Mengapa OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet (AJHT) & OsteMatrix membantu utk mengurangkan sakit2 tulang & sendi?
1) OmegaGuard
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding daripada mengambil glukosamina sahaja.
Omega-3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.
OmegaGuard sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega-3, berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30-60% Omega-3.
Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini juga bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan.
2) AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:
menyokong keselesaan sendi melalui kesan daripada ekstrak Boswellia. Ujian klinikal mendapati bahawa ekstrak Boswellia ini dapat bertindak seawal 5 hari dan lebih berkesan berbanding jenama terkemuka lain dalam kategori yang sama.
meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamina).
memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).
3) OsteMatrix bukan sekadar pil kalsium. Ianya turut dilengkapi dengan:
magnesium untuk membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.
vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
boron untuk membantu dalam metabolisma tulang.
mangan, tembaga, dan zink untuk mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.