Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Tuesday, March 31, 2015

Resepi Ayam Panggang Usop



Bahan:
1 ekor ayam
2 tangkai daun rosemary (boleh guna rosemary kering)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil rempah cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
2 biji kentang idaho (kentang kulit tipis)

Cara-cara:
1) Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2) Tumbuk/kisar daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
3) Masukkan bahan2 lain seperti rempah cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati.
4) Lumurkan kepada ayam hingga rata.
5) Gaulkan lebihan rempah kepada kentang tadi.
6) Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
7) Panaskan 'magic pan' dengan api kecil & masukkan ayam serta kentang.
8) Biarkan selama 45 minit.
9) Flip/terbalikkan 'magic pan' supaya ayam masak dengan sama rata.
10) Hidangkan bersama salad buah2an & sayur2an.

Notakaki: selain kentang, boleh juga gunakan carrot, bawang holland & kobis bunga.

Friday, January 23, 2015

Set Kesihatan Untuk Tulang & Sendi



Mengapa OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet (AJHT) & OsteMatrix membantu utk mengurangkan sakit2 tulang & sendi?

1) OmegaGuard

 Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding daripada mengambil glukosamina sahaja.

 Omega-3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.

 OmegaGuard sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega-3, berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30-60% Omega-3.

 Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini juga bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan.

2) AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:

 menyokong keselesaan sendi melalui kesan daripada ekstrak Boswellia. Ujian klinikal mendapati bahawa ekstrak Boswellia ini dapat bertindak seawal 5 hari dan lebih berkesan berbanding jenama terkemuka lain dalam kategori yang sama.

 meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamina).

 memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).

3) OsteMatrix bukan sekadar pil kalsium. Ianya turut dilengkapi dengan:

 magnesium untuk membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.

 vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

 boron untuk membantu dalam metabolisma tulang.

 mangan, tembaga, dan zink untuk mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Monday, December 22, 2014

Set Ibu Hamil daripada Shaklee



Lately saya banyak dapat order daripada ibu-ibu yang sedang hamil. Mostly memilih Shaklee sebab mereka tak tahan dengan kesan sampingan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor. Ada yang langsung tak boleh nak telan ubat yang doktor kasi.

Ada tak yang pernah alami pengalaman macam ni? Kalau ada, mungkin korang boleh share dengan saya kat sini.

Set untuk ibu-ibu hamil ni sebenarnya terdiri daripada beberapa supplement yang biasa jugak. Cuma khasiat supplement2 ni memang sangat baik buat ibu yang sedang hamil & bayi di dalam kandungan.

Bagi ibu-ibu yang tak ada makan sebarang ubat yang dibekalkan oleh doktor, biasanya saya akan cadangkan supplement2 berikut:

1) Vita-Lea (Iron Formula)

Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vita-Lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah yang banyak kehilangan ketika bersalin nanti.

2) Sustained Release Vita-C Plus

Supplement ini bertindak sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk ibu dan bayi, dan menjadikan kulit lebih cantik. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi oleh badan. Ia juga membantu dalam pembinaan kolagen untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka ketika bersalin.

3) B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh ibu untuk membantu tubuh jadi lebih bertenaga, minda lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah lebih berseri. B complex juga bertindak sebagai anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu adalah lebih baik.

Ia juga lengkap dengan asid folik, yang sememangnya sangat penting buat bayi di dalam kandungan. Bagi ibu-ibu yang hamil, pengambilan supplement yang mengandungi asid folik adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami bifida spina, iaitu sejenis kecacatan pada tulang belakang.

4) Energizing Soy Protein (ESP)

Di antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein umpama makanan buat sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.

ESP juga membantu untuk mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi juga memerlukan protein.

Protein juga dikatakan dapat membantu untuk mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien ke seluruh tubuh dan bertindak sebagai sumber tenaga.

Bagi ibu yang menyusukan anak, ESP membantu untuk penghasilan susu yang banyak dan berkualiti.

Selain itu, ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) OsteMatrix (Kalsium & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf buat bayi di dalam kandungan.

Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Kalsium untuk pembinaan tulang bayi ataupun penghasilan susu ibu akan diserap sepenuhnya daripada si ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium yang hilang, maka si ibu akan mempunyai risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu. Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri. Mereka memperoleh DHA daripada ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement yang mengandungi Omega-3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini adalah untuk menambah nutrien DHA untuk perkembangan bayi dan untuk mengekalkan paras DHA untuk diri ibu itu sendiri.

Sunday, December 21, 2014

7 Ramuan Utama Shaklee Collagen Powder

7 ramuan utama yang terdapat dalam Shaklee Collagen Powder:

1) Kolagen dari sisik ikan merah (Red Snapper Scales, RSS)

Sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2) Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid  oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia

Pfaffia juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikut amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4) Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5) Vitamin C dan B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

6) Ekstrak Kekerang

Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7) Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Ketujuh-tujuh ramuan utama ini digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam.

Herb-Lax Membantu Untuk Membersihkan Usus

Rata-rata penyakit berpunca dari sistem perkumuhan yang tidak sempurna.

Contohnya, usus sebagai salah satu organ di dalam sistem pencernaan. Apabila usus kita kotor & banyak plak, maka bakteria pun suka nak membiak. Bila dah jadi camni, zat-zat & nutrien daripada makanan ataupun supplement tak dapat diserap dengan efektif oleh usus.

Maka pembersihan usus melalui Herb Lax sangat membantu untuk maintain kesihatan yang baik.

Herb-Lax membantu dalam proses pembersihan usus, dengan syarat kena banyak minum air kosong. Apa yang membuatkan saya selesa dengan Herb-Lax ialah kita takkan lalui cirit-birit. Ia cuma membantu untuk singkirkan toksik & plak yang terkumpul di dalam usus kita.

Untuk pengambilan Herb-Lax, saya suka cadangkan makan 3-4 biji sebelum tidur. Pastikan minum banyak air kosong masa tu supaya proses membuang lebih lancar dan selesa. Saya tak amalkan setiap hari kecuali masa minggu pertama amik Herb-Lax. Lepas tu, saya makan 2-3 kali seminggu je untuk maintain.

Herb-Lax bukanlah julap seperti yang biasa terdapat di pasaran. Tapi fungsinya sangat-sangat membantu untuk membersihkan usus kita. Agar nutrien daripada supplement yang kita makan tu dapat diserap dengan lebih sempurna. Baru la nampak kesannya.

Tuesday, December 16, 2014

OmegaGuard Membantu Untuk Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Penyakit jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, penyakit ini dikenal pasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian tinggi di Kanada.

Malaysia juga tidak terkecuali dan pengambilan makanan yang tidak seimbang disifatkan membuka langkah kepada ramai penduduk negara ini mengalaminya meskipun pada usia muda.

Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda andai keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan keadaan jantung yang sihat.

Ramai yang tak sedar mengenai pengumpulan lemak dalam salur darah, kerana mereka tak ada simptom tertentu. Hanya secara tiba2 saja mengalami masalah salur darah tersumbat. Ini menandakan lemak jahat dah terkumpul di salur darah.

Namun jika kita mengamalkan OmegaGuard ini, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan ia juga mengekalkan kolesterol baik, di samping mengekalkan tekanan darah normal.

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Fungsi EPA:
⚫Mencegah kanser
⚫Mencegah pembekuan darah
⚫Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
⚫Menghindar tekanan perasaan
⚫Mencegah penyakit darah tinggi            

Fungsi DHA:

⚫Mencegah asma
⚫Meningkatkan daya seksual
⚫Mencegah sakit kulit
⚫Mengelakkan kanser payu dara
⚫Mengelak kanser prostat
⚫Menghindar daripada migrain
⚫Mengelakkan rasa kebas & sejuk pada kaki dan tangan

3 Peranan Utama CoQHealth Plus Untuk Kesihatan Jantung

CoQHealth Plus Shaklee merupakan supplemen yang  mengandungi campuran 28 mg CoQ10, Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.

Dengan mengambil sebiji kapsul CoQHealth Plus setiap hari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran darah serta membantu menambah & mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.

Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQHealth Plus. Disarankan 1-2 kapsul sehari selepas makan, terutama selepas makan makanan yang berlemak dan berminyak.

CoQHealth Plus boleh membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan supplemen CoQHealth Plus Shaklee boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut:

1) Serangan Penyakit Jantung

Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil supplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung yang berikutnya.

2) Kegagalan Jantung

CoQHealth Plus Shaklee boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah biasanya akan mempunyai tahap CoQ10 yang rendah.

Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki, mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

3) Tekanan Darah Tinggi

Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan.