Sunday, December 14, 2014

Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Resdung

Untuk membantu mengurangkan masalah dan simptom resdung (seperti bersin, hidung sensitif, lebihan lendir dalam rongga muka, jerawat), saya ingin cadangkan korang cuba 3 supplement ni: Alfalfa Complex, Vita-C Plus & Garlic Complex.

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi seperti Vitamin K, A, C, Niasin, Riboflavin, Asid Folik, Kalsium, Magnesium, Zat Besi dan banyak lagi. Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah jenis makanan yang beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid. Selain itu ia boleh membuang toksin dari badan, hati, dan kolon. Alfalfa juga bertujuan untuk melawan alahan yang mana ia memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, penyakit kulit seperti kurap, mengurangkan bau badan dan mencegah jangkitan ulat air dengan berkesan.

Vitamin C pula adalah sejenis vitamin larut air dan tak boleh dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk mendapatkan Vitamin C, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan yang ada. Vitamin C membantu untuk meningkatkan sistem imun badan dan mengawal masalah alahan. Selalunya penyakit resdung ni berkait dengan masalah lain seperti asthma, eczema, dan alahan. Jadi Vitamin C ini secara tidak langsung membantu mengurangkan simptom tersebut. Vitamin C adalah antioksidan yang membantu sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dan membantu sel darah putih untuk menghalang serangan bakteria dan kuman yang boleh menjadi punca kepada resdung.

Garlic adalah antibiotik semulajadi yang selamat dan berkesan. Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang bagi meningkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, jangkitan kulat dan kuman.

Kombinasi ketiga-tiga supplement di atas adalah sangat berkesan untuk membantu mengurangkan simptom penyakit resdung.

Apa-apa pun, kita hanya ikhtiar. Allah juga yang menyembuhkan.

0 comments:

Post a Comment