Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Kafe Amben. Show all posts
Showing posts with label Kafe Amben. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Kek Bogel Victoria

Ari nie we olls pi mengantor kek yang sorang kakak nie order. Kakak nie kawan member saya Linda, dia stay kat area Bukit Aliff, JB.

Namanya kek nie Victoria Sandwich Cake...


Terliur ke tidak? Hahaha...

Ini merupakan kali pertama we olls buat kek jenis macam nie. Saya tak tau kenapa orang suker makan kek nie. Mungkin sebab kek2 jenis yang macam nie kurang manis berbanding kek2 yang banyak krim. Kalau ikutkan, kek nie simple jer... cuma vanilla cake, layered dengan cream cheese & strawberry sauce. Atas dia we olls letak cream cheese & buah strawberry Driscolls.

Kalau kat negara2 omputeh, kek jenis yang simple macam nie memang popular & dah biasa orang buat. Orang kita2 nie jer yang lebih sukakan kek yang berwarna-warni-penuh-krim-banyak-cokelat-dan-buah2an-macam-kek-rojak!

Apa2pun, ini bukanlah salah satu kek specialty kami berdua. Kami lebih gemar buat cheesecake. Kalau boleh nak jual cheesecake jer! Hehehe... manalah tau kalau ada rezeki nak bukak kedai kek kat mana2 nanti kan? We olls plan nak jual cheesecake jer, tapi saiz yang lebih kecik, mungkin sebesar tapak tangan.

Hmmm... kalau bukak kedai jual cheesecake, apa nama kedai yang paling unik & sounds sexy, eh? Ada cadangan?

Sunday, September 21, 2014

Pengakuan Berani: Saya Dah Ada 4 Anak!

Salam & Selamat Pagi Malaysia!!!

Hahaha... rasa2nyer satu Malaysia ke yang baca blog nih? Alalalala... sabar eh kengkawan. Sesekali nak feeling2 retis, kasi la can! Bak kata maktok Shaklee saya Puan Najihah Sudi... "tak salah bermimpi". Setuju tak? Lagipun awal2 nie bagus la kita simpan impian. Mana la tau satu hari nanti jadi kenyataan! Haaa... korang jugak yang tumpang glamer, tul tak? Gitewwww!

Tapi impian & bermimpi di siang hari tu tak sama okay! Kalau korang tu masih lagi dibuai mimpi semasa saya tengah update blog nih, then mesti ada something wrong ngan korang. yelah, hari Ahad camni, kan elok kita bangun awal, solat subuh, pastu buatkan sarapan untuk keluarga. Kalau cik las (pemalas) sekalipun, gi la kedai tapau. Kan ker elok?

Anyway, semalam hujan turun dengan lebatnya kat JB. Alhamdulillah syukur sesangat. Sejak 2-3 hari nie cuaca sangat panas. Saya kat umah nie rasa macam duduk kat dalam oven je. Maklumlah umah takder aircond. Korang nie orang ado2 boleh la pasang aircond, kan? Kami nie rakyat jelata jer u olls! Bila dengar kengkawan kat KL update pasal hujan, rasa makan ati jer. Sedangkan kami kat sini macam cacing kepanasan. Tido malam rasa macam tido kat atas tungku jer... panaaaas sangat!

Teringat plak insiden Jumaat lepas masa gi antar tempahan kek sorang kakak kat Persada Johor. Masa tu awal pagi kol 9 lebih. Tapi punyalah panas, hanya Allah jer yang tahu! Nak taknak gigih jugak kami ke sana, demi sesuap nasi u olls! Kakak tu & opismate dia order Chocolate Peanut Butter Cupcakes & Dark Chocolate Cake nie...


Itu citer Jumaat lepas.

Semalam pulak kami dok pi hantar tempahan member saya Linda kat Bandar Uda Utama. Nak ke sana kena redah highway Pasir Gudang. Paham2 jelah highway tu sekarang nih... jem nak mampusss! Tambah pulak masa tu hujan lebat kan? Aiyooo... cabaran camel trophy sangat! Nasib baik we olls tiba sana time hujan dah rintik2. Kalau tidak... maunyer kuyup!

Linda order Redvelvet Cake & Pavlova sempena besday adik pompuan dia. Sweet kan?


Untung la dapat kakak yang baik cengginih. Bukan senang nak carik kakak yang camnie taw!!!

Well, kakak saya pun baik jugak! Selain mak bapak saya, dialah orang yang banyak membantu saya & memberi saya kata2 semangat semasa saya susah, semasa saya jatuh, semasa saya memerlukan bantuan. I love sooooo much Kak Shidah!!! Muah! Muah! Love you to the moon & back!

Okaylah... tetiba macam bergenang plak air mata nie citer pasal kakak saya yang sweet tuh. Kita citer lain eh... citer pasal Shaklee lagi nak? Hahahaha... jangan larik!!!!

Semalam saya gembira sikit sebab saya dapat daftarkan 2 orang lagi ahli keluarga Shaklee saya. Awal bulan lepas saya dah dartarkan 2 orang. Total semuanya dah 4 orang. Syukur sebab saya dapat kongsi kebaikan Shaklee dengan kengkawan saya. Selamat datang ke Shaklee u olls! You know who you are! Terima kasih sebab beri saya peluang untuk share kebaikan Shaklee nie dengan korang ya! InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk jaga anak2 saya nie.


Yang dah guna produk Shaklee tapi belum mendaftar tu, jemputlah mendaftar ya. Coz bila kita guna sesuatu produk yang bagus, kita akan terus guna dan guna dan guna. Jadi ahli nie memang banyak manfaatnya, tak merugikan pun. Yang paling best, kita dapat beli produk2 Shaklee dengan harga yang spesel. Banyak penjimatan tu kan?

Kalau jumlah pembelian dalam sebulan tu melebihi 150UV (sistem point untuk Shaklee ni dipanggil UV), dah boleh dapat bonus/rebate tambahan. Lebih tinggi UV korang pada bulan tersebut, lebih tinggi la bonus yang korang dapat. Tapi Shaklee tak mensyaratkan kena maintain certain UV tiap2 bulan. Tak kisah pun. Ini khas untuk yang membeli lebih je. Kalau below 150UV pun takper, cuma tak ler dapat bonus tuh. Tapi masih lagi boleh enjoy benefits yang lain.

Eh.. okaylah saya takleh lama nie. Nak pi pos barang2 yang customer order semalam. Hari nie pejabat pos bukak kat Johor. InsyaAllah kalau takder aral melintang pukang, esok lusa sampai ler tuh yer.

Kalau korang nak tahu lebih detail tentang cemana nak join membership nie, bolehlah contact saya. No telefon saya ada kat sebelah kanan tu ha ------>

Selamat bekerja bagi warga Johor, dan selamat beristirahat bagi yang lain2 kay!

Wednesday, September 17, 2014

Kuih Peneram atau Kuih Telinga Keling?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam semua!

Korang tengah buat apa tu? Dah tido ke? Isyk isyk... awalnyer masuk tido. Saya nie kalau tak cecah kol 12 tengah malam, memang la tak sempat nak jumpa katil... hehehe.

Anyway, hari nie merupakan hari yang agak busy buat saya. Awal2 pagi kat umah, buat laundry. Lepas siap laundry, saya terus ke kedai untuk buat kek coklat & cupcake. Tapi saya cuma reti bab bancuh & bakar je. Bab2 nak assemble tu, masih belum khatam lagi. Kena tunggu chef Hafez balik dari Muar... hehehe.

Kek coklat tu saya dah beberapa kali buat. Takder masalah la. Yang saya nervous bila nak buat cupcake. Risau takut tak jadi bentuk "dome" yang cantik, macam Hafez biasa buat. Almaklumlah, bancuhan tu mungkin saya boleh ikut resepi dia jer, tapi sukatan nak masuk kat dalam cup tu yang saya kurang mahir. Lagipun kita kena mahir juga kawal kepanasan oven. Silap aribulan, kek tu takmo naik. Kek merajuk namanyer... hehehe.

Alhamdulillah, selesai membakar cupcake, camnielah hasilnya...


Risau sangat kot2 kek dia takmo naik. Kang tak pasal2 chef suruh buat sekali lagi... hehehe.

Lepas siap tu, saya temankan mak saya gi gunting rambut. Alang2 meneman, saya pun gunting rambut jugaklah, tapi bukan kat salon, saya gunting kat kedai mamak jer. Rimas plak rasanya bila rambut semakin menebal. Lepas gunting rambut, terasa ringan sangat kepala.

Lepas tu, kitaorang gi Tesco untuk shopping barang2 dapur. Then gi lunch kat situ. Saya makan nasi putih, lauk sambal kerang, sayur kacang panjang & telur dadar. Berapa kalori tu? Errrr... lebih 1000kcal ada tak? hahaha...

Lepas lunch, saya sambung bakar redvelvet cake pulak kat kedai. Sementara tunggu kek dibakar, saya kemas2 la sikit dapur tuh. Walaupun rasanya macam takder apa yang nak dikemaskan, tapi bila kita tengok dengan teliti macam guna kanta pembesar, mesti ada bahagian yang boleh dibersihkan lagi.

Lepas siap kerja kat kedai, saya gi jemput Hafez kat stesen bas Larkin Sentral. Cabaran sungguh drive keter sorang2 bila kita tak tahu jalan. Saya pasang 'waze' tapi tak boleh tengok fon. 100% bergantung kepada suara pompuan yang keluar daripada application tu. Kalau salah faham, harus la terbabas masuk simpang lain.

On the way nak balik umah, kami singgah masjid kat area Taman Rinting untuk solat Asar.

Lepas solat, saya jemput anak sedara pompuan saya untuk gi beli barang2 keperluan sekolah dia. Kebetulan hari nie ada pasar tani kat depan kedai stationery tuh. We olls tapau skali makanan untuk dinner. Tak larat rasanya nak balik & memasak.

Masa kat pasar tani, Hafez ada beli kuih ni. Korang tahu apa namanya?


Menurut kawan saya, Syipah, orang utama panggil kuih peneram.

Tapi, kami kat sini panggil kuih nie kuih telinga keling. Mintak maap la yer kalau ada yang rasa nama nie kurang sesuai. Tapi dah orang panggil camtu, takkan saya tetiba pandai2 nak tukar jadik kuih telinga india pulak, kan?

Rasanya manis (mungkin manis2 gula merah), teksturnya lembut, tetapi sedikit berminyak. Apa2pun, memang sedap giler! Biasanya saya jumpa kuih nie kalau singgah R&R kat tepi highway. Tapi jenis yang dah siap bungkus camtu, kemanisan dia melampau2 sangat! Teksturnya pulak keras. Bila gigit, terasa macam gigit gula2 tarik jer. Mungkin diaorang lebihkan gula dalam ramuannya, untuk buat kuih nie lebih tahan lama.

Selain kuih telinga keling nie, kami beli kueh teow goreng & jagung rebus. Alhamdulillah kenyang la malam nie. Cuma benda yang saya makan nie tak berapa sihat, kecuali jagung rebus tu jer. Tambah pulak makan waktu dinner, kan? Bila kala pulak badan nie nak membakar kalori yang saya dah telan tuh!

Oleh sebab makanan hari nie kurang sihat, lepas dinner saya pun telan 3 biji Herb-Lax & 3 biji Peppermint-Ginger Plus. Saya tambah 2 butir Equal Stevia supaya minuman tu rasa manis sket. Kalau takmo tambah gula pun boleh, tapi kena cepat2 telan air nie sampai habis.


Kenapa saya guna stevia? Selain ianya takder kalori & membuatkan minuman tu terasa manis, stevia ada banyak khasiat lain. Kalau korang nak kupas sendiri khasiat2 stevia nie, boleh google jer kat internet. Berlambak orang dok citer pasal khasiat stevia nih.

Okaylah u olls. Saya nak berehat2 kejap. Letihnyer rasa hari nie. Mungkin malam nie nak masuk tido awal. Esok nak sambung siapkan kek kat kedai.

Till then, babai!!!

Sunday, September 14, 2014

Kisah Sedih Makan Dessert KFC

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua!

Haaa... korang mesti tak senang duduk sebab saya tak update blog semalam kan? Rindu kan? Kan? haaaa... cakap betul2! Tetiba bajet ramai orang baca blog nie kan? hehehe...

Sebenarnya lately saya busy sket ngan kerja, ngan mak ayah, ngan Kojiro, especially ngan bisnes Shaklee yang semakin booming nie (giteeewww)... Takder masa nak menulis. Ni baru ada masa terluang sikit nak citer...

First of all, Jumaat lepas selain membaking kat kedai, we olls bergegas pi carik tempat untuk renew roadtax & insurans kereta. Baru teringat yang roadtax mati 9 September lepas! hahaha... nasib baik la takder apa berlaku. Kalau tak, naya jer kan?! Kat area sini, susah plak nak cari kedai yang ada buat servis MyEG. Nak gi buat kat bank, leceh la plak. Malas nak pi bank, carik parking, amik nombor, tunggu sejam dua... masa itu emas, so kami nak buat kat tempat yang menjimatkan masa jer!

Pusing2 area Masai nie, jumpa jugak satu kedai Kurnia Insurance. Kecik jer kedai tuh, macam hidup segan mati tak mau. Yang jaga kedai tu pulak sorang kakak yenna yang very the slow motion. Aiyoyoyo amma! Boleh gerak cepat sikit tak, kakak? Oleh sebab tak banyak pilihan, we olls proceed jelah buat kat situ. Lepas solat jumaat kitaorang jumpa kedai dia. Nak tau siap kol berapa? Kol 4.30ptg kau! haaa... hamek kau! Nak cepat sangat kan? Padan muka! hahaha...

Apa2pun, roadtax kereta dah pun settle. Boleh la buat drift kat jalanraya tanpa was-was... gitew kan!

Lepas settlekan kereta, we olls terus ke branch Shaklee, nak beli beberapa lagi barang yang customer order. Alhamdulillah... tengkiu so much kat semua kengkawan yang sudi beli daripada kami berdua. Especially mereka yang sudi mendaftar untuk jadi menjadi ahli Shaklee. InsyaAllah yang ahli2 nie, saya akan cuba yang terbaik untuk beri servis tiptopkebaboom kat korang! Rajin2 la membeli barangan Shaklee ya! Kita sama2 menuju ke arah gaya hidup yang lebih sihat!

Masa gi branch tu, saya tertarik dengan salah satu produk on-display kat situ...


Namanya 'Get Clean Water'. Benda nie berfungsi untuk filter air paip menjadi air yang selamat untuk terus diminum. Tak perlu dimasak! Haaa... kalau korang ada masalah nak install water filter yang beriban2 kat umah, ataupun ada masalah kemalasan nak memasak air guna cerek, boleh beli yang nie jer! Lagipun bentuk 'pitcher' tu memang sesuwai, boleh terus guna & mudah nak dibawa ke mana-mana. Kalau korang gi camping ke, gi bercuti2 ke, gi pindah umah ker... takyah susah2 nak panggil orang untuk bukak & reinstall water filtration system. Get Clean Water nie mudah alih, macam henfon. Nak bawak pergi masuk bilik mandi pun boleh!

Kalau berminat nak beli benda nie untuk diri sendiri ataupun keluarga, bolehlah hubungi saya okay! Saya kasi harga spesel kat korang taw!!!

Anyway, semalam kami buat 4 biji cheesecake kat kedai. Oleh sebab esok kami kena menghadiri kursus keusahawanan anjuran FAMA, so terpaksalah siapkan banyak sikit kek untuk Chamek Kopitiam.

Pinjam gambar Hafez jap... hehehe
So far cheesecake nie memang di antara item yang cepat laku kat Chamek. Bak kata staff kat situ, bila letak pagi, petang tu dah habis. So kami terpaksalah buat lebih sikit. Kesian pulak kalau2 ada customer yang datang nak beli cheesecake, tapi bila datang cheesecake dah habis, kan? Tak ke sedih?

Cuma nak buat cheesecake nie ada banyak cabarannya. Silap haribulan, cheesecake tu jadik macam dadih. Tapi oleh sebab si Hafez dah expert, kerja yang susah pun boleh jadi mudah. Mudah mudah pun, 3 jam lebih jugak nak menunggu cheesecake nie siap dibakar. Phew! Macam nak patah pinggang den!

Yang penting... cheesecake nie sedap, kan? kan? hahaha... at least berbaloilah dengan harga yang pelanggan kami bayar. Bukannya mahal sangat. Cuma RM9.50 je untuk satu slice. Itu pun kalo makan sorang, memang cukup mengenyangkan.

Oh ya... citer pasal harga cheesecake nie, korang pernah makan dessert2 kat KFC tak? Ari tu saya pi cuba 1 jenis dessrt, namanya Tartufo. Bila google, ianya sejenis dessert yang popular dari Itali. Wow!!! Tengok gambar kat kaunter, macam teruja sangat nak cuba! Terliur sangat! Dengan bentuknya yang bergulung, menampakkan coklat cair kat dalam & disaluti dengan serbuk koko. Saper yang tak tergoda kan? Kami pun beli la. Kalau tak silap, harganya lebih kurang 5 hengget.

Nak tengok cemana rupanyer? Haaa... camnih...


Ko sedih ke tidak? Awal2 tadi dah bayangkan bentuk macam dalam gambar iklan tu kan? Siap serve dalam pinggan gitew! Tapi bila beli? Dalam mangkuk plastik tu sajor! Saiznya pulak ada la besar tapak tangan Kojiro!

Okaylah, kita pikir positif. Mungkin sebab benda nie imported dari Itali (kelas kau import dari Itali kan?), mungkin sebab tu dia buat packaging camnih. Supaya senang nak dieksport ke negara2 lain.

Bila kami bukak & makan, masing2 terdiam. Rupanyer setakat chocolate mousse, pastu ada la inti coklat cair sikit & atas tu dia tabur serbuk koko. What the fish???? Kalau nak buat dessert camni, takyah ko susah2 nak import dari Itali la! Budak2 kecik pun ko boleh ajar untuk buat dessert yang cenggini. Geraaammmm jer! Panas!!!! Tapi oleh sebab dah beli, saya abiskan jugak, tak baik membazir kan? hehehe...

Pastu kalau kita peratikan tarikh manufacturing & expiry date dia tu... benda nie boleh tahan sampai setahun kau!!! Haaa... ko mampu buat dessert yang boleh tahan sampai setahun? Jadik apa kebenda yang dia letak kat dalam dessert nih, yang menyebabkan bahan2 dia tak rosak selama setahun? Kalau saya buat kek, saya letak kat dalam chiller pun, paling2 boleh tahan 2 minggu jer! Tu pun biasanya saya dah tak makan sebab takut ada kulat, ataupun dah tak sedap. Tapi yang ni boleh tahan sampai setahun!!! Magika sangat!

Okaylah... malas nak membebel panjang pasal KFC punyer dessert nih. Sebab ayam goreng dia still terbaik setakat nih! Sekali makan, saya boleh abiskan 3-4 ketul. Cuma sedikit kecewa bila diaorang nak jual dessert, dan end-up jual benda yang sedih macam tuh. Maybe they should stick to what they do best.

Okaylah, saya nak pi siapkan cheesecake saya yang mahal sikiiiit jer daripada dessert KFC tuh. Supaya tak kelam kabut bila nak deliver hari Selasa nanti. Kalau ada masa terluang, saya akan update blog lagi kay!

Bye!!!

Thursday, September 11, 2014

Memborong di Shaklee JB

Salam & Selamat Pagi U Olls!

Haaa... pejam celik dah hari Khamis kan? Geng2 yang kerja kat Johor nie, esok dah start berweekend (sabar eh orang KL! Esok korang kena kerja lagi taw! huhuhu). Buat geng2 yang ada anak amik UPSR tue, saya doakan supaya anak2 korang dapat jawab soalan dengan tepat, tenang & dalamasa yang ditetapkan. Semoga result yang keluar nanti adalah boom! Buat kawanbaik saya CM, selamat bercuti ke Bali! Jangan lupa bawak baju mandi kay! And amik gambar lompat2 kat tepi pantai taw! Have fun!

Hari nie sepatutnya kami menyertai event PIS Youth Festival: Hands For Gaza, anjuran pelajar2 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang. Tapi last minute they olls terpaksa postpone di atas sebab2 yang kami pun tak tahu. Mungkin ada la masalah yang tak dapat nak dielakkan tuh. Saya suka sertai event2 camnie. Selain dapat jual & mempromosi produk2 Kafe Amben, hasil sewa tapak akan disalurkan kepada Tabung Gaza. Alhamdulillah, bagus budak2 zaman sekarang. Dulu2 masa saya jadik student, tak banyak aktiviti kebajikan yang camnie.

Oh ya... lewat petang semalam kami berdua singgah ke branch Shaklee, untuk beli barang2 yang pelanggan order. Alhamdulillah boleh tahan jugak banyaknyer. Penuh la sekotak besar nih!


Saya suka singgah kat sini. Selain dapat tengok gambar2 high achievers kat wall-of-fame diaorang (maklumlah, nak tambah motivasi untuk lebih kuat bekerja lagi! hehehe), saya suka test2 produk kecantikan kat situ. Walaupun ada sesetengah yang saya dah beli, tapi saya tetap nak mencuba jugak. Free testing la katakan. Kalau kat umah, kita sapu sikit je kat muka. Tapi kalau kat sini, saya sapu kat tangan la, kat leher la, kat tumit la... hehehe


Biasa kalau ke sini, jarang2 nak dapat peluang bergambar sebab asyik penuh je ngan ahli2 yang datang membeli. Gambar yang kami amik nie pun jenuh jugak nak tunggu line clear. Bila dah takder orang yang photobomb kat background, baru la kita syok nak posing2 kan?

Oh ya... kalau korang nak tau, nie la produk yang ada free testers kat branch JB...


Ini baru branch yang kecik. Kalau HQ kat Sunway tu, cemana la agaknyer kan? Harus la banyak lagi range yang diaorang buat tester kan? InsyaAllah kalau ke KL, rasa2nya macam nak jugak singgah ke situ. Saje je nak tengok cemana la rupa HQ yang terbaru nie. Sure cantik tuh!

Kalau korang dah beli Vivix, Collagen Powder, ataupun apa2 supplement Shaklee untuk kulit yang cantik tu... tambah la pulak dengan range skincare Enfuselle nih! Memang bagus giler! Kita cuba jaga kulit kita dari dalam & luar, barulah dapat hasil yang memberangsangkan, tul tak? Kalau nak try, boleh contact saya kay! No fon saya ada kat poster tuh. Kalau taknak beli dulu, nak tanya2 pun boleh, jangan malew2  nak SMS/Whatsapp saya yer dik!

Okaylah tu jer citer buat hari nie. Esok2 saya citer benda lain pulak, boley?

Till then, babai!!!

Wednesday, September 10, 2014

Vivix: Produk Terbaik Saya Setakat Ini

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi Semua!

Minggu nie merupakan minggu yang agak busy buat saya. Alhamdulillah, permintaan kek di Chamek Kopitiam sudah mula bertambah, dan semoga pelanggan2 di Chamek berpuas hati dengan kualiti produk yang kami hasilkan. Semalam kami hantar 1 lagi produk baru untuk Chamek...

Lemon Cheesecake

Korang suka cheesecake tak? Saya memang suka! Tapi saya tak suka jenis cheesecake yang terlalu pekat, dan bila kita makan, kek tu melekat2 kat lelangit. Saya suka jenis yang lembut & tidak memuakkan. Cheesecake kami nie memang tak memuakkan. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi ianya memang berbeza berbanding cheesecake yang saya pernah makan kat Secret Recipe ataupun Coffee Bean. 

Yang penting, kami dah kurangkan kandungan gula yang banyak dalam cheesecake yang kami hasilkan nie. Kalau buat Chocolate Cheesecake pun, kami lebihkan dark chocolate & kurangkan penggunaan gula. Mungkin sebab tu la bila saya makan, tak rasa muak sangat.

Saya pasti ada di antara pembaca blog saya nie yang pandai membaking jugak. Mungkin korang punya cheesecake pun sedap jugak, tapi oleh sebab saya tak pernah rasa, then susah saya nak bandingkan. Kalau korang bermurah hati, boleh la buatkan satu untuk kami ya! hehehe...

Selain sibuk di dapur, kami berdua juga sudah aktif menjadi Shaklee Independent Distributor. Kalau korang fren2 ngan saya ataupun Hafez, sure newsfeed korang dihujani dengan posting2 kami tentang produk2 Shaklee. Well, ini merupakan salah satu cara kami untuk cari pendapatan sampingan. Kepada rakan2 yang telah membeli daripada kami, saya nak ucapkan terima kasih yang terhingga terhadap sokongan u olls! Kepada yang berminat tapi malew2 untuk bertanya, jangan tunggu lama2 lagi, boleh jer PM/Whatsapp/Call kami berdua ya! Kepada yang tak suka posting2 sebegitu, saya minta maaf banyak2.

Bukannya apa, cuma saya rasa bila ada sesuatu benda baik yang saya boleh kongsikan dengan kawan2 & keluarga, then saya cuba untuk share. Takkan nak sihat sendiri2 je kan? Kita pun nak tengok kawan2 & family kita hidup lebih sihat & gembira. Yang penting, apa yang saya buat ini adalah satu kerja yang halal & tak memudaratkan orang lain.

So far, boleh saya katakan respond yang saya terima adalah positif. Alhamdulillah. Dan produk yang paling mendapat tempat di hati pelanggan2 saya ialah Vivix.


Walaupun Vivix ni merupakan di antara produk Shaklee yang paling mahal, tapi para pelanggan inginkan satu produk 'serba boleh' yang terbaik, betul tak? Apalah sangat harga sebotol Vivix jika dibandingkan dengan tahap kesihatan yang kita bakal alami di masa akan datang? Tambahan pula kos perubatan di klinik2 & hospital semakin lama semakin meningkat. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Macam tu jugaklah pengambilan Vivix nie. Kita cegah sebelum parah.

Banyak info tentang Vivix yang saya dah upload di laman FB saya. Korang boleh lihat sendiri kat situ. Kalau takmo, boleh google je kat internet. Berlambak testimoni pelanggan yang boleh dikatakan 100% berpuashati dengan Vivix. Kalau tak bagus, takkan la Vivix ni dah terjual melebihi sejuta botol di US & Australia kan?


Tapi jangan ingat Vivix nie hanya untuk melambatkan penuaan wajah jer taw! Selain untuk mendapatkan kulit yang flawless, Vivix sangat bagus untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, slip-disc, eczema, membantu menghentikan tabiat merokok, dan banyak lagi!

Kalau saya elaborate kat sini, rasanya posting nie akan panjaaaaaaang berjela2, sampai esok pun korang takkan abis baca! hahaha...

Okaylah u olls! Saya kena stop menulis sekarang. Anak bulus saya dah mengiau2 nak mintak minum tuh! Sabar jelah kalau korang tengok perangai dia nie. Selain minum daripada mangkuk yang kami sediakan, dia suka sangat minum camnie...



Nanti ada kelapangan, saya akan tulis lagi ya! Bye!!!

Sunday, August 31, 2014

Boleh Ke Makan Cupcake Kalau Nak Kurus?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57!

Tak sangka pulak cuti umum nie jatuh pada hari Ahad. Rupa2nya weekend nie merupakan weekend yang panjang. Sure ramai yang amik kesempatan untuk gi holidays ataupun buat majlis kerja kawen. Buat yang travel tu, hati2 dalam perjalanan & buat yang nak kawen (ataupun dah selamat kawen) tu, selamat pengantin baru ya!

Semalam kami berdua bertungkus lumus nak siapkan 100 biji cupcakes & 10 biji victoria sandwich cupcakes tempahan sorang customer kat Taman Perling. Entah mana dia dapat tahu yang kitaorang ada jual kek, saya pun tak pasti. Mungkin daripada Instagram, mungkin jugak daripada kengkawan dia. Apa2pun, Alhamdulillah semua dah selamat dihantar dalam keadaan hujan yang agak lebat petang semalam & jalan yang jem giler kat highway Pasir Gudang. Pfffftttt!!!!

Anyway, kalau korang nampak, bentuk victoria sandwich & brownies kami nie dah bertukar sikit. Sebelum nie kami bake kat dalam loyang yang non-stick, untuk dijual kat Chamek Kopitiam. Memang hot item. Cuma in terms of handling, memang agak menyusahkan staff2 kat sana. Kita nak pi hantar pun susah jugak. Unless kalau dah bukak kedai & customer makan kat kedai, then memang nampak cantik. Tapi kalau nak tapau, memang leceh. Kotak kami tak sesuai nak tapau ataupun nak angkut bentuk yang camnie.

Ni gambar sebelum (masa kami awal2 antar kat Chamek dulu):


Ni pulak gambar terkini selepas kami buat sedikit modification. Kami bake terus kat dalam paper portion. Mudah customer nak tapau, mudah bagi kami nak deliver kat customer. Resepinya tetap sama.


Anyway, tentang customer tu, bila saya tanya dia semula hari nie, rupa2nyer dia nie pernah makan kat Cupcake Chapter. Diaorang pernah tengok CC masuk rancangan JJCM kat TV3. Sekarang nie diaorang hepi sikit coz kami dah dekat JB, mudah la diaorang nak order. See... kalau setengah produk tu bagus, customer sendiri yang akan carik kita. Cuma kita sebagai peniaga, perlulah carik customer2 yang baru pulak, yang belum pernah try produk kita tu. Once diaorang puas hati, diaorang sendiri yang akan repeat order.

Camtulah jugak dengan produk2 Shaklee. Ramai yang belum cuba, masih lagi takut2 nak mencuba. Takut tak berkesan, takut tertipu dengan iklan & testimoni, takut nak bazirkan duit untuk beli barang yang diaorang belum rasai lagi keberkesanannya. Tapi bagi yang dah cuba & dah dapat rasai kesan yang positif, diaorang sendiri yang akan carik kita untuk repeat order. Serious!

Contohnya hari nie, saya & Hafez memang bercadang nak gi branch Shaklee untuk beli barang customer. Bila letak je status kat FB, ramai pulak yang mesej, nak tambah order. Saya rasa happy bila customer2 nie dah mula yakin dengan Shaklee. Teringat masa diaorang mula2 nak try dulu, berbuih2 jugak mulut saya nak convincekan diaorang. Mula2 tu diaorang berani try 1 produk je. Bila diaorang tengok ada perubahan yang elok, tambah 1 jenis lagi. Pastu tambah & tambah lagi.

Sama jugak la macam kami berdua. Dari 1 jenis, sekarang ni ada lebih 8 jenis supplement yang kami consume! hahaha. Bukannya apa, tapi different supplement ada different function. Tapi saya tak takut nak amik banyak2 coz produk Shaklee nie semulajadi, dan tak mendatangkan kesan buruk kepada hati & buah pinggang kita. Kesan yang baik, adalah!

Cuma nasihat saya, makan supplement tu kenalah konsisten. Jangan makan bila ingat je. Jangan plak korang overdose! Pastu yang amik set untuk weight management tu, kami tak pernah larang korang nak makan yang sedap2. Tapi agak2 la kan. Jangan korang dok bantai sekuali rendang, ataupun makan seperiuk nasik tiap2 hari sudah ler! Kalo camtu, caner la nak turun berat badan kan? Ujung2 nanti korang kata produk Shaklee tak berkesan, walhal ko dok makan macam budak sekolah nak membesar.

Saya sendiri kadang2 bila craving nak makan kek, saya akan makan sikit muffin yang reject tu. Setakat nak hilangkan rasa gian je. Yang penting, kita kekalkan diet yang seimbang. Jangan feeling2 amik set kurus & nak buat protein diet plak yer! Badan kita ni perlukan carbo jugak.

Ni ada carta piramid makanan seimbang yang mungkin berguna untuk korang.



Paham ke tidaaaaak? Kalo tak paham, boleh contact kami kay! Tapi tengok diagram je, rasa2nyer dah boleh paham2 sendiri kan.

Sesiapa yang ada follow Hafez kat Facebook, maybe pernah tengok dia upload poster nie dulu2. Untuk yang nak kawal berat badan, ni adalah set yang Hafez akan cadangkan...


Cara2 nak makan mudah je. Dan korang tak perlulah nak buat diet Atkins bagai (feeling2 retis Hollywood katanyer kan?!). Makan macam biasa je. Cuma korang kena lebihkan makan sayur2an, minum banyak air kosong & exercise at least 20min sehari. Yang takde kuasa nak exercise tu, korang pi la ronda2 shopping mall 2-3jam sampai penat.

Harga set nie pun tak la semahal kos2 kat slimming centre tu. Saya tahu coz ada kenalan2 saya yang dah spend lebih RM10k untuk pakej slimming. Ujung2 staff kat slimming centre tu cakap "u minum saje teh herba ni & jangan makan benda lain". Giteeeewww!!! Kalau camtu, takyah la nak bayar 10k pun aku boleh pi beli teh herba tu kat supermarket & kurus sendiri kan?! Kalau tak makan & cuma minum air teh je, memanglah kompem akan kurus kering kan? Tapi sihat ke tidaaaaak? Kita nie nak kurus dengan cara yang sihat. Bukan nak kurus, pastu merana sebab tak boleh makan macam2.

Haaa... banyak pulak membebel, sure korang bosan dok baca posting yang panjang berjela nie kan? Korang cuma nak tahu berapa kena bayar untuk set shape up tu kan? Kalau nak tahu, contact saya ataupun Hafez. Kitaorang boleh advise baek punyer!

Daftar jadik ahli, opkoz dapat harga ahli. Kalau duit tu menimbun2 tak tau nak buat apa, takmo daftar jadik ahli pun takper, kita tak paksa. Tapi kan elok kalau beza harga tu korang gunakan untuk sedekah kat masjid ker, kat orang susah ker... dapat gak pahala taw!

Okaylah, saya nak kemas umah jap. Nanti tengahari nak kuar pi Shaklee. Selamat bercuti!!!

Wednesday, August 27, 2014

Kisah Cik Pavlova

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi U Olls!

Pagi nie hujan renyai2 kat sini. Sedapnyer kalau lepas solat subuh, kita sambung tido balik kan? hehehe. Kalau ikutkan hati memang nak jer lontarkan diri kat atas katil tuh. Tapi kena kuatkan semangat. Walaupun kami nie bekerja sendiri & waktu bekerja kami flexible, tak semestinya kami nie dok bantai tido jer kat umah.

Bila waktu kerja flexible, kadang2 tue sampai kol 11 malam pun terpaksa layan oarng dok antar whatsapp dok tanya2 pasal kek. Sigh! Diaorang nie pun satu, kot yer pun nak tanya kita, agak2 la kan? At least have the courtesy untuk contact kita di siang hari. Ini tidak, ikut sedap dia jer. Saya nie ikut mood, kalau mood saya baik, kol 2 pagi pun saya reply. Kalau mood tak baik, memang saya diamkan je dulu. Keesokan paginya baru baru balas.

Sejak kerja kat Cupcake Chapter, saya dah masak bebenor dengan ragam pelanggan. Ada yang elok tu & dah biasa order kek, memang mudah kita nak deal. Ada pulak yang tanya 1001 soalan, tapi hujung2 tak jadik. Ada jugak yang mula2 request kemain ekstravaganza macam nak buat royal wedding gitew, tapi bila kita kasik quotation, terus terkedu. Yelah, ko berangan nak kek fondant 3 tingkat, ada patung pengantin & bunga gumpaste yang handmade, tapi bajet ko 200 hengget kan? Maunyer makan aku punyer kaki jer! Then ada pulak jenis yang suka order last2 minit. Contact kita untuk buat order kol 2 ptg, nak kek tu kol 4 ptg hari yang sama jugak. Ko ingat aku nie ada kilang buat kek ke?

Tapi nak taknak kita layaaaan jelah. Yang penting, kita respond & jaga budi bahasa kita. Bagi saya, setiap orang yang contact kita tue adalah potential customer. Kalau dia tak jadik order sekarang, maybe in future dia akan order kat kita.

Anyway, semalam lepas hantar kek kat Chamek Kopitiam, kami gi beli barang2 stok bahan mentah kat Bakewell, Pasir Gudang. Kedai tue tak besar sangat, tapi bolehlah. Kitaorang ke situ pun sebab dekat dengan tempat kerja. Kalau ikutkan, kitaorang lebih prefer beli barang2 kat Perling Indah jer, coz lebih banyak pilihan & harga lebih murah. Cuma jarak nak ke situ lebih kurang setengah jam jugak. Tambah pulak kalau lebuhraya Pasir Gudang tu jem, maunyer nak sejam baru sampai. Koser la! Kalau ada masa, baru boleh ke situ. Kalau tidak, gi Bakewell sajor!

Semalam pagi ada customer ada call, nak order Pavlova. Nak hari Rabu malam. Nak tolak order, macam kesian. Nak kekwatkan diri, tak sampai hati pulak. Mungkin ini salah satu sumber rezeki yang Allah nak kasik kat kami. So kitaorang pun gi la carik strawberry & blueberry kat AEON. Tesco kat Seri Alam nie sangap sikit, buah2 yang camtu memanglah korang takkan jumpa. AEON pulak tengok tempat. Kalau AEON Permas Jaya, kadang2 ada, most of the time nan hado. Terpaksalah jugak gigihkan diri gi AEON Tebrau City tue. Jauh sikit, tapi biasanya stok memang selalunya ada.

Kalau buah2an untuk kek ataupun Pavlova, saya lebih suka pilih yang elok2. Bukannya apa, bentuknya cantik & buah2nya semua segar. Memang ada jenama tempatan lain yang lebih murah, tapi kalau korang tengok rupanyer, alahai kesian. Nie contoh salah satu Pavlova yang kitaorang pernah buat...


Buah2 strawberry dia tu montel2 belaka kan? Saya tengok ramai yang bile buat Pavlova, suka letak macam2 jenis buah. Ada yang letak kiwi la, ada yang letak mangga la, ada yang letak peach la. Itu masing2 punya taste la kan. Kitaorang lebih suka yang simple je, tak terlalu warna warni macam lampu raya liplap. Buah strawberry tu pulak kitaorang akan letak sebijik2. Tak suka potong kecik2. Yelah, kalau potong kecik2, boleh nampak banyak sikit kat atas Pavlova tu kan? Tapi bila makan, tak sedap sangat coz bila buah tu dah dipotong2, ia akan jadik kering, dah kurang juicy.

Oh ya... citer pasal Pavlova nie, ramai jugak customer yang pelik, kenapa harga dia mahal, sedangkan meringue dia tu diperbuat daripada gula & putih  telur je. Well well well (sambil buat muka Angelina Jolie), kalau korang rasa boleh buat sendiri, silakan! Ko ingat campak2 gula & putih telur, pastu pukul2, boleh terus jadik meringue? Ada sesetengah orang tu saya baca, dia dah cuba banyak kali, tapi lepas 2 jam bakar, meringue dia tak menjadik. Ada yang jadik keras macam biskut bangkit. Kengkadang jadik lembut macam marshmallow. Haaa... patah hati ke tidak bile ko dah penat bakar sampai 2 jam, pastu meringue korang tak menjadik? Sebenarnya ada sejenis skill & trick yang kita kena carik sendiri untuk dapatkan meringue yang betul2 sempurna. Yang bahagian luar tu crunchy, yang bahagian dalam tu lembut, tapi meringue tu mestilah masak sepenuhnya (tak mentah), dan bila kita makan, dia macam melt kat dalam mulut kita. Susah sebenarnya, even saya pun tak tahu nak buat. Cuma Hafez jer yang tahu trick nak buat meringue yang elok.

Fresh cream kat atas meringue (yang kaler putih) tu pulak kena tahu consistency yang paling ideal. Kalau korang kurang pukul, dia tak jadik fluffy. Kalau korang terlebih pukul, dia terus akan jadik cair. Bila dah cair macam air susu tu, tak dapek la nak nolong, kena buang sajor! Ada jugak citer yang saya baca, fresh cream dia tu dah elok2 jer, tapi lepas letak buah & nak deliver kat customer, cream dia jadik cair. Kesian saya tengok. Nak tolong, dah tak boleh coz kes camtu memang kena buat sekali lagi. Bila cair, dengan meringue2 tu skali akan rosak. Yang dapat diselamatkan cuma buah2 tu jelah agaknyer.

Sebab tu ler harga Pavlova nie mahal sikit dik non! Mahal2 pun, kalau dapat makan yang sedap, memanglah berbaloi! Rasa manis2 kat meringue tu dah diseimbangkan dengan rasa lemak2 kat fresh cream tu & rasa masam2 buah2an yang kat atas dia. Ada sejenis sensasi yang memang susah kita nak describe. Korang kena cuba sendiri! Warga JB, boleh order ngan kami kay! (promote sikit! hehehe)

Okaylah korang, tu jelah kisah Pavlova saya hari nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay! Till then, babai!!!!

Sunday, August 24, 2014

Santai Hujung Minggu

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu!

Apa plak korang hari nie? Saya & Hafez lepak2 kat umah je, kitaorang offday. Biasanya kami punya offday bermula selepas solat Jumaat sehingga hari Sabtu. Tapi memandangkan bulan raya nie agak bz dengan tempahan2 customer, kengkadang tuh terpaksa jugak kerja hari Jumaat & Sabtu. Memang letih giler! Contohnyer macam semalam, we olls pepagi dah sampai ke kedai untuk buat 36 biji cupcakes & 100 biji muffins. Nak tengok gambar?


Haaa... terliur ke tidaaaak? Kalau korang tinggal kat area JB/Masai/Pasir Gudang, boleh la tempah kek/cupcake/muffin dengan kami. Nak tengok lagi banyak gambar, boleh follow kami kat:
  1. Facebook: Kafe Amben
  2. Instagram: @kafeamben atau #kafeamben
Tapi kalo korang tinggal kat KL, boleh la order kat kawan saya Rohana Ramli. Dia punya kek pun sedap2 belaka. Boleh PM dia kat dia punyer akaun Facebook.

Selain daripada bz dengan membaking, kami berdua jugak bz buat delivery. Yang mana2 dekat tu, okaylah kan. Tapi kalau customer yang stay jauh2 tu, jenuh jugak nak menghantar. Ada jugak customer yang tinggal kat Kota Tinggi taw! Kalau camtu, tak dapek ler den nak ngantau, unless dia boleh kasi kita claim petrol & tol kan? Bukannya apa, cuma kami ni bisnes kecil2an jer. Semua tu kena amik kira untuk memaksimumkan keuntungan. Kalau untung seposen dua, baik la tak menjual, betul tak?

Basically kedai nie memang kami berdua yang run. Tapi kakak saya ada banyak bantu untuk tolong buat marketing & promosi. Mostly customer kitaorang pun memang di kalangan kengkawan dia jugak. Syukur jugak dapat kakak yang macam ni kan? Sebab tu saya sayaaaaaang sangat kat dia. Sayang ketat2! hehehe...

Eh, jauh plak terpesong citer ari nie.

Selain membaking, buat delivery, beli bahan mentah, dan ulang alik rumah-kedai-rumah, bila ada kelapangan kami akan pergi jogging kat tasik ataupun gi workout kat gym. Balik umah, sambung pulak buat laundry, masak makan malam & sambung buat kerja2 opis kat laptop. Kadang2 tu kol 1-2 pagi baru nak masuk tido. Penat tu memanglah penat. Tapi apa yang membantu saya untuk jadi lebih bertenaga sepanjang hari? Ni ha... saya amik multivitamin Vita-Lea & Vita-C Plus!


Kalau korang tak caya, cer la cuba!

Sesiapa ada bajet yang lebih tu, boleh ler amik Performance Pure Hydration Drink & Nutriferon. Ianya memang berfungsi untuk boost kita punya tenaga & immune system, supaya tak mudah letih, tak mudah rasa lesu, dan yang paling penting tak mudah jatuh sakit. Nutriferon tu memang salah satu best selling item kat Shaklee. Masa gi branch kat JB ari tu, dah out of stock. Ingatkan nak belikan untuk family saya, coz dah berminggu2 diaorang batuk. Ubat doktor tak jalan, ubat farmasi tak jalan, makan madu tak jalan, minum lemon campur madu pun tak jalan, gula2 batuk yang mahal tu pun tak jalan. Pastu ada baca testimoni Puan Najihah Sudi, dia kata anak dia batuk 2 minggu. Lepas kasi makan Nutriferon untuk 3 hari berturut2, Alhamdulillah batuk pun hilang. Tu yang terasa macam nak belikan untuk family saya.

Anyway, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal supplement Shaklee nie, boleh la contact Hafez. Dia memang lebih arif dalam bahagian nie berbanding saya. Laman Facebook dia pun penuh dengan fakta2 serta informasi tentang khasiat supplement Shaklee. Ada sesetengah tu memang korang susah nak jumpa kat internet.

Okaylah korang, saya nak santai2 nie. Alang2 tengah offday kan, biar betul2 berehat.