Tuesday, December 16, 2014

4 Masalah Jantung Yang Utama

JANTUNG dan CoQ10

Otot jantung (cardiac muscle) tidak pernah berehat dan tidak pernah letih. Ia adalah otot yang bertenaga berbanding otot yang lain. Ia berdegup 72 kali dalam masa 1 minit selama 24 saat selagi kita hidup. Jantung mengepam darah melalui 60 ribu miles salur darah di dalam tubuh.

Jika 72 degupan seminit, pada usia anda mencecah 65 tahun, jantung sudah pun berdegup 2.5 billion kali. Organ penting ini amat sensitif kepada paras CoQ10 yang rendah kerana jantung harus mempunyai 10 kali ganda paras CoQ10 daripada organ tubuh lain.

Tisu jantung amat sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Jantung merupakan organ yang paling aktif dalam tubuh dan memerlukan bekalan tenaga yang mencukupi dan berterusan. Tambahan pula, di jantung, banyak aktiviti antioksidan berlaku dan perlindungan yang terbaik daripada molekul antioksidan adalah CoQ10. Oleh sebab itu, CoQ10 mesti menjadi kemestian untuk memastikan jantung anda sihat.

Namun, semakin usia meningkat, semakin berkurangan paras CoQ10. Dan tidak hairanlah mengapa orang yang lanjut usia mudah mengidap penyakit jantung.

Paras CoQ10 yang rendah di tisu dan darah telah dilaporkan menjadi penyebab masalah jantung dan salur darah.

MASALAH JANTUNG

Kegagalan Jantung: ketidakmampuan jantung untuk terus bertenaga dalam melaksanakan tugasnya (mengepam darah) dengan efisyen.

Tekanan Darah Tinggi: ia terjadi apabila jantung mengepam darah dengan lebih laju ke anggota tubuh melampaui kemampuan tenaganya.

Penyakit arteri koronari (saluran darah sempit):  salur darah yang sempit menyebabkan aliran darah ke jantung tersekat. Akibatnya, jantung mengalami kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting untuk mengepam darah dengan betul. Hal ini meningkatkan risiko serangan jantung. Ini juga boleh disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam darah yang menyempitkan arteri

Serangan angina: Sakit dada yang disebabkan oleh jantung yang kekurangan oksigen.

0 comments:

Post a Comment