz korang punyer weekend dah bermula sejak hari Jumaat lepas kan? hahaha... kira adil la tu.
Hari nie saya nak santai2 jer kat umah. Badan pun belum recover sepenuhnya lagi. Saya nak berehat cukup2 & masa yang terluang tu, nak spend untuk tido, makan & tengok TV. Bukannya nak jadik pemalas, tapi saya rasa rehat yang cukup adalah salah satu elemen penting untuk kita dapatkan tubuh yang sihat. Kalau time2 tak bekerja nie kita dok balun jugak buat kerja, nanti makin lama makin stress. Bila kita makin stress, mula la kena darah tinggi, tul tak?
Cer korang tengok si Kojiro nie. Hidup dia tak stress. Hari2 kerja dia makan, lepak, jilat2 bulu, pastu tido. Skali skala bila dia rasa boring kat umah, baru la dia mengiau2 mintak keluar. Tu pun tak lama, sejam dua jer dia dah tercongok kat umah. Bila dia rasa KKS (kurang kasih sayang), dia akan datang meleser2 kat kitaorang... hahaha. Mintak dibelai gitew. Manja sangat kan?
Haaa... camtu jugaklah kita nie. Dah la hari2 biasa kita dok pulun buat kerja. Awal2 pagi dah kuar umah, lewat petang baru balik. Bila malam, baru la ada masa nak luangkan ngan family. Kol 9 atau 10malam, dah nak masuk tido. Camtulah ulang2 tiap2 hari sampai tiba hujung minggu. Tak ke penat? Nak tengok muka orang stress di tempat kerja?
Hahaha...
Bila tiba hujung minggu, ada yang gunakan masa untuk bersosial dengan kengkawan. Ada jugak yang gunakan masa untuk keluar jalan2 dengan family. Ada jugak yang gunakan masa hujung minggu diaorang dengan aktiviti2 riadah. Apa2pun yang kita buat, make sure kita cuba elakkan untuk buat kerja. Cuba untuk lupakan sekejap kerja2 yang takkan habis tu. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri & orang tersayang.
Saya teringat pesan sorang ex-opismate saya masa kat BNM dulu "kerja nie memang takkan abis. Kalau kerja ni dah abis, ada plak kerja2 baru yang boss kasik." Saya sangat setuju! Kalau kita mampu abiskan semua kerja, pastu nak buat apa? Berhenti kerja? hahaha... pitam!
Masa yang terluang nie kita gunakan sebaik2nya untuk buat aktiviti yang takder kaitan dengan kerja. Supaya kita dapat legakan kepala hotak. Stress nie memang sentiasa ada di mana2. Cuma cara kita nak menguruskan stress tu yang penting.
As for me, oleh sebab saya nie sedang dalam mood berjimat cermat, saya cuba cari apa yang saya boleh buat untuk kurangkan stress. Selain lebihkan tido (hahaha... don't judge okay! Saya pun macam Kojiro jugak), saya spend masa2 terluang ni dengan perbanyakkan tido, layan DVD, main2 dengan Kojiro & buat laundry. Yup! Saya memang hilang stress bila buat laundry. Jangan tanya kenapa, maybe ada sesuatu aura yang washing machine nie keluarkan, yang menyebabkan saya boleh destress! hahaha...
Tak semestinya nak hilangkan stress, kita kena keluarkan duit yang banyak, kan? Apa yang saya buat tu semuanyer tak kena bayaran tambahan. Tapi kalau korang ada duit berkepuk2 kat dalam kocek tu, saya cadangkan gi la bercuti2. Cuti2 tak semestinya kena gi jauh2. Cuti dekat2 pun okay. Ada sorang kawan kat FB nie, saya tengok dia selalu check-in hotel bawak anak2 dia. Dok kat KL, check-in hotel pun kat KL jugak. Tak salah sebenarnya tu! Mungkin itu salah satu cara dia untuk tangani stress. Yang penting, dia & keluarga dia happy, kan?
Bila kita dah dapat uruskan stress kita, maka kehidupan kita semakin sihat. Bila badan pun sihat, otak pun cergas bila nak mulakan kerja pada hari yang berikutnya. Hidup nie hanya sementara je, gunakan masa yang Allah beri nie sebaik mungkin untuk kita cari kebahagiaan tu. Asalkan kita jangan over udah ler yer! Dan jangan lupa kewajipan kita kepada Allah.
Okaylah korang. Saya nak mandi jap (haa.... kantoi belum mandi lagi walaupun dah kol 12 lebih!), pastu nak gi masjid. Then nak gi Tesco jap beli groceries. Petang nie kawan baik saya, Sam, nak singgah umah. Kitaorang plan nak masak sikit untuk dia. Hmm... nak masak apa yang simple? Buat homemade burger? Okay jugak kan? Dah lama tak makan burger. Nanti ada masa, saya tulis lagi yer! Bye!!!!
P/S: Haaa... comel tak baby nih? Baby nie pun stress bila korang stress taw! hahaha...
0 comments:
Post a Comment