Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Tuesday, December 9, 2014

Bagaimana Phytocol-ST Berfungsi

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing untuk mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita. Secara tidak langsung, ini akan merendahkan paras kolesterol LDL kita.

Phytocol-ST Untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Untuk mengatasi masalah kolesterol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol-ST.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol di dalam tubuh.

Fitosterol adalah sterols dan stenols yang terdapat di dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolesterol dalam badan dan apabila kolesterol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (kolesterol LDL) dan akan merendahkan kolesterol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Kandungan sterol dan stenol yang ada dalam sajian harian Phytocol adalah seperti memakan 200 batang lobak merah, atau 70 keping roti gandum, atau 425 biji tomato  setiap hari.

Thursday, December 4, 2014

Panduan Memilih Multivitamin

Terdapat banyak sebab-sebab untuk mengambil multivitamin. Kebanyakan orang gagal memenuhi cadangan diet berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk diet yang ketat, kurang selera makan, menukar keperluan pemakanan, atau kurang memilih makanan yang sihat.

Mengambil multivitamin sekali dalam sehari adalah cara yang mudah untuk mengisi jurang pemakanan kecil. Tetapi susah untuk kita memilih multivitamin yang terbaik di pasaran, kerana terlalu banyak pilihan. Dengan begitu banyak jenama yang berbeza dan jenis untuk dipilih, sukar untuk kita kenalpasti yang mana satu terbaik untuk kita.

Apa yang perlu kita perlu tahu dalam memilih multivitamin?

1) Baca label dengan teliti. Label produk biasanya akan menyenaraikan nutrien yang terkandung dalam setiap hidangan.

2) Dapatkan vitamin dan mineral asas. Kebanyakan multivitamin biasanya termasuk vitamin dan mineral yang berikut:

Vitamin C, B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (Niacin), B6, asid folik (B9), B12, B5 (asid Pantothenic), Biotin, A, E, atau D2 atau D3 (cholecalciferol), K, kalium, iodin, selenium, borat, zink, kalsium, magnesium, mangan, molibdenum, Betacarotene, dan zat besi.

3) Semak peratusan. Secara umum, pilih supplement yang memberikan 100% daripada nilai harian yang diperlukan (DV=Daily Value). Sesetengah nutrien, seperti kalsium dan magnesium, jarang dimasukkan pada 100% kerana pil itu akan menjadi terlalu besar untuk ditelan.

4) Cari multivitamin yang mempunyai formula khas/tambahan. Multivitamin moden boleh didapati dalam pelbagai formula yang bertujuan untuk membantu orang dengan keperluan pemakanan yang tertentu. Antara yang popular ialah multivitamin yang mengandungi zat besi. Ada juga multivitamin yang mengandungi nutrien tambahan seperti antioksidan, ataupun dirumus khas untuk golongan tertentu, seperti vitamin pra-natal.



5) Formula khas untuk lelaki, wanita, dan kumpulan umur tertentu. Ada juga boleh memilih multivitamin yang direka khas untuk umur dan jantina anda, supaya nutrien yang dibekalkan menjadi sesuai untuk anda. Contohnya, multivitamin yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

6) Jangan keterlaluan. Elakkan multivitamin yang melebihi 100% daripada nilai harian yang disyorkan, kerana ia merupakan supplement tambahan kepada nutrien dalam makanan. Sesetengah nutrien, jika diambil dalam dos yang besar, boleh menjadi toksik kepada tubuh kita.

Khasiat Sesetengah Vitamin & Mineral Asas

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja.

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.


Vitamin A
Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan.

Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan.
 
Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah.
 
Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik.
 
Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf.
 
Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

Wednesday, December 3, 2014

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin C


Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri (kecuali la kalau u olls nie spesis arnab), ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, blackcurrants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, dan tomato.

Wednesday, November 26, 2014

Khasiat & Manfaat Utama OmegaGuard

Khasiat & Manfaat Utama OmegaGuard:

1.    ASID LEMAK
Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Maka, tubuh kita memerlukan bekalan asid lemak daripada sumber luaran. Cadangan untuk mengambil supplement yang mengandungi Omega-3 adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

2.    MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, merendahkan risiko tekanan darah tinggi, melicinkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah ke paras normal dan mengurangkan ketegangan di bahagian leher. Ia juga merendahkan paras kolestrol, membantu mengekalkan trigliserida dan kolestrol LDL pada paras yang selamat, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, seterusnya membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

3.    MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI.
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir kehamilan, sewaktu otak janin sedang dibina di dalam kandungan. Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi membantu perkembangan otak bayi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah  penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan, pendengaran dan mencegah migraine.

4.     MENINGKATKAN SISTEM  IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Omega-3 membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia juga membantu dalam membaiki keadaan alahan pada kulit, psoriasis, demam hay, mengurangkan simptom bronkitis, penyakit lelah, dan membantu mencegah hepatitis.

5.    MENENTANG KANSER
      Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu untuk mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6.    MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI
Asid lemak Omega-3 boleh larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh membantu untuk mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Secara tidak langsung, ini dapat mencegah penyakit arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan membantu mengelakkan penyakit gout.

7.    MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.

8.   MEMBANTU MERAWAT DAN MENGURANGKAN KERADANGAN ASTHMA
      Penyelidikan antarabangsa di dalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit Paru-Paru mendapati supplement minyak ikan (yang mengandungi Omega-3) boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran pernafasan. Peningkatan penggunaan ikan di dalam diet harian dan pengambilan Omega-3 secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat penyakit athsma.

Kenali OmegaGuard

Sedikit pengenalan tentang OmegaGuard:

1) Nama: OmegaGuard.
2) Kandungan Sebotol: 90 Kapsul
3) Dos Harian Yang Dicadangkan:
  • 1 kapsul selepas makan tengahari,
  • 1 kapsul selepas makan malam.
4) Setiap kapsul membekalkan:
  • Asid Lemak Omega-3 = 330mg,
  • EPA = 180mg,
  • DHA = 120mg.

5) Interaksi Kepada Ubatan:
  • Mungkin terdapat interaksi bersama ubat pencair darah (Warfarin, Heparin). Sila dapatkan nasihat doktor jika anda ada mengambil ubat tersebut sebelum mengambil OmegaGuard Shaklee.

Keunikan OmegaGuard berbanding supplement minyak ikan lain:
  • Shaklee OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine, mackerel, herring, anchovies) yang diperolehi dari perairan negara Jepun.
  • OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan (fish liver oil).
  • Berbanding dengan produk minyak ikan lain, OmegaGuard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak semulajadi termasuk EPA, DHA, dan ALA.
  • Satu sajian 2 kapsul OmegaGuard dapat membekalkan 660mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
  • Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 
  • Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan OmegaGuard.
  • OmegaGuard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi, sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri sangat toksik.