Sunday, August 31, 2014

Boleh Ke Makan Cupcake Kalau Nak Kurus?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57!

Tak sangka pulak cuti umum nie jatuh pada hari Ahad. Rupa2nya weekend nie merupakan weekend yang panjang. Sure ramai yang amik kesempatan untuk gi holidays ataupun buat majlis kerja kawen. Buat yang travel tu, hati2 dalam perjalanan & buat yang nak kawen (ataupun dah selamat kawen) tu, selamat pengantin baru ya!

Semalam kami berdua bertungkus lumus nak siapkan 100 biji cupcakes & 10 biji victoria sandwich cupcakes tempahan sorang customer kat Taman Perling. Entah mana dia dapat tahu yang kitaorang ada jual kek, saya pun tak pasti. Mungkin daripada Instagram, mungkin jugak daripada kengkawan dia. Apa2pun, Alhamdulillah semua dah selamat dihantar dalam keadaan hujan yang agak lebat petang semalam & jalan yang jem giler kat highway Pasir Gudang. Pfffftttt!!!!

Anyway, kalau korang nampak, bentuk victoria sandwich & brownies kami nie dah bertukar sikit. Sebelum nie kami bake kat dalam loyang yang non-stick, untuk dijual kat Chamek Kopitiam. Memang hot item. Cuma in terms of handling, memang agak menyusahkan staff2 kat sana. Kita nak pi hantar pun susah jugak. Unless kalau dah bukak kedai & customer makan kat kedai, then memang nampak cantik. Tapi kalau nak tapau, memang leceh. Kotak kami tak sesuai nak tapau ataupun nak angkut bentuk yang camnie.

Ni gambar sebelum (masa kami awal2 antar kat Chamek dulu):


Ni pulak gambar terkini selepas kami buat sedikit modification. Kami bake terus kat dalam paper portion. Mudah customer nak tapau, mudah bagi kami nak deliver kat customer. Resepinya tetap sama.


Anyway, tentang customer tu, bila saya tanya dia semula hari nie, rupa2nyer dia nie pernah makan kat Cupcake Chapter. Diaorang pernah tengok CC masuk rancangan JJCM kat TV3. Sekarang nie diaorang hepi sikit coz kami dah dekat JB, mudah la diaorang nak order. See... kalau setengah produk tu bagus, customer sendiri yang akan carik kita. Cuma kita sebagai peniaga, perlulah carik customer2 yang baru pulak, yang belum pernah try produk kita tu. Once diaorang puas hati, diaorang sendiri yang akan repeat order.

Camtulah jugak dengan produk2 Shaklee. Ramai yang belum cuba, masih lagi takut2 nak mencuba. Takut tak berkesan, takut tertipu dengan iklan & testimoni, takut nak bazirkan duit untuk beli barang yang diaorang belum rasai lagi keberkesanannya. Tapi bagi yang dah cuba & dah dapat rasai kesan yang positif, diaorang sendiri yang akan carik kita untuk repeat order. Serious!

Contohnya hari nie, saya & Hafez memang bercadang nak gi branch Shaklee untuk beli barang customer. Bila letak je status kat FB, ramai pulak yang mesej, nak tambah order. Saya rasa happy bila customer2 nie dah mula yakin dengan Shaklee. Teringat masa diaorang mula2 nak try dulu, berbuih2 jugak mulut saya nak convincekan diaorang. Mula2 tu diaorang berani try 1 produk je. Bila diaorang tengok ada perubahan yang elok, tambah 1 jenis lagi. Pastu tambah & tambah lagi.

Sama jugak la macam kami berdua. Dari 1 jenis, sekarang ni ada lebih 8 jenis supplement yang kami consume! hahaha. Bukannya apa, tapi different supplement ada different function. Tapi saya tak takut nak amik banyak2 coz produk Shaklee nie semulajadi, dan tak mendatangkan kesan buruk kepada hati & buah pinggang kita. Kesan yang baik, adalah!

Cuma nasihat saya, makan supplement tu kenalah konsisten. Jangan makan bila ingat je. Jangan plak korang overdose! Pastu yang amik set untuk weight management tu, kami tak pernah larang korang nak makan yang sedap2. Tapi agak2 la kan. Jangan korang dok bantai sekuali rendang, ataupun makan seperiuk nasik tiap2 hari sudah ler! Kalo camtu, caner la nak turun berat badan kan? Ujung2 nanti korang kata produk Shaklee tak berkesan, walhal ko dok makan macam budak sekolah nak membesar.

Saya sendiri kadang2 bila craving nak makan kek, saya akan makan sikit muffin yang reject tu. Setakat nak hilangkan rasa gian je. Yang penting, kita kekalkan diet yang seimbang. Jangan feeling2 amik set kurus & nak buat protein diet plak yer! Badan kita ni perlukan carbo jugak.

Ni ada carta piramid makanan seimbang yang mungkin berguna untuk korang.



Paham ke tidaaaaak? Kalo tak paham, boleh contact kami kay! Tapi tengok diagram je, rasa2nyer dah boleh paham2 sendiri kan.

Sesiapa yang ada follow Hafez kat Facebook, maybe pernah tengok dia upload poster nie dulu2. Untuk yang nak kawal berat badan, ni adalah set yang Hafez akan cadangkan...


Cara2 nak makan mudah je. Dan korang tak perlulah nak buat diet Atkins bagai (feeling2 retis Hollywood katanyer kan?!). Makan macam biasa je. Cuma korang kena lebihkan makan sayur2an, minum banyak air kosong & exercise at least 20min sehari. Yang takde kuasa nak exercise tu, korang pi la ronda2 shopping mall 2-3jam sampai penat.

Harga set nie pun tak la semahal kos2 kat slimming centre tu. Saya tahu coz ada kenalan2 saya yang dah spend lebih RM10k untuk pakej slimming. Ujung2 staff kat slimming centre tu cakap "u minum saje teh herba ni & jangan makan benda lain". Giteeeewww!!! Kalau camtu, takyah la nak bayar 10k pun aku boleh pi beli teh herba tu kat supermarket & kurus sendiri kan?! Kalau tak makan & cuma minum air teh je, memanglah kompem akan kurus kering kan? Tapi sihat ke tidaaaaak? Kita nie nak kurus dengan cara yang sihat. Bukan nak kurus, pastu merana sebab tak boleh makan macam2.

Haaa... banyak pulak membebel, sure korang bosan dok baca posting yang panjang berjela nie kan? Korang cuma nak tahu berapa kena bayar untuk set shape up tu kan? Kalau nak tahu, contact saya ataupun Hafez. Kitaorang boleh advise baek punyer!

Daftar jadik ahli, opkoz dapat harga ahli. Kalau duit tu menimbun2 tak tau nak buat apa, takmo daftar jadik ahli pun takper, kita tak paksa. Tapi kan elok kalau beza harga tu korang gunakan untuk sedekah kat masjid ker, kat orang susah ker... dapat gak pahala taw!

Okaylah, saya nak kemas umah jap. Nanti tengahari nak kuar pi Shaklee. Selamat bercuti!!!

0 comments:

Post a Comment