Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Wednesday, November 26, 2014

Khasiat & Manfaat Utama OmegaGuard

Khasiat & Manfaat Utama OmegaGuard:

1.    ASID LEMAK
Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Maka, tubuh kita memerlukan bekalan asid lemak daripada sumber luaran. Cadangan untuk mengambil supplement yang mengandungi Omega-3 adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

2.    MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, merendahkan risiko tekanan darah tinggi, melicinkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu, ia efektif untuk mengekalkan tekanan darah ke paras normal dan mengurangkan ketegangan di bahagian leher. Ia juga merendahkan paras kolestrol, membantu mengekalkan trigliserida dan kolestrol LDL pada paras yang selamat, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, seterusnya membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

3.    MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI.
DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir kehamilan, sewaktu otak janin sedang dibina di dalam kandungan. Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi membantu perkembangan otak bayi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah  penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan, pendengaran dan mencegah migraine.

4.     MENINGKATKAN SISTEM  IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU
Omega-3 membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia juga membantu dalam membaiki keadaan alahan pada kulit, psoriasis, demam hay, mengurangkan simptom bronkitis, penyakit lelah, dan membantu mencegah hepatitis.

5.    MENENTANG KANSER
      Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu untuk mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6.    MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI
Asid lemak Omega-3 boleh larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh membantu untuk mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Secara tidak langsung, ini dapat mencegah penyakit arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan membantu mengelakkan penyakit gout.

7.    MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizopherenia.

8.   MEMBANTU MERAWAT DAN MENGURANGKAN KERADANGAN ASTHMA
      Penyelidikan antarabangsa di dalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit Paru-Paru mendapati supplement minyak ikan (yang mengandungi Omega-3) boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran pernafasan. Peningkatan penggunaan ikan di dalam diet harian dan pengambilan Omega-3 secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat penyakit athsma.

Kenali OmegaGuard

Sedikit pengenalan tentang OmegaGuard:

1) Nama: OmegaGuard.
2) Kandungan Sebotol: 90 Kapsul
3) Dos Harian Yang Dicadangkan:
  • 1 kapsul selepas makan tengahari,
  • 1 kapsul selepas makan malam.
4) Setiap kapsul membekalkan:
  • Asid Lemak Omega-3 = 330mg,
  • EPA = 180mg,
  • DHA = 120mg.

5) Interaksi Kepada Ubatan:
  • Mungkin terdapat interaksi bersama ubat pencair darah (Warfarin, Heparin). Sila dapatkan nasihat doktor jika anda ada mengambil ubat tersebut sebelum mengambil OmegaGuard Shaklee.

Keunikan OmegaGuard berbanding supplement minyak ikan lain:
  • Shaklee OmegaGuard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine, mackerel, herring, anchovies) yang diperolehi dari perairan negara Jepun.
  • OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan (fish liver oil).
  • Berbanding dengan produk minyak ikan lain, OmegaGuard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak semulajadi termasuk EPA, DHA, dan ALA.
  • Satu sajian 2 kapsul OmegaGuard dapat membekalkan 660mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
  • Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 
  • Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan OmegaGuard.
  • OmegaGuard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi, sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang merupakan bahan kimia industri sangat toksik.

Sunday, October 19, 2014

My 1st Supplement

Salam semua!!!

Aduhhh letihnya. Kami baru je menjejakkan kaki kat umah ni. Dah hampir seminggu tak jumpa pintu umah. Dah hampir seminggu dok berjalan. Bila tiba umah, rasa macam lepas rindu... hehehe

Holiday ni memang best, tapi meletihkan. Setuju tak? Syukur sebab kami berdua konsisten amik supplement untuk kekal sihat & bertenaga sepanjang percutian ni.

Tak seronok la kalo gi bercuti dengan badan & kaki yang lenguh2 kan?

Bercerita tentang supplement ni... korang masih ingat lagi tak supplement pertama yang korang makan? Haaa... cepat imbas balik! Ker... korang memang tak pernah amik supplement? Hahaha... kalo belum pernah amik, dun worry. Masih belum terlambat okay! Better late than never, bak kata omputeh. Tapi bagi saya... never late is always better... betul tak???

Saya masih ingat lagi supplement pertama yang mak ayah saya belikan untuk saya. Masa tu saya nak amik UPSR. Saya makan Examo. Pernah dengar tak? Examo ni bagus jugaklah. Dia merupakan supplement homopati untuk kecerdasan minda. Cuma bila makan examo ni, banyak sangat pantang larangnya. Takleh minum kopi, takleh minum teh... ehhh... pendek kata kena kawal pemakanan gila2 la!


Tapi saya makan examo sebelum & semasa exam je. Lepas exam... dah stop. Maklumlah masa tu keluarga kami bukan orang senang. Beli yang termampu je. Alhamdulillah... keputusan UPSR saya 5A. Entah apa la yang saya jawab tu... hahaha

Lepas tu saya dah tak makan supplement lagi. Masa kerja je baru mampu nak beli supplement sendiri. Itupun beli yang jual kat farmasi. Faham2 jelah kalau yang jual kat farmasi ni. Mostly mahal sebab brand je. Kualiti? Ada yang okay, banyak juga yang propa... wat rugi duit jer...

Bila saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya mula cuba Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral yang penting untuk tubuh kita.

Mula2 makan tu memang ada healing crisis. Saya demam & batuk2. Banyak jugak kahak yang keluar. Tapi after 2 weeks, healing crisis dah hilang. Badan saya jadi lebih bertenaga je... macam magic pun ada!
Bukan nak puji lebih2 la... tapi memang betul pun. Bagi yang pernah cuba Vita-Lea nie, mesti dah merasai kelainan, betul tak?

Bila saya dah merasai sendiri keberkesanan supplement Shaklee, saya tambah sikit demi sedikit. Saya tambah Sustained Release Vita-C pulak, untuk bekalan vitamin c yang menyamai 7.5biji buah oren setiap hari. Korang mampu telan buah oren banyak macam tu dalam sehari? Kalau mampu pun, harus asyik nak ke toilet je kan? Hehehe



Macam tu la kisahnya saya mula mengambil produk2 Shaklee. Sekarang ni bukan supplement je yang semakin hari semakin ditambah, tapi saya dah mula menggunakan Get Clean Basic-H & Get Clean Hand Dish Wash Concentrated Liquid. Dua2 ni merupakan alatan pencuci serbaguna yang sangat bagus untuk rumah & tubuh kita.

Cuma kalau u olls tanya... apakah produk Shaklee feveret saya? Sudah pasti saya akan jawab ViViX!!! Sebab ia umpama miracle juice yang bertindak melampaui expectation saya.

Kalau u olls masih rasa ragu2, cuba jelah 1 jenis supplement dulu. Saya boleh guarantee u olls akan kagum dengan produk2 yang dikeluarkan oleh Shaklee nie.

Selaras dengan matlamatnya untuk memperbaiki taraf hidup & kesihatan semua manusia, semua produk adalah berkualiti tinggi, berkesan & selamat untuk seisi keluarga & alam sekitar.

Rahsia Isi Beg Terbongkar

Salam & selamat pagi u olls!

Haaa... bukan semua orang selalu dapat access beg yang saya galas ke sana ke mari taw. Biasanya saya ni memang perahsia sikit... hihihi

Hari ini saya nak share barang2 yang memang sentiasa ada dalam beg saya.



Anyway, beg kaler kuning jenama Kenzo nie merupakan salah satu hadiah besday yang Hafez kasi kat saya. Rasanya untuk besday ke-35 kot. Time tu kami kerja kat Cupcake Chapter. Memang dah berkenan kat beg nie masa we olls jalan2 kat Starhill Gallery. Saya suka sebab beg ni simple, ringan, dan design yang menarik. TQ so much Fez!!

Ok jom kita tengok isi perut beg ni pulak...

Pertama skali mesti ada wallet. Ini umpama jatung untuk beg saya. Dalam wallet ni yang penting ada ic, kad atm, lesen memandu & sikit duit. Duit i olls tak berkepok2 pun...

Then saya mesti bawak ubat atau supplements yang saya letak kat dalam pill box. Susah la kalo nak bawak botol ubat yang gedabak tu kan? Pill box ni boleh muat dalam 4-6 biji ubat. Jadi takder asalan untul saya tak sempat nak makan ubat. Kat mana2 je boleh makan.

Selain tu saya mesti bawak buku panduan ringkas Shaklee, list harga & flyers. Senang bila2 nak rujuk, semua info dah ada depan mata. Kadang2 customer saya nie tanya pasal produk masa saya takder kat umah. Bila benda2 ni saya bawak, bila2 masa je kita boleh buat consultation, kan?

Pastu saya tak lupa bawak pen, in case nak tulis apa2 ke... tak la menggagau nak carik pen, kan? Pen ni pun pinjam daripada Hafez.

Then, saya pastikan dalam beg mesti ada  botol minyak wangi saiz miniature. Kot2 terasa badan ni berpeluh ataupun nak jumpa orang, saya sembur la sedas-dua. Baru la rasa confident sket kan.

Pastu saya bawak floss gigi. Nie pun just in case kalau lepas makan, ada benda terselit kat celah gigi yang susah nak kuar. Especially kalau makan daging ataupun sayur2 yang susah nak hancur tuh. Maklumlah dah tua2 ni gusi makin mengecut, ada je ruang kosong kat celah2 gigi... hehehe

Finally, saya bawak Shaklee Herbal Blend multipurpose lotion. In case kalo kulit terasa kering atau gatal, saya akan pakai lotion nih. Saya ni ada eczema. Kulit plak sensitif dengan habuk, sabun basuh tangan murahan kat kedai makan, dan mudah kering bila kena aircond. Herbal Blend ni sangat2 membantu untuk hilangkan kekeringan & kegatalan tu. Lagipun ianya mudah diserap kulit & bebas minyak. Jadi saya memang selesa guna lotion nie.

Tu jelah barang2 wajib yang ada kat dalam perut beg saya. Biasanya semua barang tu cuma take up 20% je ruang kat dalam beg tu. Saya tak suka jinjing beg yang sarat dengan barang, sebab berat & bulky. Kecuali kalau saya ada beli barang, then saya sumbat je kat dalam beg.

Haaa... ini baru isi perut beg orang bujang. Cemana la agaknya isi perut beg mak-mak budak tu kan? Sure sarat dengan barang keperluan anak2...

Saturday, October 18, 2014

Aktiviti Wajib di Hujung Minggu

Salam kengkawan!

Apa khabar? Harap u olls sihat2 semua. Buat apa jer weekend ni? Shopping? Outing? Dating? Or melepak kat umah je tengok TV?

Apa2 pun yang u olls buat di hujung minggu, jangan lupa jaga diri & kesihatan kay! Bagi yang dah berkeluarga tu, bawak2 la family gi beriadah ke, gi taman tema ke... kan ke seronok!! Sambil bergembira, dapat juga merapatkan hubungan kemesraan sesama sendiri, tul tak?

Bagi orang bujang macam saya ni, mungkin lain sket la. Most probably bujang2 ni lebih suka keluar ngan member2. Tengok wayang, gi minum2 ataupun melepak kat umah member.

Saya ni biasanya stay kat umah je, main dengan Kojiro. Sejak pindah JB ni, Kojiro lebih domesticated. Lebih suka stay umah berbanding jadi hero kampung... hehehe.

Selain melepak kat umah, kalau saya rajin, saya ajak mak ayah gi keluar jalan-jalan cari makan. Tu pun kalo they olls takder plan la. Kalo they olls berdua bz, biasanya saya gi keluar gi makan2 ngan Hafez je.

Kat JB ni memang banyak tempat makan yang best2, tapi masing2 jauh2 belaka. Kalo nak rojak yang best, kat Kg Bakar Batu. Kalo nak ABC yang best, kat Galeria Kotaraya. Kalo nak nasi arab yang best, kena gi Tmn Kebuh Teh pulak. Takleh ke semuanya berkumpul setempat??? Minyak petrol mahal taw! Hahaha...
Anyway, selain gi makan2 & menambah kalori, we olls berdua akan singgah exercise kat gym. Tapi kalo takder mood nak gi gym, biasanya buat evening walk je sekitar kawasan perumahan. Kena jugak burn kalori secara natural. Takleh la nak 100% bergantung harap dengan Cinch Shake je kan? Sambil evening walk, sambil edarkan flyers Shaklee. Sambil menyelam, sambil minum air seteguk dua. Multitasking gitew!!!

Waktu hujung minggu nilah kita nak buat aktiviti yang best sket. Kalau hari2 biasa tu, masing2 dah bz bekerja. Kerja tu kerja jugak, tapi mesti cari masa untuk merehatkan badan & minda.

All work and no play, makes jack a dull boy!

JJCM ke Penang

Salam u olls!

Aduhhhh letihnya minggu nie. Ke hulu ke hilir. Dari JB ke Muar ke Seremban ke Penang. Pastu patah balik ke Seremban. Then ke KL. Pastu ke Muar semula. Dan akhir sekali pulang ke sarang di JB.

Berjalan2 gi bercuti tu memang seronok. Tapi bila dah berada kat hujung2 trip, baru la terasa sakit2 badan. Tapi sebenarnya bukan sakit pun, cuma post-holiday syndrome je... hehehe

Salah satu benda yang saya suka masa bercuti nie ialah keseronokan melihat tempat orang lain. Rasa mata ni segar sket tengok tempat orang. Yelah asyik dok berlegar kat tempat tinggal sendiri je, lama2 tu bosan jugak kan? Nak jugak keluar dari tempurung & terbang ke sarang orang.

Selain tu, masa bercuti2 nie lah masa yang paling syok nak jalan2 cari makan. Boleh makan sepuas2nya tanpa rasa guilty. Especially kalau tempat kita pergi tu memang terkenal dengan jolokan 'food paradise' kan?
So far sepanjang percutian ke Penang, sempat jugak singgah makan pasembor kat Gurney Drive. Then sempat jugak gi makan kat Nasi Kandar Line Clear. Dua2 tempat nie memang best giler makanan dia. Tapi tu semua tak berapa healthy sangat... hehehe.

Pilihan yang lebih healthy ialah masa saya gi makan kat Chillis, Gurney Plaza. Time tu saya cuma order BBQ Chicken Salad je. Itupun terpaksa kongsi2 makan berempat sebab portion dia banyak giler.



Bab2 makan memanglah syok. Tapi kena beringat jugak. Saya tak lupa bawak supplement2 berikut supaya dapat kawal  berat badan:

1) Cinch Shake
2) Lecithin
3) Phytocol-ST
4) Herb-lax
5) Alfalfa Complex

Untuk kekal sihat & bertenaga, saya bawak:
1) Sustained Release Vita-C
2) Vita-Lea

Jadi, makanlah banyak yang kita nak asalkan in moderation, jangan lupa makan supplement, minum air kosong yang banyak & perbanyakkan aktiviti berjalan2.

Tak susah nak bercuti sambil berseronok & kekal sihat, betul tak?

Thursday, October 9, 2014

Peranan Alfalfa Complex Di Dalam Membantu Penurunan Berat Badan


Alfalfa Complex Shaklee merupakan produk yang PERTAMA yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee sekitar 1950an. Alfalfa Complex merupakan produk 'signature' daripada Shaklee.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa sebagai supplement yang pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai tujuan kesihatan, terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita dan lelaki, maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa Complex agar menjadi supplement yang memberi banyak manfaat kepada jutaan manusia.

Kebaikkan Alfalfa Complex

Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 jenis zat galian, 10 jenis vitamin, 8 jenis enzim & fitokimia.

10 biji Alfalfa Complex menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Manfaat Alfalfa Kepada Tubuh

1.  Mencuci hati, darah & usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan paras normal badan yang berasid, menyingkirkan toksin daripada tubuh, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit.

2.  Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, masalah kurap, mengurangkan bau badan, dan mencegah ulat air.

3.  Baik untuk perubahan patologi di dalam usus & perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, dan sembelit.

4.  Menyingkirkan lemak & kolesterol - kajian klinikal telah membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, merendahkan risiko strok & membantu dalam penyakit darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, sejenis bahan seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

5.  Melawam tumor - memakan 30-50 biji tablet alfalfa dapat membantu untuk mengembalikan kealkalian badan.

6.  Melegakan keletihan

7.  Mencegah & merawat arthritis

Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang).
2.  Alfalfa yang ditanam secara organik, tanpa semburan pestisid, herbisid dan menggunakan bahan kompos/baja yang bebas kimia.
3.  Disediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji, setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.
4.  Pil yang mudah dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
5.  Tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang menyusukan bayi seperti panas dan cirit-birit.
6.  Tiada perasa, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.