Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Monday, October 6, 2014

Kojiro's Back Yo!!!

#selfieoftheday
LOL!


Hari nie kami amik Koji dari klinik. Hepinyer dapat Koji balik! Tapi bila tengok kaki dia & cara dia berjalan terjengkot2 tu, rasa kesian sangat...


Seram tak tengok kaki dia terpeleot camtu? Merah2 tu lagi nampak menyeramkan, kan? Tapi takder apa pun. Cuma bulu takder kat area situ jer, nampak kulit dia yang kemerah2an tu.

Tapi bila Koji duduk, nampak taklah seteruk mana. Hopefully Kojiro boleh recover secepat yang mungkin. Buat masa ni, doktor kasi 2 jenis ubat je: anti-inflammation & vitamin.


Seminggu lagi doktor nak jumpa Koji lagi skali. Koji jangan nakal2 okay! Jangan nak lasak sangat okay! AWAS kalau ko nak melompat2 lagi!!!

Sunday, October 5, 2014

Laksa Johor untuk Hari Raya Haji

Alhamdulillah... hari raya Aidil Adha dah pun berlalu. Cemana sambutan perayaan korang semua?

Saya sekeluarga menyambut secara sederhana jer. Tahun nie mak saya bergabung tenaga ngan maklong & makcik saya untuk masak laksa Johor. Korang pernah makan laksa Johor yang authentic tak? Tau cemana ghupernya? Haa... camnie...


Nampak macam senang je kan? Tak banyak bahan. Tapi nak membuatnya tu kemain la remeh. Especially part nak buat kuah dia yang pekat tuh! Macam2 khazanah rasanya ada kat dalam kuah tu.  Nak buah kuah dia pun amik masa dalam sehari suntuk. Nak siapkan condiments nya pulak amik masa lagi sehari. Boleh pengsan taw!

Yang penting, segala penat lelah they olls memang berbaloi sangat! Rasa laksa Johor nie memang kebaboom!

Kalau nak tau resepi, nanti saya cuba korek2 rahsia daripada maklong saya okay! Kalau dia tak kasi, korang jangan marah plak! Hahaha...

Friday, October 3, 2014

Kek Bogel Victoria

Ari nie we olls pi mengantor kek yang sorang kakak nie order. Kakak nie kawan member saya Linda, dia stay kat area Bukit Aliff, JB.

Namanya kek nie Victoria Sandwich Cake...


Terliur ke tidak? Hahaha...

Ini merupakan kali pertama we olls buat kek jenis macam nie. Saya tak tau kenapa orang suker makan kek nie. Mungkin sebab kek2 jenis yang macam nie kurang manis berbanding kek2 yang banyak krim. Kalau ikutkan, kek nie simple jer... cuma vanilla cake, layered dengan cream cheese & strawberry sauce. Atas dia we olls letak cream cheese & buah strawberry Driscolls.

Kalau kat negara2 omputeh, kek jenis yang simple macam nie memang popular & dah biasa orang buat. Orang kita2 nie jer yang lebih sukakan kek yang berwarna-warni-penuh-krim-banyak-cokelat-dan-buah2an-macam-kek-rojak!

Apa2pun, ini bukanlah salah satu kek specialty kami berdua. Kami lebih gemar buat cheesecake. Kalau boleh nak jual cheesecake jer! Hehehe... manalah tau kalau ada rezeki nak bukak kedai kek kat mana2 nanti kan? We olls plan nak jual cheesecake jer, tapi saiz yang lebih kecik, mungkin sebesar tapak tangan.

Hmmm... kalau bukak kedai jual cheesecake, apa nama kedai yang paling unik & sounds sexy, eh? Ada cadangan?

Thursday, October 2, 2014

Kisah Kojiro Yang Patah Kaki & Gigi

Kesian la anak bulus saya yang sekor nie.


Sebelum nie masuk wad sebab kena batu karang. Sekarang nie pulak masud wad lagi skali sebab patah kaki. Koji oh Koji... ada2 jer ko nie kan?

Kelakar jugak bila pikir cemana dia patah kaki. Kalau kucing biasanya patah kaki bila jatuh dari tingkat tinggi, ataupun kena langgar kereta. Ada jugak yang patah kaki sebab kena pukul (eee... kejamnya manusia macam nih!!!). Tapi si Kojiro nie patah kaki seba tergelincir daripada mesin basuh! Haa... tu la! Badan tu gemok sangat sampai nak melompat pun tak larat!

Korang semua jangan gemok macam nie okay! Gemok2 nie bukan setakat tak sihat, tapi mengundang banyak penyakit lain, especially bila tua nanti. Sakit kaki, diabetes, sakit jantung... aahhhh... macam2 lagi ler!

Semalam kononnya nak gi amik Kojiro. Patutnyer dah boleh discharge. Tup tup doktor telepon, beritau kitaorang yang si Kojiro nie dok gigit2 bandage yang doktor tu dah balut kat kaki dia, sampaikan bandage tu tertanggal! Kalau bandage jer tertanggal, takperlah kan? Ini tidak... dengan gigi-gigi dia skali tertanggal!!!!

Nak ketawa pun ada jugak. Tapi lebih kepada kesian. Yelah, manalah si Kojiro nie tau. Dia kan binatang. Bendasing2 kat badan memang dia tak suker. Sedaya upaya dia akan cuba tanggalkan, walaupun dah pakai e-collar! Terror kan? Haaa... terlebih terror sampai dua2 gigi taring kat bawah tu dah takder! Caner tuh?! Nampak sangat kekurangan kalsium kan? Tulang & gigi mudah patah, walaupun umur baru 7 tahun! Alahai anak bapak...

Aiyooo... kaki patah, gigi dah takder... jadinya apa yang tinggal? Nasib baik la bulu kat badan tu melekat kat kulit. Kalau tidak, dah lama jugak ko togel kan?

Oleh sebab mulut dia masih lagi membengkak & doktor tak berani nak lepaskan dia lagi, so terpaksalah duduk wad sampai ke Isnin depan.

Apa2pun, ini bahagian dia. Kita manusia yang membelanya kenalah bertanggungjawab. Sama jugak kalau kita ada anak sendiri. Bela la elok2, jangan harapkan orang lain pulak yang nak membela anak2 korang yer! Nanti bila diaorang dah besar, melawan cakap, jangan korang nak pukul pulak! Hahaha... salah siapa? Salah sendiri la!

Anyway, untuk ibu2 yang ada anak tu, kalau anak korang jenis yang memilih makanan, ataupun terlalu kurus, ataupun terlalu obes, ataupun jenis yang susah nak makan sayur & makanan2 yang sihat, boleh la cuba Shaklee Meal Shakes nih.


Meal Shakes nie sejenis minuman yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan serat... sesuai untuk anak2 u olls. Lebih kurang macam multivitamin jugaklah, cuma dalam bentuk minuman yang jauh lebih sedap & mudah nak makan. Budak2 kecik memang suker giler ngam Mela Shakes nih.

Bulan nie ada promosi Beli 3 Percuma 1!!! Haaa... JIMAT kan? Bila lagi Shaklee nak kasi free benda2 berkhasiat macam nie lagi kan? Bulan2 depan mungkin promosi yang lain pulak. So, sementara promosi nie masih ada, cepat2 la simpan stok banyak2 kat umah kay!

Korang sihat, anak2 korang pun kenalah sihat jugak! Jangan jadik macam Kojiro kay! Hehehe...

Wednesday, October 1, 2014

Dia Berbau Vanilla; Menaikkan Nafsu Ramai Orang

Salah satu sebab saya suka sangat Shaklee ialah beberapa supplement yang boleh dijadikan minuman yang lazat. Dah la sedap, berkhasiat pulak tu. Memang baik untuk menjaga kesihatan kita sepanjang hari.

Energising Soy Protein (ESP) ialah salah satu supplement Shaklee yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Peminat-peminat ESP akan sentiasa ada at least 2 tin ESP di rumah mereka.

Bulan puasa yang lalu, boleh dikatakan hari-hari housemate saya, Hafez berbuka dan bersahur dengan ESP. Macam dah ketagihan, hehehe.

Beliau menjalani ibadah berpuasa dengan penuh tenaga sampaikan beliau kata,  "macam mengelat pulak sebab puasa kali ni langsing tak letih".

Apa yang membuatkan ESP unggul dalam memberi tenaga (energise) kepada pengguna ialah kandungan nutrisi bagi setiap hidangan. Rujuk poster Hafez ni untuk tahu lebih lanjut:


ESP berbau vanilla lembut menaikkan nafsu makan sesiapa saja yang merasa. ESP juga sangat versatil. Senang nak dipadankan dengan macam macam buah. Ni saya kongsi resepi berasaskan ESP daripada Hafez.


Eksotik kan! 

Sila cuba resepi ni, sangat lazat dan menyegarkan.

Kalau takde ESP dan nak cuba setin dua, boleh la hubungi saya di 019-3753414. Whatsapp atau mesej pun boleh kalau malu malu kucing.

Saturday, September 27, 2014

Kojiro Patah Kaki

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua!

Apa plan korang weekend nie? Bila scroll2 newsfeed kat FB, ramai kengkawan saya yang kerja BNM sibuk dengan family day. Ada jugak yang tengah menuju ke endau rompin untuk teambuilding. Seronoknya korang kan! Apa2pun yang korang buat, i wish u olls have fun & jangan over sangat bersuka ria tuh! Saya kat sini tengah jelezx100!... heheheh

Semalam & hari ini merupakan hari yang sangat mencabar buat saya & Hafez. Anak kesayangan Kojiro mengalami kecederaan lagi. Kali nie kaki dia pulak yang patah, sebab tergelincir masa nak panjat mesin basuh kat belakang umah. Masa tu saya tengah basuh baju. Agaknyer masa tengah drain air keluar dari mesin, time tu dia pun nak melompat ke atas mesin basuh. Agaknya kaki dia tengah lencun kena air yang keluar dari mesin. Tetiba... we olls dengar bunyi... gedebuk! Pastu dengar bunyi Kojiro mengiau kuat sangat kat belakang, sayu jer bunyinya. Bila bukak jer pintu belakang, dia terus meluru masuk umah dengan kaki belakang yang terhenjut2.

Hurrm.... ada2 jer la kau nie Koji! Lepas satu ke satu kan? Kesian sangat tengok dia semalam. Kami berdua tak sampai hati tengok dia monyok macam tuh. Nak jalan pun susah. OKU sesangat!

Tengahari tadi kami nak bawak dia gi klinik haiwan. Oleh sebab kaki dia tu memang tak kuat nak berjalan, saya pun konfiden la dukung dia ala2 bawak baby. Tapi bila tiba je kat area parking kereta, berdesup dia melompat & lari lintang pukang! Laju pulak tuh! Jenuh la saya dok mencarik kat mana dia sembunyi. Last2 terjumpa kat lubang bawah tangki air. Aduhai... dengan kaki yang terhenjut2 tue, laju pulak ko memecut kan? Sabar jelah!

Saya pun terik dia, tangkap badan dia & terus bawak balik umah. Sampai jer kat umah, terus masukkan dia ke dalam carrier.



Masa kat klinik, vet tu check2 kaki dia yang tempang tu. Elooooook jer dia dok diam2 kat atas meja tu. Eeeee... depan doktor kemain lagi ko behave kan? Doktor tu pegang2 kaki dia, sikit pun dia tak menjerit! Kalau kitaorang nak pegang, pantas jer mulut dia nak menggigit! Mengada taw!

Vet tu cakap kaki dia patah, tapi tak la teruk sangat. Paling2 pun dia cuma akan balut dengan bandage untuk limitkan pergerakan kaki Kojiro, supaya tak jadi lebih teruk. Tak teruk pun, kena jugak duduk wad 2-3 hari. Sigh! Masuk wad lagi!

InsyaAllah Isnin depan kami dah boleh amik Kojiro. Cuma bandage tu masih belum boleh dibukak. Maybe after 2 minggu baru boleh ditanggalkan.

Masa borak2 dengan doktor tu, dia kata kemungkinan besar tulang Kojiro nie dah tak kuat. Maklumlah umur dia dah 6 tahun, bersamaan 40 tahun umur manusia. Ini adalah salah satu tanda kekurangan kalsium yang penting untuk tulang. Mungkin masa kecik2 dulu dia tak dapat hisap susu mak dia puas2 agaknyer. Bila manusia yang bela, paling kuat pun kami beri minum susu segar dalam kotak. Tetap takkan sama dengan kebaikan susu ibu, betul tak? Sebab tulah penting kita kasi dia makan benda2 yang berkhasiat. Bila dah tua, tak la banyak sangat meragam kan?

Kita nie pun sama jugak. Masa muda2 nielah kita kena jaga pemakanan kita. Pastikan kita mendapat nutrien yang secukupnya. Kalau korang pergi buat checkup kat klinik ataupun hospital, ada alat untuk kita check bone density, untuk kita tengok tahap kekuatan tulang kita. Kuat ker tidak? Kalau tulang jenis yang rapuh, eloklah amik supplement yang boleh membantu untuk menguatkan tulang. Better late than never!

Anyway, Shaklee ada 3 jenis supplement yang bagus untuk kekuatan tulang & sendi:

1) OsteMatrix
2) Advanced Joint Health Tablet
3) Omega Guard

RM61 (harga non-member); 120 biji

RM124 (harga non-member); 60 biji

RM136 (harga non-member); 90 biji

Kombinasi ketiga2 supplemet nie memang bagus untuk menguatkan tulang & sendi2 kita. Lebih elok kalau kita makan sekarang. Kalau nak tunggu bila tulang dah reput, baru nak amik supplement, then lambat la sikit kan? Semakin kita meningkat usia, semakin lambat proses pembaharuan sel2. Nanti bila umur dah menjangkau 50-an, mula la sakit2 lutut bagai.

Kalau korang ada mak ayah yang sakit2 lutut & pinggang tu, boleh la cuba berikan mereka supplement2 nie. Memang bagus sangat untuk diaorang. Kalau rasa harganya mahal, bolehlah mendaftar jadi ahli untuk dapat harga yang jauh lebih murah. Lagipun kita nak beli supplement nie selalu, bukannya nak beli sekali seumur hidup kan? Kalau kita tengok jumlah biji/kapsul yang ada kat dalam sebotol tue pun, kita boleh agak benda nie boleh bertahan lebih daripada 2 bulan, bergantung kepada cara pemakanan kita & tahap keperluan masing2.

Okaylah u olls. Saya nak pi sambung basuh baju yang tertangguh semalam tuh. Nanti kalau ada kelapangan, saya akan menulis lagi kay!

Till then, have a great weekend!!!

Friday, September 26, 2014

Resepi Ayam Panggang & Salad

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu U Olls!

Korang semua apa khabar? Harap2 sihat la yer. Saya pun sihat jugak... Alahmdulillah. Cuma hujung2 bulan nie agak bz sket ngan kerja2. Seperti biasa, time2 hujung bulan nie ramai orang yang tempah kek. Tak kurang jugak orang yang dok order barang2 Shaklee daripada kami. Thank you so much for your neverending support! Haaa... takut tak saya guna perkataan 'neverending' tue? Hahaha...

Mungkin ramai yang dah tahu, saya & Hafez sekarang nie ada 2 job. Pertama kat Kafe Amben & yang kedua kat Shaklee. Dua2 nie memang priority kami. Takder mana2 yang lebih pun. Sebab tulah kami cuba yang terbaik untuk buat dua2 kerja nie secara bersungguh2. Cuma kadang2 tue memang sangat2 exhausted. Especially bila balik dari buat kek, sambung pulak buat kerja2 Shaklee kat umah. Kat umah nie pulak, banyak kerja2 lain yang menunggu kami spt memasak, kemas umah, cuci pakaian, etc. Jadi memang memenatkan.

Kalau zaman dulu2 rasanya tak mampu nak jadik superhuman macam nih. Alhamdulillah sejak amik Shaklee nie, walaupun kerja daripada 7 pagi sehingga 12 tengah malam, masih lagi bertenaga. Yang penting, kita kena konsisten makan supplement & amalkan pemakanan yang sihat.

Kami memang tak punya banyak masa nak sediakan makanan yang hebat2 macam orang lain. Nak gi makan luar tiap2 hari pun tak la mampu lagi. Gaji pun bukannyer meletup2 sangat. Masak kat umah jelah yang paling sihat & menjimatkan. Mana yang mudah & sihat, itulah yang kami akan masak.

Contohnya ayam panggang & salad nie. Nie memang dah jadik signature dish kat umah nie. Bukannya apa, tapi ianya mudah nak disediakan, sihat, tak perlu menggoreng, dan yang penting rasanyer sedap!

Sabar eh, gambar nie senget la plak... hehehe
Oleh sebab ramai yang mintak resepi, jadi saya nak share sikit la kat sini. Resepi bodoh2 jer nie...

Untuk ayam panggang tu:

Bahan-bahan:
1) Ayam bahagian thigh & peha
2) Cajun spice (ada jual kat jusco/tesco)
3) Sikit garam
4) Kentang kulit nipis

Cara-cara:
1) Gaulkan ayam & kentang tu dengan cajun spice & garam
2) Perap dalam 30 minit
3) Panggang 30-40 minit
4) Dah pun siap! Mudah jer kan? Hahaha....

Untuk salad pulak:

Bahan-bahan:
1) Salad campuran ready made yang jual kat supermarket (saya amik jenis garden salad, yang dah tripled washed)
2) Ceri tomato
3) Buah anggur tanpa biji
4) Thousand island sauce

Cara-cara:
1) Basuh dulu ceri tomato & buah anggur
2) Gaulkan semua sayuran & buah2an tadi dengan thousand island sauce
3) Voila! Salad pun dah siap!

Haaa... senang ke tidaaaak? Kalau korang masih kata susah, memang nak kena bantai taw! Hehehe...

Anyway, semalam hari gaji buat kami berdua. Sekali sekala tu teringin jugak nak treat ourselves pi makan tempat yang best2 kan. Lepas jer beli barang kat branch Shaklee, kami pun menuju ke Jln Dhoby.

Hmm... kalau dulu2 jalan nie tempat ramai maknyah cikcur. Tapi sekarang nie dah upgrade u olls! Dah jadik kawasan tumpuan pelancong! Night life sini memang hidup sangat! Banyak kedai2 yang 'hip' & trendy. Banyak jugak restoran2 yang cool. Memang trend masakini. Sebelah malam pulak tempat nie ada flea market. Memang ramai giler orang. Macam2 ada jual kat area sini. Orang panggil 'pasar karat'. Tak tahulah kenapa dipanggil pasar karat.

Tapi banyak2 restoran kat area nie, yang menarik minat kami berdua ialah The Ice Cream Project & IT Roo.

The Ice Cream Project nie rasanya baru jer bukak. Kedai dia memang cantik. Memang kami suker kedai dessert yang macam nie. Cool & hip gitew! Yang penting, ice cream they olls memang kebaboom sedap! Dia buat ice cream yang korang order tu on-the-spot! Walaupun semangkuk harganya RM14, tapi memang berbaloi sangat! Kami order dengan susu & butter cookies. Cookies dia pun sedap jugak! Kalau korang ke JB, tempat nie memang highly recommended!


Lepas berdessert, baru kami nak gi dinner (terbalik plak kan? dessert dulu then dinner! hahaha). Kali nie kami ke IT Roo. Dah banyak kali dengar kengkawan gi makan kat sini. Katanyer 'the best chicken chop in town!'. Betul ke tidak? Jom kita try!


Verdict? Boleh tahan laaa... we olls still rasa Cupcake Chapter punyer chicken chop 5 kali lebih sedap! Hahaha... bukannya bias, tapi memang betul pun. Mungkin sebab harganya pun tak la mahal sangat macam kat CC, belasan hengget jer untuk 1 hidangan. So, takleh la nak expect dia sedap cemana kan? Mungkin IT Roo fokus kepada volume pelanggan yang datang kat sini.

Apa2pun, bila balik jer umah ada sorang budak tue muntah2 macam terkena keracunan makanan.

Hmmm... bila pikir2 balik, kemungkinan besar mushroom sauce yang dia makan ngan chicken chop tuh. Saya amik blackpepper sauce, tak plak terasa mabuk2. Tapi memang betul la. Kalau kita nak sediakan mushroom sauce, kena make sure kita pilih mushroom yang segar & basuh bersih2 sebelum memasak. Coz ada sesetengah orang memang 'kalah' dengan mushroom yang kurang segar.

Okaylah... saya nak sambung buat laundry nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

Bye!!!