Penyakit jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, penyakit ini dikenal pasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian tinggi di Kanada.
Malaysia juga tidak terkecuali dan pengambilan makanan yang tidak seimbang disifatkan membuka langkah kepada ramai penduduk negara ini mengalaminya meskipun pada usia muda.
Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda andai keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan keadaan jantung yang sihat.
Ramai yang tak sedar mengenai pengumpulan lemak dalam salur darah, kerana mereka tak ada simptom tertentu. Hanya secara tiba2 saja mengalami masalah salur darah tersumbat. Ini menandakan lemak jahat dah terkumpul di salur darah.
Namun jika kita mengamalkan OmegaGuard ini, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan ia juga mengekalkan kolesterol baik, di samping mengekalkan tekanan darah normal.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
Fungsi EPA:
⚫Mencegah kanser
⚫Mencegah pembekuan darah
⚫Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
⚫Menghindar tekanan perasaan
⚫Mencegah penyakit darah tinggi
Fungsi DHA:
⚫Mencegah asma
⚫Meningkatkan daya seksual
⚫Mencegah sakit kulit
⚫Mengelakkan kanser payu dara
⚫Mengelak kanser prostat
⚫Menghindar daripada migrain
⚫Mengelakkan rasa kebas & sejuk pada kaki dan tangan
0 comments:
Post a Comment