posted by Mohd Yusof Rahmat
Salam Korang! Selamat Pagi! Moga korang semua sihat2 la yer.
Semalam merupakan hari yang sungguh meletihkan buat saya. Selain kerja2 membaking & membeli bahan mentah untuk Kafe Amben, jadual harian dipenuhi dengan melayan anak bulus kat umah, buat laundry & vacuum umah (sejak anak bulus ni ada, tiap2 hari kena vacuum yer!). Sebelah malam pulak ada bengkel nutrisi dengan taiko2 Shaklee, lebih 2 jam dok share info tentang Shaklee Collagen Powder sahaja! Tu baru 1 produk! Bayangkan ada berapa produk kesemuanya? Haaa.... fitaaaaam! Tapi takper, demi customer yang nak sihat, saya cuba yang terbaik untuk luangkan masa.
Pagi nie rasa macam tak sedap badan. Maybe sebab semalam kena hujan lebat masa balik dari kedai. Cecepat saya makan Vita-C. Biar kasi boost sikit saya punya immune badan. Hopefully demam tak datang menyinggah! Pastu saya akan cuba untuk minum air kosong sekurang2nya 3 liter hari nie.
Anyway, bukan saya jer yang amik supplement taw! Anak bulus saya pun dah start amik supplement jugak. Ari tu gi klinik haiwan, vet ada kasi beberapa sample supplement khas untuk kucing...
Haaa... jangan ingat manusia jer yang makan supplement okay! Kojiro pun dah start makan! hehehe... Bukannya apa. Umur si Kojiro nie dah tua jugak, dah lebih 5 tahun rasanya. Makin lama, badan dia makin tak kuat. Nutrisi yang ada dalam makanan dia tu memang nampak dah cukup, tapi kita tak pasti sejauh mana badan dia dapat menyerap semua nutrisi daripada makanan dia tu. Jadi, tak salah kalau kita kasi dia supplement tambahan, supaya dia lebih sihat, cergas & tak mudah jatuh sakit. Kita tuan punya kucing nie, jangan la kedekut sangat nak belikan supplement. Tiub kecik nie cuma RM5 jer. Kalau korang superkaya, bolehlah beli tiub yang besar tuh. Bayangkan duit yang korang kena keluarkan kalau kucing korang masuk wad? Ari tu kami terpaksa spend RM500 taw! Pastu tambah lagi dengan makanan dia RM125! Rasa macam gelap sekejap dunia! hahaha.... tapi nak wat cemana, benda dah jadi, semua dah terlambat. Sekarang ni dah sedar, baru kitaorang bertindak & lebih jaga Kojiro macam kita jaga diri sendiri.
Kita nie pun sama jugak. Makin lama makin kertu. Jangan la kedekut sangat nak beli supplement untuk diri sendiri & anak2 tuh. Kalau sayangkan diri & anak2, bertindaklah dari sekarang. Jangan tunggu sampai dah ada kat pintu sepital, baru sibuk nak paksa makan ubat. Kita jugak yang rugi.
Supplement Shaklee nie pun bukannya mahal. Shaklee guna barangan semulajadi, selamat, premium & ternyata berkesan! Ada sesetengah supplement tu boleh tahan sampai 6 bulan yer! Kalau korang cik kut (kedekut) taik hidung masin jugak, saya pun takleh nak cakap apa.
So far customer2 kitaorang memang kasi feedback yag positif. Cuma kena ikut cara pemakanan supplement yang betul, jangan main taram jer. Pemakanan pun kena jaga jugak. Kalau amik set pengawalan berat badan tu, agak2 la bila nak sumbat apa kat dalam mulut. Kalau hari2 dok bantai burger, KFC, fries... cemana la nak turunkan berat badan kan? Ujung2 nanti korang salahkan Shaklee pulak. Walhal tabiat pemakanan korang tu yang tak sihat.
Anyway, semalam barang2 yang saya order daripada Shaklee dah tiba via City-link. Kami order hari Ahad lepas. Mula2 plan nak gi beli terus kat branch, tapi terlupa plak Ahad lepas tu public holiday. Bengong betul kan?! Oleh sebab takmo bertangguh kerja, saya pun order melalui website Shaklee. Shaklee courier elok2 jer, semua barang sampai dengan selamat :)
Buat kengkawan yang dah place order nih, saya cuba buat pos ari nie kay! Semua dah ready kat umah, tinggal drop-off barang2 nie kat post opis sajor! Thank you so much coz percaya dengan produk2 Shaklee, tanpa perlu saya paksa korang beli... hehehe. Bukannya apa, bagi saya kalau benda tu bagus, kita tak perlu nak push2 customer bagai. Customer sendiri yang akan membeli dengan hati yang terbuka. Yang mana memang pernah guna produk Shaklee, mesti dah experience sendiri.
Oh ya, ari nie saya nak share info tambahan tentang Shaklee Collagen Powder. Buat yang tertinggal bas, korang boleh catch up kat posting ni dan yang ini. Hari nie nak tambah sikit lagi.
Biasanya bila citer tentang collagen, masing2 dok pikir nak kulit cantik, rambut cantik, kuku cantik, mata cantik, nak hilangkan kedut2 kat muka, nak tegangkan kulit, bla bla bla. Semua pasal nak jadik cantik je kan? tapi tahu tak korang collagen nie penting jugak untuk tulang, sendi & organ2 dalaman kita?
70% daripada berat badan kita adalah protein. Dan 1/3 daripada protein nie adalah collagen. Banyak kan? Kalau korang baca tentang collagen nie, boleh naik gila taw! Sana sini ada collagen. pendek kata, collagen memang penting untuk badan kita berfungsi dengan baik. Bukan sekadar untuk kecantikan semata2!
Tapi kali nie saya nak sentuh tentang peranan collagen dalam tulang kita. Collagen nie penting dalam membentuk tulang. Biasanya yang kita tahu, kalsium untuk tulang kan? Benar, tapi kombinasi collagen + kalsium alah penting untuk menjadikan tulang kita kuat, sihat & dapat menampung tekanan.
Kombinasi nie penting sebab dalam pembentukan tulang, collagen merupakan jaringan2 tempat untuk kalsium berpaut. Kalau collagen kita kurang, zat2 kalsium yang masuk dalam tubuh kita tak mempunyai ruang yang banyak untuk berpaut, dan akhirnya akan dibuang oleh badan kita. Korang minumlah 10 gelas susu anlene sehari, tapi kalau collagen tu dah nan hado, kalsium2 tu semua akan keluar balik. Rugi kan?
(Cuma, kalau korang betul2 ada masalah sakit sendi & perlukan dos yang lebih tinggi, Shaklee memang ada supplement untuk tu. Korang roger jer kat saya, nanti saya explain).
Untuk yang ada masalah alergi dengan seafood, korang jangan bimbang. Shaklee cuma ekstrak glucosamine jer daripada kekerang nie, bukannya dia amik allergen2 tu skali. Untuk jenama yang dah beroperasi lebih 50tahun, diaorang dah pikir awal2 lagi tentang hal2 camnie. Korang belum lahir pun, Shaklee dah wujud taw! hahaha... dun worry, keep calm & eat Shaklee! Giteeewwww!
So... dah berbuih2 mulut dok citer nie, korang paham ke tidaaaak? Kalau tak paham2 jugak, boleh hubungi saya ataupun Hafez. Kita boleh explain dengan panjang lebar lagi.
Apa2pun, nasihat saya... kalau kita nak sihat, masih belum terlambat. Kita bertindah sekarang & cuba ubah nasib badan. Kalau kita tak usaha, cemana nak nampak hasilnya kan? Jangan lupa bulan nie ada promosi Shaklee Collagen Powder, beli 6 kotak, percuma 1 kotak! Kalau makan tiap2 hari, boleh tahan 6 setengah bulan! Kalau makan selang sehari? Tahan setahun kak! haaaa... untung laaaaaa.....
0 comments:
Post a Comment