Salam kengkawan!
Apa khabar? Harap u olls sihat2 semua. Buat apa jer weekend ni? Shopping? Outing? Dating? Or melepak kat umah je tengok TV?
Apa2 pun yang u olls buat di hujung minggu, jangan lupa jaga diri & kesihatan kay! Bagi yang dah berkeluarga tu, bawak2 la family gi beriadah ke, gi taman tema ke... kan ke seronok!! Sambil bergembira, dapat juga merapatkan hubungan kemesraan sesama sendiri, tul tak?
Bagi orang bujang macam saya ni, mungkin lain sket la. Most probably bujang2 ni lebih suka keluar ngan member2. Tengok wayang, gi minum2 ataupun melepak kat umah member.
Saya ni biasanya stay kat umah je, main dengan Kojiro. Sejak pindah JB ni, Kojiro lebih domesticated. Lebih suka stay umah berbanding jadi hero kampung... hehehe.
Selain melepak kat umah, kalau saya rajin, saya ajak mak ayah gi keluar jalan-jalan cari makan. Tu pun kalo they olls takder plan la. Kalo they olls berdua bz, biasanya saya gi keluar gi makan2 ngan Hafez je.
Kat JB ni memang banyak tempat makan yang best2, tapi masing2 jauh2 belaka. Kalo nak rojak yang best, kat Kg Bakar Batu. Kalo nak ABC yang best, kat Galeria Kotaraya. Kalo nak nasi arab yang best, kena gi Tmn Kebuh Teh pulak. Takleh ke semuanya berkumpul setempat??? Minyak petrol mahal taw! Hahaha...
Anyway, selain gi makan2 & menambah kalori, we olls berdua akan singgah exercise kat gym. Tapi kalo takder mood nak gi gym, biasanya buat evening walk je sekitar kawasan perumahan. Kena jugak burn kalori secara natural. Takleh la nak 100% bergantung harap dengan Cinch Shake je kan? Sambil evening walk, sambil edarkan flyers Shaklee. Sambil menyelam, sambil minum air seteguk dua. Multitasking gitew!!!
Waktu hujung minggu nilah kita nak buat aktiviti yang best sket. Kalau hari2 biasa tu, masing2 dah bz bekerja. Kerja tu kerja jugak, tapi mesti cari masa untuk merehatkan badan & minda.
All work and no play, makes jack a dull boy!
0 comments:
Post a Comment