Monday, December 15, 2014

Amalan Untuk Kulit Kekal Cantik Menurut Ajaran Islam

Sebelum kita mengambil kombinasi vitamin untuk penjagaan kulit agar kekal cantik. Kali ini saya nak berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan menurut ajaran Islam.

Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting, kita istiqomah dalam amalan walaupun sedikit. 

1) Kaedah Pertama:

Amalan ini dilaksanan selepas waktu solat Isya’

⚫Tuang segelas air
⚫Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
⚫Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
⚫Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
⚫Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
⚫Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

2) Kaedah Kedua:

Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.

⚫Ya Badiyah sebanyak sekali
⚫Ya Nur sebanyak sekali
⚫Ya Hadi sebanyak sekali
⚫Ya Allah sebanyak 3 kali
⚫Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

3) Kaedah Ketiga:

Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini:

⚫Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
⚫Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
⚫Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah.

0 comments:

Post a Comment