Sunday, October 19, 2014

My 1st Supplement

Salam semua!!!

Aduhhh letihnya. Kami baru je menjejakkan kaki kat umah ni. Dah hampir seminggu tak jumpa pintu umah. Dah hampir seminggu dok berjalan. Bila tiba umah, rasa macam lepas rindu... hehehe

Holiday ni memang best, tapi meletihkan. Setuju tak? Syukur sebab kami berdua konsisten amik supplement untuk kekal sihat & bertenaga sepanjang percutian ni.

Tak seronok la kalo gi bercuti dengan badan & kaki yang lenguh2 kan?

Bercerita tentang supplement ni... korang masih ingat lagi tak supplement pertama yang korang makan? Haaa... cepat imbas balik! Ker... korang memang tak pernah amik supplement? Hahaha... kalo belum pernah amik, dun worry. Masih belum terlambat okay! Better late than never, bak kata omputeh. Tapi bagi saya... never late is always better... betul tak???

Saya masih ingat lagi supplement pertama yang mak ayah saya belikan untuk saya. Masa tu saya nak amik UPSR. Saya makan Examo. Pernah dengar tak? Examo ni bagus jugaklah. Dia merupakan supplement homopati untuk kecerdasan minda. Cuma bila makan examo ni, banyak sangat pantang larangnya. Takleh minum kopi, takleh minum teh... ehhh... pendek kata kena kawal pemakanan gila2 la!


Tapi saya makan examo sebelum & semasa exam je. Lepas exam... dah stop. Maklumlah masa tu keluarga kami bukan orang senang. Beli yang termampu je. Alhamdulillah... keputusan UPSR saya 5A. Entah apa la yang saya jawab tu... hahaha

Lepas tu saya dah tak makan supplement lagi. Masa kerja je baru mampu nak beli supplement sendiri. Itupun beli yang jual kat farmasi. Faham2 jelah kalau yang jual kat farmasi ni. Mostly mahal sebab brand je. Kualiti? Ada yang okay, banyak juga yang propa... wat rugi duit jer...

Bila saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya mula cuba Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral yang penting untuk tubuh kita.

Mula2 makan tu memang ada healing crisis. Saya demam & batuk2. Banyak jugak kahak yang keluar. Tapi after 2 weeks, healing crisis dah hilang. Badan saya jadi lebih bertenaga je... macam magic pun ada!
Bukan nak puji lebih2 la... tapi memang betul pun. Bagi yang pernah cuba Vita-Lea nie, mesti dah merasai kelainan, betul tak?

Bila saya dah merasai sendiri keberkesanan supplement Shaklee, saya tambah sikit demi sedikit. Saya tambah Sustained Release Vita-C pulak, untuk bekalan vitamin c yang menyamai 7.5biji buah oren setiap hari. Korang mampu telan buah oren banyak macam tu dalam sehari? Kalau mampu pun, harus asyik nak ke toilet je kan? Hehehe



Macam tu la kisahnya saya mula mengambil produk2 Shaklee. Sekarang ni bukan supplement je yang semakin hari semakin ditambah, tapi saya dah mula menggunakan Get Clean Basic-H & Get Clean Hand Dish Wash Concentrated Liquid. Dua2 ni merupakan alatan pencuci serbaguna yang sangat bagus untuk rumah & tubuh kita.

Cuma kalau u olls tanya... apakah produk Shaklee feveret saya? Sudah pasti saya akan jawab ViViX!!! Sebab ia umpama miracle juice yang bertindak melampaui expectation saya.

Kalau u olls masih rasa ragu2, cuba jelah 1 jenis supplement dulu. Saya boleh guarantee u olls akan kagum dengan produk2 yang dikeluarkan oleh Shaklee nie.

Selaras dengan matlamatnya untuk memperbaiki taraf hidup & kesihatan semua manusia, semua produk adalah berkualiti tinggi, berkesan & selamat untuk seisi keluarga & alam sekitar.

1 comments:

  1. Boleh dapatkan pakej diskaun produk Examo di sini >>> http://goo.gl/yztG1a

    ReplyDelete