Sunday, August 24, 2014

Santai Hujung Minggu

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu!

Apa plak korang hari nie? Saya & Hafez lepak2 kat umah je, kitaorang offday. Biasanya kami punya offday bermula selepas solat Jumaat sehingga hari Sabtu. Tapi memandangkan bulan raya nie agak bz dengan tempahan2 customer, kengkadang tuh terpaksa jugak kerja hari Jumaat & Sabtu. Memang letih giler! Contohnyer macam semalam, we olls pepagi dah sampai ke kedai untuk buat 36 biji cupcakes & 100 biji muffins. Nak tengok gambar?


Haaa... terliur ke tidaaaak? Kalau korang tinggal kat area JB/Masai/Pasir Gudang, boleh la tempah kek/cupcake/muffin dengan kami. Nak tengok lagi banyak gambar, boleh follow kami kat:
  1. Facebook: Kafe Amben
  2. Instagram: @kafeamben atau #kafeamben
Tapi kalo korang tinggal kat KL, boleh la order kat kawan saya Rohana Ramli. Dia punya kek pun sedap2 belaka. Boleh PM dia kat dia punyer akaun Facebook.

Selain daripada bz dengan membaking, kami berdua jugak bz buat delivery. Yang mana2 dekat tu, okaylah kan. Tapi kalau customer yang stay jauh2 tu, jenuh jugak nak menghantar. Ada jugak customer yang tinggal kat Kota Tinggi taw! Kalau camtu, tak dapek ler den nak ngantau, unless dia boleh kasi kita claim petrol & tol kan? Bukannya apa, cuma kami ni bisnes kecil2an jer. Semua tu kena amik kira untuk memaksimumkan keuntungan. Kalau untung seposen dua, baik la tak menjual, betul tak?

Basically kedai nie memang kami berdua yang run. Tapi kakak saya ada banyak bantu untuk tolong buat marketing & promosi. Mostly customer kitaorang pun memang di kalangan kengkawan dia jugak. Syukur jugak dapat kakak yang macam ni kan? Sebab tu saya sayaaaaaang sangat kat dia. Sayang ketat2! hehehe...

Eh, jauh plak terpesong citer ari nie.

Selain membaking, buat delivery, beli bahan mentah, dan ulang alik rumah-kedai-rumah, bila ada kelapangan kami akan pergi jogging kat tasik ataupun gi workout kat gym. Balik umah, sambung pulak buat laundry, masak makan malam & sambung buat kerja2 opis kat laptop. Kadang2 tu kol 1-2 pagi baru nak masuk tido. Penat tu memanglah penat. Tapi apa yang membantu saya untuk jadi lebih bertenaga sepanjang hari? Ni ha... saya amik multivitamin Vita-Lea & Vita-C Plus!


Kalau korang tak caya, cer la cuba!

Sesiapa ada bajet yang lebih tu, boleh ler amik Performance Pure Hydration Drink & Nutriferon. Ianya memang berfungsi untuk boost kita punya tenaga & immune system, supaya tak mudah letih, tak mudah rasa lesu, dan yang paling penting tak mudah jatuh sakit. Nutriferon tu memang salah satu best selling item kat Shaklee. Masa gi branch kat JB ari tu, dah out of stock. Ingatkan nak belikan untuk family saya, coz dah berminggu2 diaorang batuk. Ubat doktor tak jalan, ubat farmasi tak jalan, makan madu tak jalan, minum lemon campur madu pun tak jalan, gula2 batuk yang mahal tu pun tak jalan. Pastu ada baca testimoni Puan Najihah Sudi, dia kata anak dia batuk 2 minggu. Lepas kasi makan Nutriferon untuk 3 hari berturut2, Alhamdulillah batuk pun hilang. Tu yang terasa macam nak belikan untuk family saya.

Anyway, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal supplement Shaklee nie, boleh la contact Hafez. Dia memang lebih arif dalam bahagian nie berbanding saya. Laman Facebook dia pun penuh dengan fakta2 serta informasi tentang khasiat supplement Shaklee. Ada sesetengah tu memang korang susah nak jumpa kat internet.

Okaylah korang, saya nak santai2 nie. Alang2 tengah offday kan, biar betul2 berehat.

0 comments:

Post a Comment