Tuesday, September 2, 2014

Kojiro's Back Yo!

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam U Olls!

Pagi nie saya takleh nak tulis panjang2 coz nak rushing potong kek & antar kek kat Chamek Kopitiam. So tak dapat nak membebel berjela2.

Just a quick updates on Kojiro. Dia dah boleh balik umah semalam. Nampak sihat sikit. Vet tu pun cakap yang dia well behaved, tak banyak hal masa kat klinik. Biasalah la budak nie. Kalo kat umah kemain lagi ligat. Bila jumpa vet, terus kecut perut.

Hai korang! Ari nie Kojiro belanja 1 selfie kay!

Apa2pun syukur sebab vet tu jaga dia dengan baik sekali. Kencing dia pun dah okay, masih kotor sikit tapi tak berdarah lagi macam ari tue. Cuma kitaorang kena monitor from day to day. Kot2 penyakit batu karang tu datang lagi. Cuma vet bekalkan kami dengan 5 jenis ubat untuk kasi Kojiro makan. Sigh! Ni yang paling lemah. Coz dia nie kalo kitaorang nak kasi ubat, mesti liat. Kalo vet tu yang kasi, dia main nganga jer mulut. Sungguh double standard yer!


Makanan pulak vet suruh amik RC khas untuk Urinary S/O. Tak tau la apa maksud "S/O" tuh. Mungkin S=Struvite & O=Oxalate. Eeee... complicatednyer nama. Yang penting, nie la makanan yang sesuai untuk kucing2 yang ada penyakit batu karang. Untuk 3 bulan nie, Kojiro mesti makan tu jer. Untuk membantu pecahkan sisa2 batu karang yang ada. Lepas tu mungkin dah boleh tukar kepada RC Male Neutered pulak. Haih... nie baru jaga kucing. Kalau kitaorang jaga baby, cemana la agaknyer ek?

Pasni kena lebih berhati2 kalau belikan makanan untuk Kojiro. Takleh main sapu sebarangan jer. Kesian dia. Dia nie binatang, manalah dia tau hal2 baik buruk kan? Asalkan makanan tu bau sedap, dia main belasah sajor! Side effect & penyakit semua tu mana la dia tau kan?

Kita manusia nie lagi la teruk. Macam2 benda yang kita makan. Kadang2 tengah2 malam pun ada yang pi ngeteh & makan roti canai kat kedai mamak. Pastu balik tido! Tu semua nak mengundang penyakit bila tua nanti.

Oleh sebab kita nie jenis spesis yang memang susah nak kawal pemakanan, nak taknak kita kena jugak amik supplement tambahan untuk badan. Sekurang2nya amik la multivitamin. Dan bagi mereka yang health conscious pulak, tambah lagi dengan supplement2 yang lain, supaya bila dah tua nanti, badan kita tak la menderita teruk sangat.

Saya teringat kisah tentang maklong saya. Dia nie dah start amik supplement sejak muda2 lagi. Dan bila nak makan supplement, dia mesti amik ngan susu. Sekarang nie umur dia menjangkau 80tahun. Rasa2nya dia jauh lebih sihat berbanding mak saya. Ada satu hari tu dia jatuh terduduk kat dalam bilik air. Masa tue dia tengah panjat tangga untuk buat sesuatu (tak pasti plak kenapa dia panjat tangga kat dalam bilik air). Lepas gi jumpa doktor, doktor tu heran kenapa orang tua macam maklong saya nie tak patah tulang. Tapi bila citer2, mak saya cakap yang maklong nie memang rajin makan vitamin & selalu amalkan minum susu. Mungkin itu sebabnya tulang dia jauh lebih kuat berbanding tulang2 orang yang sama umur dengan dia.

Moral of the story, cuba la amik supplement. Shaklee ada sediakan banyak jenis supplement yang sesuai & selamat untuk badan kita. Sekarang nie mungkin kita tak berapa nampak kesannya. Tapi bila tua nanti, baru kita akan sedar & bersyukur yang kita dah mula makan supplement dengan lebih awal.

Contoh supplement yang paling mudah & lengkap ialah Vita-Lea. Makan 2 biji sehari pun dah kira okay. Dalam tu ada beberapa jenis vitamin & mineral yang penting untuk badan kita. Cuma saya cadangkan, tambah la jugak dengan Vita-C Plus, coz vitamin C nie penting untuk kita kekalkan kesihatan kita kepada tahap yang maksimum.


Harga pun tak mahal sangat taw!

Vita-Lea: RM88.75 (ada 120biji). Kalau makan 2 biji sehari, boleh tahan 2 bulan.
Sustained Release Vita-C Plus: RM92.50 (ada 180biji). Kalau makan sehari 2 biji, boleh tahan 3 bulan.

Jadi, kalau kira2 tak la mahal sangat kan? Itu harga bukan ahli. Kalau korang jadik ahli, ofcoz dapat beli dengan harga yang lebih murah.

Okaylah saya takleh lama nie. Nanti kalau ada citer2 terkini tentang Kojiro ataupun Shaklee, saya akan kongsi lagi ya! Jangan lupa bulan nie Shaklee ada promosi Collagen Powder. Kalau terlepas nak baca semalam, boleh klik kat sini.

Bye!!!

0 comments:

Post a Comment