Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Friday, April 17, 2015

Resepi Muffin Pisang Coklat Chip

Jangan jadikan menu sihat kita tu terlalu boring! Sesekali kita ubah sikit2 supaya kita tak bosan. Dengan cara begini, kita sekeluarga dapat menikmati pilihan makanan yang lebih sihat tanpa rasa bosan.

Malam ni saya nak kongsikan resepi mudah untuk buat muffin pisang dengan coklat cip.

Pengalaman menguruskan bisnes pastry kat KL & JB dulu banyak beri saya inspirasi & pengetahuan dalam bab2 membaking ni.

Saya pun kenal ramai kengkawan yang kaki membaking kat umah. Saya pasti korang akan rasa resepi yang saya nak kongsikan ni kacang je! Hehehe...

Bahan-Bahan:

- 1 cup tepung
- 1/2 cup Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
- 1 cup oat
- 2 sudu kecik baking powder
- 1 sudu kecik baking soda
- 1/2 sudu kecik garam halus
- 1/4 cup flaxseed
- 1 biji telur saiz AA
- 2 sudu besar minyak jagung
- 2 sudu besar gula perang
- 1/2 cup + 2 sudu besar susu
- 4 biji pisang, dilenyek
- coklat chip

Cara-Cara:

1) Gaulkan tepung, ESP, oat, baking powder,  baking soda, garam & flaxseed.
2) Di dalam mangkuk yang besar, pukul telur, minyak jagung, gula perang, susu & pisang lenyek.
3) Sedikit demi sedikit campurkan bahan (1) di atas dan kacau secara perlahan.
4) Tambahkan sikit coklat chip sesedap rasa.

Panaskan oven dalam 350 darjah celcius.

Sediakan loyang muffin bersaiz sederhana (16 lubang). Masukkan kertas muffin cup di setiap lubang. Kemudian, scoop bahan2 di atas ke dalam lubang2 loyang. Penuhkan dalam setengah je. Tak perlu letak penuh2. Kang melimpah ruah plak, tak cantik muffin u olls!

Bila oven dah panas, masukkan loyang & bakar dalam 12-20 minit. Rajin2 tengok oven. Kalau rasa2 muffin dah kembang & berwarna coklat keperangan, boleh la keluarkan dari oven.

Tips:
- Gunakan loyang yang jenis non-stick supaya mudah nak keluarkan muffin daripada loyang.
- Tak perlu sapu butter atau minyak kat lubang2 loyang tu, sebab bahan2 tersebut akan mengeluarkan minyak sendiri. Kang berminyak2 plak muffin u olls!
- Kalau takmo guna loyang, boleh jugak guna paper portion atau solo cup.

Bila muffin dah siap, boleh la sajikan terus. Sedap kalau makan masa dia masih panas, especially waktu sarapan pagi.

Selamat mencuba!

Benarkah Minyak Ikan Penting Untuk Kita?

Satu kajian kecil menunjukkan peningkatan pengambilan omega-3 di kalangan remaja boleh berperanan dalam meningkatkan kuasa minda walaupun ketika mereka berada di puncak pusingan kognitif mereka.

Ketika banyak kajian memperbesarkan bermacam-macam manfaat kesihatan omega-3 daripada fungsi kognitif hingga penglihatan dan kesihatan jantung di kalangan orang dewasa, penyelidik daripada Universiti Pittsburgh mendakwa kajian mereka merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan yang memberi fokus kepada kesan asid lemak ke atas remaja.

Dalam kajian tersebut, penyelidik merekrut 13 orang remaja perempuan dan lelaki yang sihat dan berumur antara 18 hingga 25 tahun, yang diminta supaya meningkatkan pengambilan suplemen omega-3 untuk tempoh selama 6 bulan.

“Telah banyak kajian terdahulu dilakukan ke atas orang tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan, meninggalkan kelompok yang unik ini tanpa ditangani,” kata ketua penyelidik, Matthew Muldoon, dalam satu kenyataan.

“Bagaimana dengan tempoh di mana kita berfungsi secara optimum? Bolehkah kita membantu otak mencapai potensi penuhnya dengan mengadaptasi tingkah laku sihat kita di dalam kehidupan remaja kita? Kami mendapati kita sememangnya boleh.”

Sebelum kajian dijalankan, sampel darah dianalisis untuk ukuran asas, dan peserta kajian juga menjalani ujian daya ingatan yang menghendaki mereka mengingatkan satu siri nombor dan abjad.

Selepas enam bulan mengambil suplemen omega-3, peserta menjalani ujian sekali lagi. Menurut penyelidik, hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi di antara peningkatan fungsi kognitif dengan peningkatan pengambilan omega-3.

Sumber makanan yang mengandungi omega-3 adalah termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin dan makerel, kacang soya, minyak flaxseed dan kacang walnut.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA.

DHA dan EPA membantu untuk mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Dalam bahasa yang mudah pengambilan OmegaGuard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Thursday, April 16, 2015

Mengapa Saya Membaca Buku Kesihatan

Hari ni merupakan saya punya offday. Seperti biasa, akan buat sikit kerja2 kat rumah. Then settlekan laundry pada awal2 pagi. Saya suka buat laundry awal pagi sebab by noon, biasanya semua akan kering. Cepat sket kalau nak buat kerja2 melipat baju.

Masa offday juga saya suka pi jalan2. Kalau tak gi jauh2 pun, saya akan pusing2 area bandar Muar je. Gi makan2 kat luar. Saje je nak lapangkan otak.

Selebihnya saya akan berehat puas2 kat umah. Takdelah nak bantai tido sepanjang hari. Saya lebih suka abiskan masa dengan membaca buku2.

Kebanyakan buku saya beli kat kedai2 biasa je. Takyah nak berabis sangat beli buku2 yang mahal2. Kalau kat Muar ni, saya suka beli kat Popular Book Store. Pilihannya lebih banyak & mampu milik berbanding kedai2 buku lain.

Untuk kekal lama dalam bidang jual menjual supplement kesihatan ni, saya perlu tambahkan pengetahuan. Selain buku, saya juga selalu buat rujukan kat suratkhabar, majalah, buku nutrisi & blog2.

Zaman sekarang ni cukup mudah nak cari maklumat. Yang penting kita kena tahu kat mana nak cari, kena kenalpasti sumber yang boleh dipercayai. Jangan la plak dok baca info2 daripada sumber yang meragukan. Nanti lain plak jadinya.

Selain sumber2 bercetak, saya juga kerap berjumpa dengan pakar2 perubatan & kecantikan. Saya tak malu bertanya. Kalau ada kengkawan yang bekerja sebagai doktor, jururawat, ahli farmasi & pakar kecantikan, kita boleh jadikan mereka sebagai rujukan.

Pihak Shaklee pun kerap buat bengkel2 kesihatan. Biasanya mereka akan jemput pakar2 perubatan & nutrisi untuk membantu dealer2. Bengkel & kursus2 begini sangat bermanfaat untuk saya menambah ilmu pengetahuan.

Kepada dealer2 Shaklee yang seangkatan dengan saya, jadilah seorang dealer yang berilmu. Jangan asyik pikir nak menjual je. Jangan kasi info yang kurang tepat kepada pelanggan2 anda. Ini adalah perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Kita tak boleh pandang ringan.

Ilmu adalah milik Allah. Dia hanya pinjamkan kepada kita untuk kita gunakan ke jalan yang baik. Kongsilah ilmu walaupun sedikit. InsyaAllah usaha anda pasti akan mendapat keberkatannya.

Wednesday, April 15, 2015

Shaklee Muar, Shaklee Johor, Shaklee Malaysia

Okaylah fine!

Saya mengaku yang saya ni pengedar sah supplement Shaklee. Saya tinggal di bandar Muar. Branch terdekat ialah di Taman Molek, Johor Bahru. At least sebulan sekali saya akan balik ke JB. Bulan hanya melawat branch Shaklee, tapi nak melawat mak ayah kakak yang tinggal di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Sesiapa yang nak order, saya boleh buat personal delivery, tapi terhad ke area Muar je. Lain2 tempat satu Malaysia, saya akan gunakan perkhidmatan Pos Malaysia, Gdex ataupun Citylink.

Proses Penuaan dan Cara Terbaik Menanganinya



PENUAAN adalah satu proses yang tidak boleh dielakkan. Proses penuaan melibatkan kemerosotan fungsi-fungsi organ dan sistem tubuh secara perlahan-lahan.

Namun, bukan semua orang mengalami proses penuaan yang sama. Faktor genetik, pemakanan, persekitaran dan gaya hidup banyak mempengaruhi kepantasan proses tersebut. Seiring dengan peningkatan usia juga, proses penyembuhan menjadi semakin perlahan.

Proses penuaan adalah lebih daripada sekadar kedutan atau garis-garis kasar pada kulit wajah. Hakikatnya, saintis mengesahkan proses penuaan bermula sebelum kita mencecah alam dewasa. Malah, ia sebenarnya berlaku secara dalaman dan pada peringkat berbilang.

Salah satu peringkat yang menerima kesan penuaan itu ialah pada peringkat selular (sel). Penuaan sel berlaku berdasarkan kepada kekerapan proses replikasi berulang.

Pergandaan setiap sel boleh berlaku sehingga 50 kali. Jadi, pendedahan sel kepada pelbagai faktor termasuk radikal-radikal bebas hanya menjanjikan kerosakan sekali gus mendorong kekerapan keperluan sel melalui proses replikasi.

Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat (AS), Dr. Carsten R. Smidt berkata, proses penuaan biologi bagaimanapun boleh ditangani secara positif dengan mengenal pasti empat mekanisme dalam proses penuaan selular.

Pertama, setiap sel dalam tubuh kita terdedah kepada hampir sejuta ancaman perosak deoksiribunokleik (DNA) yang berpotensi merosakkan genetik DNA manusia. Ia boleh mengakibatkan kerosakan fungsi sel dan jangka hayat seseorang.

"Kedua, kelemahan keupayaan penyelarasan genetik dan kemerosotan penghasilan tenaga di peringkat selular boleh mengurangkan keberkesanan fungsi sel berikutan faktor usia," katanya kepada Kosmo! dalam satu pertemuan di ibu negara baru-baru ini.

Perubahan fizikal

Mekanisme keempat pula merangkumi pengumpulan protein-protein makanan ringan atau lebih dikenali sebagai protein AGE (Advanced Glycation Endproducts). Lebihan protein-protein tersebut dan pelbagai toksin lain boleh menjejaskan kesejahteraan peringkat selular sehingga merugikan manusia dari aspek usia.

Kemerosotan fungsi sel yang terjadi secara beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang. Penipisan rambut, kedutan pada wajah, kemerosotan tahap tenaga dan pertambahan berat badan adalah antara perubahan yang boleh dilihat.

Berita baiknya ialah kajian-kajian saintifik pula membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada faktor usia boleh dicegah dan diperlahankan. Keadaan itu boleh dilakukan menerusi beberapa perubahan ringkas dari aspek gaya hidup dan pengambilan diet.

Malah, para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard dan Institut Penuaan Nasional (NIA), Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan sejenis bahan semula jadi, resveratrol mampu mengimbangi kesan negatif sesuatu diet yang berkalori tinggi.

Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah itu juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular.

Menurut Carsten, pelbagai kajian terkini telah mendedahkan pengambilan diet yang kaya dengan polifenol mampu menggandakan kesan metabolik yang sihat.

Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.

Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine). Buah muskat yang jauh lebih besar daripada anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas.

"Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).

"Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah," jelasnya sambil memberitahu buah muskat cukup popular sebagai anggur nombor satu di AS.

Biarpun biasa ditemui dalam buah anggur dan wain, resveratrol juga terdapat dalam kulit kacang tanah, pokok-pokok pain dan akar-akar tumbuhan tertentu. Ciri-ciri antioksida dalam resveratrol dilaporkan berupaya menyingkirkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dari tubuh.

Penggunaan buah muskat juga pernah direkodkan dalam budaya masyarakat Asia bagi melegakan masalah jantung dan aneka gangguan pada hati.

Melihat kepada khasiat buah muskat, maka tidak hairanlah bekas Presiden AS, Thomas Jefferson turut dilaporkan pernah menanam pokok buah muskat di kediamannya di Monticello, sepanjang awal tahun 1800-an.

Bercerita lanjut, Carsten memberitahu, pengambilan suplemen harian dengan kandungan resveratrol mampu melegakan salah satu daripada empat mekanisme utama selular. Akan tetapi, keberkesanan produk resveratrol akan bertambah baik jika disertakan dengan ekstrak tumbuhan lain seperti polyganum cuspidatum, lobak ungu dan elderberi.

Tumbuhan Japanese knotweed atau polygonum cuspidatum misalnya turut membekalkan sumber resveratrol. Banyak digunakan dalam suplemen antipenuaan perubatan tradisional Cina (TCM), kajian saintis mendapati resveratrol memberi kesan positif kepada prestasi ahli sukan.

"Seperti dalam perubatan Ayurvedik masyarakat India dan TCM, gabungan beberapa jenis sebatian tumbuhan didapati dapat memberi tindak balas lebih baik sesuatu suplemen kepada tubuh," terangnya sambil memberitahu kandungan antosianin dalam lobak merah pula boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Proses penuaan yang sihat juga bermakna tidak mengabaikan beberapa perkara penting. Antaranya pengambilan diet yang seimbang, berhenti merokok, bersenam secara kerap dan meningkatkan pengambilan multivitamin.



Tuesday, April 14, 2015

Apa Yang Saya Suka Dengan Bisnes Shaklee



Sebelum saya mendaftar jadi ahli Shaklee ni, dah beberapa bulan saya cuma jadi pengguna je. Lepas tengok progress Hafez, lepas study business plan Shaklee, lepas cuba sendiri supplement2 jenama ni... baru terbuka hati ni nak daftar jadi ahli. Dan terus pasang niat nak berbisnes.

Saya bukan nak bias sebab saya ni menjual supplement Shaklee. Tapi frankly speaking, supplement2 dia memang berkualiti tinggi. Mungkin mahal bagi sesetengah orang. Tapi apa yang dia dapat in return ialah satu produk yang berkualiti tinggi, berkesan, selamat & halal. Inilah faktor penting yang kita kena consider semasa memilih supplement. Lagipun ada di antara supplement tu boleh bertahan hingga 6 bulan. Jadi, kos yang dibelanjakan untuk sebulan tu idak le mahal seperti yang disangka, betul tak?

Anyway, bila saya melangkah dalam bisnes ni, knowledge saya memang sangat minimum. Saya cuma tahu perkara basic je, samada dari segi info produk, cara marketing, mahupun skill menjual.

Tapi saya banyak dibantu oleh mereka yang berada di sekeliling saya. Dan ini semua saya perolehi hanya melalui handphone. Saya tak pernah ke mana2 kursus atau kelas atau bengkel yang dikelolakan oleh pihak Shaklee.

Saya dibekalkan dengan bahan bacaan yang bagus. Saya mempunyai support group di whatsapp & telegram. Saya juga banyak buat research & perbincangan dengan geng2 bisnes yang lain.

Kami berkongsi maklumat. We support each other. Kami exchange pengalaman. Kami turunkan ilmu kepada mereka yang baru nak menceburi bisnes ni. Dalamasa yang sama, kami masih lagi buka minda untuk absorb ilmu2 baru yang diperturunkan kepada kami.

Group bisnes kami terdiri daripada pelbagai background. Ada doktor perubatan, ada doktor gigi, ada pakar motivasi, ada guru sekolah, ada lecturer, ada guru agama, ada pakar IT, ada pakar pemasaran, ada engineer, ada banker, ada surirumah, ada ibu, ada bapa, ada pelajar universiti...

Jadi informasi yang kami terima tersangatlah meluas skopnya! Masing2 bukan nak tunjuk cerdik, tapi kami berkongsi ilmu untuk sama2 berbincang & gunakan di dalam bisnes ni.

Group kami tak pernah sunyi. Sentiasa ada pemberi maklumat, pencetus idea, pembakar semangat! Kami bersaing secara sihat, agar semua orang maju ke hadapan. Tak pernah sekali saya lihat ada yang memijak rakan bisnes semata2 untuk melonjakkan diri sendiri.

Paling best ialah bonus yang kami terima setiap bulan adalah hasil daripada titik peluh sendiri. Tiada konsep upline amik portion downline. Tiada konsep skim cepat kaya. Tiada konsep pyramid yang mana orang di atas goyang kaki boleh dapat duit, tapi yang mandi peluh ialah orang bawahan.

Siapa bekerja kuat, mereka akan dapat hasilnya. Sehinggakan banyak kes kami jumpa di mana downline potong ranking upline sebab downline tu lebih rajin & proactive.

Kepada rakan2 yang nak cuba berjinak2 dengan bisnes Shaklee ni, saya cadangkan mulakan dengan awal. Lebih awal anda bermula, lebih cepat anda boleh berpencen dengan pendapatan sampingan yang berterusan.

Jangan risau. Sistem bisnes Shaklee ni dah disahkan mematuhi syariah. Dan semua produknya telah mendapat logo halal daripada badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sanggup tak tunggu umur cecah 60 tahun semata2 nak withdraw duit kwsp? Masa tu sihat lagi ke? Berapa banyak duit kwsp yang tinggal selepas tolak2 hutang rumah, hutang kereta & lain2 lagi?

Sunday, April 12, 2015

Bagaimana Saya Menangani Masalah Kolesterol Tinggi



Lebih kurang setahun lepas, masa saya menguruskan restoran, memang mewah dengan makanan yang sedap2. Tengok jelah menu yang ada di restoran kami. Lamb chop, pasta, burger dan steak memang senang nak dapat free. Sebut je... chef akan masak special punyer!

Lebih memburukkan keadaan apabila kami jugak menjual desserts yang marvellous seperti kek, cupcake, muffin, pavlova & ice cream! Pendek kata, dok kat restoran tu saya tak pernah rasa susah untuk carik makan.

Tu tak termasuk tabiat saya yang suka lepak kedai2 makan yang best2 macam jogoya, tony romas, TWG, godiva dan marche. Duit gaji memang abis untuk makaaaaaan jelah! Makan makan makan macam esok lusa dah tak jumpa makanan lagi!

Bukannya tak boleh nak makan lat tempat2 camtu. Tapi saya je yang tak pandai nak kawal diri. Kalau sekali sekala tu, okaylah jugak. Tapi kalau dah tiap2 hari? Tak ke carik penyakit namanya tuh???

Memang carik penyakit pun! Bila check darah kat hospital, kolesterol melambung tinggi! Paras gula pun naik mendadak!

Tau tau je doktor dah prescribed ubat kolesterol. Kencing manis tu belum lagi sbb doktor kasik peluang untuk cuba turunkan sendiri.

Insaf!!!

Memang benar... ada macam2 jenis ubat kita kena makan kalau paras kolesterol tu dah tinggi. Sebelum ni ubat yang doktor prescribe untuk saya ialah gemfibrozil & ubat 'statin' ni. Gemfibrozil kena makan siang & malam, manakala ubat statin makan waktu malam je.

Bagi mereka yang pernah makan ubat2 kolesterol ni, mereka akan faham betapa saya TAKNAK makan ubat jenis ni! Lepas makan je, ada rasa mual2 nak muntah, rasa pedih ulu hati, rasa melayang2 & badan rasa lemah. Mungkin ia adalah sebahagian daripada side effects selepas makan ubat ni.

Saya stop terus ubat statin tu. Saya tak tahan. Saya cuma makan ubat gemfibrozil je. Alhamdulillah dengan kawalan pemakanan, gaya hidup lebih sihat, dan pengambilan supplement2 tambahan yang konsisten, paras kolesterol saya sekarang berada di bawah border line. Paras gula dalam darah pun dah terkawal. Doktor pun dah tak prescribe ubat statin ni lepas tengok result blood test.

Syukur sangat... sebab lepas baca lebih lanjut tentang ubat statin ni, baru saya tahu bahawa ia boleh menyebabkan katarak mata, sembelit atau cirit birit, dan kebas2 pada tangan dan kaki. Lebih teruk ada risiko memory loss, sexual dysfunction & depression! Risiko nak kena kencing manis (type 2) pun makin tinggi!

Betul cakap doktor. Mencegah jauh lebih mudah daripada mengubat. Once dah kena penyakit, barulah sibuk nak carik penawar.

Nasib baik la kebetulan saya ni diperkenalkan dengan Shaklee. Jadi, saya tahu apa yang saya perlu ambik untuk kawal paras kolesterol & gula tu. Saya banyak didedahkan dengan maklumat & nasihat tentang cara pemakanan yang lebih sihat. Kalaulah tak makan supplement2 tambahan, entah apa lagi ubat yang saya kena makan agaknya kan?

Sekarang saya lebih berjaga2. Nak makan sedap2 tu boleh tapi hadkan kepada 2 kali sebulan iaitu masa dapat gaji kerja kat hotel & masa dapat bonus bulanan daripada shaklee. Saya pun lebih suka makan kat umah je. Rajinkan diri buat aktiviti sihat kat umah seperti berkebun, kemas2 umah & buat senaman ringan.

Saturday, April 11, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang NutriWhite Shaklee



Sebenarnya sebelum ni saya ada buat banyak posting tentang produk NutriWhite. Tapi saya cuma letak kat FB je. Bila ada yang bertanya, terpaksalah browse balik posting2 lama nak korek info yang bersepah tu.

Jadi saya compile kat blog ni untuk memudahkan diri saya & pelanggan2 saya.

Saya ni ada banyak pengalaman menggunakan produk2 penjagaan wajah. Sejak zaman belajar kat Uni lagi dah mencuba jenama2 seperti Clarins, Estee Lauder, Kanebo, Guerlain, Kose, SKll, Dermalogica, Body Shop, ZA, Shiseido, Aramis Lab Series... alahai... never ending kalau saya nak senaraikan! Memang muka ni dah jadi platform untuk projek try-test-cuba! Hahaha...

Tapi since saya gunakan NutriWhite ni, saya dah tak bertukar kepada jenama lain lagi. Inilah yang paling sesuai untuk kulit saya yang bermasalah, jenis kombinasi (which makes it very difficult & complicated) & sensitif ni. Lagipun produk ni berkesan, dan mampu milik.

Mampu milik tu bagaimana? Sebab murah sesangat ke? Tak jugak, tapi kalau dibandingkan jauh lebih murah berbanding SKll & Estee Lauder. Apa yang saya maksudkan ialah ianya tahan jauh lebih lama. Saya tak perlu nak replenish setiap bulan. Ada yang dah bertahan lebih 9 bulan!

Sedikit latar belakang tentang Nutriwhite Shaklee:

⚫Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
⚫Mengambil masa 3 tahun untuk pembangunan produk
⚫Pemilihan bahan aktif yang diperolehi dari 16 buah negara
⚫Ujian yang menyeluruh
⚫Gabungan ramuan yang optimum
⚫Mengandungi Vitamin C derivatif (ascorbyl/glucoside)- ramuan yang selamat dan terbukti secara clinical
⚫Mengandungi "Patent-pending WhiteN-16" iaitu campuran daripada 16 nutrien botani yang semulajadi
⚫Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit yang sensitif

Gabungan 16 ramuan botani:

1) Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan kulit.
2) Soybean - mencerah, melembut, melembap dan mengurangkan tompok2 pada wajah.
3) Skullcap - meringankan & mengurangkan keradangan dengan flavonoid.
4) Beech Tree - meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit.
5) Strawberry Begonia - mencerah & mencegah pigmentasi kulit.
6) Mulberry - mencegah kerosakan kulit.
7) Peony - mencerah, melembap dan mengurangkan keradangan kulit.
8) Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan kulit.
9) Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan mengurangkan keradangan kulit.
10) Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones.
11) Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin.
12) Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan kulit.
13) Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalaman.
14) Marshmallow - melembapkan dengan tanin.
15) Seaweed - menanggalkan sel2 kulit yang mati.
16) Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan kulit.

Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee mengandungi:

1. Gentle Deep Foaming Cleanser (Pencuci Muka)
- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Seaweed untuk menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan kulit
- Green Algae untuk menyahtoksin dan melembapkan kulit
- Strawberry Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
- Lembut dan menyegarkan

2. Soothing Radiance Whitening Softener (Penyegar/Toner)
- Melembutkan dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
- Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
- Kudzu menegangkan dan mencerahkan
- Marshmallow melembapkan
- Ianya sangat berkesan dalam memastikan kulit tidak kering
- Mempersiapkan kulit untuk disapukan pelembab
- Menutup semula pori2 yang terbuka setelah mencuci muka

3. Daily Defense Whitening Essence (Pati Esen sebelum menggunakan pelembab)
- Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
- Strawberry Begonia untuk mengimbangkan pigmen kulit
- Soybean untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
- Mulberry untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit yang rosak
- Lembut, ringan dan mudah diserap oleh kulit

4. Ultimate Protection Whitening Lotion (Pelembab Siang)
- Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberry untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari
- Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit
- pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari
- membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
- Mengandungi SPF untuk mengelak kerosakan kulit akibat pancaran UV matahari

5. Overnight Renewal Whitening Cream (Krim Malam)
- Memperbaharui sel2 kulit dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- Scullcap mencerah dan mengurangkan keradangan kulit
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
- Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

6. Gentle Action Makeup Remover (Penanggal Mekap)
- Menjadikan kulit anda lebih bersih, licin, dan lembut
- Tunas Pokok Bic untuk menanggalkan sel mati dengan lembut
- Aloe Vera untuk menyegarkan dan menegangkan kulit
- Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
- Menanggalkan mekap dengan sempurna

7. Spot Whitening Treatment
- Memperbaiki kesan-kesan akibat pancaran matahari seperti jeragat
- Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Licorice dan Peony, yang amat bernilai disebabkan fungsinya untuk mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claw untuk menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus
- hanya perlu disapu sedikit pada kawasan2 yang mempunyai tompok, jeragat & parut jerawat
- disapu selepas menggunakan pelembab

Diharap informasi panjang lebar di atas dapat membantu korang untuk membuat pilihan yang paling tepat & sesuai untuk kulit.

Friday, April 10, 2015

3 Tips Elak Kesilapan Umum Semasa Berdiet



1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:

Pastikan pengambilan makanan yang betul.

– Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat badan anda.

Berdasarkan dari satu survey yang dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam mengira keperluan kalori harian yang ideal.

Sebagai contoh, anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10 kg!

Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh melawat website cekodok.com untuk mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil. Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:

Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah makanan tersebut.

Sebagai contoh semasa anda bersarapan di rumah, suami anda bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi.

Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3 daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari!

Apa yang anda boleh lakukan? Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Sekalipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian membuang tisu tersebut selepas makan pun tidak mengapa.

Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat seperti:

Sayur-sayuran: Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!

Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.

3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di dalam menu di sesebuah restoran:

Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut. Contoh: Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda. Tetapi cuba anda fikir semula.

Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis untuk menambah kesedapannya. Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu mengandungi hampir 900 kalori?

Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.

Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat jumlah kalori makanan mereka!

Thursday, April 9, 2015

Pengalaman Saya Bila Ayah Buat Pembedahan Jantung



Tempoh hari saya call abah. Dia baru balik dari kelas mengaji. Biasanya abah akan tumpang kereta kawan dia untuk ke sana. Bila abis kelas, kawan dia akan turunkan dia kat pondok guard. Abah akan berjalan balik ke rumah. Jarak dari pondok guard ke rumah dalam 30meter. Itu pun dia dah mengadu semput, rasa termengah2.

Ini mengingatkan saya perkara yang berlaku beberapa tahun lepas sebelum abah buat operation jantung. Dia asyik mengadu sakit dada. Nak naik ke tingkat dua & tiga rumah pun tak larat.

Abah selalu mengadu sakit dada. Bila buat kerja2 berat sikit, mulalah dia rasa mengah2 macam orang baru lepas balik berjogging.

Bila check kat hospital, rupanya 3 salur dah tersumbat. Doktor beri kami 2 pilihan:

1) Biarkan je. Tapi ada risiko abah akan kena serangan sakit jantung.
2) Buat operation heart bypass. Tapi oleh sebab abah ada penyakit darah tinggi, ada kemungkinan kecil untuk mengalami komplikasi ketika operation. Risikonya ialah abah mungkin akan mengalami kegagalan buah pinggang, dan strok.

Bayangkan betapa takutnya kami sekeluarga apabila membayangkan abah mengalami strok, lumpuh satu badan & dalamasa yang sama terpaksa ulang alik ke hospital untuk buat dialisis.

Mula2 tu kami bincang, rasa2 macam takyahlah buat operation. Biar jelah abah camtu. Kalau kena strok, kesian pulak dia terseksa tak boleh buat apa.

Tapi doktor beritahu kami bahawa peluang untuk operation tu berjalan dengan lancar ialah 97%. Hanya sebahagian kecil je kemungkinan ianya mengalami masalah.

Jadi kami pun setuju. Beberapa hari kemudian abah ke hospital. Persiapkan diri untuk menjalani pembedahan.

Saya ambil cuti yang agak panjang untuk temankan abah di hospital. Masa abah disorong masuk ke bilik bedah, mukanya nampak tenang. Tapi hanya Allah je yang tahu perasaan dia masa tu. Kami pulak hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan lancar.

Lebih 8 jam abah berada di dalam bilik bedah. Alhamdulillah semuanya selesai. Abah terus dihantar ke wad CCU untuk jagaan rapi. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan masuk untuk melawat pada satu2 masa. Itu pun pada hari kemudiannya.

Di wad CCU, abah demam sekejap. Tapi nurse tu cakap yang perkara ni normal. Biasalah orang baru abis bedah jantung, mesti akan demam punya.

Beberapa hari lepas tu, abah dipindahkan ke wad biasa. Masa ni saya temankan abah di wad. Saya tido di lantai beralaskan toto je. Allah sejuknya wad pesakit jantung ni. Kat kiri, kanan & depan katil semuanya penuh dengan pesakit2 yang sudah selesai pembedahan & mereka yang tengah tunggu turn. Ada jugak mamat yang berumur 35tahun, tengah tunggu turn untuk dibedah. Aduhai seram tengok muka diaorang. Muda2 lagi dah kena bedah jantung!

Sepanjang berada di wad, saya sedih sangat bila tengok abah cuba kuatkan diri untuk bangun makan, ke tandas & menjalani fisioterapi. Tapi will power dia cukup kuat untuk cepat2 keluar daripada hospital tu. Maybe sebab bosan duduk lama2 kat dalam wad. Tak selesa agaknya. Segala yang doktor nasihatkan, dia akan buat walaupun nampak seksa sangat.

Seminggu lepas tu abah dah boleh balik ke rumah. Masa kat rumah, rasa sakit dada kesan kena bedah tu masih terasa. Yelah kan, tulang rusuk kita dibukak, saper yang tak rasa sakit kan?

Abah terpaksa jaga pemakanan & berpantang supaya dia cepat sembuh. Bila tiba masa, dia kena gi hospital untuk buat followup. Mak & kakak saya banyak sangat membantu untuk mempercepatkan proses recovery.

Buat operation jantung bukanlah satu pengalaman manis. Hanya Allah je yang tahu betapa takutnya kami sekeluarga. Apatah lagi si empunya badan. Dan ianya tak menjamin anda akan kembali sihat seperti masa muda2 dulu.

Jantung ni adalah salah satu organ penting kat dalam badan kita. Sementara sihat, sementara mampu, sementara ada kudrat, jagalah ia sebaik2nya. Jangan dah sakit baru kita sibuk nak cari penawar.

Monday, April 6, 2015

Diabetes dan Indeks Glisemik - Apa Kaitannya ?



Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Glisemik?

Indeks glisemik (IG) atau Glisemic Index (GI) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.

Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG.

Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG.

Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.

Apakah makanan yang tergolong dalam kategori rendah, sederhana dan tinggi IG?
IG makanan diberi daripada skala 1 hingga 100.

Apabila nilai IG sesuatu makanan itu semakin tinggi maka semakin cepat makanan itu dapat menaikkan paras gula dalam darah.

Daripada senarai di dalam gambarajah, mungkin anda akan rasa terkejut apabila melihat kedudukan ais krim sebagai makanan rendah IG dan buah nenas sebagai makanan tinggi IG.

Adakah ini bermakna pesakit diabetes digalakkan mangambil ais krim lebih kerap berbanding nenas?

Jawapannya adalah TIDAK. Buah nenas dapat membekalkan tubuh dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan manusia.

Ideanya bukanlah untuk mengelakkan langsung daripada mengambil makanan tinggi IG tetapi ambillah makanan tinggi IG bersama makanan rendah IG supaya hidangan tersebut menjadi sederhana IG

Adakah konsep IG wajib dijadikan amalan oleh pesakit diabetes?

Kajian telah mendapati bahawa diet rendah kalori, penurunan berat badan (untuk mereka yang perlu menurunkan berat badan) dan jumlah pengambilan karbohidrat yang betul dalam sehari merupakan langkah lebih efektif bagi kawalan gula yang lebih baik berbanding amalan konsep IG sahaja.

Amalan pengambilan makanan rendah IG boleh dijadikan salah satu langkah bagi membantu mengawal paras gula dalam darah tetapi konsep ini tidak sepatutnya menjadi strategi utama.

Tips amalan pemakanan rendah IG:

1) Pilih satu jenis makanan rendah IG ketika mengambil snek atau hidangan utama.
2) Makan makanan tinggi IG dalam jumlah yang lebih sedikit dan terkawal.
3) Pilih beras basmati.
4) Pilih roti, bijirin dan pasta gandum penuh (‘whole grain’).
5) Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar berbanding jus atau buah/ sayur dalam tin.
6) Pilih kentang rebus berbanding kentang lecek.
7) Amalkan pengambilan kacang dan lentil seperti kacang kuda dalam diet anda.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Muatan Glisemik (MG) atau Glisemic Load (GL)?

Setakat ini, perbincangan tentang IG tidak mengambil kira tentang saiz hidangan. Muatan glisemik (MG) juga mengukur berapa cepat makanan mengandungi karbohidrat boleh meningkatkan paras gula seseorang tetapi ia mengambil kira jumlah saiz hidangan individu tersebut ambil.

Makanan rendah MG mempunyai nilai 10 dan ke bawah.

Makanan sederhana MG mempunyai nilai 11 hingga 19.

Makanan tinggi MG pula bernilai 20 dan ke atas.

Cara pengiraan adalah seperti berikut :

IG makanan darab jumlah karbohidrat dalam hidangan yang diambil
Kemudian, bahagi 100.

Contoh di bawah mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda.

IG ubi keledek:70 (tinggi IG)
Kandungan karbohidrat dalam ½ cawan:15 g

MG
=70 X 15 ÷ 100
=10.5
≈11 (sederhana MG)

Apakah maksudnya?

Walaupun ubi keledek tergolong dalam kategori tinggi IG, tetapi ubi keledek memberi impak sederhana kepada paras gula kerana MG ubi keledek terletak dalam sederhana MG.

Untuk memahami konsep IG dan MG, mungkin ia perkara yang memeningkan kepala. Jangan risau tentang pengiraan yang ditunjukkan. Anda hanya perlu ingat tips yang telah diberikan di atas.

Mesej penting :

1) Konsep IG dan MG boleh digunakan sebagai langkah tambahan untuk merancang pengambilan makanan anda. Konsep ini tidak seharusnya menjadi konsep utama.

2) Pengambilan makanan yang mempunyai rendah IG tetapi tinggi dengan kandungan lemak perlu dihadkan (seperti pizza) tetapi pengambilan makanan yang tinggi IG tetapi ia juga kaya dengan vitamin dan mineral adalah lebih digalakkan (seperti buah kurma).

Anda harus ingat bahawa perkara yang paling penting adalah pastikan pengambilan diet anda seimbang.

Pegawai Dietetik anda dapat membantu untuk memberi nasihat pemakanan yang terperinci. Sekiranya anda tidak pernah berjumpa dengan Pegawai Dietetik, anda boleh minta doktor membuat rujukan kepada Pegawai Dietetik.

Rujukan:
⚫American Diabetes Association. www.diabetes.org
⚫Brand Miller J, Petocz P, Hayne S & Colagiuri S (2003) Low glycemic diets in the management of diabetes. A meta-analysis of randomized controlled trials. Diabetes Care 26(8): 2261-7.
⚫Diabetes UK. www.diabetes.org.uk
⚫Malaysians’ Dietitians Association (2013). Medical Nutrition Therapy Guidelines for Type 2 Diabetes.

Wednesday, April 1, 2015

Istimewa April 2015!

April ni ramai orang dok bising tentang GST & kenaikan harga barang. Supplement juga tak terkecuali terkena tempiasnya. Walaupun terdapat sedikit perubahan harga, pihak Shaklee amat bermurah hati untuk memberi tawaran yang jauh lebih generous kat kita semua!

GLA Complex
Buy 6 Get 7
Twin pack Get 5% Off

LECITHIN
Buy 6 Get 7
Twin pack Get 5% Off

VITALEA FOR CHILDREN
Buy 3 Get 4

DTX Complex
Buy 3 Get 4

CINCH SHAKE (CHOCOLATE)
Buy 3 Get 4

☕CINCH SHAKE (CAFE LATTE)
Buy 3 Get 4