Wednesday, November 26, 2014

Khasiat & Manfaat Utama OmegaGuard

Khasiat & Manfaat Utama OmegaGuard:

1.    ASID LEMAK
Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Maka, tubuh kita memerlukan bekalan asid lemak daripada sumber luaran. Cadangan untuk mengambil supplement yang mengandungi Omega-3 adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

2.    MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, merendahkan risiko tekanan darah tinggi, melicinkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah ke paras normal dan mengurangkan ketegangan di bahagian leher. Ia juga merendahkan paras kolestrol, membantu mengekalkan trigliserida dan kolestrol LDL pada paras yang selamat, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, seterusnya membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

3.    MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI.
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir kehamilan, sewaktu otak janin sedang dibina di dalam kandungan. Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi membantu perkembangan otak bayi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah  penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan, pendengaran dan mencegah migraine.

4.     MENINGKATKAN SISTEM  IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Omega-3 membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia juga membantu dalam membaiki keadaan alahan pada kulit, psoriasis, demam hay, mengurangkan simptom bronkitis, penyakit lelah, dan membantu mencegah hepatitis.

5.    MENENTANG KANSER
      Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu untuk mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6.    MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI
Asid lemak Omega-3 boleh larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh membantu untuk mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Secara tidak langsung, ini dapat mencegah penyakit arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan membantu mengelakkan penyakit gout.

7.    MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.

8.   MEMBANTU MERAWAT DAN MENGURANGKAN KERADANGAN ASTHMA
      Penyelidikan antarabangsa di dalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit Paru-Paru mendapati supplement minyak ikan (yang mengandungi Omega-3) boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran pernafasan. Peningkatan penggunaan ikan di dalam diet harian dan pengambilan Omega-3 secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat penyakit athsma.

0 comments:

Post a Comment