Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Resepi Muffin Pisang Coklat Chip

Jangan jadikan menu sihat kita tu terlalu boring! Sesekali kita ubah sikit2 supaya kita tak bosan. Dengan cara begini, kita sekeluarga dapat menikmati pilihan makanan yang lebih sihat tanpa rasa bosan.

Malam ni saya nak kongsikan resepi mudah untuk buat muffin pisang dengan coklat cip.

Pengalaman menguruskan bisnes pastry kat KL & JB dulu banyak beri saya inspirasi & pengetahuan dalam bab2 membaking ni.

Saya pun kenal ramai kengkawan yang kaki membaking kat umah. Saya pasti korang akan rasa resepi yang saya nak kongsikan ni kacang je! Hehehe...

Bahan-Bahan:

- 1 cup tepung
- 1/2 cup Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
- 1 cup oat
- 2 sudu kecik baking powder
- 1 sudu kecik baking soda
- 1/2 sudu kecik garam halus
- 1/4 cup flaxseed
- 1 biji telur saiz AA
- 2 sudu besar minyak jagung
- 2 sudu besar gula perang
- 1/2 cup + 2 sudu besar susu
- 4 biji pisang, dilenyek
- coklat chip

Cara-Cara:

1) Gaulkan tepung, ESP, oat, baking powder,  baking soda, garam & flaxseed.
2) Di dalam mangkuk yang besar, pukul telur, minyak jagung, gula perang, susu & pisang lenyek.
3) Sedikit demi sedikit campurkan bahan (1) di atas dan kacau secara perlahan.
4) Tambahkan sikit coklat chip sesedap rasa.

Panaskan oven dalam 350 darjah celcius.

Sediakan loyang muffin bersaiz sederhana (16 lubang). Masukkan kertas muffin cup di setiap lubang. Kemudian, scoop bahan2 di atas ke dalam lubang2 loyang. Penuhkan dalam setengah je. Tak perlu letak penuh2. Kang melimpah ruah plak, tak cantik muffin u olls!

Bila oven dah panas, masukkan loyang & bakar dalam 12-20 minit. Rajin2 tengok oven. Kalau rasa2 muffin dah kembang & berwarna coklat keperangan, boleh la keluarkan dari oven.

Tips:
- Gunakan loyang yang jenis non-stick supaya mudah nak keluarkan muffin daripada loyang.
- Tak perlu sapu butter atau minyak kat lubang2 loyang tu, sebab bahan2 tersebut akan mengeluarkan minyak sendiri. Kang berminyak2 plak muffin u olls!
- Kalau takmo guna loyang, boleh jugak guna paper portion atau solo cup.

Bila muffin dah siap, boleh la sajikan terus. Sedap kalau makan masa dia masih panas, especially waktu sarapan pagi.

Selamat mencuba!

Tuesday, March 31, 2015

Resepi Ayam Panggang Usop



Bahan:
1 ekor ayam
2 tangkai daun rosemary (boleh guna rosemary kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil rempah cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
2 biji kentang idaho (kentang kulit tipis)

Cara-cara:
1) Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2) Tumbuk/kisar daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
3) Masukkan bahan2 lain seperti rempah cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati.
4) Lumurkan kepada ayam hingga rata.
5) Gaulkan lebihan rempah kepada kentang tadi.
6) Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
7) Panaskan 'magic pan' dengan api kecil & masukkan ayam serta kentang.
8) Biarkan selama 45 minit.
9) Flip/terbalikkan 'magic pan' supaya ayam masak dengan sama rata.
10) Hidangkan bersama salad buah2an & sayur2an.

Notakaki: selain kentang, boleh juga gunakan carrot, bawang holland & kobis bunga.

Sunday, October 5, 2014

Laksa Johor untuk Hari Raya Haji

Alhamdulillah... hari raya Aidil Adha dah pun berlalu. Cemana sambutan perayaan korang semua?

Saya sekeluarga menyambut secara sederhana jer. Tahun nie mak saya bergabung tenaga ngan maklong & makcik saya untuk masak laksa Johor. Korang pernah makan laksa Johor yang authentic tak? Tau cemana ghupernya? Haa... camnie...


Nampak macam senang je kan? Tak banyak bahan. Tapi nak membuatnya tu kemain la remeh. Especially part nak buat kuah dia yang pekat tuh! Macam2 khazanah rasanya ada kat dalam kuah tu.  Nak buah kuah dia pun amik masa dalam sehari suntuk. Nak siapkan condiments nya pulak amik masa lagi sehari. Boleh pengsan taw!

Yang penting, segala penat lelah they olls memang berbaloi sangat! Rasa laksa Johor nie memang kebaboom!

Kalau nak tau resepi, nanti saya cuba korek2 rahsia daripada maklong saya okay! Kalau dia tak kasi, korang jangan marah plak! Hahaha...

Wednesday, October 1, 2014

Dia Berbau Vanilla; Menaikkan Nafsu Ramai Orang

Salah satu sebab saya suka sangat Shaklee ialah beberapa supplement yang boleh dijadikan minuman yang lazat. Dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Memang baik untuk menjaga kesihatan kita sepanjang hari.

Energising Soy Protein (ESP) ialah salah satu supplement Shaklee yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Peminat-peminat ESP akan sentiasa ada at least 2 tin ESP di rumah mereka.

Bulan puasa yang lalu, boleh dikatakan hari-hari housemate saya, Hafez berbuka dan bersahur dengan ESP. Macam dah ketagihan, hehehe.

Beliau menjalani ibadah berpuasa dengan penuh tenaga sampaikan beliau kata,  "macam mengelat pulak sebab puasa kali ni langsing tak letih".

Apa yang membuatkan ESP unggul dalam memberi tenaga (energise) kepada pengguna ialah kandungan nutrisi bagi setiap hidangan. Rujuk poster Hafez ni untuk tahu lebih lanjut:


ESP berbau vanilla lembut menaikkan nafsu makan sesiapa saja yang merasa. ESP juga sangat versatil. Senang nak dipadankan dengan macam macam buah. Ni saya kongsi resepi berasaskan ESP daripada Hafez.


Eksotik kan! 

Sila cuba resepi ni, sangat lazat dan menyegarkan.

Kalau takde ESP dan nak cuba setin dua, boleh la hubungi saya di 019-3753414. Whatsapp atau mesej pun boleh kalau malu malu kucing.

Friday, September 26, 2014

Resepi Ayam Panggang & Salad

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu U Olls!

Korang semua apa khabar? Harap2 sihat la yer. Saya pun sihat jugak... Alahmdulillah. Cuma hujung2 bulan nie agak bz sket ngan kerja2. Seperti biasa, time2 hujung bulan nie ramai orang yang tempah kek. Tak kurang jugak orang yang dok order barang2 Shaklee daripada kami. Thank you so much for your neverending support! Haaa... takut tak saya guna perkataan 'neverending' tue? Hahaha...

Mungkin ramai yang dah tahu, saya & Hafez sekarang nie ada 2 job. Pertama kat Kafe Amben & yang kedua kat Shaklee. Dua2 nie memang priority kami. Takder mana2 yang lebih pun. Sebab tulah kami cuba yang terbaik untuk buat dua2 kerja nie secara bersungguh2. Cuma kadang2 tue memang sangat2 exhausted. Especially bila balik dari buat kek, sambung pulak buat kerja2 Shaklee kat umah. Kat umah nie pulak, banyak kerja2 lain yang menunggu kami spt memasak, kemas umah, cuci pakaian, etc. Jadi memang memenatkan.

Kalau zaman dulu2 rasanya tak mampu nak jadik superhuman macam nih. Alhamdulillah sejak amik Shaklee nie, walaupun kerja daripada 7 pagi sehingga 12 tengah malam, masih lagi bertenaga. Yang penting, kita kena konsisten makan supplement & amalkan pemakanan yang sihat.

Kami memang tak punya banyak masa nak sediakan makanan yang hebat2 macam orang lain. Nak gi makan luar tiap2 hari pun tak la mampu lagi. Gaji pun bukannyer meletup2 sangat. Masak kat umah jelah yang paling sihat & menjimatkan. Mana yang mudah & sihat, itulah yang kami akan masak.

Contohnya ayam panggang & salad nie. Nie memang dah jadik signature dish kat umah nie. Bukannya apa, tapi ianya mudah nak disediakan, sihat, tak perlu menggoreng, dan yang penting rasanyer sedap!

Sabar eh, gambar nie senget la plak... hehehe
Oleh sebab ramai yang mintak resepi, jadi saya nak share sikit la kat sini. Resepi bodoh2 jer nie...

Untuk ayam panggang tu:

Bahan-bahan:
1) Ayam bahagian thigh & peha
2) Cajun spice (ada jual kat jusco/tesco)
3) Sikit garam
4) Kentang kulit nipis

Cara-cara:
1) Gaulkan ayam & kentang tu dengan cajun spice & garam
2) Perap dalam 30 minit
3) Panggang 30-40 minit
4) Dah pun siap! Mudah jer kan? Hahaha....

Untuk salad pulak:

Bahan-bahan:
1) Salad campuran ready made yang jual kat supermarket (saya amik jenis garden salad, yang dah tripled washed)
2) Ceri tomato
3) Buah anggur tanpa biji
4) Thousand island sauce

Cara-cara:
1) Basuh dulu ceri tomato & buah anggur
2) Gaulkan semua sayuran & buah2an tadi dengan thousand island sauce
3) Voila! Salad pun dah siap!

Haaa... senang ke tidaaaak? Kalau korang masih kata susah, memang nak kena bantai taw! Hehehe...

Anyway, semalam hari gaji buat kami berdua. Sekali sekala tu teringin jugak nak treat ourselves pi makan tempat yang best2 kan. Lepas jer beli barang kat branch Shaklee, kami pun menuju ke Jln Dhoby.

Hmm... kalau dulu2 jalan nie tempat ramai maknyah cikcur. Tapi sekarang nie dah upgrade u olls! Dah jadik kawasan tumpuan pelancong! Night life sini memang hidup sangat! Banyak kedai2 yang 'hip' & trendy. Banyak jugak restoran2 yang cool. Memang trend masakini. Sebelah malam pulak tempat nie ada flea market. Memang ramai giler orang. Macam2 ada jual kat area sini. Orang panggil 'pasar karat'. Tak tahulah kenapa dipanggil pasar karat.

Tapi banyak2 restoran kat area nie, yang menarik minat kami berdua ialah The Ice Cream Project & IT Roo.

The Ice Cream Project nie rasanya baru jer bukak. Kedai dia memang cantik. Memang kami suker kedai dessert yang macam nie. Cool & hip gitew! Yang penting, ice cream they olls memang kebaboom sedap! Dia buat ice cream yang korang order tu on-the-spot! Walaupun semangkuk harganya RM14, tapi memang berbaloi sangat! Kami order dengan susu & butter cookies. Cookies dia pun sedap jugak! Kalau korang ke JB, tempat nie memang highly recommended!


Lepas berdessert, baru kami nak gi dinner (terbalik plak kan? dessert dulu then dinner! hahaha). Kali nie kami ke IT Roo. Dah banyak kali dengar kengkawan gi makan kat sini. Katanyer 'the best chicken chop in town!'. Betul ke tidak? Jom kita try!


Verdict? Boleh tahan laaa... we olls still rasa Cupcake Chapter punyer chicken chop 5 kali lebih sedap! Hahaha... bukannya bias, tapi memang betul pun. Mungkin sebab harganya pun tak la mahal sangat macam kat CC, belasan hengget jer untuk 1 hidangan. So, takleh la nak expect dia sedap cemana kan? Mungkin IT Roo fokus kepada volume pelanggan yang datang kat sini.

Apa2pun, bila balik jer umah ada sorang budak tue muntah2 macam terkena keracunan makanan.

Hmmm... bila pikir2 balik, kemungkinan besar mushroom sauce yang dia makan ngan chicken chop tuh. Saya amik blackpepper sauce, tak plak terasa mabuk2. Tapi memang betul la. Kalau kita nak sediakan mushroom sauce, kena make sure kita pilih mushroom yang segar & basuh bersih2 sebelum memasak. Coz ada sesetengah orang memang 'kalah' dengan mushroom yang kurang segar.

Okaylah... saya nak sambung buat laundry nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

Bye!!!

Saturday, September 20, 2014

Makanan Sihat & Seimbang

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Gud Morning Korang!

Haaa... rindu saya tak? Sori ler, semalam bz sket ngan kerja2 kat kedai & kerja2 Shaklee. Baru pagi nie saya ada masa nak menulis. Tu pun takleh lama. Jap lagi nak siapkan sebijik Pavlova, sebijik Redvelvet Cake & 50 Bijik Durian Muffins untuk my fren Linda.

Saya pasti kita semua nie manusia yang busy. Masing2 ada urusan tersendiri. Kita cuma ada 24jam je sehari. Bagi yang kerja makan gaji tu, mungkin rasa 24jam tu suatu masa yang lama. Maklumlah, awal pagi gi kerja. Petang dah balik umah. Pastu tak tau nak wat apa. Bagi yang dah berkeluarga, mungkin bz sket nak layan family makan minum, buat laundry, memasak, etc. Abis selesai semuanya, dah boleh masuk tido.

Tapi bagi saya yang bujang nie, walaupun belum ada anak bini, saya pun bz jugak. Abis kerja, balik umah. Buat laundry, tolong Hafez masak & siapkan makan malam. Pastu sambung kerja2 Shaklee. Kerja2 Shaklee nie tak susah, saya boleh buat bila semua kerja2 umah dah selesai. Setakat nak buat poster2 untuk ditepek kat Facebook & nak layan customer tu, kacang jer u olls! Tapi kenalah korbankan sikit masa tido & tengok TV. Nama pun kerja kan? Kita kena fokus! Kadang2 tu bila ada kelas, kol 11 lebih baru kelas abis. Kelas dia mudah je, thru whatsapp. Boleh attend & discuss sambil baring2 kat atas katil. Tapi lepas kelas, sambung la balik buat laundry... hehehehe.

Itu saya belum citer tentang benda2 ad-hoc yang saya kena buat seperti bawak mak ayah gi klinik, bawak diaorang gi makan, tapaukan makanan, etc etc. Haaa... busy ke tidak? Mula2 nie memanglah busy. Tapi lepas setahun dua, InsyaAllah saya akan rasa senang sikit. Saya sanggup korbankan sikit masa sekarang nie untuk berpoya2 & concentrate dengan kerja saya. Bak kata orang, berakit2 ke hulu... giteeeewww

Anyway, lately kami berdua tengah jaga makan. Nak start balik makan makanan yang seimbang. Awal2 pagi Hafez akan buatkan Cinch Shake. Pastu kol 10pagi kami makan ringan2 macam biskut ataupun 2 keping roti gandum. Untuk lunch pulak biasanya saya balun nasi campur. Sehari tak makan nasi, boleh menggigil kan? Lewat petang kami makan buah2an. Malam pulak biasanya kami grill ayam & kentang, dan makan salad.

Selain amik supplement, makanan kita perlulah seimbang jugak. Mesti ada karbo, protein, sayur & vitamin. Jangan sampai nak berdiet tapi malnourish pulak! Kang tak pasal2 masuk sepital!

Contohnya salad ni. Mudah je nak buat. Korang beli mix salad yang dah siap pack kat supermarket tuh. Pastu tambah sket ngan tomato ceri. Kalau rajin, korang boleh tambah ngan telur rebus, hirisan bawang besar & croutons. Croutons ni roti kering yang petak2 tuh. Kalau pandai buat sendiri, boleh buat kat umah je. Kalau tak pandai, beli yang dah siap je kat supermarket.

Untuk salad dressing pulak, saya lebih suka guna thousand island. Tapi time nak curah tu, agak2 la yer. Sikit2 udah le... kasi rasa je. Jangan korang tuang sampai sebotol pulak! Salad dressing nie pun ada kalori jugak taw!

Voila!!! Siap dah makan malam yang simple & sihat, kan?



Kalau korang tak tau nak masak apa kat umah, cer beli je chicken leg kat kedai. Biasanya kami suka part peha & thigh. Tapi kalau nak lebih sihat, amik chicken breast la, coz bahagian tu kurang berlemak & lebih banyak lean meat. Ayam tu korang boleh masak ikut selera. Biasanya kami gaul2 dengan cajun spice & sikit garam. Agak2 dah cantik ayam tu kena bedak, barulah masuk dalam non-stick pan. Kami tak tambah minyak pun sebab ayam tu ada lemak, nanti minyak dia akan keluar sendiri.

Masa grill ayam tu, tambah la apa2 yang korang suka. Nak tambah kentang boleh, tomato boleh, carrot boleh, asparagus pun boleh! Ikut la apa yang ada kat dapur tuh.


Selain ayam & kentang, kami mesti makan sayur. Saya buat salad biasa je. Cuma kali nie saya tambahkan buah anggur kat dalam salad tuh, untuk kasi rasa manis sikit... hehehe. Makan salad yang camnie, semangkuk pun tak cukup taw! Boleh kenyang sampai esok pagi! Tak caya, cer try!

Haaa... camtu la serba sikit makanan harian kami sekarang nie. Apa2pun yang korang masak, cuba pastikan makanan tu seimbang. Takyah la berangan nak buat Atkins Diet bagai, kang tak pasal2 kena gout! paling penting, korang dapatkan nutrien lengkap harian. Untuk benda2 yang kita tak mampu nak dapatkan daripada makanan, boleh la amik supplement tambahan.

Saya cadangkan amik multivitamin Vita-Lea. Tapi kalau jenis yang tak suka makan pil, boleh amik Meal Shakes nih...


Meal Shakes nie sesuai untuk budak2 kurang nutrisi & susah nak amik supplement bentuk pil, untuk remaja2 aktif, orang dewasa, orang yang baru lepas operation (liquid diet), orang tua yang susah nak amik pil, orang tua yang dah tak boleh makan solid food, ibu menyusu, kanak2 obes, wanita PMS & orang yang ada eczema. Dia ada 24 jenis vitamin, mineral, dan zat2 yang penting untuk badan kita. Lagipun diperbuat daripada buah2an & sayuran, sesuai untuk vegetarian. Protein pulak jenis yang bukan laktosa, sesuai untuk orang yang lactose-intolerant.

Bagus kan? Haaa... ada banyak lagi produk Shaklee yang bagus. Tapi saya citer sikit2 la dulu yer. Kalau nak citer semua sekali, nanti sampai esok tak abis.

Okaylah, saya nak pi membaking kek nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

P/S: nama & alamat blog nie saya dah ubah sikit. Oleh sebab blog nie lebih bersifat personal, jadi biarlah ianya berkisah tentang hal2 yang berlaku di dalam kehidupan seharian saya yang tak seberapa glamer nie...

Thursday, September 18, 2014

Berat Badan Saya Dah Turun!

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam semua...

Hari nie saya rasa happy sikit. Sebab berat badan saya tak la melonjak2 naik. Kalau tahun2 dulu, berat badan akan turun 3-5kg masa bulan puasa. Bila abis je bulan puasa, berat badan naik mencanak2... Maklumlah, asyik makan siang & malam kan.

Walaupun tak banyak gi open house raya, tapi makanan memang sentiasa available ke mana2 je saya pergi. Kedai makan berlambak kat sekitar rumah. Kat dalam umah nie pun banyak stok2 yang boleh dimakan.

Tahun nie berat badan saya terkawal sikit. Biasanya berat badan saya sekitar 70kg (sebelum & selepas bulan puasa). Tapi Alhamdulillah tahun nie, ada sikit improvement. Masih lagi dapat maintain below 65kg.


Tengs to Hafez sebab rajin buatkan saya Cinch Shake setiap hari. Cinch Shake banyak membantu saya untuk kawal nafsu makan, untuk kekalkan metabolisme yang tinggi, untuk bakar lelemak yang degil kat bahagian perut & pinggang...

Lagipun Cinch Shake nie sedap kalau kita pandai manipulate cara nak makan. Paling simple, bancuh jer serbuk Cinch Shake dengan air sejuk, kacau & terus minum. Tapi kalau u olls rajin, boleh la cuba blend dengan buah, susu, collagen powder, etc... rasanya lebih kebaboom! Minum segelas tuh rasa macam tak cukup pulak! hehehe...


Tapi saya nie bukan amik Cinch Shake jer. Saya amik Vivix jugak. Selain khasiat2 yang lain, Vivix pun dikatakan boleh membantu kita untuk mengawal berat badan.

Ada sesetengah orang cakap, susah nak turunkan berat badan, especially bila berat badan tu dah melebihi 100kg. Bagi saya, semua tu bergantung pada kemahuan diri & sejauh mana kita sanggup berkorban untuk capai matlamat kita. Kalau kita nak kurus, kita kenalah usaha lebih sikit. Kita kena kurangkan makanan berlemak, kurangkan karbohidrat dalam diet, lebihkan senaman, kurangkan sikit nafsu nak makan junk food. Tapi selain tu, kita kena jugak amik supplement tambahan agar badan kita tak kekurangan nutrien semasa kita berdiet.

Kalau u olls perlukan guidance, bolehlah hubungi Hafez. Dia boleh membantu u olls. Dia pun ada pengalaman sendiri untuk dikongsikan. Dan kalau u olls nak pelbagaikan cara mengambil Cinch Shake nie, dia ada banyak tips2 & resepi yang boleh dicuba. Contohnya resepi yang superlazat nih...


Kalau nak contact saya pun boleh jugak. Bukanlah saya nie tak boleh beri khidmat nasihat. Tapi saya nie pun baru jer start makan Cinch Shake nih. Ilmu pun masih cetek lagi. Apa yang saya tahu, kalau saya nak kawal berat badan, saya perlu amik Cinch Shake setiap hari. Tu jer! Takyah la nak buang duit cuba produk2 lain yang kita sendiri tak tahu tahap keberkesanan & keselamatannya. Shaklee nie dah terbukti selamat & berkesan.

Okaylah, saya nak solat nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

Bye!!!

Tuesday, September 9, 2014

Anda Kuat Makan Tapi Masih Malnutrisi?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi Korang!

Apa khabar? Saya harap korang sihat la yer. Saya semakin pulih hari nie. Sejak hari Jumaat lepas badan ni terasa macam nak demam akibat terkena hujan. Saya nekad nak buat eksperimen kat diri sendiri. Nak try untuk tak gi klinik & cuba amik supplement2 Shaklee: Vita-Lea & Vita-C Plus. Alhamdulillah hari nie badan saya dah rasa sihat.

Kadang2 saya terpikir, cemana boleh jadik camtu eh? Kenapa saya tak perlu gi jumpa doktor & amik antibiotik? Bila renung2 balik, badan kita nie sebenarnya ada antibodi sendiri. Cuma samada antibodi kita ni kuat ataupun tidak untuk melawan penyakit tu. Kalau kuat, takyah makan ubat pun dah boleh baik sendiri. Kalau tak kuat, then kenalah gi jumpa doktor & amik antibiotik.

Sebelum nie setiap kali tak sihat, saya mesti bergantung kepada antibiotik untuk sembuh daripada demam. Sampai satu tahap, antibiotik yang cikai2 seperti erythromycin & amoxicillin tu memang dah tak jalan. Kalau makan amoxycillin pun kena amik dos 500mg, makan at least 2 kali sehari. Kalau doktor kasik dos biasa 250mg tu, alamatnyer memang la tak baik demam aku tuh!

Tapi itu dulu. Sekarang nie syukur badan saya dah semakin kuat untuk menentang penyakit. Caranya mudah jer. Saya amalkan amik supplement2 kesihatan yang berkualiti. Contohnya, kombinasi Vita-Lea & Vita-C Plus. Nak kata yang saya ni takleh kena demam terus, membohong la sangat kan? Tapi sejak amalkan makan 2 benda nie, saya dah jarang2 sakit. Tak macam dulu2 masa kerja kat BNM (rasanya dalam sebulan mesti MC! hehehe), boss pun asyik tegur jer sebab banyak MC.

Sekali sekala bila saya sakit, saya gandakan pengambilan dos supplement2 nie. Kalau hari2 biasa saya cuma makan 1 biji sehari (untuk setiap jenis), tapi bila demam saya amik 2 biji. Alhamdulillah memang ada perubahan yang positif. Haaa... kan elok bila badan kita nie tak terlalu bergantung kepada antibiotik, kan? Kurang sikit kebergantungan terhadap ubat2an sintetik. Ubat2an sintetik ni bukannya elok sangat, coz ada kesan sampingan terhadap hati & ginjal kita untuk jangkamasa panjang. Sekarang ni mungkin tak rasa, tapi bila dah tua nanti? Haaa.... tau takper!

Dalam makanan harian kita pun banyak benda yang tak elok. Kalau boleh, cuba elakkan processed food (seperti daging burger, sosej, mee segera, fishball, dan banyak lagi). Pendek kata, bila kita g supermarket tu, yang mudah dimasak & cepat dimakan, biasanya memanglah tak elok. Mostly processed food nie diperbuat daripada bahan2 yang tidak berkualiti, dan mengandungi banyak perisa & bahan2 pengawet, yang tak elok untuk badan kita. Cuma kalau tak boleh nak elak sesangat, then nak wat cemana kan? Tapi saya percaya, kualiti makanan kita zaman sekarang nie semakin berkurangan. Itu belum citer tentang zat2 yang terkandung dalam makanan harian kita tu... ada ker tidak? Itu belum sentuh tentang nilai kalori yang kita amik lagi! Haaa... takut taaaakkkk? Saya sendiri pun takut taw!

Sebenarnya memang susah untuk kita elakkan daripada processed food nie. Mana2 tempat kita pergi, processed food memang ada di mana2. Kalau saya ada pilihan, saya pilih untuk masak sendiri je makanan yang saya makan. Beli ikan atau ayam kat pasar & masak jelah apa jenis lauk yang kita reti. Cuma sesekali tu tekak nie teringin bebenor nak makan burger kan? Daripada kita beli burger kat fast food, kan lagi elok kalau kita buat sendiri. Beli minced meat jenis yang berkualiti dan buat sendiri daging burger tu kat umah. Kalau tak pernah buat, korang google jer kat internet. Sure jumpa punyer cara2nya!

Contohnya macam hari tu housemate saya Hafez buat burger sendiri je kat umah. Skali buat dapat 11 keping ko! Tebal2 plak tuh! Puas hati makan kan? Boleh simpan sampai esok pagi taw buat sarapan! hahahaha... Burger dia nie special sket, ada rempah ratus yang ditambah dalam patty tu. Bila makan terasa nikmat sesangat! Hmmm... kalau nak resepi, korang PM la dia yer! hehehe...


Tapi kami nie memang prefer makan kat umah & masak sendiri. Kalau makan luar tu, susah nak jumpa kedai yang jual makanan yang sedap & sihat. Kalau jumpa yang sedap, biasanya tak berapa sihat. Kalau jumpa yang sihat, harganya pulak melambung2 boleh pengsan. Ujung2 kita beli ikan, daging, ayam & sayur kat pasar... balik & masak sendiri jer. Jimat pun jimat, betul tak?

Moral of the story yang panjang lebar nih, dalam pemakanan harian kita, memang dah tak banyak zat2 & vitamin2 yang berguna untuk badan. Itulah sebabnya saya selalu tekankan betapa pentingnya kita mengambil supplement2 tambahan, agar badan kita mendapat nutrien yang lengkap. Zaman sekarang ni, malnutrisi bukan terhad kepada orang yang kebuluran je taw! Orang yang kuat makan tu pun ramai yang malnutrisi.

Okaylah u olls, saya ada kerja nie. Nanti ada citer lagi, saya citer lagi kay!

Daaaa!!!!!

Friday, August 29, 2014

Jom Tambah Sayuran & Buah-Buahan Dalam Diet

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu!

Semalam merupakan hari yang agak bz buat kitaorang. Kami makan breakfast yang agak heavy, lontong goreng dengan lauk kari ayam. Haaaa... amik ko! Tapi ada satu gerai kat area umah nie jual lontong goreng yang tersangatlah mabelles! Sekali try, esok lusa mesti nak beli lagi. Oleh sebab kandungan kalorinya agak tinggi, maka kitaoarng makan masa bekfes je, untuk membolehlah badan mempunyai masa yang cukup untuk bakar semula kalori yang kitaorang makan tuh.

Dalam masa yang sama, kami cuba lebihkan pengambilan sayur2an & buah2an segar. Contohnya, selepas bekfes, kami makan buah strawberry & blueberry. Dua2 nie mempunyai khasiat yang tersendiri.


Buah strawberry & blueberry kaya dengan serat, pelbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang semuanya mudah diserap oleh tubuh kita. Mereka bertindak sebagai anti-kanser disebabkan oleh kandungan anti-oksidan yang tinggi. Vitamin C & flavanoid membantu dalam mengurangkan jerawat. Selain mempunyai effect anti-anaemia, asid folik (yang juga dikenali sebagai vitamin B9) di dalam buah2an tersebut membantu untuk mempertajam daya ingat serta kesehatan mental. Asid folik pun penting untuk ibu2 yang mengandung. Kalo tak caya, cer tanya bakal2 ibu yang korang kenal. Sure doktor ada kasi makan asid folik. Anyway, kandungan serat yang tinggi dalam buah2 tu juga membantu di dalam proses pencernaan & bertindak untuk mencuci usus. Pemakanannya dapat merangsang perlepasan serotonin, yang penting untuk kesihatan hati. Anti-oksidan dan vitamin C membantu untuk melindungi arteri & pembekuan darah di dalam pembuluh darah. Maka ianya sangat bagus untuk kesihatan jantung kita.Strawberry juga mempunyai lebih kurang 21% Mangan yang membantu untuk mempertahankan kepadatan tulang.

Di sebelah malam pulak, kitaorang buat salad...


Sayur berbatang seperti asparagus mempunyai khasiat yang tersendiri. Asparagus ialah jenis sayuran yang rendah kalori dan natrium. Ia juga merupakan sumber vitamin B6, kalsium, magnesium, zink, serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik (elok untuk ibu2 mengandung nie), zat besi, fosforus dan kalium. Selain tu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah. Asparagus jugak bagus untuk melancarkan pembuangan air kecil. Kalau korang mengalami masalah kulit gatal2 macam eczema ataupun dermatitis, elok makan asparagus nie. InsyaAllah masalah kulit tu akan beransur pulih.

Biasanya, asparagus nie kami jadikan pembuka selera ataupun salad jer. Ada jugak orang yang campurkan asparagus dalam masakan yang digoreng dengan seafood (hmmm... kalau kena gaya memasanya, memang mabelles u olls!), dipanggang bersama2 ayam, ataupun dimakan mentah (ala2 model sangat korang kan?)

Tomato ceri tu pun ada banyak kandungan serat, zat galian & vitamin. Tapi yang paling saya suka ialah kandungan vitamin A yang tinggi. Elok untuk memperbaiki penglihatan kita. Maklumlah bila semakin meningkat usia, semakin tak nampak, especially bila tengah drive waktu malam, kan? Saya suka tomato ceri berbanding tomato biasa sebab ianya lebih mudah nak makan. Cuci bersih2 & terus masuk mulut! Kalau rajin, tambahkan ke dalam salad sayur2an ataupun salad buah2an.

Untuk yang rajin, jus tomato nie korang boleh jadikan mask untuk muka & rambut. Ia elok untuk membantu mengecilkan liang pori2 kulit muka. Dan elok untuk mengurangkan kelemumur kat kepala.

Anyway, yang kecil2 kaler hijau tu sebenarnya putik bunga lili yang masih muda & belum berkembang. Ia sangat popular di kalangan masyarakat Cina sebagai salah satu penyediaan herba. Khasiatnya banyak, tapi oleh sebab posting nie dah panjang berjela dok citer pasal khasiat (yang mana korang pun boleh google sendiri kan?), saya nak share sikit resepi mudah untuk masak putik bunga lili tu...

Pinjam gambar ni dari internet

Bahan2nya:
i) 1 1⁄2 cawan putik bunga lili (daylily buds), boleh beli kat supermarket AEON
ii) 1 sudu besar butter
iii) 2 sudu besar minyak zaiton
iv) 1 biji bawang kecil dihiris halus
v) Sedikit garam & lada sulah

Cara2nya mudah jer. Basuh & keringkan putik bunga lili tu. Panaskan kuali, masukkan butter & olive oil. Pastu campak bawang kecik. Bila dah naik bau, campak pulak putik bunga lili tu. Then tabur sikit garam & lada sulah. Agak2 sayur tu dah layu sikit, terus angkat. Jangan sampai layu sangat coz tak crunchy nanti. Lagipun kita nak cuba preserve khasiat sayur tu sebanyak yang mungkin.

Mudah je nak cantik & sihat kan? Tapi kalau korang memang betul2 takder masa nak buat salad, tak sempat nak gi supermarket beli buah2an, ataupun memang jenis yang cik las (pemalas), saya cadangkan korang makan jelah Vivix tuh. Sehari cuma 1 sudu jer. Dah cukup segala apa yang korang perlukan. Silap ari bulan kesannya jauh lebih elok & cepat berbanding makan sayur2an & buah2an. Lagipun buah2an & sayur2an yang kita beli tu sebenarnya kandungan zat & vitamin semakin hari semakin merosot. Tambah pulak kalau kita rebus ataupun masak atas kuali, makin la sikit zat2 yang tertinggal.

Vivix memang dah terbukti jauh lebih tinggi khasiat & kandungan anti-oksidan berbanding buah2an & sayur2an yang lain. Kandungan utamanya pun bukan jenis yang calang2 & mudah kita nak jumpa.



Kalau korang berminat, bolehlah contact saya (019-3753414) ataupun Hafez (016-6651067). InsyaAllah membeli Vivix bukanlah satu pembaziran. Ianya satu pelaburan yang amat menguntungkan tubuh kita, untuk jangka pendek, dan jika diambil berterusan boleh mengelakkan kita daripada pelbagai jenis penyakit tua.

Okaylah korang, saya nak pi kerja nie. Nanti ada citer, saya update lagi kay!

Daaaaa!!!!!