Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Monday, December 15, 2014

Set Kecantikan Kulit

Kulit yang cantik & bersih bermula dengan penjagaan kesihatan dalaman. Bila dalaman kita sihat, secara tak langsung kulit kita pun nampak lebih sihat.

Untuk kecantikan kulit yang asas, pelanggan2 saya gemar order supplement Vitamin C dan Vitamin E. Yang ini memang kita sedia maklum, elok untuk dapatkan kulit yang sihat & cantik. Tapi untuk kesan yang lebih optimum, saya suka mencadangkan agar mereka tambahkan ESP.

Energizing Soy Protein (ESP)

⚫Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
⚫Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
⚫Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
⚫Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru
⚫Formula bebas laktosa, sesuai untuk mereka yang lactose intolerant
⚫Mengandungi indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk mereka yang diabetik & ingin mengawal paras gula dalam darah
⚫Memberikan rasa kenyang yang lebih lama, sesuai untuk mereka yang ingin mengawal berat badan

Vita-E Complex

⚫Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida, menyerikan wajah yang kusam.
⚫Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
⚫Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik
⚫Mempercepatkan proses pemulihan kulit, bagus untuk mereka yang mengalami kulit yang kering
⚫Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
⚫Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit, menghilangkan parut-parut, mengecilkan pori-pori muka
⚫Mengandungi selenium untuk penyerapan vitamin E yang lebih efektif
⚫Mengandungi ekstrak biji anggur untuk kesan anti-oksida, anti-radikal bebas & menjadikan kulit lebih tahan lasak

Sustained Release Vita-C Plus

⚫Anti-oksidan yang berfungsi untuk melindungi unsur anti-oksidan lain
⚫Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan
⚫Melindungi dan membaiki kulit
⚫Bahan utama dalam sintesis kolagen
⚫Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab
⚫Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti tubuh

Amalan Untuk Kulit Kekal Cantik Menurut Ajaran Islam

Sebelum kita mengambil kombinasi vitamin untuk penjagaan kulit agar kekal cantik. Kali ini saya nak berkongsi sedikit amalan yang boleh diamalkan menurut ajaran Islam.

Petua ini telah disampaikan oleh Ustazah Dato’ Dr Fatma El-Zahra untuk kekal awet muda dan cantik mempesona. Kita boleh amalkan kesemuanya atau memilih mana yang kita mahu. Yang penting, kita istiqomah dalam amalan walaupun sedikit. 

1) Kaedah Pertama:

Amalan ini dilaksanan selepas waktu solat Isya’

⚫Tuang segelas air
⚫Bacaan Al-Fatihah dengan sempurna
⚫Diikuti dengan Ayat Qursi sekali
⚫Disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
⚫Disudahi dengan menghembus lembut ke dalam air dan minum.
⚫Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.

2) Kaedah Kedua:

Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah. Niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dan sihat luar dan dalam.

⚫Ya Badiyah sebanyak sekali
⚫Ya Nur sebanyak sekali
⚫Ya Hadi sebanyak sekali
⚫Ya Allah sebanyak 3 kali
⚫Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.

3) Kaedah Ketiga:

Istiqomah dengan membaca ayat-ayat di bawah ini:

⚫Setiap kali lepas subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah.
⚫Sejurus selesai, hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
⚫Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah.

Sunday, December 14, 2014

Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Resdung

Untuk membantu mengurangkan masalah dan simptom resdung (seperti bersin, hidung sensitif, lebihan lendir dalam rongga muka, jerawat), saya ingin cadangkan korang cuba 3 supplement ni: Alfalfa Complex, Vita-C Plus & Garlic Complex.

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi seperti Vitamin K, A, C, Niasin, Riboflavin, Asid Folik, Kalsium, Magnesium, Zat Besi dan banyak lagi. Alfalfa berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah jenis makanan yang beralkali dan boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid. Selain itu ia boleh membuang toksin dari badan, hati, dan kolon. Alfalfa juga bertujuan untuk melawan alahan yang mana ia memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, penyakit kulit seperti kurap, mengurangkan bau badan dan mencegah jangkitan ulat air dengan berkesan.

Vitamin C pula adalah sejenis vitamin larut air dan tak boleh dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk mendapatkan Vitamin C, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan yang ada. Vitamin C membantu untuk meningkatkan sistem imun badan dan mengawal masalah alahan. Selalunya penyakit resdung ni berkait dengan masalah lain seperti asthma, eczema, dan alahan. Jadi Vitamin C ini secara tidak langsung membantu mengurangkan simptom tersebut. Vitamin C adalah antioksidan yang membantu sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dan membantu sel darah putih untuk menghalang serangan bakteria dan kuman yang boleh menjadi punca kepada resdung.

Garlic adalah antibiotik semulajadi yang selamat dan berkesan. Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang bagi meningkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, jangkitan kulat dan kuman.

Kombinasi ketiga-tiga supplement di atas adalah sangat berkesan untuk membantu mengurangkan simptom penyakit resdung.

Apa-apa pun, kita hanya ikhtiar. Allah juga yang menyembuhkan.

Friday, December 12, 2014

Sebab-sebab Anda Perlukan Vita-E Complex Shaklee.


Selalunya bila sebut nak jaga kecantikan kulit, orang selalu kaitkan dengan vitamin C.

Tapi tahukan anda vitamin E pun boleh membantu menjadikan kulit nampak bersih? Tahukah anda bahawa vitamin E juga sejenis anti oksida?

Dan adakah anda tahu yang vitamin E Shaklee berganda ganda lebih baik daripada beberapa jenama supplemen vitamin E di luar sana?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate. Apa yang best tentang vitamin E Shaklee ialah, setiap kapsul ada disertakan lengkap dengan Selenium & Grape Seed Extract (Ekstrak Biji Anggur).

VITA-E DAN SELENIUM

Kenapa nak letak Selenium dalam kapsul vitamin E?

Sebenarnya, vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum. Tanpa selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Selenium juga membantu agar vitamin E boleh bertahan lebih lama di dalam tubuh kita.


PANDUAN MEMBELI VITAMIN E

Makanlah vitamin E yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Ini boleh dilihat pada fakta nutrisi yang terdapat pada botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?

Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E?

Selain untuk kulit, sebenarnya vitamin E ni banyak kebaikan untuk badan kita.
Vitamin E bertindak untuk membantu:
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman pasangan suami isteri
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi


VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR

Vita-E Complex ini diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT untuk menambahkan lagi khasiatnya. Kebaikan kesihatan grape seed extract:
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

Istimewa Bulan Dis 2014

Bulan ni Shaklee bermurah hati buat 3 jenis promosi untuk kita semua.
Set ni memang sesuai untuk kita2 yang nak jaga kesihatan, terutama sekali kesihatan kulit.
Rugi kalau tak grab peluang keemasan nie tau!

Tuesday, December 9, 2014

Keistimewaan Phytocol-ST Shaklee



  • Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif.
  • Fitosterol daripada tumbuhan telah diuji secara klinikal melalui 80 kajian untuk merendahkan paras kolesterol LDL.
  • Membekalkan 2000mg fitosterol yang diperlukan oleh tubuh setiap hari, seperti yang disyorkan oleh NIH (Institut Kesihatan Kebangsaan).
  • Natural, bukan diperbuat daripada bahan kimia sintetik. Maka ianya selamat untuk hati, dan buah pinggang kita.
  • Tidak mendatangkan kesan2 sampingan seperti loya, pedih perut, pedih ulu hati & migrain seperti yang saya rasa jika memakan ubat2 kolesterol daripada hospital. Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya.
  • Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan.
  • Diluluskan oleh KKM.
  • Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA), sebuah badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM (anda boleh mendapat senarai penuh Badan Islam yang diiktiraf JAKIM melalui Portal Rasmi Halal Malaysia).

Jumlah Kolesterol Yang Ideal Untuk Kita

Lebih banyak kita makan, lebih tinggi jugalah kadar kolestrol yang meresap ke dalam badan kita. Kolestrol adalah pembunuh senyap tanpa kita sedari.

Cuba cek kadar kolestrol diri kita. Berapa kadar 'mg' kolestrol yang kita makan setiap hari?


Kolestrol yang tak terkawal memang berbahaya dan boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke. Secara logiknya memang kita tak sedar bahawa kolestrol bermaharajalela dalam badan kita. Tambahan pulak kita tak mampu menolak pelbagai makanan yang best2 di negara kita ni.


Berapakah jumlah kolestrol yang berjaya masuk ke dalam badan kita? 942mg sedangkan saranan pengambilan kolestrol untuk mereka yang SIHAT ialah 300mg sehari. Itu belum lagi kita ketahui jumlah kolestrol yang didapati daripada makanan2 yang lain.