Friday, September 12, 2014

Bateri Kereta Kong Pulak

Salam Jumaat Semua!

Di hari baik bulan baik nie... mula2 sekali saya nak mintak maaf kalau ada sesetengah posting saya kat blog ataupun kat FB yang membuatkan korang rasa rimas.... hehehe. Maklumlah... asyik2 posting pasal Shaklee kan? Kalau korang ada rasa rimas tu, tengok ngan sebelah mata jelah. Sebelah lagi korang baca. At least kerimasan tu berkurangan sebanyak 50%... ye tak? Eh... ye ke camtu? Boleh eh? hahaha...

Semalam merupakan tarikh 11 September. Ingat lagi tak peristiwa pahit kat US dulu? Mesti korang semua masih ingat kan? Pejam celik dah 13 tahun peristiwa pahit tu berlaku kan? Terasa macam kejap sangat! Rasa macam baru jer tengok berita tentang kapal terbang dok hentam bangunan World Trade Centre. Harap2 peristiwa macam tu tak la berlaku lagi, terutama sekali kat negara kita yang serba makmur nie kan...

Anyway, semalam jugak ada satu peristiwa buruk yang berlaku kat kitaorang berdua. Tak la teruk sangat pun, tapi menggemparkan jugak la. Nie ha... tetiba masa nak gi kerja, kereta takleh nak start... bateri dah kong... tak ke hangin satu badan?


Dah la time tu hujan renyai2. Mana pulak nak pi carik mekanik awal2 pagi camnie kan? Mula2 tu cuba jugak godek2 sendiri. Tapi tak guna jugak, coz bila bateri tu dah kong, ko wat cemana pun tetap enjin nie takmo start.

Dalam hujan2 tu, saya pun calling2 la staff yang kerja kat opis kakak saya, coz biasanya bebudak jantan nie memang ada simpan nombor telefon mekanik. Phew... nasib baik la ada. Dalam 10minit tu, 2 orang mekanik pun datang untuk tolong jumpstart keter we olls. Alhamdulillah gembiranya tak terkata!!! Tapi lebih gembira lagi bila saya tanya, "berapa ringgit, bang?" dan dia jawab "eh, takpelah... percuma jer". Masa tu rasa macam nak sujud syukur je kat atas jalan tar tu taw! Tapi oleh sebab ujan, saya pun ucapkan terima kasih kat 2 orang mekanik tu. Moga Allah jer yang balas jasabaik diaorang berdua.

Bila keter dah boleh start, kami pun terus ke bengkel & tukar bateri baru. Terbang la RM270 (harga lepas trade-in bateri lama). Hmmm... nak wat cemana kan. Bateri dah tiba ajal, takkan takmo ganti baru pulak kan?

Lepas tu baru la kitaorang boleh gi kerja. Tu pun dah lewat sesangat. Tambah plak hari ujan, kitaoarang tak lunch lagi. Perut masing2 dah berkeroncong. Lepas siapkan kerja sikit, terus keluar gi makan, solat & hantar customer2 punya order.

Alhamdulillah semuanya selesai sebelum jam 5 petang.

Oh ya... lupa lak nak citer. Semalam jugak merupakan kali pertama saya registerkan sorang ahli Shaklee melalui internet... yeay!!!

Comel jer baby nie kan? Jangan risau, masa saya register tu, saya berpakaian lengkap yer! Bukan macam dalam gambar nie... hahaha

Anyway, nak register tu mudah jer actually. Tapi ada sikit masalah, mungkin sebab internet kat umah nie sekejap hado sekejap nan hado. Saya masukkan profile ahli baru, pastu place order, then masukkan info no kad debit & tunggu MSOS code daripada Maybank untuk verification. Time nak buat verification nie saya kena cuba 3-4 kali jugak la, coz bila dah almost successfull jer, internet nan hado! Geraaaaam jer! Sabar... sabar... terpaksa ulang balik part masukkan info no kad debit tuh. Last2 berjaya jugak.

Sebenarnya banyak kelebihan kita join ahli Shaklee nie. Bila kita membeli produk2 Shaklee denga harga yang lebih murah berbanding harga jualan, setiap perbezaan harga tu merupakan satu penjimatan, kan? Bayangkan kalau kita nie jenis pengguna tegar? Haa... tak ke banyak bezanya tuh?

Itu baru saya citer pasal beza harga. Belum citer tentang bonus, elaun kereta, peluang bercuti, bla bla bla... Kalau nak conver kat sini, maunyer saya tak jadik gi kerja nanti!

Malam semalam saya borak2 ngan ex-schoolmate saya. Dia dah guna produk Shaklee dalam 2 tahun. Tapi dia tak jadi ahli pun, sebab dia tak tahu cemana nak jadi ahli. Saya rasa perkara camni tak patut terjadi. Kesian kat dia, kan? Kalau selama ni dia beli produk2 Shaklee dengan harga jualan biasa, bayangkan berapa banyak duit yang dia boleh jimat jika jika dah jadi ahli daripada awal2 lagi? Haaa... banyak kan?

Tapi jangan risau. Habang Usop ko nie hado! Sedia membantu! Hahaha...

Saya dah pun suggest dia untuk apply membership. Coz dia pun cakap yang dia memang suka dengan supplement2 Shaklee. Kalau tidak, takkanlah dia guna sampai 2 tahun, kan? Kalau sesuatu supplement tu kita tak dapat rasa & lihat kesannya, mesti dah beralih ke jenama lain, betul tak?

Haaa... jadi korang pun takyah ragu2 lagi. Produk2 Shaklee memang dah terbukti berkesan! Kalau nak beli, elok terus join membership awal2. Abang Usop boleh tolong registerkan yer...

Okaylah, saya nak sambung buat kek nie. Tengahari kang nak pi solat Jumaat. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

Bye semua!!!

1 comments: