Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Resepi Muffin Pisang Coklat Chip

Jangan jadikan menu sihat kita tu terlalu boring! Sesekali kita ubah sikit2 supaya kita tak bosan. Dengan cara begini, kita sekeluarga dapat menikmati pilihan makanan yang lebih sihat tanpa rasa bosan.

Malam ni saya nak kongsikan resepi mudah untuk buat muffin pisang dengan coklat cip.

Pengalaman menguruskan bisnes pastry kat KL & JB dulu banyak beri saya inspirasi & pengetahuan dalam bab2 membaking ni.

Saya pun kenal ramai kengkawan yang kaki membaking kat umah. Saya pasti korang akan rasa resepi yang saya nak kongsikan ni kacang je! Hehehe...

Bahan-Bahan:

- 1 cup tepung
- 1/2 cup Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
- 1 cup oat
- 2 sudu kecik baking powder
- 1 sudu kecik baking soda
- 1/2 sudu kecik garam halus
- 1/4 cup flaxseed
- 1 biji telur saiz AA
- 2 sudu besar minyak jagung
- 2 sudu besar gula perang
- 1/2 cup + 2 sudu besar susu
- 4 biji pisang, dilenyek
- coklat chip

Cara-Cara:

1) Gaulkan tepung, ESP, oat, baking powder,  baking soda, garam & flaxseed.
2) Di dalam mangkuk yang besar, pukul telur, minyak jagung, gula perang, susu & pisang lenyek.
3) Sedikit demi sedikit campurkan bahan (1) di atas dan kacau secara perlahan.
4) Tambahkan sikit coklat chip sesedap rasa.

Panaskan oven dalam 350 darjah celcius.

Sediakan loyang muffin bersaiz sederhana (16 lubang). Masukkan kertas muffin cup di setiap lubang. Kemudian, scoop bahan2 di atas ke dalam lubang2 loyang. Penuhkan dalam setengah je. Tak perlu letak penuh2. Kang melimpah ruah plak, tak cantik muffin u olls!

Bila oven dah panas, masukkan loyang & bakar dalam 12-20 minit. Rajin2 tengok oven. Kalau rasa2 muffin dah kembang & berwarna coklat keperangan, boleh la keluarkan dari oven.

Tips:
- Gunakan loyang yang jenis non-stick supaya mudah nak keluarkan muffin daripada loyang.
- Tak perlu sapu butter atau minyak kat lubang2 loyang tu, sebab bahan2 tersebut akan mengeluarkan minyak sendiri. Kang berminyak2 plak muffin u olls!
- Kalau takmo guna loyang, boleh jugak guna paper portion atau solo cup.

Bila muffin dah siap, boleh la sajikan terus. Sedap kalau makan masa dia masih panas, especially waktu sarapan pagi.

Selamat mencuba!

Tuesday, March 31, 2015

Resepi Ayam Panggang Usop



Bahan:
1 ekor ayam
2 tangkai daun rosemary (boleh guna rosemary kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil rempah cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
2 biji kentang idaho (kentang kulit tipis)

Cara-cara:
1) Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2) Tumbuk/kisar daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
3) Masukkan bahan2 lain seperti rempah cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati.
4) Lumurkan kepada ayam hingga rata.
5) Gaulkan lebihan rempah kepada kentang tadi.
6) Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
7) Panaskan 'magic pan' dengan api kecil & masukkan ayam serta kentang.
8) Biarkan selama 45 minit.
9) Flip/terbalikkan 'magic pan' supaya ayam masak dengan sama rata.
10) Hidangkan bersama salad buah2an & sayur2an.

Notakaki: selain kentang, boleh juga gunakan carrot, bawang holland & kobis bunga.

Sunday, October 5, 2014

Laksa Johor untuk Hari Raya Haji

Alhamdulillah... hari raya Aidil Adha dah pun berlalu. Cemana sambutan perayaan korang semua?

Saya sekeluarga menyambut secara sederhana jer. Tahun nie mak saya bergabung tenaga ngan maklong & makcik saya untuk masak laksa Johor. Korang pernah makan laksa Johor yang authentic tak? Tau cemana ghupernya? Haa... camnie...


Nampak macam senang je kan? Tak banyak bahan. Tapi nak membuatnya tu kemain la remeh. Especially part nak buat kuah dia yang pekat tuh! Macam2 khazanah rasanya ada kat dalam kuah tu.  Nak buah kuah dia pun amik masa dalam sehari suntuk. Nak siapkan condiments nya pulak amik masa lagi sehari. Boleh pengsan taw!

Yang penting, segala penat lelah they olls memang berbaloi sangat! Rasa laksa Johor nie memang kebaboom!

Kalau nak tau resepi, nanti saya cuba korek2 rahsia daripada maklong saya okay! Kalau dia tak kasi, korang jangan marah plak! Hahaha...

Wednesday, October 1, 2014

Dia Berbau Vanilla; Menaikkan Nafsu Ramai Orang

Salah satu sebab saya suka sangat Shaklee ialah beberapa supplement yang boleh dijadikan minuman yang lazat. Dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Memang baik untuk menjaga kesihatan kita sepanjang hari.

Energising Soy Protein (ESP) ialah salah satu supplement Shaklee yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Peminat-peminat ESP akan sentiasa ada at least 2 tin ESP di rumah mereka.

Bulan puasa yang lalu, boleh dikatakan hari-hari housemate saya, Hafez berbuka dan bersahur dengan ESP. Macam dah ketagihan, hehehe.

Beliau menjalani ibadah berpuasa dengan penuh tenaga sampaikan beliau kata,  "macam mengelat pulak sebab puasa kali ni langsing tak letih".

Apa yang membuatkan ESP unggul dalam memberi tenaga (energise) kepada pengguna ialah kandungan nutrisi bagi setiap hidangan. Rujuk poster Hafez ni untuk tahu lebih lanjut:


ESP berbau vanilla lembut menaikkan nafsu makan sesiapa saja yang merasa. ESP juga sangat versatil. Senang nak dipadankan dengan macam macam buah. Ni saya kongsi resepi berasaskan ESP daripada Hafez.


Eksotik kan! 

Sila cuba resepi ni, sangat lazat dan menyegarkan.

Kalau takde ESP dan nak cuba setin dua, boleh la hubungi saya di 019-3753414. Whatsapp atau mesej pun boleh kalau malu malu kucing.