Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Monday, September 15, 2014

Khas Buat Mereka Yang Takder Akaun Facebook

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua!

Mungkin ramai yang amik cuti ari nie kan? Yang mana bercuti tu, have fun okay! Yang mana terpaksa kerja tu, banyak2 la bersabar yer dek non! hehehe. Saya pun kerja jugak nih.

Ari nie saya ada kursus keusahawanan anjuran FAMA. Dia buat kursus kat Hotel Seri Malaysia. Alaaa... hotel biasa2 jer u olls! Kat JB nie pun bukannya banyak hotel 5 bintang macam kat KL ataupun Singapore tuh. Lagipun hotel nie murs2 untuk orang gomen buat kursus. Nak ikut saranan PM untuk save bajet ler tew!

Kursus nie cuma 1 hari jer. Dia jemput kami coz kami dah berdaftar dengan kelab My AgroSis, satu kelab lepasan ijazah/diploma yang berminat nak ceburkan diri dalam bidang perniagaan. Semoga kami berdua mendapat banyak manfaat daripada kursus nie. InsyaAllah.

Esok cuti umum kan? Apa plan korang? Saya mungkin berehat2 kat umah jer. Awal2 pagi esok saya kena hantar kek kat Chamek Kopitiam. Then mungkin balik umah & buat kerja2 yang berkaitan dengan Shaklee. Maklumlah, bisnes tengah baru nak naik. Kenalah korbankan sikit waktu berehat demi masa depan yang lebih cerah. Korang semua doakan saya supaya berjaya okay! Sayang korang ketat2!!!

Owh.. citer pasal Shaklee nih... saya baru dapat tau yang ada pembaca blog saya yang takder akaun FB. Jangan terkejut, ini kisah benar yer! Yelah, mungkin dia memang taknak buat akaun FB. Ataupun pernah ada akaun FB, tapi dah tutup atas sebab2 tertentu. Tu semua saya tak kisah, saya respect pilihan masing2.

Cuma mungkin ada beberapa poster tentang produk2 Shaklee yang golongan ini ketinggalan. Kebanyakan poster memang saya upload kat FB. So, kat sini, saya nak upload beberapa poster buat mereka. Korang2 yang dah pernah tengok kat FB tuh... harap bertabah sikit yer. Kalau nak baca sekali lagi pun, dipersilakan...

Buat masa ni, saya nak upload poster2 tentang produk Vivix jer dulu. Poster2 yang lain tu mungkin di waktu yang akan datang. Kalau tak nampak tulisan tu kecik sangat, korang boleh klik kat gambar tu, nanti dia enlarge. Pastu save ler.

(credit kepada Hafez, pemilik sebahagian besar poster2 di bawah)

Perbandingan antara Vivix dengan beberapa produk anti-penuaan di pasaran

Vivix mengandungi kandungan anti-oksidan yang jauh lebih tinggi

Bahan2 utama di dalam Vivix

Kelebihan-kelebihan Vivix

Vivix sangat elok untuk pelbagai jenis penyakit

Bagaimana Anggur Muscadine membantu sebagai agen anti-oksida

Dos pengambilan Vivix setiap hari

Kenapa Anggur Muscadine amat penting untuk tubuh kita

European Elderberry merupakan salah satu rumusan Vivix
Okaylah, cukup untuk hari nie. Nanti saya tulis lagi kay! Kalau nak contact saya, no telefon saya akan kat sebelah kanan blog nih. Jangan malew2 kay! takmo beli sekarang takper, kita boleh story2 dulu. Bila ada rezeki lebih nanti, bolehlah beli ngan saya yer!

Selamat bekerja!!!

P/S: Alamat blog nie, kalau korang nak share/emailkan kat kengkawan lain pun boleh. Mungkin informasi2 kat dalam nie berguna buat mereka.

Sunday, September 14, 2014

Kisah Sedih Makan Dessert KFC

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua!

Haaa... korang mesti tak senang duduk sebab saya tak update blog semalam kan? Rindu kan? Kan? haaaa... cakap betul2! Tetiba bajet ramai orang baca blog nie kan? hehehe...

Sebenarnya lately saya busy sket ngan kerja, ngan mak ayah, ngan Kojiro, especially ngan bisnes Shaklee yang semakin booming nie (giteeewww)... Takder masa nak menulis. Ni baru ada masa terluang sikit nak citer...

First of all, Jumaat lepas selain membaking kat kedai, we olls bergegas pi carik tempat untuk renew roadtax & insurans kereta. Baru teringat yang roadtax mati 9 September lepas! hahaha... nasib baik la takder apa berlaku. Kalau tak, naya jer kan?! Kat area sini, susah plak nak cari kedai yang ada buat servis MyEG. Nak gi buat kat bank, leceh la plak. Malas nak pi bank, carik parking, amik nombor, tunggu sejam dua... masa itu emas, so kami nak buat kat tempat yang menjimatkan masa jer!

Pusing2 area Masai nie, jumpa jugak satu kedai Kurnia Insurance. Kecik jer kedai tuh, macam hidup segan mati tak mau. Yang jaga kedai tu pulak sorang kakak yenna yang very the slow motion. Aiyoyoyo amma! Boleh gerak cepat sikit tak, kakak? Oleh sebab tak banyak pilihan, we olls proceed jelah buat kat situ. Lepas solat jumaat kitaorang jumpa kedai dia. Nak tau siap kol berapa? Kol 4.30ptg kau! haaa... hamek kau! Nak cepat sangat kan? Padan muka! hahaha...

Apa2pun, roadtax kereta dah pun settle. Boleh la buat drift kat jalanraya tanpa was-was... gitew kan!

Lepas settlekan kereta, we olls terus ke branch Shaklee, nak beli beberapa lagi barang yang customer order. Alhamdulillah... tengkiu so much kat semua kengkawan yang sudi beli daripada kami berdua. Especially mereka yang sudi mendaftar untuk jadi menjadi ahli Shaklee. InsyaAllah yang ahli2 nie, saya akan cuba yang terbaik untuk beri servis tiptopkebaboom kat korang! Rajin2 la membeli barangan Shaklee ya! Kita sama2 menuju ke arah gaya hidup yang lebih sihat!

Masa gi branch tu, saya tertarik dengan salah satu produk on-display kat situ...


Namanya 'Get Clean Water'. Benda nie berfungsi untuk filter air paip menjadi air yang selamat untuk terus diminum. Tak perlu dimasak! Haaa... kalau korang ada masalah nak install water filter yang beriban2 kat umah, ataupun ada masalah kemalasan nak memasak air guna cerek, boleh beli yang nie jer! Lagipun bentuk 'pitcher' tu memang sesuwai, boleh terus guna & mudah nak dibawa ke mana-mana. Kalau korang gi camping ke, gi bercuti2 ke, gi pindah umah ker... takyah susah2 nak panggil orang untuk bukak & reinstall water filtration system. Get Clean Water nie mudah alih, macam henfon. Nak bawak pergi masuk bilik mandi pun boleh!

Kalau berminat nak beli benda nie untuk diri sendiri ataupun keluarga, bolehlah hubungi saya okay! Saya kasi harga spesel kat korang taw!!!

Anyway, semalam kami buat 4 biji cheesecake kat kedai. Oleh sebab esok kami kena menghadiri kursus keusahawanan anjuran FAMA, so terpaksalah siapkan banyak sikit kek untuk Chamek Kopitiam.

Pinjam gambar Hafez jap... hehehe
So far cheesecake nie memang di antara item yang cepat laku kat Chamek. Bak kata staff kat situ, bila letak pagi, petang tu dah habis. So kami terpaksalah buat lebih sikit. Kesian pulak kalau2 ada customer yang datang nak beli cheesecake, tapi bila datang cheesecake dah habis, kan? Tak ke sedih?

Cuma nak buat cheesecake nie ada banyak cabarannya. Silap haribulan, cheesecake tu jadik macam dadih. Tapi oleh sebab si Hafez dah expert, kerja yang susah pun boleh jadi mudah. Mudah mudah pun, 3 jam lebih jugak nak menunggu cheesecake nie siap dibakar. Phew! Macam nak patah pinggang den!

Yang penting... cheesecake nie sedap, kan? kan? hahaha... at least berbaloilah dengan harga yang pelanggan kami bayar. Bukannya mahal sangat. Cuma RM9.50 je untuk satu slice. Itu pun kalo makan sorang, memang cukup mengenyangkan.

Oh ya... citer pasal harga cheesecake nie, korang pernah makan dessert2 kat KFC tak? Ari tu saya pi cuba 1 jenis dessrt, namanya Tartufo. Bila google, ianya sejenis dessert yang popular dari Itali. Wow!!! Tengok gambar kat kaunter, macam teruja sangat nak cuba! Terliur sangat! Dengan bentuknya yang bergulung, menampakkan coklat cair kat dalam & disaluti dengan serbuk koko. Saper yang tak tergoda kan? Kami pun beli la. Kalau tak silap, harganya lebih kurang 5 hengget.

Nak tengok cemana rupanyer? Haaa... camnih...


Ko sedih ke tidak? Awal2 tadi dah bayangkan bentuk macam dalam gambar iklan tu kan? Siap serve dalam pinggan gitew! Tapi bila beli? Dalam mangkuk plastik tu sajor! Saiznya pulak ada la besar tapak tangan Kojiro!

Okaylah, kita pikir positif. Mungkin sebab benda nie imported dari Itali (kelas kau import dari Itali kan?), mungkin sebab tu dia buat packaging camnih. Supaya senang nak dieksport ke negara2 lain.

Bila kami bukak & makan, masing2 terdiam. Rupanyer setakat chocolate mousse, pastu ada la inti coklat cair sikit & atas tu dia tabur serbuk koko. What the fish???? Kalau nak buat dessert camni, takyah ko susah2 nak import dari Itali la! Budak2 kecik pun ko boleh ajar untuk buat dessert yang cenggini. Geraaammmm jer! Panas!!!! Tapi oleh sebab dah beli, saya abiskan jugak, tak baik membazir kan? hehehe...

Pastu kalau kita peratikan tarikh manufacturing & expiry date dia tu... benda nie boleh tahan sampai setahun kau!!! Haaa... ko mampu buat dessert yang boleh tahan sampai setahun? Jadik apa kebenda yang dia letak kat dalam dessert nih, yang menyebabkan bahan2 dia tak rosak selama setahun? Kalau saya buat kek, saya letak kat dalam chiller pun, paling2 boleh tahan 2 minggu jer! Tu pun biasanya saya dah tak makan sebab takut ada kulat, ataupun dah tak sedap. Tapi yang ni boleh tahan sampai setahun!!! Magika sangat!

Okaylah... malas nak membebel panjang pasal KFC punyer dessert nih. Sebab ayam goreng dia still terbaik setakat nih! Sekali makan, saya boleh abiskan 3-4 ketul. Cuma sedikit kecewa bila diaorang nak jual dessert, dan end-up jual benda yang sedih macam tuh. Maybe they should stick to what they do best.

Okaylah, saya nak pi siapkan cheesecake saya yang mahal sikiiiit jer daripada dessert KFC tuh. Supaya tak kelam kabut bila nak deliver hari Selasa nanti. Kalau ada masa terluang, saya akan update blog lagi kay!

Bye!!!

Friday, September 12, 2014

Bateri Kereta Kong Pulak

Salam Jumaat Semua!

Di hari baik bulan baik nie... mula2 sekali saya nak mintak maaf kalau ada sesetengah posting saya kat blog ataupun kat FB yang membuatkan korang rasa rimas.... hehehe. Maklumlah... asyik2 posting pasal Shaklee kan? Kalau korang ada rasa rimas tu, tengok ngan sebelah mata jelah. Sebelah lagi korang baca. At least kerimasan tu berkurangan sebanyak 50%... ye tak? Eh... ye ke camtu? Boleh eh? hahaha...

Semalam merupakan tarikh 11 September. Ingat lagi tak peristiwa pahit kat US dulu? Mesti korang semua masih ingat kan? Pejam celik dah 13 tahun peristiwa pahit tu berlaku kan? Terasa macam kejap sangat! Rasa macam baru jer tengok berita tentang kapal terbang dok hentam bangunan World Trade Centre. Harap2 peristiwa macam tu tak la berlaku lagi, terutama sekali kat negara kita yang serba makmur nie kan...

Anyway, semalam jugak ada satu peristiwa buruk yang berlaku kat kitaorang berdua. Tak la teruk sangat pun, tapi menggemparkan jugak la. Nie ha... tetiba masa nak gi kerja, kereta takleh nak start... bateri dah kong... tak ke hangin satu badan?


Dah la time tu hujan renyai2. Mana pulak nak pi carik mekanik awal2 pagi camnie kan? Mula2 tu cuba jugak godek2 sendiri. Tapi tak guna jugak, coz bila bateri tu dah kong, ko wat cemana pun tetap enjin nie takmo start.

Dalam hujan2 tu, saya pun calling2 la staff yang kerja kat opis kakak saya, coz biasanya bebudak jantan nie memang ada simpan nombor telefon mekanik. Phew... nasib baik la ada. Dalam 10minit tu, 2 orang mekanik pun datang untuk tolong jumpstart keter we olls. Alhamdulillah gembiranya tak terkata!!! Tapi lebih gembira lagi bila saya tanya, "berapa ringgit, bang?" dan dia jawab "eh, takpelah... percuma jer". Masa tu rasa macam nak sujud syukur je kat atas jalan tar tu taw! Tapi oleh sebab ujan, saya pun ucapkan terima kasih kat 2 orang mekanik tu. Moga Allah jer yang balas jasabaik diaorang berdua.

Bila keter dah boleh start, kami pun terus ke bengkel & tukar bateri baru. Terbang la RM270 (harga lepas trade-in bateri lama). Hmmm... nak wat cemana kan. Bateri dah tiba ajal, takkan takmo ganti baru pulak kan?

Lepas tu baru la kitaorang boleh gi kerja. Tu pun dah lewat sesangat. Tambah plak hari ujan, kitaoarang tak lunch lagi. Perut masing2 dah berkeroncong. Lepas siapkan kerja sikit, terus keluar gi makan, solat & hantar customer2 punya order.

Alhamdulillah semuanya selesai sebelum jam 5 petang.

Oh ya... lupa lak nak citer. Semalam jugak merupakan kali pertama saya registerkan sorang ahli Shaklee melalui internet... yeay!!!

Comel jer baby nie kan? Jangan risau, masa saya register tu, saya berpakaian lengkap yer! Bukan macam dalam gambar nie... hahaha

Anyway, nak register tu mudah jer actually. Tapi ada sikit masalah, mungkin sebab internet kat umah nie sekejap hado sekejap nan hado. Saya masukkan profile ahli baru, pastu place order, then masukkan info no kad debit & tunggu MSOS code daripada Maybank untuk verification. Time nak buat verification nie saya kena cuba 3-4 kali jugak la, coz bila dah almost successfull jer, internet nan hado! Geraaaaam jer! Sabar... sabar... terpaksa ulang balik part masukkan info no kad debit tuh. Last2 berjaya jugak.

Sebenarnya banyak kelebihan kita join ahli Shaklee nie. Bila kita membeli produk2 Shaklee denga harga yang lebih murah berbanding harga jualan, setiap perbezaan harga tu merupakan satu penjimatan, kan? Bayangkan kalau kita nie jenis pengguna tegar? Haa... tak ke banyak bezanya tuh?

Itu baru saya citer pasal beza harga. Belum citer tentang bonus, elaun kereta, peluang bercuti, bla bla bla... Kalau nak conver kat sini, maunyer saya tak jadik gi kerja nanti!

Malam semalam saya borak2 ngan ex-schoolmate saya. Dia dah guna produk Shaklee dalam 2 tahun. Tapi dia tak jadi ahli pun, sebab dia tak tahu cemana nak jadi ahli. Saya rasa perkara camni tak patut terjadi. Kesian kat dia, kan? Kalau selama ni dia beli produk2 Shaklee dengan harga jualan biasa, bayangkan berapa banyak duit yang dia boleh jimat jika jika dah jadi ahli daripada awal2 lagi? Haaa... banyak kan?

Tapi jangan risau. Habang Usop ko nie hado! Sedia membantu! Hahaha...

Saya dah pun suggest dia untuk apply membership. Coz dia pun cakap yang dia memang suka dengan supplement2 Shaklee. Kalau tidak, takkanlah dia guna sampai 2 tahun, kan? Kalau sesuatu supplement tu kita tak dapat rasa & lihat kesannya, mesti dah beralih ke jenama lain, betul tak?

Haaa... jadi korang pun takyah ragu2 lagi. Produk2 Shaklee memang dah terbukti berkesan! Kalau nak beli, elok terus join membership awal2. Abang Usop boleh tolong registerkan yer...

Okaylah, saya nak sambung buat kek nie. Tengahari kang nak pi solat Jumaat. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay!

Bye semua!!!

Thursday, September 11, 2014

Memborong di Shaklee JB

Salam & Selamat Pagi U Olls!

Haaa... pejam celik dah hari Khamis kan? Geng2 yang kerja kat Johor nie, esok dah start berweekend (sabar eh orang KL! Esok korang kena kerja lagi taw! huhuhu). Buat geng2 yang ada anak amik UPSR tue, saya doakan supaya anak2 korang dapat jawab soalan dengan tepat, tenang & dalamasa yang ditetapkan. Semoga result yang keluar nanti adalah boom! Buat kawanbaik saya CM, selamat bercuti ke Bali! Jangan lupa bawak baju mandi kay! And amik gambar lompat2 kat tepi pantai taw! Have fun!

Hari nie sepatutnya kami menyertai event PIS Youth Festival: Hands For Gaza, anjuran pelajar2 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang. Tapi last minute they olls terpaksa postpone di atas sebab2 yang kami pun tak tahu. Mungkin ada la masalah yang tak dapat nak dielakkan tuh. Saya suka sertai event2 camnie. Selain dapat jual & mempromosi produk2 Kafe Amben, hasil sewa tapak akan disalurkan kepada Tabung Gaza. Alhamdulillah, bagus budak2 zaman sekarang. Dulu2 masa saya jadik student, tak banyak aktiviti kebajikan yang camnie.

Oh ya... lewat petang semalam kami berdua singgah ke branch Shaklee, untuk beli barang2 yang pelanggan order. Alhamdulillah boleh tahan jugak banyaknyer. Penuh la sekotak besar nih!


Saya suka singgah kat sini. Selain dapat tengok gambar2 high achievers kat wall-of-fame diaorang (maklumlah, nak tambah motivasi untuk lebih kuat bekerja lagi! hehehe), saya suka test2 produk kecantikan kat situ. Walaupun ada sesetengah yang saya dah beli, tapi saya tetap nak mencuba jugak. Free testing la katakan. Kalau kat umah, kita sapu sikit je kat muka. Tapi kalau kat sini, saya sapu kat tangan la, kat leher la, kat tumit la... hehehe


Biasa kalau ke sini, jarang2 nak dapat peluang bergambar sebab asyik penuh je ngan ahli2 yang datang membeli. Gambar yang kami amik nie pun jenuh jugak nak tunggu line clear. Bila dah takder orang yang photobomb kat background, baru la kita syok nak posing2 kan?

Oh ya... kalau korang nak tau, nie la produk yang ada free testers kat branch JB...


Ini baru branch yang kecik. Kalau HQ kat Sunway tu, cemana la agaknyer kan? Harus la banyak lagi range yang diaorang buat tester kan? InsyaAllah kalau ke KL, rasa2nya macam nak jugak singgah ke situ. Saje je nak tengok cemana la rupa HQ yang terbaru nie. Sure cantik tuh!

Kalau korang dah beli Vivix, Collagen Powder, ataupun apa2 supplement Shaklee untuk kulit yang cantik tu... tambah la pulak dengan range skincare Enfuselle nih! Memang bagus giler! Kita cuba jaga kulit kita dari dalam & luar, barulah dapat hasil yang memberangsangkan, tul tak? Kalau nak try, boleh contact saya kay! No fon saya ada kat poster tuh. Kalau taknak beli dulu, nak tanya2 pun boleh, jangan malew2  nak SMS/Whatsapp saya yer dik!

Okaylah tu jer citer buat hari nie. Esok2 saya citer benda lain pulak, boley?

Till then, babai!!!

Wednesday, September 10, 2014

Vivix: Produk Terbaik Saya Setakat Ini

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi Semua!

Minggu nie merupakan minggu yang agak busy buat saya. Alhamdulillah, permintaan kek di Chamek Kopitiam sudah mula bertambah, dan semoga pelanggan2 di Chamek berpuas hati dengan kualiti produk yang kami hasilkan. Semalam kami hantar 1 lagi produk baru untuk Chamek...

Lemon Cheesecake

Korang suka cheesecake tak? Saya memang suka! Tapi saya tak suka jenis cheesecake yang terlalu pekat, dan bila kita makan, kek tu melekat2 kat lelangit. Saya suka jenis yang lembut & tidak memuakkan. Cheesecake kami nie memang tak memuakkan. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi ianya memang berbeza berbanding cheesecake yang saya pernah makan kat Secret Recipe ataupun Coffee Bean. 

Yang penting, kami dah kurangkan kandungan gula yang banyak dalam cheesecake yang kami hasilkan nie. Kalau buat Chocolate Cheesecake pun, kami lebihkan dark chocolate & kurangkan penggunaan gula. Mungkin sebab tu la bila saya makan, tak rasa muak sangat.

Saya pasti ada di antara pembaca blog saya nie yang pandai membaking jugak. Mungkin korang punya cheesecake pun sedap jugak, tapi oleh sebab saya tak pernah rasa, then susah saya nak bandingkan. Kalau korang bermurah hati, boleh la buatkan satu untuk kami ya! hehehe...

Selain sibuk di dapur, kami berdua juga sudah aktif menjadi Shaklee Independent Distributor. Kalau korang fren2 ngan saya ataupun Hafez, sure newsfeed korang dihujani dengan posting2 kami tentang produk2 Shaklee. Well, ini merupakan salah satu cara kami untuk cari pendapatan sampingan. Kepada rakan2 yang telah membeli daripada kami, saya nak ucapkan terima kasih yang terhingga terhadap sokongan u olls! Kepada yang berminat tapi malew2 untuk bertanya, jangan tunggu lama2 lagi, boleh jer PM/Whatsapp/Call kami berdua ya! Kepada yang tak suka posting2 sebegitu, saya minta maaf banyak2.

Bukannya apa, cuma saya rasa bila ada sesuatu benda baik yang saya boleh kongsikan dengan kawan2 & keluarga, then saya cuba untuk share. Takkan nak sihat sendiri2 je kan? Kita pun nak tengok kawan2 & family kita hidup lebih sihat & gembira. Yang penting, apa yang saya buat ini adalah satu kerja yang halal & tak memudaratkan orang lain.

So far, boleh saya katakan respond yang saya terima adalah positif. Alhamdulillah. Dan produk yang paling mendapat tempat di hati pelanggan2 saya ialah Vivix.


Walaupun Vivix ni merupakan di antara produk Shaklee yang paling mahal, tapi para pelanggan inginkan satu produk 'serba boleh' yang terbaik, betul tak? Apalah sangat harga sebotol Vivix jika dibandingkan dengan tahap kesihatan yang kita bakal alami di masa akan datang? Tambahan pula kos perubatan di klinik2 & hospital semakin lama semakin meningkat. Bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Macam tu jugaklah pengambilan Vivix nie. Kita cegah sebelum parah.

Banyak info tentang Vivix yang saya dah upload di laman FB saya. Korang boleh lihat sendiri kat situ. Kalau takmo, boleh google je kat internet. Berlambak testimoni pelanggan yang boleh dikatakan 100% berpuashati dengan Vivix. Kalau tak bagus, takkan la Vivix ni dah terjual melebihi sejuta botol di US & Australia kan?


Tapi jangan ingat Vivix nie hanya untuk melambatkan penuaan wajah jer taw! Selain untuk mendapatkan kulit yang flawless, Vivix sangat bagus untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, slip-disc, eczema, membantu menghentikan tabiat merokok, dan banyak lagi!

Kalau saya elaborate kat sini, rasanya posting nie akan panjaaaaaaang berjela2, sampai esok pun korang takkan abis baca! hahaha...

Okaylah u olls! Saya kena stop menulis sekarang. Anak bulus saya dah mengiau2 nak mintak minum tuh! Sabar jelah kalau korang tengok perangai dia nie. Selain minum daripada mangkuk yang kami sediakan, dia suka sangat minum camnie...



Nanti ada kelapangan, saya akan tulis lagi ya! Bye!!!

Tuesday, September 9, 2014

Anda Kuat Makan Tapi Masih Malnutrisi?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi Korang!

Apa khabar? Saya harap korang sihat la yer. Saya semakin pulih hari nie. Sejak hari Jumaat lepas badan ni terasa macam nak demam akibat terkena hujan. Saya nekad nak buat eksperimen kat diri sendiri. Nak try untuk tak gi klinik & cuba amik supplement2 Shaklee: Vita-Lea & Vita-C Plus. Alhamdulillah hari nie badan saya dah rasa sihat.

Kadang2 saya terpikir, cemana boleh jadik camtu eh? Kenapa saya tak perlu gi jumpa doktor & amik antibiotik? Bila renung2 balik, badan kita nie sebenarnya ada antibodi sendiri. Cuma samada antibodi kita ni kuat ataupun tidak untuk melawan penyakit tu. Kalau kuat, takyah makan ubat pun dah boleh baik sendiri. Kalau tak kuat, then kenalah gi jumpa doktor & amik antibiotik.

Sebelum nie setiap kali tak sihat, saya mesti bergantung kepada antibiotik untuk sembuh daripada demam. Sampai satu tahap, antibiotik yang cikai2 seperti erythromycin & amoxicillin tu memang dah tak jalan. Kalau makan amoxycillin pun kena amik dos 500mg, makan at least 2 kali sehari. Kalau doktor kasik dos biasa 250mg tu, alamatnyer memang la tak baik demam aku tuh!

Tapi itu dulu. Sekarang nie syukur badan saya dah semakin kuat untuk menentang penyakit. Caranya mudah jer. Saya amalkan amik supplement2 kesihatan yang berkualiti. Contohnya, kombinasi Vita-Lea & Vita-C Plus. Nak kata yang saya ni takleh kena demam terus, membohong la sangat kan? Tapi sejak amalkan makan 2 benda nie, saya dah jarang2 sakit. Tak macam dulu2 masa kerja kat BNM (rasanya dalam sebulan mesti MC! hehehe), boss pun asyik tegur jer sebab banyak MC.

Sekali sekala bila saya sakit, saya gandakan pengambilan dos supplement2 nie. Kalau hari2 biasa saya cuma makan 1 biji sehari (untuk setiap jenis), tapi bila demam saya amik 2 biji. Alhamdulillah memang ada perubahan yang positif. Haaa... kan elok bila badan kita nie tak terlalu bergantung kepada antibiotik, kan? Kurang sikit kebergantungan terhadap ubat2an sintetik. Ubat2an sintetik ni bukannya elok sangat, coz ada kesan sampingan terhadap hati & ginjal kita untuk jangkamasa panjang. Sekarang ni mungkin tak rasa, tapi bila dah tua nanti? Haaa.... tau takper!

Dalam makanan harian kita pun banyak benda yang tak elok. Kalau boleh, cuba elakkan processed food (seperti daging burger, sosej, mee segera, fishball, dan banyak lagi). Pendek kata, bila kita g supermarket tu, yang mudah dimasak & cepat dimakan, biasanya memanglah tak elok. Mostly processed food nie diperbuat daripada bahan2 yang tidak berkualiti, dan mengandungi banyak perisa & bahan2 pengawet, yang tak elok untuk badan kita. Cuma kalau tak boleh nak elak sesangat, then nak wat cemana kan? Tapi saya percaya, kualiti makanan kita zaman sekarang nie semakin berkurangan. Itu belum citer tentang zat2 yang terkandung dalam makanan harian kita tu... ada ker tidak? Itu belum sentuh tentang nilai kalori yang kita amik lagi! Haaa... takut taaaakkkk? Saya sendiri pun takut taw!

Sebenarnya memang susah untuk kita elakkan daripada processed food nie. Mana2 tempat kita pergi, processed food memang ada di mana2. Kalau saya ada pilihan, saya pilih untuk masak sendiri je makanan yang saya makan. Beli ikan atau ayam kat pasar & masak jelah apa jenis lauk yang kita reti. Cuma sesekali tu tekak nie teringin bebenor nak makan burger kan? Daripada kita beli burger kat fast food, kan lagi elok kalau kita buat sendiri. Beli minced meat jenis yang berkualiti dan buat sendiri daging burger tu kat umah. Kalau tak pernah buat, korang google jer kat internet. Sure jumpa punyer cara2nya!

Contohnya macam hari tu housemate saya Hafez buat burger sendiri je kat umah. Skali buat dapat 11 keping ko! Tebal2 plak tuh! Puas hati makan kan? Boleh simpan sampai esok pagi taw buat sarapan! hahahaha... Burger dia nie special sket, ada rempah ratus yang ditambah dalam patty tu. Bila makan terasa nikmat sesangat! Hmmm... kalau nak resepi, korang PM la dia yer! hehehe...


Tapi kami nie memang prefer makan kat umah & masak sendiri. Kalau makan luar tu, susah nak jumpa kedai yang jual makanan yang sedap & sihat. Kalau jumpa yang sedap, biasanya tak berapa sihat. Kalau jumpa yang sihat, harganya pulak melambung2 boleh pengsan. Ujung2 kita beli ikan, daging, ayam & sayur kat pasar... balik & masak sendiri jer. Jimat pun jimat, betul tak?

Moral of the story yang panjang lebar nih, dalam pemakanan harian kita, memang dah tak banyak zat2 & vitamin2 yang berguna untuk badan. Itulah sebabnya saya selalu tekankan betapa pentingnya kita mengambil supplement2 tambahan, agar badan kita mendapat nutrien yang lengkap. Zaman sekarang ni, malnutrisi bukan terhad kepada orang yang kebuluran je taw! Orang yang kuat makan tu pun ramai yang malnutrisi.

Okaylah u olls, saya ada kerja nie. Nanti ada citer lagi, saya citer lagi kay!

Daaaa!!!!!

Monday, September 8, 2014

Fasa Krisis Pemulihan Shaklee

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua! Moga2 korang semua sihat2 hari nie di samping keluarga tercinta.

Ari nie korang Monday blues tak? Ada mood nak buat kerja tak? Kalau mood belum datang, jom baca sikit info tentang krisis pemulihan nie.

Topik penting yang saya nak share kat sini, yang banyak kali ditanya oleh pelanggan2 saya, terutamanya yang baru2 mencuba produk2 supplement Shaklee, ialah tentang Krisis Pemulihan. Semoga ianya berguna sebagai rujukan korang semua.


Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak! Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, tubuh yang leman akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbum di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Contohnya seperti sisa-sisa kimia daripada makanan, lemak, dan stress. Ditambah pula dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik ataupun pengambilan ubat-ubatan sintetik yang lain. Supplement2 Shaklee membantu untuk mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi, serta pengawalan fungsi organ-organ tubuh.

Pada waktu detoksifikasi ni, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, badan terasa hangat, berpeluh-peluh, dan lain-lain. Simptom-simpton adalah berbeza mengikut individu, dan kadangkala boleh berlarutan sehinggan 1-2 minggu.

Dalam jangkamasa pemulihan ni, minumlah banyak air kosong yang bersih, dapatkan rehat yang secukupnya, dan lebihkan mengambil sayur2an & buah2an dalam makanan. Selagi mana kita memahami bahawa ini merupakan simptom pemulihan, kita akan mudah nak melalui fasa tersebut.

Jadi, kalau korang ada rasa demam ker masa mula2 amik supplement Shaklee, itu memang perkara biasa. Jangan pulak terus stop makan Shaklee. Teruskan je. Saya pun dah lalui fasa tersebut, sampaikan saya terlupa apa simptom yang saya alami. Kalau tak silap, setiap pagi lepas bangun tido, mesti saya ada batuk2 sikit & keluar kahak lendir yang cair, dan berlarutan selama beberapa hari. Pastu, simptom tu hilang dengan sendirinya tanpa saya sedar.

Kalau korang ada mengalami sebarang krisis pemulihan & nak tahu puncanya, saya boleh tolong carikan. Tinggalkan nama & email korang di ruangan komen. Nanti saya cuba respond secepat mungkin kay!

Okaylah, saya pun takleh lama nie. Ari nie nak kena buat beberapa bijik kek. Esok nak hantar kat Chamek Kopitiam. Nanti saya tulis lagi kay!