Wednesday, September 10, 2014

Vivix: Produk Terbaik Saya Setakat Ini

posted by Mohd Yusof Rahmat


Salam & Selamat Pagi Semua!

Minggu nie merupakan minggu yang agak busy buat saya. Alhamdulillah, permintaan kek di Chamek Kopitiam sudah mula bertambah, dan semoga pelanggan2 di Chamek berpuas hati dengan kualiti produk yang kami hasilkan. Semalam kami hantar 1 lagi produk baru untuk Chamek...

Lemon Cheesecake

Korang suka cheesecake tak? Saya memang suka! Tapi saya tak suka jenis cheesecake yang terlalu pekat, dan bila kita makan, kek tu melekat2 kat lelangit. Saya suka jenis yang lembut & tidak memuakkan. Cheesecake kami nie memang tak memuakkan. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi ianya memang berbeza berbanding cheesecake yang saya pernah makan kat Secret Recipe ataupun Coffee Bean. 

Yang penting, kami dah kurangkan kandungan gula yang banyak dalam cheesecake yang kami hasilkan nie. Kalau buat Chocolate Cheesecake pun, kami lebihkan dark chocolate & kurangkan penggunaan gula. Mungkin sebab tu la bila saya makan, tak rasa muak sangat.

Saya pasti ada di antara pembaca blog saya nie yang pandai membaking jugak. Mungkin korang punya cheesecake pun sedap jugak, tapi oleh sebab saya tak pernah rasa, then susah saya nak bandingkan. Kalau korang bermurah hati, boleh la buatkan satu untuk kami ya! hehehe...

Selain sibuk di dapur, kami berdua juga sudah aktif menjadi Shaklee Independent Distributor. Kalau korang fren2 ngan saya ataupun Hafez, sure newsfeed korang dihujani dengan posting2 kami tentang produk2 Shaklee. Well, ini merupakan salah satu cara kami untuk cari pendapatan sampingan. Kepada rakan2 yang telah membeli daripada kami, saya nak ucapkan terima kasih yang terhingga terhadap sokongan u olls! Kepada yang berminat tapi malew2 untuk bertanya, jangan tunggu lama2 lagi, boleh jer PM/Whatsapp/Call kami berdua ya! Kepada yang tak suka posting2 sebegitu, saya minta maaf banyak2.

Bukannya apa, cuma saya rasa bila ada sesuatu benda baik yang saya boleh kongsikan dengan kawan2 & keluarga, then saya cuba untuk share. Takkan nak sihat sendiri2 je kan? Kita pun nak tengok kawan2 & family kita hidup lebih sihat & gembira. Yang penting, apa yang saya buat ini adalah satu kerja yang halal & tak memudaratkan orang lain.

So far, boleh saya katakan respond yang saya terima adalah positif. Alhamdulillah. Dan produk yang paling mendapat tempat di hati pelanggan2 saya ialah Vivix.


Walaupun Vivix ni merupakan di antara produk Shaklee yang paling mahal, tapi para pelanggan inginkan satu produk 'serba boleh' yang terbaik, betul tak? Apalah sangat harga sebotol Vivix jika dibandingkan dengan tahap kesihatan yang kita bakal alami di masa akan datang? Tambahan pula kos perubatan di klinik2 & hospital semakin lama semakin meningkat. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Macam tu jugaklah pengambilan Vivix nie. Kita cegah sebelum parah.

Banyak info tentang Vivix yang saya dah upload di laman FB saya. Korang boleh lihat sendiri kat situ. Kalau takmo, boleh google je kat internet. Berlambak testimoni pelanggan yang boleh dikatakan 100% berpuashati dengan Vivix. Kalau tak bagus, takkan la Vivix ni dah terjual melebihi sejuta botol di US & Australia kan?


Tapi jangan ingat Vivix nie hanya untuk melambatkan penuaan wajah jer taw! Selain untuk mendapatkan kulit yang flawless, Vivix sangat bagus untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, slip-disc, eczema, membantu menghentikan tabiat merokok, dan banyak lagi!

Kalau saya elaborate kat sini, rasanya posting nie akan panjaaaaaaang berjela2, sampai esok pun korang takkan abis baca! hahaha...

Okaylah u olls! Saya kena stop menulis sekarang. Anak bulus saya dah mengiau2 nak mintak minum tuh! Sabar jelah kalau korang tengok perangai dia nie. Selain minum daripada mangkuk yang kami sediakan, dia suka sangat minum camnie...



Nanti ada kelapangan, saya akan tulis lagi ya! Bye!!!

2 comments: