Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Tuesday, December 9, 2014

Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee



  • Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif.
  • Fitosterol daripada tumbuhan telah diuji secara klinikal melalui 80 kajian untuk merendahkan paras kolesterol LDL.
  • Membekalkan 2000mg fitosterol yang diperlukan oleh tubuh setiap hari, seperti yang disyorkan oleh NIH (Institut Kesihatan Kebangsaan).
  • Natural, bukan diperbuat daripada bahan kimia sintetik. Maka ianya selamat untuk hati, dan buah pinggang kita.
  • Tidak mendatangkan kesan2 sampingan seperti loya, pedih perut, pedih ulu hati & migrain seperti yang saya rasa jika memakan ubat2 kolesterol daripada hospital. Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya.
  • Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan.
  • Diluluskan oleh KKM.
  • Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA), sebuah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM (anda boleh mendapat senarai penuh Badan Islam yang diiktiraf JAKIM melalui Portal Rasmi Halal Malaysia).

Jumlah Kolesterol Yang Ideal Untuk Kita

Lebih banyak kita makan, lebih tinggi jugalah kadar kolestrol yang meresap ke dalam badan kita. Kolestrol adalah pembunuh senyap tanpa kita sedari.

Cuba cek kadar kolestrol diri kita. Berapa kadar 'mg' kolestrol yang kita makan setiap hari?


Kolestrol yang tak terkawal memang berbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tak sedar bahawa kolestrol bermaharajalela dalam badan kita. Tambahan pulak kita tak mampu menolak pelbagai makanan yang best2 di negara kita ni.


Berapakah jumlah kolestrol yang berjaya masuk ke dalam badan kita? 942mg sedangkan saranan pengambilan kolestrol untuk mereka yang SIHAT ialah 300mg sehari. Itu belum lagi kita ketahui jumlah kolestrol yang didapati daripada makanan2 yang lain.

Bagaimana Phytocol-ST Berfungsi

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing untuk mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita. Secara tidak langsung, ini akan merendahkan paras kolesterol LDL kita.

Phytocol-ST Untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Untuk mengatasi masalah kolesterol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol-ST.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol di dalam tubuh.

Fitosterol adalah sterols dan stenols yang terdapat di dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolesterol dalam badan dan apabila kolesterol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (kolesterol LDL) dan akan merendahkan kolesterol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Kandungan sterol dan stenol yang ada dalam sajian harian Phytocol adalah seperti memakan 200 batang lobak merah, atau 70 keping roti gandum, atau 425 biji tomato  setiap hari.

Thursday, December 4, 2014

Panduan Memilih Multivitamin

Terdapat banyak sebab-sebab untuk mengambil multivitamin. Kebanyakan orang gagal memenuhi cadangan diet berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk diet yang ketat, kurang selera makan, menukar keperluan pemakanan, atau kurang memilih makanan yang sihat.

Mengambil multivitamin sekali dalam sehari adalah cara yang mudah untuk mengisi jurang pemakanan kecil. Tetapi susah untuk kita memilih multivitamin yang terbaik di pasaran, kerana terlalu banyak pilihan. Dengan begitu banyak jenama yang berbeza dan jenis untuk dipilih, sukar untuk kita kenalpasti yang mana satu terbaik untuk kita.

Apa yang perlu kita perlu tahu dalam memilih multivitamin?

1) Baca label dengan teliti. Label produk biasanya akan menyenaraikan nutrien yang terkandung dalam setiap hidangan.

2) Dapatkan vitamin dan mineral asas. Kebanyakan multivitamin biasanya termasuk vitamin dan mineral yang berikut:

Vitamin C, B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (Niacin), B6, asid folik (B9), B12, B5 (asid Pantothenic), Biotin, A, E, atau D2 atau D3 (cholecalciferol), K, kalium, iodin, selenium, borat, zink, kalsium, magnesium, mangan, molibdenum, Betacarotene, dan zat besi.

3) Semak peratusan. Secara umum, pilih supplement yang memberikan 100% daripada nilai harian yang diperlukan (DV=Daily Value). Sesetengah nutrien, seperti kalsium dan magnesium, jarang dimasukkan pada 100% kerana pil itu akan menjadi terlalu besar untuk ditelan.

4) Cari multivitamin yang mempunyai formula khas/tambahan. Multivitamin moden boleh didapati dalam pelbagai formula yang bertujuan untuk membantu orang dengan keperluan pemakanan yang tertentu. Antara yang popular ialah multivitamin yang mengandungi zat besi. Ada juga multivitamin yang mengandungi nutrien tambahan seperti antioksidan, ataupun dirumus khas untuk golongan tertentu, seperti vitamin pra-natal.



5) Formula khas untuk lelaki, wanita, dan kumpulan umur tertentu. Ada juga boleh memilih multivitamin yang direka khas untuk umur dan jantina anda, supaya nutrien yang dibekalkan menjadi sesuai untuk anda. Contohnya, multivitamin yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

6) Jangan keterlaluan. Elakkan multivitamin yang melebihi 100% daripada nilai harian yang disyorkan, kerana ia merupakan supplement tambahan kepada nutrien dalam makanan. Sesetengah nutrien, jika diambil dalam dos yang besar, boleh menjadi toksik kepada tubuh kita.

Khasiat Sesetengah Vitamin & Mineral Asas

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja.

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.


Vitamin A
Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan.

Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan.
 
Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah.
 
Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik.
 
Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf.
 
Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

Wednesday, December 3, 2014

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin C


Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri (kecuali la kalau u olls nie spesis arnab), ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, blackcurrants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, dan tomato.