Saturday, September 20, 2014

Makanan Sihat & Seimbang

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Gud Morning Korang!

Haaa... rindu saya tak? Sori ler, semalam bz sket ngan kerja2 kat kedai & kerja2 Shaklee. Baru pagi nie saya ada masa nak menulis. Tu pun takleh lama. Jap lagi nak siapkan sebijik Pavlova, sebijik Redvelvet Cake & 50 Bijik Durian Muffins untuk my fren Linda.

Saya pasti kita semua nie manusia yang busy. Masing2 ada urusan tersendiri. Kita cuma ada 24jam je sehari. Bagi yang kerja makan gaji tu, mungkin rasa 24jam tu suatu masa yang lama. Maklumlah, awal pagi gi kerja. Petang dah balik umah. Pastu tak tau nak wat apa. Bagi yang dah berkeluarga, mungkin bz sket nak layan family makan minum, buat laundry, memasak, etc. Abis selesai semuanya, dah boleh masuk tido.

Tapi bagi saya yang bujang nie, walaupun belum ada anak bini, saya pun bz jugak. Abis kerja, balik umah. Buat laundry, tolong Hafez masak & siapkan makan malam. Pastu sambung kerja2 Shaklee. Kerja2 Shaklee nie tak susah, saya boleh buat bila semua kerja2 umah dah selesai. Setakat nak buat poster2 untuk ditepek kat Facebook & nak layan customer tu, kacang jer u olls! Tapi kenalah korbankan sikit masa tido & tengok TV. Nama pun kerja kan? Kita kena fokus! Kadang2 tu bila ada kelas, kol 11 lebih baru kelas abis. Kelas dia mudah je, thru whatsapp. Boleh attend & discuss sambil baring2 kat atas katil. Tapi lepas kelas, sambung la balik buat laundry... hehehehe.

Itu saya belum citer tentang benda2 ad-hoc yang saya kena buat seperti bawak mak ayah gi klinik, bawak diaorang gi makan, tapaukan makanan, etc etc. Haaa... busy ke tidak? Mula2 nie memanglah busy. Tapi lepas setahun dua, InsyaAllah saya akan rasa senang sikit. Saya sanggup korbankan sikit masa sekarang nie untuk berpoya2 & concentrate dengan kerja saya. Bak kata orang, berakit2 ke hulu... giteeeewww

Anyway, lately kami berdua tengah jaga makan. Nak start balik makan makanan yang seimbang. Awal2 pagi Hafez akan buatkan Cinch Shake. Pastu kol 10pagi kami makan ringan2 macam biskut ataupun 2 keping roti gandum. Untuk lunch pulak biasanya saya balun nasi campur. Sehari tak makan nasi, boleh menggigil kan? Lewat petang kami makan buah2an. Malam pulak biasanya kami grill ayam & kentang, dan makan salad.

Selain amik supplement, makanan kita perlulah seimbang jugak. Mesti ada karbo, protein, sayur & vitamin. Jangan sampai nak berdiet tapi malnourish pulak! Kang tak pasal2 masuk sepital!

Contohnya salad ni. Mudah je nak buat. Korang beli mix salad yang dah siap pack kat supermarket tuh. Pastu tambah sket ngan tomato ceri. Kalau rajin, korang boleh tambah ngan telur rebus, hirisan bawang besar & croutons. Croutons ni roti kering yang petak2 tuh. Kalau pandai buat sendiri, boleh buat kat umah je. Kalau tak pandai, beli yang dah siap je kat supermarket.

Untuk salad dressing pulak, saya lebih suka guna thousand island. Tapi time nak curah tu, agak2 la yer. Sikit2 udah le... kasi rasa je. Jangan korang tuang sampai sebotol pulak! Salad dressing nie pun ada kalori jugak taw!

Voila!!! Siap dah makan malam yang simple & sihat, kan?



Kalau korang tak tau nak masak apa kat umah, cer beli je chicken leg kat kedai. Biasanya kami suka part peha & thigh. Tapi kalau nak lebih sihat, amik chicken breast la, coz bahagian tu kurang berlemak & lebih banyak lean meat. Ayam tu korang boleh masak ikut selera. Biasanya kami gaul2 dengan cajun spice & sikit garam. Agak2 dah cantik ayam tu kena bedak, barulah masuk dalam non-stick pan. Kami tak tambah minyak pun sebab ayam tu ada lemak, nanti minyak dia akan keluar sendiri.

Masa grill ayam tu, tambah la apa2 yang korang suka. Nak tambah kentang boleh, tomato boleh, carrot boleh, asparagus pun boleh! Ikut la apa yang ada kat dapur tuh.


Selain ayam & kentang, kami mesti makan sayur. Saya buat salad biasa je. Cuma kali nie saya tambahkan buah anggur kat dalam salad tuh, untuk kasi rasa manis sikit... hehehe. Makan salad yang camnie, semangkuk pun tak cukup taw! Boleh kenyang sampai esok pagi! Tak caya, cer try!

Haaa... camtu la serba sikit makanan harian kami sekarang nie. Apa2pun yang korang masak, cuba pastikan makanan tu seimbang. Takyah la berangan nak buat Atkins Diet bagai, kang tak pasal2 kena gout! paling penting, korang dapatkan nutrien lengkap harian. Untuk benda2 yang kita tak mampu nak dapatkan daripada makanan, boleh la amik supplement tambahan.

Saya cadangkan amik multivitamin Vita-Lea. Tapi kalau jenis yang tak suka makan pil, boleh amik Meal Shakes nih...


Meal Shakes nie sesuai untuk budak2 kurang nutrisi & susah nak amik supplement bentuk pil, untuk remaja2 aktif, orang dewasa, orang yang baru lepas operation (liquid diet), orang tua yang susah nak amik pil, orang tua yang dah tak boleh makan solid food, ibu menyusu, kanak2 obes, wanita PMS & orang yang ada eczema. Dia ada 24 jenis vitamin, mineral, dan zat2 yang penting untuk badan kita. Lagipun diperbuat daripada buah2an & sayuran, sesuai untuk vegetarian. Protein pulak jenis yang bukan laktosa, sesuai untuk orang yang lactose-intolerant.

Bagus kan? Haaa... ada banyak lagi produk Shaklee yang bagus. Tapi saya citer sikit2 la dulu yer. Kalau nak citer semua sekali, nanti sampai esok tak abis.

Okaylah, saya nak pi membaking kek nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

P/S: nama & alamat blog nie saya dah ubah sikit. Oleh sebab blog nie lebih bersifat personal, jadi biarlah ianya berkisah tentang hal2 yang berlaku di dalam kehidupan seharian saya yang tak seberapa glamer nie...

0 comments:

Post a Comment