Saturday, August 23, 2014

Pengalaman Pertama Guna Shaklee Enfuselle

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi!

Pagi hujung minggu nie sure ramai yang bz. Ada yang bz nak buat open house raya. Ada yang bz tido lagi. Saya pulak tak berapa bz sangat. Cuma ada tempahan 30 bijik cupcakes & 100 biji muffin je, nak kena siapkan sebelum kol 2ptg nanti.

Alang2 takde apa nak buat kat umah, boleh la buat laundry, vacuum umah & bersihkan bilik air kucing kami Kojiro. Kojiro ni memang kami train untuk berak/kencing kat bilik air je. Senang nanti kalau2 kami nak ke mana2, takdelah risau dia duk membuang merata2 kat umah kan. Depan pintu bilik air pulak ada towel bapak besau punyer, supaya kami dia bersih bila melangkah keluar. Ni la muka kekwat si Kojiro...


Dia ni muka je macam gangster, tapi penakut yang amat! Kalau ada kengkawan datang umah yang dia tak familiar, cecepat dia akan lari masuk bilik ala2 gadis wanita melayu zaman dolu2. Pemalew sangat kan? hahaha... nyampah ler!

Anyway, hari nie saya dah start gunakan set penjagaan muka Shaklee Enfuselle. Set ni actuallynya terbahagi untuk 2 jenis kulit, iaitu kulit normal ke berminyak & kulit nomal ke kering. Masa duduk KL dulu bilik saya ada aircond, jadi kulit saya sentiasa kering. Tapi bila dah pindah JB ni, umah takder aircond. Kulit sedikit berminyak, especially kat T-Zone. Tambahan pulak area Masai nie memang spot yang panas sikit, kadang2 tu kulit rasa macam berlengas2 jer... eeewwwww...

So semalam masa kat Shaklee, staff kat situ suggest saya gunakan set untuk kulit normal ke berminyak nie...


Set yang asal ada 4 item:

  1. Purifying Cleansing Gel (RM88.75);
  2. Purifying Toner (RM78.75);
  3. Balancing Moisturizer (RM83.75); dan
  4. Eye Treatment (RM52.50), sesuai untuk semua jenis kulit.
Tapi saya beli No. 1, 2 dan 3 je. Biasanya orang lelaki ni susah sikit nak commit benda2 rutin kecantikan nie kan. takut plak kalau beli Eye Treatment, tak pakai, kang rugi plak. But who knows, kot2 tetiba mata nie jadik mata panda sebab tak cukup tido, harus la saya pi beli jugak!

Saya nie sebenarnya dah banyak pengalaman guna produk penjagaan kulit. Masa zaman sekolah dulu jerawat kemain banyak kat muka. Kawan saya kata "muka ko nie takder ruang dah jerawat nak tumbuh!". Haaa... sentap ke tidaaaaak? hahaha... Masa tu macam2 la saya try, dari Avon ke Amway ke Bodyshop ke Dr Murad. Tapi nan hadonyer berkesan!

Masa kat Uni pulak jerawat dah kurang sikit, tapi parut jerawat still merata2 kat muka. Masa tu dapat duit biasiswa Proton, so mewah la jugak. Belanja bulanan ada la dalam RM500 habis untuk produk kecantikan, Bayangkan saya dah try Estee Lauder, Guerlain, Clinique, dan macam2 lagilah! Gi facial pun pernah kau! Tapi parut jerawat memang susah nak hilang! Pastu saya ada cuba produk Clarins Bio-Ecolia. Haaa... yang ini memang elok! Parut jerawat dah nampak pudar. Tapi lepas guna 3 jar, produk tu discontinue pulak. Eeee... scary la pulak. Entah2 ada benda yang tak lulus kat dalam krim tu tak? Mintak simpang la!

Masa saya kerja pulak, saya pernah try set SKII & Lab Series. Tapi kulit tak sesuai. Awal2 guna memang okay, tapi bile masuk cycle ke-2, macam dah takder kesan positif. Muka jadik lebih kering, gatal & mengelupas. Last2 tercuba produk Dermalogica. Time nie memang abis banyak kat Dermalogica. Sekali facial je RM250 ke atas. Barang2 dia pulak bukannya murah. Sekali beli je dalam RM800-1300 terbang! Time tu saya kerja, so mewah sikit. Takder duit, saya swipe, then dapat bonus saya bayar balik kad. Tu jelah kerja aku. Tapi makin lama makin tak boleh nak sustain. Bila kira2 balik, mak aih!!! Boleh bayar downpayment keter VIOS duit2  yang saya dah belanjakan kat Dermalogica tuh!

Masa saya bisnes sendiri, saya dah mula bijak & berjaga2 bila nak beli produk penjagaan kulit. So far jenama yang sesuai ialah ZA. Hmm... saper tau kan, tak perlu belanja besar macam dulu. Tapi kesan penggunaan ZA ni tak berapa power, dan kurang sesuai ngan kulit saya ni. So sekali lagi saya dalam misi mencari produk yang betul2 sesuai dengan kulit saya & sesuai dengan kemampuan saya.

Bila dah berkenalan dengan Shaklee ni, saya mula reserach tentang produk2 penjagaan kulit dia. Untuk produk supplement, saya tak risau coz saya rasa semuanyer memang dah terbukti berkesan & selamat untuk badan/buah pinggang kita. Tapi produk penjagaan kulit ni lain sikit, kita kena dig deep & buat banyak research sendiri kat internet. So baca punya baca punya baca, last2 saya pun decide untuk beli je! Banyak sangat testimoni pengguna yang meyakinkan saya. Bukan setakat testimoni ahli Shaklee yang saya baca, tapi review2 daripada blogger2 tempatan & luar negara pun saya baca jugak, samada blogger yang 'dibayar' mahupun blogger yang tak berbayar. Tapi saya prefer baca review blogger yang tak dibayar coz ianya lebih kritikal, jujur, telus & tak bias.

Cuma banyak2 testimoni, tetiba terjumpa pulak testimoni Presidential Master Iffah Anuar nie...


Haaa... kalau PM pun dah cuba, kenapa plak saya nak rasa ragu2 kan? Tu yang saya terus beli!

(1) 1st time guna cleansing gel dia, saya terkejut sikit. Coz saya cuma letak sikiiiiit je (sebesar mutiara) kat tapak tangan. Bila sapu kat muka & bila gel dah bercampur ngan lembapan air kat muka, memang berbuih2. Kulit rasa macam bersih giler! No wonder ada orang claim yang dia punya cleasing gel boleh bertahan sampai 6 bulan! Pekat giler ko! So... harga almost RM89 hengget untuk 6 bulan tu, idak le mahal bebenor kan? Kalau dapat dengan harga ahli, sure lagi berbaloi!

(2) Pas cuci muka & mandi, saya guna toner pulak. Pun sama, saya gunakan sikit je. Saya curah sikit kat tapak tangan & tepek2 kat muka kasi segar. So far so good, kulit tak terasa pedih, rengsa, tegang ataupun berminyak. Terasa lembab & sejuk2 je macam kat Cameron Highland... hehehe

(3) Then akhir sekali saya guna balancing moisturizer. Pun sama jugak, saya amik setitis-dua je & sapu kat seluruh muka. Teksturnya ringan, oil-free & mudah nak oles2 kat muka. Lepas pakai pelembab, muka tak terasa melekit ataupun tegang.

Camtulah pengalaman saya 1st time guna Enfuselle nih. Harap2 lepas seminggu dua, kulit jadik lebih sihat, lebih berseri & cantik macam Cik Ta! Eeeehhhhhh?... hahaha...

Okaylah u olls! Saya nak pi buat cupcake & muffin nih. Kang tak siap, mau mengaruk customer! Nanti ada masa lagi, saya tulis yer!

Daaaaa!!!!

2 comments:

  1. Maaf nk tumpang tnya..Pkai set enfuselle tu brapa lama untuk nmpk kesan??

    ReplyDelete
  2. Hai awak..ikut pengalaman saya..bole nmpk kesannyer dalam 2 minggu..sbbnye kandungan enfuselle xde chemical cam skincare pasaran luar..adik saya guna pencuci n toner dalam 5 hari da kecut jerawat die..kalo kite consisten insyallah bole perbaiki muka kite..bole wasap 0184666875 kalo nak tau lebih lanjut..

    ReplyDelete