Ingin jantung yang sihat?

Ambil 800 IU vitamin E sehari!

Vitamin E penting untuk kemampuan reproduktif lelaki.

Kiraan sperma yang tinggi dan sihat mempertingkatkan peluang mendapat zuriat.

Nak kulit cantik dan berseri, tanpa jerawat?

Vitamin C ialah jawapannya!

Sejak bertahun lamanya, vitamin C dimakan ketika flu dan selsema.

Ini kerana vitamin C dapat membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Kombinasi Supplement Paling Ideal Untuk Kulit

Protein Soya, Vitamin C dan Collagen Merupakan Nutrien Penting Untuk Kulit Lebih Sihat Menawan

Elderberry Eropah Merupakan Salah Satu Ramuan Utama Vivix

Vivix dihasilkan daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu

Sunday, August 31, 2014

Boleh Ke Makan Cupcake Kalau Nak Kurus?

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam Semua & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57!

Tak sangka pulak cuti umum nie jatuh pada hari Ahad. Rupa2nya weekend nie merupakan weekend yang panjang. Sure ramai yang amik kesempatan untuk gi holidays ataupun buat majlis kerja kawen. Buat yang travel tu, hati2 dalam perjalanan & buat yang nak kawen (ataupun dah selamat kawen) tu, selamat pengantin baru ya!

Semalam kami berdua bertungkus lumus nak siapkan 100 biji cupcakes & 10 biji victoria sandwich cupcakes tempahan sorang customer kat Taman Perling. Entah mana dia dapat tahu yang kitaorang ada jual kek, saya pun tak pasti. Mungkin daripada Instagram, mungkin jugak daripada kengkawan dia. Apa2pun, Alhamdulillah semua dah selamat dihantar dalam keadaan hujan yang agak lebat petang semalam & jalan yang jem giler kat highway Pasir Gudang. Pfffftttt!!!!

Anyway, kalau korang nampak, bentuk victoria sandwich & brownies kami nie dah bertukar sikit. Sebelum nie kami bake kat dalam loyang yang non-stick, untuk dijual kat Chamek Kopitiam. Memang hot item. Cuma in terms of handling, memang agak menyusahkan staff2 kat sana. Kita nak pi hantar pun susah jugak. Unless kalau dah bukak kedai & customer makan kat kedai, then memang nampak cantik. Tapi kalau nak tapau, memang leceh. Kotak kami tak sesuai nak tapau ataupun nak angkut bentuk yang camnie.

Ni gambar sebelum (masa kami awal2 antar kat Chamek dulu):


Ni pulak gambar terkini selepas kami buat sedikit modification. Kami bake terus kat dalam paper portion. Mudah customer nak tapau, mudah bagi kami nak deliver kat customer. Resepinya tetap sama.


Anyway, tentang customer tu, bila saya tanya dia semula hari nie, rupa2nyer dia nie pernah makan kat Cupcake Chapter. Diaorang pernah tengok CC masuk rancangan JJCM kat TV3. Sekarang nie diaorang hepi sikit coz kami dah dekat JB, mudah la diaorang nak order. See... kalau setengah produk tu bagus, customer sendiri yang akan carik kita. Cuma kita sebagai peniaga, perlulah carik customer2 yang baru pulak, yang belum pernah try produk kita tu. Once diaorang puas hati, diaorang sendiri yang akan repeat order.

Camtulah jugak dengan produk2 Shaklee. Ramai yang belum cuba, masih lagi takut2 nak mencuba. Takut tak berkesan, takut tertipu dengan iklan & testimoni, takut nak bazirkan duit untuk beli barang yang diaorang belum rasai lagi keberkesanannya. Tapi bagi yang dah cuba & dah dapat rasai kesan yang positif, diaorang sendiri yang akan carik kita untuk repeat order. Serious!

Contohnya hari nie, saya & Hafez memang bercadang nak gi branch Shaklee untuk beli barang customer. Bila letak je status kat FB, ramai pulak yang mesej, nak tambah order. Saya rasa happy bila customer2 nie dah mula yakin dengan Shaklee. Teringat masa diaorang mula2 nak try dulu, berbuih2 jugak mulut saya nak convincekan diaorang. Mula2 tu diaorang berani try 1 produk je. Bila diaorang tengok ada perubahan yang elok, tambah 1 jenis lagi. Pastu tambah & tambah lagi.

Sama jugak la macam kami berdua. Dari 1 jenis, sekarang ni ada lebih 8 jenis supplement yang kami consume! hahaha. Bukannya apa, tapi different supplement ada different function. Tapi saya tak takut nak amik banyak2 coz produk Shaklee nie semulajadi, dan tak mendatangkan kesan buruk kepada hati & buah pinggang kita. Kesan yang baik, adalah!

Cuma nasihat saya, makan supplement tu kenalah konsisten. Jangan makan bila ingat je. Jangan plak korang overdose! Pastu yang amik set untuk weight management tu, kami tak pernah larang korang nak makan yang sedap2. Tapi agak2 la kan. Jangan korang dok bantai sekuali rendang, ataupun makan seperiuk nasik tiap2 hari sudah ler! Kalo camtu, caner la nak turun berat badan kan? Ujung2 nanti korang kata produk Shaklee tak berkesan, walhal ko dok makan macam budak sekolah nak membesar.

Saya sendiri kadang2 bila craving nak makan kek, saya akan makan sikit muffin yang reject tu. Setakat nak hilangkan rasa gian je. Yang penting, kita kekalkan diet yang seimbang. Jangan feeling2 amik set kurus & nak buat protein diet plak yer! Badan kita ni perlukan carbo jugak.

Ni ada carta piramid makanan seimbang yang mungkin berguna untuk korang.



Paham ke tidaaaaak? Kalo tak paham, boleh contact kami kay! Tapi tengok diagram je, rasa2nyer dah boleh paham2 sendiri kan.

Sesiapa yang ada follow Hafez kat Facebook, maybe pernah tengok dia upload poster nie dulu2. Untuk yang nak kawal berat badan, ni adalah set yang Hafez akan cadangkan...


Cara2 nak makan mudah je. Dan korang tak perlulah nak buat diet Atkins bagai (feeling2 retis Hollywood katanyer kan?!). Makan macam biasa je. Cuma korang kena lebihkan makan sayur2an, minum banyak air kosong & exercise at least 20min sehari. Yang takde kuasa nak exercise tu, korang pi la ronda2 shopping mall 2-3jam sampai penat.

Harga set nie pun tak la semahal kos2 kat slimming centre tu. Saya tahu coz ada kenalan2 saya yang dah spend lebih RM10k untuk pakej slimming. Ujung2 staff kat slimming centre tu cakap "u minum saje teh herba ni & jangan makan benda lain". Giteeeewww!!! Kalau camtu, takyah la nak bayar 10k pun aku boleh pi beli teh herba tu kat supermarket & kurus sendiri kan?! Kalau tak makan & cuma minum air teh je, memanglah kompem akan kurus kering kan? Tapi sihat ke tidaaaaak? Kita nie nak kurus dengan cara yang sihat. Bukan nak kurus, pastu merana sebab tak boleh makan macam2.

Haaa... banyak pulak membebel, sure korang bosan dok baca posting yang panjang berjela nie kan? Korang cuma nak tahu berapa kena bayar untuk set shape up tu kan? Kalau nak tahu, contact saya ataupun Hafez. Kitaorang boleh advise baek punyer!

Daftar jadik ahli, opkoz dapat harga ahli. Kalau duit tu menimbun2 tak tau nak buat apa, takmo daftar jadik ahli pun takper, kita tak paksa. Tapi kan elok kalau beza harga tu korang gunakan untuk sedekah kat masjid ker, kat orang susah ker... dapat gak pahala taw!

Okaylah, saya nak kemas umah jap. Nanti tengahari nak kuar pi Shaklee. Selamat bercuti!!!

Saturday, August 30, 2014

Penangan Enfuselle Buat Pengguna Sebenar

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam U Olls! Apa khabar? Harap2 semua sihat2 la yer!


Hari nie saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat salah seorang sahabat baik saya, Shazwan. Harapan kami semoga Shaz selalu2 sihat tubuh badan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & semoga dapat mencapai apa2 yang dicitakan di dalam hidup. Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang sangat baik, selalu menghulurkan bantuan, memahami, selalu memberi sokongan moral & sedia mendengar keluh kesah saya. Semoga persahabatan kita bekekalan hendaknya.

Anyway, hari nie saya nak share beberapa testimoni pengguna2 Shaklee Enfuselle. Gambar2 nie semua saya google jer. Kagum jugak bila tengok kesan yang telah mereka perolehi. Ada jugak yang mengalami masalah kulit yang teruk, dan setelah menggunakan Enfuselle, masalah mereka dapat diatasi.





Amazing kan? Kombinasi penggunaan produk penjagaan kulit Shaklee Enfuselle dengan supplement2 untuk kulit memang memberikan hasil yang ketara! Tapi untuk pasaran tempatan, cuma ada sesetengah produk Enfuselle yang dijual kat sini. Ada sesetengah memang belum dibawa masuk lagi. Mungkin ianya bergantung kepada iklim negara tertentu. Ada negara mempunyai climate yang berbeza dengan kita. Ada sesetengah produk memang kurang sesuai untuk iklim Malaysia yang serba bahang nih... hehehe.

Saya dah cuba & memang saya puas hati dengan hasilnya walaupun baru guna lebih kurang seminggu. Yang penting, produk2 Shaklee nie semulajadi, selamat & tak mendatangkan kesan sampingan yang negatif. Kesan yang kita akan perolehi adalah "puas hati". Yang penting, kena istiqomah & yakin yang semua tu Allah yang punya kuasa. Kita nie mesti berusaha. Kalau kita tak berusaha (asyik berdoa  je supaya dapat kulit cantik), cemana Allah nak makbulkan, tul tak?

Kalau korang ada masa, cuba google "testimoni enfuselle', mesti jumpa lebih banyak lagi! Kalau nak order, boleh hubungi saya ataupun Hafez kay!

Okaylah, tu jer untuk hari nie. Nanti ada citer saya tulis lagi kay! Babai!

Friday, August 29, 2014

Jom Tambah Sayuran & Buah-Buahan Dalam Diet

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu!

Semalam merupakan hari yang agak bz buat kitaorang. Kami makan breakfast yang agak heavy, lontong goreng dengan lauk kari ayam. Haaaa... amik ko! Tapi ada satu gerai kat area umah nie jual lontong goreng yang tersangatlah mabelles! Sekali try, esok lusa mesti nak beli lagi. Oleh sebab kandungan kalorinya agak tinggi, maka kitaoarng makan masa bekfes je, untuk membolehlah badan mempunyai masa yang cukup untuk bakar semula kalori yang kitaorang makan tuh.

Dalam masa yang sama, kami cuba lebihkan pengambilan sayur2an & buah2an segar. Contohnya, selepas bekfes, kami makan buah strawberry & blueberry. Dua2 nie mempunyai khasiat yang tersendiri.


Buah strawberry & blueberry kaya dengan serat, pelbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang semuanya mudah diserap oleh tubuh kita. Mereka bertindak sebagai anti-kanser disebabkan oleh kandungan anti-oksidan yang tinggi. Vitamin C & flavanoid membantu dalam mengurangkan jerawat. Selain mempunyai effect anti-anaemia, asid folik (yang juga dikenali sebagai vitamin B9) di dalam buah2an tersebut membantu untuk mempertajam daya ingat serta kesehatan mental. Asid folik pun penting untuk ibu2 yang mengandung. Kalo tak caya, cer tanya bakal2 ibu yang korang kenal. Sure doktor ada kasi makan asid folik. Anyway, kandungan serat yang tinggi dalam buah2 tu juga membantu di dalam proses pencernaan & bertindak untuk mencuci usus. Pemakanannya dapat merangsang perlepasan serotonin, yang penting untuk kesihatan hati. Anti-oksidan dan vitamin C membantu untuk melindungi arteri & pembekuan darah di dalam pembuluh darah. Maka ianya sangat bagus untuk kesihatan jantung kita.Strawberry juga mempunyai lebih kurang 21% Mangan yang membantu untuk mempertahankan kepadatan tulang.

Di sebelah malam pulak, kitaorang buat salad...


Sayur berbatang seperti asparagus mempunyai khasiat yang tersendiri. Asparagus ialah jenis sayuran yang rendah kalori dan natrium. Ia juga merupakan sumber vitamin B6, kalsium, magnesium, zink, serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik (elok untuk ibu2 mengandung nie), zat besi, fosforus dan kalium. Selain tu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah. Asparagus jugak bagus untuk melancarkan pembuangan air kecil. Kalau korang mengalami masalah kulit gatal2 macam eczema ataupun dermatitis, elok makan asparagus nie. InsyaAllah masalah kulit tu akan beransur pulih.

Biasanya, asparagus nie kami jadikan pembuka selera ataupun salad jer. Ada jugak orang yang campurkan asparagus dalam masakan yang digoreng dengan seafood (hmmm... kalau kena gaya memasanya, memang mabelles u olls!), dipanggang bersama2 ayam, ataupun dimakan mentah (ala2 model sangat korang kan?)

Tomato ceri tu pun ada banyak kandungan serat, zat galian & vitamin. Tapi yang paling saya suka ialah kandungan vitamin A yang tinggi. Elok untuk memperbaiki penglihatan kita. Maklumlah bila semakin meningkat usia, semakin tak nampak, especially bila tengah drive waktu malam, kan? Saya suka tomato ceri berbanding tomato biasa sebab ianya lebih mudah nak makan. Cuci bersih2 & terus masuk mulut! Kalau rajin, tambahkan ke dalam salad sayur2an ataupun salad buah2an.

Untuk yang rajin, jus tomato nie korang boleh jadikan mask untuk muka & rambut. Ia elok untuk membantu mengecilkan liang pori2 kulit muka. Dan elok untuk mengurangkan kelemumur kat kepala.

Anyway, yang kecil2 kaler hijau tu sebenarnya putik bunga lili yang masih muda & belum berkembang. Ia sangat popular di kalangan masyarakat Cina sebagai salah satu penyediaan herba. Khasiatnya banyak, tapi oleh sebab posting nie dah panjang berjela dok citer pasal khasiat (yang mana korang pun boleh google sendiri kan?), saya nak share sikit resepi mudah untuk masak putik bunga lili tu...

Pinjam gambar ni dari internet

Bahan2nya:
i) 1 1⁄2 cawan putik bunga lili (daylily buds), boleh beli kat supermarket AEON
ii) 1 sudu besar butter
iii) 2 sudu besar minyak zaiton
iv) 1 biji bawang kecil dihiris halus
v) Sedikit garam & lada sulah

Cara2nya mudah jer. Basuh & keringkan putik bunga lili tu. Panaskan kuali, masukkan butter & olive oil. Pastu campak bawang kecik. Bila dah naik bau, campak pulak putik bunga lili tu. Then tabur sikit garam & lada sulah. Agak2 sayur tu dah layu sikit, terus angkat. Jangan sampai layu sangat coz tak crunchy nanti. Lagipun kita nak cuba preserve khasiat sayur tu sebanyak yang mungkin.

Mudah je nak cantik & sihat kan? Tapi kalau korang memang betul2 takder masa nak buat salad, tak sempat nak gi supermarket beli buah2an, ataupun memang jenis yang cik las (pemalas), saya cadangkan korang makan jelah Vivix tuh. Sehari cuma 1 sudu jer. Dah cukup segala apa yang korang perlukan. Silap ari bulan kesannya jauh lebih elok & cepat berbanding makan sayur2an & buah2an. Lagipun buah2an & sayur2an yang kita beli tu sebenarnya kandungan zat & vitamin semakin hari semakin merosot. Tambah pulak kalau kita rebus ataupun masak atas kuali, makin la sikit zat2 yang tertinggal.

Vivix memang dah terbukti jauh lebih tinggi khasiat & kandungan anti-oksidan berbanding buah2an & sayur2an yang lain. Kandungan utamanya pun bukan jenis yang calang2 & mudah kita nak jumpa.



Kalau korang berminat, bolehlah contact saya (019-3753414) ataupun Hafez (016-6651067). InsyaAllah membeli Vivix bukanlah satu pembaziran. Ianya satu pelaburan yang amat menguntungkan tubuh kita, untuk jangka pendek, dan jika diambil berterusan boleh mengelakkan kita daripada pelbagai jenis penyakit tua.

Okaylah korang, saya nak pi kerja nie. Nanti ada citer, saya update lagi kay!

Daaaaa!!!!!

Thursday, August 28, 2014

Kenapa Kojiro Masuk Wad

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam semua!

Pejam celik dah pun hari Khamis kan? Pantasnyer masa berlalu. Cepatnyer kita nie jadik tua. Nanti sedar tak sedar, dah pun sampai tarikh lahir kita. Time tue sure kita rasa macam tak excited sangat. Maklumlah umur makin meningkat. Kalau zaman kanak2 dulu, kemain excited lagi bila tiba besday, coz dapat duit & hadiah daripada parents & sedara mara. Bila dah tua kertu camni, bila tiba hari lahir, macam malaaaaaas jer nak celebrate... hehehe

Anyway hari nie saya nak citer sikit pasal kucing kitaorang bernama Kojiro. Kojiro nie jenis domestic long hair. Kalau orang tak tahu, asal kucing bulu panjang je mesti orang kata jenis kucing parsi. Tapi kucing nie ada banyak jenis rupanyer. Apa2 pun jenis, kita kenalah jaga kucing kita nie dengan betul. Kena jaga makan dia, minum dia, mandikan dia & sekali sekala bawak la jumpa vet untuk dapatkan vaksinasi ataupun normal checkup. Kucing pun nak cantik & sihat jugak, tul tak?

Kojiro nie jenis yang high maintenance sikit. Dari dulu lagi dia jenis yang manja. Bulu je tebal, badan je montel, tapi dia jenis yang penakut. Kulit pulak sensitif, selalu je kena rashes ataupun eczema (haa... kucing pun eczema taw!). Tambah pulak habit dia nie suka menyelongkar tong sampah. Kalau tong sampah kat dalam umah tu, kita boleh lagi nak halang. Tapi kalau tong sampah kat luar umah, ko mampukah? Kat situlah ada banyak harta karun yang kucing2 nie suka. Dan banyak jugak virus dan bakteria yang suka sangat ngan dia.

Anyway, sebelum nie kami kasi Kojiro makan Royal Canin (RC) jenis Hair & Skin, coz kulit dia jenis sensitif. Pernah jugak makan IAMS untuk kulit sensitif, tapi IAMS menyebabkan mulut dia berkeruping2. Mungkin tak sesuai. So kitaorang maintain kasik dia makan RC je. Then 2 minggu lepas makanan dia dah abis. Kitaorang pusing satu JB nak carik RC, tapi tak jumpa pun RC untuk Hair & Skin. Oleh sebab makanan dia memang betul2 dah habis, kitaorang try la jenama Blackwood, atas pujuk rayu janji manis staff yang kerja kat pet store tu.


Mula2 risau jugak coz takut Kojiro tak suka. Bak kata staff tu, once kucing dah pernah makan RC, kucing mungkin tak selera ngan makanan jenama2 lain nih. Kekwatnyer la kan. Tapi si Kojiro nie pelik, dia makin suka Blackwood nie. Asyik makan ulang2 kali. Tak sampai 2 minggu dah hampir separuh bungkusan tu dia dok belasah. Dalam hati... "hmmm... maybe sedap la kot?". Untung jugak coz harga Blackwood nie 50% lebih murah berbanding RC.

Makan pun bersepah. Eeeee... tebalnyer leher dia tu! Memanglah ada isu berat badan!

Kojiro nie kencing & berak kat dalam bilik air sendiri, kat umah kitaorang. Umah nie ada 2 bilik air. So, bilik air tetamu tu kitaorang khaskan buat Kojiro. Kalau korang guna, bertabahlah yer coz baunyer tu, nyamuk pun takmo masuk!

2 malam lepas masa bersihkan taik & air kencing dia, saya notice ada warna merah pudar kat kawasan air kencing dia tu. Eh... macam darah tapi cair. Pastu Kojiro punya behavior semacam je. Dia mula kencing kat tempat2 lain kat dalam umah. Dia kencing sikit kat alas kaki kat dapur, kat belakang pintu & cubaan untuk kencing kat atas carpet (tapi tak berjaya sebab saya sempat jerkah dia... hehehe). Pelik jugak. Kucing biasanya kalau buat perangai camni, mesti ada yang tak kena. Bak kata omputeh, "it's a cry for help".

Bila kitaorang google simptom2 tu, kitaorang suspect dia nie kena urinary tract infection (UTI). Mungkin dia susah nak kencing, atau kencing tak lawas, atau sakit masa nak kencing... sebab tu la dia try kencing banyak kali & cuba untuk kencing kat tempat2 lain.

Semalam pulak saya notice dia kencing sikit je kat bilik air. Pastu takder kesan darah. Saya pun pikir... "hmmm... mungkin dah takde apa2 kot! Mungkin dia dah baik sendiri". Tapi hati nie macam masih kuat nak hantar dia gi jumpa vet.


So, malam semalam kitaorang bawak jugak dia gi jumpa vet. Bila check, rupanyer pundi kencing dia dah penuh giler! Pastu "anu" dia tu dah tersumbat! Rupa2nyer dia tak boleh nak kencing! Aiyoooo kesiannyer! Bayangkanlah korang punyer pundi kencing tu dah overload, pastu korang tak boleh nak kencing. Sakit ke tidaaaaaak?

Vet tu masukkan tiub halus kat anu dia. Pastu vet tu pam keluar air kencing dia. Kalau tak silap saya, ada la dalam 40ml air kencing keruh yang keluar, lebih kurang 1 cawan penuh. Then vet tu pam ubat cecair untuk cuci pundi kencing dia. Then pam keluar lagi. Masa tu ada nampak la sikit serbuk2 hitam halus. Vet tu cakap, nasib baik kami bawak Kojiro datang klinik awal. Kalau tidak, boleh kena infection yang lebih teruk, especially kat buah pinggang dia. Dan untuk kes2 yang serius, boleh menyebabkan kematian.

Bila citer2 tentang Kojiro, cara pemakanan dia, habit dia selongkar sampah, dan sebagainya... barulah kami dapat tangkap punca sebenar penyakit dia tuh. Rupa2nyer vet tu cakap memang banyak kes kucing yang makan Blackwood kena sakit macam ni. Dia immediately suruh kitaorang stop & kasi makanan lain yang sesuai.

Adoiii... tak sangka sangat! Tetiba macam geram ngan Blackwood!

Tiub yang vet masukkan kat anu Kojiro tu dia tak boleh nak tanggalkan dulu. Coz taknak anu dia tersumbat lagi. Vet tu kasi 2 injection ubat tahan sakit kat dia & kasik 3 jahitan, supaya tiub tu tak tertanggal. Pastu dia kena pakai kolar ala2 Lady Gaga. Mula2 vet tu cakap kalau kita nak bawak balik, kita kena treat Kojiro sendiri. Bersihkan kawasan tiub tu, make sure air kencing dia keluar dengan lancar, make sure pamkan ubat cuci ke dalam tiub tu sehari sekali & make sure Kojiro minum air yang banyak untuk flush out benda2 kotor kat pundi kencing dia. Pastu Kojiro tak boleh keluar sangkar. Kalau lepas, nanti air kencing dia akan menitis merata2 kat rumah. Hari Isnin depan kena bawak Kojiro ke klinik lagi untuk bukak jahitan.

Aiyoooo... cemana tuh?! Dah la kitaorang nie bz dengan nak siapkan kek untuk customer kan? Nak taknak terpaksa tinggalkan Kojiro kat klinik. Tapi bagus jugak coz staff2 kat situ boleh tolong jaga Kojiro. Diaorang akan treat Kojiro untuk 5 hari. Makanan yang sesuai pun akan disediakan. Ubat pun vet akan kasik. Cuma terbanglah duit RM500! Sigh... takpelah. Kita jaga kucing yang sakit, InsyaAllah ada balasan baik yang setimpalnya. Hopefully Isnin depan Kojiro dah boleh balik umah dengan keadaan yang sihat.

Gitulah citer Kojiro semalam. Letihnyer kitaorang nie cuma Allah je yang Maha Mengetahui. Dah la tak tido since subuh, seharian buat kerja kat kedai. Ke sana ke mari carik barang. Pastu balik umah uruskan pulak si Kojiro kat klinik. Bila balik umah, sambung pulak kerja2 mencuci kain2 yang terkena kencing Kojiro. Then dok mop satu rumah. Macam nak pengsan!

Tapi nak buat cemana kan? Kalau kitaorang nie ada orang gaji nak buat kerja2 umah, nak tolong jaga Kojiro, nak tolong masak dinner, nak tolong buat laundry, nak tolong bersihkan dapur, cucikan pinggan mangkuk... lainlah cerita kan? Ini semuanyer kena buat sendiri u olls!

Kadang2 tu orang tengok kitaorang nie bujang, orang assume yang kita nie takde kerja, takde tanggungjawab, takde life. Bagi saya setiap orang pasti ada masalah tersendiri yang perlu diselesaikan. Bukan hidup namanya kalau takde masalah. Even orang yang dah mati pun akan bertemu dengan masalah baru, yang jauh lebih complicated.

Moralnya di sini:

  1. Cuba elakkan beri kucing anda makan Blackwood. Nak beli jenama2 lain pun okay, asalkan sesuai dengan kucing tu. Yang penting takder bahan2 perasa tiruan & takder bahan pengawet yang melampau2. Fancy Feast tu janganlah korang beli. Kucing memang suka sesangat, tapi bahan2 kat dalam dia tu memang tak elok. Kucing korang boleh jadik gian taw! hahaha...
  2. Jagalah haiwan peliharaan kita dengan elok. Jangan time nak main2 ngan dia je, baru kita panggil dia. Tapi bila dia 'menyusahkan', kita abaikan dia. Itu mungkin salah satu amanah yang Allah nak beri kat kita.
  3. Kita pun kena jaga kesihatan kita. Jaga pemakanan kita, coz mungkin sekarang kita tak rasa sakit, tapi bila dah tua nanti, macam2 penyakit yang timbul hasil daripada tabiat pemakanan kita sekarang.
  4. Makan banyak sayur2an hijau, buah2an, minum banyak air kosong & cuba dapatkan supplement yang organik ataupu diperbuat daripada bahan2 semulajadi. Cuba sedaya upaya elakkan ubat2 dan supplement yang sintetik, coz ianya boleh memberikan kesan negatif kat hati, buah pinggang, dan ada sesetengahnya amat bahaya untuk jantung kita.
  5. Makanlah Shaklee. Bukan sebab saya nie ahli Shaklee. Bukan sebab Hafez nie aktif menjual Shaklee. Tapi sebab ianya merupakan supplement yang selamat, semulajadi & mempunyai khasiat yang banyak. Harga pun tak mahal berbanding kos rawatan yang kita kena bayar di kemudian hari.
Kalau korang jenis pemalas nak makan supplement, amik 1 jenis pun takper. Cuba amik Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral yang complete untuk kesihatan badan kita. Buat yang ada bajet lebih & nak produk yang jauh lebih bagus, cubalah Vivix. Khasiat dia memang panjang berjela2. Testimoni pengguna pun memang banyak, dan dah terbukti secara klinikal. Harganya agak mahal sikit, tapi korang boleh dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah. Boleh tahan sampai 2 bulan. Kalau takmo makan sendiri, boleh kasi kat mak ayah yang sakit tu, memang korang akan nampak perbezaan yang ketara. Kalau tak elok bagai dikata, takkanlah ramai cancer patient yang makan Vivix kan? Cancer patient yang buat chemo tu memang perlukan supplement yang terbaik untuk renew sel2 dalam badan yang rosak akibat chemotherapy.

Nie saya nak share 2 poster yang saya copy daripada facebook Hafez. Kalau nak tengok banyak lagi, boleh bukak page dia, ataupun contact kami terus kay!




Okaylah korang, panjang melalut pulak posting hari nie. Nanti kalau ada info2 yang berguna tentang Shaklee, perkembangan terkini tentang Kojiro, ataupun gambar2 kek yang terbaru, saya akan update korang ya!

Selamat bekerja!

Wednesday, August 27, 2014

Kisah Cik Pavlova

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi U Olls!

Pagi nie hujan renyai2 kat sini. Sedapnyer kalau lepas solat subuh, kita sambung tido balik kan? hehehe. Kalau ikutkan hati memang nak jer lontarkan diri kat atas katil tuh. Tapi kena kuatkan semangat. Walaupun kami nie bekerja sendiri & waktu bekerja kami flexible, tak semestinya kami nie dok bantai tido jer kat umah.

Bila waktu kerja flexible, kadang2 tue sampai kol 11 malam pun terpaksa layan oarng dok antar whatsapp dok tanya2 pasal kek. Sigh! Diaorang nie pun satu, kot yer pun nak tanya kita, agak2 la kan? At least have the courtesy untuk contact kita di siang hari. Ini tidak, ikut sedap dia jer. Saya nie ikut mood, kalau mood saya baik, kol 2 pagi pun saya reply. Kalau mood tak baik, memang saya diamkan je dulu. Keesokan paginya baru baru balas.

Sejak kerja kat Cupcake Chapter, saya dah masak bebenor dengan ragam pelanggan. Ada yang elok tu & dah biasa order kek, memang mudah kita nak deal. Ada pulak yang tanya 1001 soalan, tapi hujung2 tak jadik. Ada jugak yang mula2 request kemain ekstravaganza macam nak buat royal wedding gitew, tapi bila kita kasik quotation, terus terkedu. Yelah, ko berangan nak kek fondant 3 tingkat, ada patung pengantin & bunga gumpaste yang handmade, tapi bajet ko 200 hengget kan? Maunyer makan aku punyer kaki jer! Then ada pulak jenis yang suka order last2 minit. Contact kita untuk buat order kol 2 ptg, nak kek tu kol 4 ptg hari yang sama jugak. Ko ingat aku nie ada kilang buat kek ke?

Tapi nak taknak kita layaaaan jelah. Yang penting, kita respond & jaga budi bahasa kita. Bagi saya, setiap orang yang contact kita tue adalah potential customer. Kalau dia tak jadik order sekarang, maybe in future dia akan order kat kita.

Anyway, semalam lepas hantar kek kat Chamek Kopitiam, kami gi beli barang2 stok bahan mentah kat Bakewell, Pasir Gudang. Kedai tue tak besar sangat, tapi bolehlah. Kitaorang ke situ pun sebab dekat dengan tempat kerja. Kalau ikutkan, kitaorang lebih prefer beli barang2 kat Perling Indah jer, coz lebih banyak pilihan & harga lebih murah. Cuma jarak nak ke situ lebih kurang setengah jam jugak. Tambah pulak kalau lebuhraya Pasir Gudang tu jem, maunyer nak sejam baru sampai. Koser la! Kalau ada masa, baru boleh ke situ. Kalau tidak, gi Bakewell sajor!

Semalam pagi ada customer ada call, nak order Pavlova. Nak hari Rabu malam. Nak tolak order, macam kesian. Nak kekwatkan diri, tak sampai hati pulak. Mungkin ini salah satu sumber rezeki yang Allah nak kasik kat kami. So kitaorang pun gi la carik strawberry & blueberry kat AEON. Tesco kat Seri Alam nie sangap sikit, buah2 yang camtu memanglah korang takkan jumpa. AEON pulak tengok tempat. Kalau AEON Permas Jaya, kadang2 ada, most of the time nan hado. Terpaksalah jugak gigihkan diri gi AEON Tebrau City tue. Jauh sikit, tapi biasanya stok memang selalunya ada.

Kalau buah2an untuk kek ataupun Pavlova, saya lebih suka pilih yang elok2. Bukannya apa, bentuknya cantik & buah2nya semua segar. Memang ada jenama tempatan lain yang lebih murah, tapi kalau korang tengok rupanyer, alahai kesian. Nie contoh salah satu Pavlova yang kitaorang pernah buat...


Buah2 strawberry dia tu montel2 belaka kan? Saya tengok ramai yang bile buat Pavlova, suka letak macam2 jenis buah. Ada yang letak kiwi la, ada yang letak mangga la, ada yang letak peach la. Itu masing2 punya taste la kan. Kitaorang lebih suka yang simple je, tak terlalu warna warni macam lampu raya liplap. Buah strawberry tu pulak kitaorang akan letak sebijik2. Tak suka potong kecik2. Yelah, kalau potong kecik2, boleh nampak banyak sikit kat atas Pavlova tu kan? Tapi bila makan, tak sedap sangat coz bila buah tu dah dipotong2, ia akan jadik kering, dah kurang juicy.

Oh ya... citer pasal Pavlova nie, ramai jugak customer yang pelik, kenapa harga dia mahal, sedangkan meringue dia tu diperbuat daripada gula & putih  telur je. Well well well (sambil buat muka Angelina Jolie), kalau korang rasa boleh buat sendiri, silakan! Ko ingat campak2 gula & putih telur, pastu pukul2, boleh terus jadik meringue? Ada sesetengah orang tu saya baca, dia dah cuba banyak kali, tapi lepas 2 jam bakar, meringue dia tak menjadik. Ada yang jadik keras macam biskut bangkit. Kengkadang jadik lembut macam marshmallow. Haaa... patah hati ke tidak bile ko dah penat bakar sampai 2 jam, pastu meringue korang tak menjadik? Sebenarnya ada sejenis skill & trick yang kita kena carik sendiri untuk dapatkan meringue yang betul2 sempurna. Yang bahagian luar tu crunchy, yang bahagian dalam tu lembut, tapi meringue tu mestilah masak sepenuhnya (tak mentah), dan bila kita makan, dia macam melt kat dalam mulut kita. Susah sebenarnya, even saya pun tak tahu nak buat. Cuma Hafez jer yang tahu trick nak buat meringue yang elok.

Fresh cream kat atas meringue (yang kaler putih) tu pulak kena tahu consistency yang paling ideal. Kalau korang kurang pukul, dia tak jadik fluffy. Kalau korang terlebih pukul, dia terus akan jadik cair. Bila dah cair macam air susu tu, tak dapek la nak nolong, kena buang sajor! Ada jugak citer yang saya baca, fresh cream dia tu dah elok2 jer, tapi lepas letak buah & nak deliver kat customer, cream dia jadik cair. Kesian saya tengok. Nak tolong, dah tak boleh coz kes camtu memang kena buat sekali lagi. Bila cair, dengan meringue2 tu skali akan rosak. Yang dapat diselamatkan cuma buah2 tu jelah agaknyer.

Sebab tu ler harga Pavlova nie mahal sikit dik non! Mahal2 pun, kalau dapat makan yang sedap, memanglah berbaloi! Rasa manis2 kat meringue tu dah diseimbangkan dengan rasa lemak2 kat fresh cream tu & rasa masam2 buah2an yang kat atas dia. Ada sejenis sensasi yang memang susah kita nak describe. Korang kena cuba sendiri! Warga JB, boleh order ngan kami kay! (promote sikit! hehehe)

Okaylah korang, tu jelah kisah Pavlova saya hari nie. Nanti ada masa, saya tulis lagi kay! Till then, babai!!!!

Tuesday, August 26, 2014

Jom Kita Detox

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam U Olls! Apa khabar? Harap2 korang sihat walafiat hari nie okay!

Hari nie saya sihat. Semalam jer perut macam meragam sikit. Lepas balik daripada openhouse kat umah Sam, kitaorang singgah AEON Permas Jaya jap untuk beli buah-buahan. Kitaorang beli oren, tembikai, strawberri & sikit sayur2an untuk buat salad. Bukan senang nak kurus nie kan?

Macam biasa, sampai je umah, terus belasah strawberri. Geram sangat bila tengok saiz strawberri yang montel2 camnie...


Saper yang tak geram kan? Tapi nie jenis yang imported from Australia. Kalau untuk buat Pavlova ataupun Strawberry Cheesecake, saya lebih prefer beli jenama Driscolls daripada US, coz saiznya memang molek2 & tak terlalu gedabak macam nie. Kalau letak atas kek/pavlova/cupcake, nampak seragam & molek jer.

Malam sebelum masuk tido, saya makan 10biji Alfalfa Complex & 3biji Herb-Lax.

Alfalfa Complex nie kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 jenis zat galian, 10 jenis vitamin, 8 jenis enzim, dan fitokimia. 10 biji Alfalfa Compleks menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu. Bagus sangat2 untuk mencuci hati, darah & usus. Elok jugak untuk melawan alahan. Dan ada beberapa lagi khasiat yang penting untuk badan kita.

Herb-Lax pulak ada 9 herba semulajadi. Amat2 membantu kalau korang ada masalah susah nak buang air besar. Yang penting, ia elok untuk membantu proses pembersihan usus secara lembut supaya enapan2 dan toksin2 yang tersekat tue boleh la dikeluarkan. So siap sedia jelah yer keesokan paginyer... hehehe

Jadi korang boleh la imagine cemana perut saya bila bangun pagi kan? Haaaa... jangan muntah kahak hijau pulak! hahaha...

Kalau korang nak tau, kitaorang nie jenis yang suka makan. Kadang2 masak sendiri kat umah. Kadang2 tapau kat kedai. Jadik, macam2 benda yang masuk kat dalam perut kitaorang nie. Sesekali memang kena buat aktiviti pembersihan usus nie supaya benda2 kotor yang tersekat kat usus kita tue boleh disingkirkan. Kalau kena gayanya, boleh turun 1-2kg taw! Haaa... macam tak caya jer berat bahan2 yang tersekat kat dalam usus kita tue kan?

Oleh sebab kitaorang dalam proses detox, kitaorang kurangkan makan makanan yang berminyak. Ayam tu panggang je guna magic pan. Nasi pun makan segenggam jer (ikut tips Kevin Zahari katanyer!). Tapi nasi tu kitaorang mix dengan pelbagai jenis sayur2an.


Sebelah malam pun sama, Kitaorag cuma makan ayam panggang & salad jer. Pastu banyakkan minum air kosong untuk flush out toksin2 kat dalam badan. Air kosong nie penting taw! Minum sekurang2nya 3 liter sehari. Pandai2 koranglah cemana, tapi kalau boleh janganlah dok togok 3 liter tue sekaligus! Nak mampus???

Sebelum tido, saya buat air herba guna Peppermint-Ginger Plus. Bahan2nya mudah sajor!


  1. Cawan yang ada design The Hobbit (hahaha... apa2 jenis cawan pun boleh);
  2. 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger Plus;
  3. 2-3 titis Daun Manis (Stevia); dan
  4. Air suam.
Dah siap, korang pun minum la. Kalau nak feeling2 lebih, pi la bawak mug tu ke luar umah... duduk kat amben ker, kat berandah ker, kat buaian ker... best kan? Minuman nie tak ler pedas macam air halia yang kita buat sendiri ataupun yang kita order kat kedai mamak tuh. Coz selain daripada Halia & Daun Pudian, dia ada bahan tambahan Adas (Fennel) & Cekur Manis (Anise). Korang boleh click link yang saya buatkan tu & boleh study sendiri khasiatnya.

Cuma nasihat saya... Kalau nak makan Herb-Lax tue, korang pilih la timing yang sesuai. Kalau esoknyer hari bekerja, malam sebelum tu minum la awal sikit, macam dalam kol 10mlm ker. Lagi elok kalau dapat buat masa hujung minggu. Hasilnya memang menakjubkan. Yang sembelit tu, mesti lancar jer esok pagi. Yang tak sembelit tu, mesti keluar semua kerak2 pelbagai warna & bau... hehehe. Tak kisahlah kan? Yang penting, kita sihat! Bila usus kita bersih, lebih mudah zat2 nak diserap oleh badan. Lebih cepat la korang jadik sihat & kurus!

Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang supplement2 Shaklee nie, boleh la contact Hafez. Boleh tanya sekali tentang cara pemakanan, harga & cemana nak dapatkan harga ahli yang lebih berbaloi berbanding harga jualan biasa. Jangan bimbang, dulu2 pun saya rasa malas nak join ahli. Tapi bila makin banyak supplemen yang saya amik, terasa rugi kalo tak join.

Produk2 Shaklee nie semua semulajadi, tak macam kebanyakan produk2 yang dijual kat luar tuh. So banyak mana kita makan pun, takper coz tak memberikan kesan sampingan kat hati & buah pinggang kita.

Okaylah, nanti ada story, saya tulis lagi kay!

Babai!

Monday, August 25, 2014

GLA Complex Untuk Kulit Yang Sihat

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi!

Kepada yang dah mula bekerja semalam, mungkin korang takder rasa Monday-blues lagi. Tapi yang baru nak start kerja hari nie, banyak2 bersabar yer! That feelings will definitely go away, maybe kol 4.30ptg nanti... hehehe

Anyway, semalam saya offday. Banyak menghabiskan masa berehat2 kat rumah. Most of the time dok ngadap TV layan drama Hannibal Season 1. Camtulah nak abiskan masa berehat (yup! i'm such a soap opera junkie!). Kat umah kitaorang takder Astro. HyppTV nie pun amik pakej yang paling basic je, tu pun sebab free. So kitaorang memang jarang tengok TV kat umah.

Yang penting, ada WiFi kat umah untuk surf internet. Bila ada WiFi, boleh la download movie/drama secara illegal kat bittorrent... ahaks! Nak beli DVD yang ori memanglah jauh sekali. Nak beli yang pirate pun takder duit ko! Kalo sesiapa minat citer Silence of the lambs, mungkin korang akan suker jugak drama nie. Based on karakter Dr Hannibal Lecter jugak. Interesting kan?


Semalam cuaca gloomy jer kat sini. Hujan sekali sekala dari pagi sampailah ke petang. Masa saya gi beli lunch, hujan lebat giler! Nasib baik time tue dah siap tapau makanan. First time drive sorang2 time hujan lebat memang pengalaman yang agak menakutkan. Saya bawak slow2 jer. Alhamdulillah selamat pulang ke rumah.

Cuma korang mungkin perasan, time hujan lebat, mesti ada driver yang pasal lampu emergency. Rasa macam geram jer, sebab kita yang drive kat belakang dia nie, tak tahu samada dia nak ke kiri ataupun ke kanan. Apa motif dia agaknyer eh? Mungkin dia rasa dengan pasang lampu emergency tu orang belakang akan notice yang dia tengah drive time hujan lebat & dia tak dapat nak decide samada nak masuk lane kiri ataupun kanan. Aaah! Biarlah! Rasanya memang ramai yang camtuh!

Anyway, semalam lepas lunch, sambil tengok drama, saya pun scroll2 fon dok baca status2 kat Instagram & Facebook. Ramai pulak dok update status pasal Shaklee GLA Complex. Bukan ahli/distributor pulak tu! Kemain lagi dia recommend kat kengkawan dia. Hmm... mulalah saya teruja nak try. Kat umah nie pun memang ada beberapa botol GLA Complex yang Hafez simpan, nak buat stok coz ramai customer dia yang suka order. Ada tu suka order last minute & nak dan dan tu jugak! Ada ramai customer yang repeat order. So saya pun rasa... hmmm... mesti ada something special tentang GLA Complex nih.

Sudahnyer, saya pun beli sebotol daripada Hafez. Nak jugak try & lihat kesannya terhadap kulit saya, kan? Guna produk2 penjagaan kulit luaran memang tak cukup untuk dapatkan kulit yang sihat, cantik & nampak lebih muda.


Untuk yang baru 1st time dengar pasal GLA Complex nie, kat sini saya nak share poster yang Hafez buat & upload kat Facebook page dia...


Ia bukan sahaja penting untuk kesihatan kulit, tapi sangat2 elok untuk wanita yang mempunyai masalah hormon kurang stabil. Bila baca testimoni pengguna (yang bukan ahli), ada yang 5 bulan tak tang haid. Jenuh dah dia turun naik hospital pakar untuk dapatkan rawatan hormon, makan ubat yang doktor kasi (yang biasanya diperbuat daripada bahan sintetik), dan ada juga yang ambil ubat2an tradisional. Tapi tak jugak nampak sebarang perubahan positif. Tapi selepas 2 minggu makan GLA Complex nih, kitaran haid dia terus jadik normal macam dulu2.

Kalau korang nak tahu dengan lebih terperinci, boleh hubungi saya ataupun Hafez ya! Kat Facebook page dia ada banyak poster yang dia buat tentang GLA Complex nie. Memang banyak info berguna untuk sesiapa yang berminat. Sampaikan ramai Shaklee Independent Distributor yang share poster dia kat wall masing2. Sudahnyer si Hafez nie dah jadik macam jurucakap Shaklee pulak kan? hehehe... sabau jelah!

Okaylah, saya nak pi Pasir Gudang, nak gi beli barangan buat kek. Nanti ada kelapangan saya update lagi ya! Dadaaaaaa!!!!

Sunday, August 24, 2014

Santai Hujung Minggu

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Berhujung Minggu!

Apa plak korang hari nie? Saya & Hafez lepak2 kat umah je, kitaorang offday. Biasanya kami punya offday bermula selepas solat Jumaat sehingga hari Sabtu. Tapi memandangkan bulan raya nie agak bz dengan tempahan2 customer, kengkadang tuh terpaksa jugak kerja hari Jumaat & Sabtu. Memang letih giler! Contohnyer macam semalam, we olls pepagi dah sampai ke kedai untuk buat 36 biji cupcakes & 100 biji muffins. Nak tengok gambar?


Haaa... terliur ke tidaaaak? Kalau korang tinggal kat area JB/Masai/Pasir Gudang, boleh la tempah kek/cupcake/muffin dengan kami. Nak tengok lagi banyak gambar, boleh follow kami kat:
  1. Facebook: Kafe Amben
  2. Instagram: @kafeamben atau #kafeamben
Tapi kalo korang tinggal kat KL, boleh la order kat kawan saya Rohana Ramli. Dia punya kek pun sedap2 belaka. Boleh PM dia kat dia punyer akaun Facebook.

Selain daripada bz dengan membaking, kami berdua jugak bz buat delivery. Yang mana2 dekat tu, okaylah kan. Tapi kalau customer yang stay jauh2 tu, jenuh jugak nak menghantar. Ada jugak customer yang tinggal kat Kota Tinggi taw! Kalau camtu, tak dapek ler den nak ngantau, unless dia boleh kasi kita claim petrol & tol kan? Bukannya apa, cuma kami ni bisnes kecil2an jer. Semua tu kena amik kira untuk memaksimumkan keuntungan. Kalau untung seposen dua, baik la tak menjual, betul tak?

Basically kedai nie memang kami berdua yang run. Tapi kakak saya ada banyak bantu untuk tolong buat marketing & promosi. Mostly customer kitaorang pun memang di kalangan kengkawan dia jugak. Syukur jugak dapat kakak yang macam ni kan? Sebab tu saya sayaaaaaang sangat kat dia. Sayang ketat2! hehehe...

Eh, jauh plak terpesong citer ari nie.

Selain membaking, buat delivery, beli bahan mentah, dan ulang alik rumah-kedai-rumah, bila ada kelapangan kami akan pergi jogging kat tasik ataupun gi workout kat gym. Balik umah, sambung pulak buat laundry, masak makan malam & sambung buat kerja2 opis kat laptop. Kadang2 tu kol 1-2 pagi baru nak masuk tido. Penat tu memanglah penat. Tapi apa yang membantu saya untuk jadi lebih bertenaga sepanjang hari? Ni ha... saya amik multivitamin Vita-Lea & Vita-C Plus!


Kalau korang tak caya, cer la cuba!

Sesiapa ada bajet yang lebih tu, boleh ler amik Performance Pure Hydration Drink & Nutriferon. Ianya memang berfungsi untuk boost kita punya tenaga & immune system, supaya tak mudah letih, tak mudah rasa lesu, dan yang paling penting tak mudah jatuh sakit. Nutriferon tu memang salah satu best selling item kat Shaklee. Masa gi branch kat JB ari tu, dah out of stock. Ingatkan nak belikan untuk family saya, coz dah berminggu2 diaorang batuk. Ubat doktor tak jalan, ubat farmasi tak jalan, makan madu tak jalan, minum lemon campur madu pun tak jalan, gula2 batuk yang mahal tu pun tak jalan. Pastu ada baca testimoni Puan Najihah Sudi, dia kata anak dia batuk 2 minggu. Lepas kasi makan Nutriferon untuk 3 hari berturut2, Alhamdulillah batuk pun hilang. Tu yang terasa macam nak belikan untuk family saya.

Anyway, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal supplement Shaklee nie, boleh la contact Hafez. Dia memang lebih arif dalam bahagian nie berbanding saya. Laman Facebook dia pun penuh dengan fakta2 serta informasi tentang khasiat supplement Shaklee. Ada sesetengah tu memang korang susah nak jumpa kat internet.

Okaylah korang, saya nak santai2 nie. Alang2 tengah offday kan, biar betul2 berehat.

Saturday, August 23, 2014

Pengalaman Pertama Guna Shaklee Enfuselle

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam & Selamat Pagi!

Pagi hujung minggu nie sure ramai yang bz. Ada yang bz nak buat open house raya. Ada yang bz tido lagi. Saya pulak tak berapa bz sangat. Cuma ada tempahan 30 bijik cupcakes & 100 biji muffin je, nak kena siapkan sebelum kol 2ptg nanti.

Alang2 takde apa nak buat kat umah, boleh la buat laundry, vacuum umah & bersihkan bilik air kucing kami Kojiro. Kojiro ni memang kami train untuk berak/kencing kat bilik air je. Senang nanti kalau2 kami nak ke mana2, takdelah risau dia duk membuang merata2 kat umah kan. Depan pintu bilik air pulak ada towel bapak besau punyer, supaya kami dia bersih bila melangkah keluar. Ni la muka kekwat si Kojiro...


Dia ni muka je macam gangster, tapi penakut yang amat! Kalau ada kengkawan datang umah yang dia tak familiar, cecepat dia akan lari masuk bilik ala2 gadis wanita melayu zaman dolu2. Pemalew sangat kan? hahaha... nyampah ler!

Anyway, hari nie saya dah start gunakan set penjagaan muka Shaklee Enfuselle. Set ni actuallynya terbahagi untuk 2 jenis kulit, iaitu kulit normal ke berminyak & kulit nomal ke kering. Masa duduk KL dulu bilik saya ada aircond, jadi kulit saya sentiasa kering. Tapi bila dah pindah JB ni, umah takder aircond. Kulit sedikit berminyak, especially kat T-Zone. Tambahan pulak area Masai nie memang spot yang panas sikit, kadang2 tu kulit rasa macam berlengas2 jer... eeewwwww...

So semalam masa kat Shaklee, staff kat situ suggest saya gunakan set untuk kulit normal ke berminyak nie...


Set yang asal ada 4 item:

  1. Purifying Cleansing Gel (RM88.75);
  2. Purifying Toner (RM78.75);
  3. Balancing Moisturizer (RM83.75); dan
  4. Eye Treatment (RM52.50), sesuai untuk semua jenis kulit.
Tapi saya beli No. 1, 2 dan 3 je. Biasanya orang lelaki ni susah sikit nak commit benda2 rutin kecantikan nie kan. takut plak kalau beli Eye Treatment, tak pakai, kang rugi plak. But who knows, kot2 tetiba mata nie jadik mata panda sebab tak cukup tido, harus la saya pi beli jugak!

Saya nie sebenarnya dah banyak pengalaman guna produk penjagaan kulit. Masa zaman sekolah dulu jerawat kemain banyak kat muka. Kawan saya kata "muka ko nie takder ruang dah jerawat nak tumbuh!". Haaa... sentap ke tidaaaaak? hahaha... Masa tu macam2 la saya try, dari Avon ke Amway ke Bodyshop ke Dr Murad. Tapi nan hadonyer berkesan!

Masa kat Uni pulak jerawat dah kurang sikit, tapi parut jerawat still merata2 kat muka. Masa tu dapat duit biasiswa Proton, so mewah la jugak. Belanja bulanan ada la dalam RM500 habis untuk produk kecantikan, Bayangkan saya dah try Estee Lauder, Guerlain, Clinique, dan macam2 lagilah! Gi facial pun pernah kau! Tapi parut jerawat memang susah nak hilang! Pastu saya ada cuba produk Clarins Bio-Ecolia. Haaa... yang ini memang elok! Parut jerawat dah nampak pudar. Tapi lepas guna 3 jar, produk tu discontinue pulak. Eeee... scary la pulak. Entah2 ada benda yang tak lulus kat dalam krim tu tak? Mintak simpang la!

Masa saya kerja pulak, saya pernah try set SKII & Lab Series. Tapi kulit tak sesuai. Awal2 guna memang okay, tapi bile masuk cycle ke-2, macam dah takder kesan positif. Muka jadik lebih kering, gatal & mengelupas. Last2 tercuba produk Dermalogica. Time nie memang abis banyak kat Dermalogica. Sekali facial je RM250 ke atas. Barang2 dia pulak bukannya murah. Sekali beli je dalam RM800-1300 terbang! Time tu saya kerja, so mewah sikit. Takder duit, saya swipe, then dapat bonus saya bayar balik kad. Tu jelah kerja aku. Tapi makin lama makin tak boleh nak sustain. Bila kira2 balik, mak aih!!! Boleh bayar downpayment keter VIOS duit2  yang saya dah belanjakan kat Dermalogica tuh!

Masa saya bisnes sendiri, saya dah mula bijak & berjaga2 bila nak beli produk penjagaan kulit. So far jenama yang sesuai ialah ZA. Hmm... saper tau kan, tak perlu belanja besar macam dulu. Tapi kesan penggunaan ZA ni tak berapa power, dan kurang sesuai ngan kulit saya ni. So sekali lagi saya dalam misi mencari produk yang betul2 sesuai dengan kulit saya & sesuai dengan kemampuan saya.

Bila dah berkenalan dengan Shaklee ni, saya mula reserach tentang produk2 penjagaan kulit dia. Untuk produk supplement, saya tak risau coz saya rasa semuanyer memang dah terbukti berkesan & selamat untuk badan/buah pinggang kita. Tapi produk penjagaan kulit ni lain sikit, kita kena dig deep & buat banyak research sendiri kat internet. So baca punya baca punya baca, last2 saya pun decide untuk beli je! Banyak sangat testimoni pengguna yang meyakinkan saya. Bukan setakat testimoni ahli Shaklee yang saya baca, tapi review2 daripada blogger2 tempatan & luar negara pun saya baca jugak, samada blogger yang 'dibayar' mahupun blogger yang tak berbayar. Tapi saya prefer baca review blogger yang tak dibayar coz ianya lebih kritikal, jujur, telus & tak bias.

Cuma banyak2 testimoni, tetiba terjumpa pulak testimoni Presidential Master Iffah Anuar nie...


Haaa... kalau PM pun dah cuba, kenapa plak saya nak rasa ragu2 kan? Tu yang saya terus beli!

(1) 1st time guna cleansing gel dia, saya terkejut sikit. Coz saya cuma letak sikiiiiit je (sebesar mutiara) kat tapak tangan. Bila sapu kat muka & bila gel dah bercampur ngan lembapan air kat muka, memang berbuih2. Kulit rasa macam bersih giler! No wonder ada orang claim yang dia punya cleasing gel boleh bertahan sampai 6 bulan! Pekat giler ko! So... harga almost RM89 hengget untuk 6 bulan tu, idak le mahal bebenor kan? Kalau dapat dengan harga ahli, sure lagi berbaloi!

(2) Pas cuci muka & mandi, saya guna toner pulak. Pun sama, saya gunakan sikit je. Saya curah sikit kat tapak tangan & tepek2 kat muka kasi segar. So far so good, kulit tak terasa pedih, rengsa, tegang ataupun berminyak. Terasa lembab & sejuk2 je macam kat Cameron Highland... hehehe

(3) Then akhir sekali saya guna balancing moisturizer. Pun sama jugak, saya amik setitis-dua je & sapu kat seluruh muka. Teksturnya ringan, oil-free & mudah nak oles2 kat muka. Lepas pakai pelembab, muka tak terasa melekit ataupun tegang.

Camtulah pengalaman saya 1st time guna Enfuselle nih. Harap2 lepas seminggu dua, kulit jadik lebih sihat, lebih berseri & cantik macam Cik Ta! Eeeehhhhhh?... hahaha...

Okaylah u olls! Saya nak pi buat cupcake & muffin nih. Kang tak siap, mau mengaruk customer! Nanti ada masa lagi, saya tulis yer!

Daaaaa!!!!

Friday, August 22, 2014

1st Day Sebagai Ahli Shaklee

posted by Mohd Yusof Rahmat

Assalamualaikum & Salam perkenalan buat semua!

Hmm... ini posting saya yang pertama. Mungkin ada sesetengah orang tak tau nak cakap apa masa posting pertama ni. Tapi saya pulak rasa macam bel;anda tak cukup tanah. Rasanya macam banyaaaaaaaak sangat nak citer kat sini. tapi kalo citer panjang2, nanti korang bosan pulak kan?

Anyway, hari ini merupakan hari pertama saya jadik ahli Shaklee. Thank you kepada rakan baik saya Hafez coz temankan saya gi branch Shaklee kat Taman Molek, Johor Bahru. Selepas berbulan-bulan tengok dia dok Shaklee Shaklee Shaklee... akhirnya terbukak jugak hati nie nak apply membership! hehehe...


Saya ni sebenarnya dah menggunakan produk Shaklee sejak bulan Mac 2014 lagi. Masa tu Hafez tolong belikan supplement Vita-Lea & CoQHealth. Time tu saya pun tak tahu sangat tengang Shaklee ni. Cuma ingatkan Shaklee ni khas untuk orang yang nak turunkan berat badan je. Rupanyer ada jugak supplement. Alang2 orang dah beli, kita makan jelah. Kalo tak makan, rugi pulak kan. Kalo tak try, cemana nak tahu berkesan ke tidak kan?

Saya ni bukanlah sihat sangat. Mak bapak memang ada penyakit. Ayah saya ada sakit jantung, darah tinggi & kencing manis. Mak pulak ada kencing manis & paras kolesterol dia agak tinggi. Biasalah penyakit orang tua. Jadinya kalau ikut genetik, saya ni bukanlah jenis yang sihat sangat, tul tak? Paras kolesterol saya nie pun boleh tahan tinggi jugak, kalau tak silap 9 rasanya. Tiap-tiap bulan memang ulang alik hospital untuk check darah & amik ubat kolesterol.

Sebelum ni doktor ada prescribe 2 jenis ubat. Jenis pertama tu kena makan sebijik siang & sebijik malam. Jenis kedua tu pulak kena makan waktu malam je. Tapi saya tak pernah pun makan jenis yang kedua tu. Tak tau la kenapa, degil kot. Doktor pun tak tau yang saya tak makan ubat untuk malam tu. Hampir setahun jugak saya makan ubat kolesterol yang hospital kasik ni, tapi paras kolesterol still tak turun banyak.

Alhamdulillah, selepas sebulan saya makan CoQHealth, bila check darah, doktor kata paras kolesterol dah turun banyak. Aik! Mula2 macam tak caya, tapi bila pikir2 balik, mungkin sebab saya makan CoQHealth tu kot! Yang paling best ialah ubat malam tu doktor dah tak kasi makan lagi. Phew! (walaupun hakikatnya saya tak pernah makan ubat tu pun kan? hehehe)

Okay, melalut2 pulak citer pasal kolesterol. Pointnya kat sini, bila saya dah rasa sendiri keberkesanan supplement Shaklee, saya lebih yakin untuk terus menggunakannya supplement yang lain-lain. Daripada Vita-Lea & CoQHealth, saya tambah pulak dengan Sustained Release Vita-C Plus. Alhamdulillah sekarang ni dah jarang2 saya demam ataupun kena selsema. Bukan nak kata apa, tapi kalau kita tak jaga badan kita, kalau kita tak provide badan kita dengan vitamin & mineral yang secukupnya, sure cepat je penyakit2 camtu datang singgah kan?


Lately kami sibuk sikit kat tempat kerja. Banyak tempahan kek, cupcake & muffin (oh ya... kami ni ada jual kek, cupcake, muffin dan yang seangkatan dengannya. Sila2lah jenguk Instagram/Facebook @kafeamben ya! Promote jap... hehehe). Okay sambung citer. Tempahan ni kengkadang tak menentu. Ada yang tempah awal. Ada yang tempah last2 minit. Tapi dah rezeki, mana yang boleh buat tu, kita terima jelah. Cuma ianya mengganggu waktu tido & waktu makan kami. Kadang2 terskip breakfast. Lunch pun dah nak hujung2 senja. Perut dah masuk angin. Lepas makan, perut rasa tak sedap sebab kembung semacam je. So saya pun try la supplement Peppermint-Ginger Plus pulak. Alhamdulillah, lepas makan 3 bijik, angin yang terperangkap dalam badan ni berpusu-pusu keluar. Lega sikit. So sekarang ni supplement tu saya standby je kat umah. Kalau2 rasa macam tak sedap je perut ni, telan sebijik dua.

Vita-Lea tu sebenarnya multivitamin & mineral. Memandangkan kami ni jenis manusia yang kuat makan, kadang2 susah nak dapatkan makanan yang sihat, kecuali bila kat umah, we olls masak sendiri jelah. Kalau makan kat kedai, paham2 jelah yer. Zat besi entah ke mana, vitamin semua terbang melayang kat dalam kuali. Vita-Lea ni la yang membantu saya. Kalau tidak, badan tak segigih sekarang ni. Almaklumlah umur dah 37 tahun, makin tua nie rasanya dah tak bertenaga macam zaman masa muda2 dulu. Sendiri mau ingat la kan?

Okay... camtulah citernyer bagaimana saya mula percaya dengan produk2 Shaklee. Lagipun sejak duduk serumah ngan si Hafez ni, buku nutrisi pasal supplement & produk2 Shaklee ni memang ada je kat depan mata. Dia pun asyik citer pasal Shaklee Shaklee Shaklee. Jadi serba sikit saya tau la jugak asal usul Shaklee & kenapa produk dia jauh lebih baik daripada produk2 yang dijual kat farmasi tu. Harga pun idak le mahal sangat, especially kalau beli dengan harga ahli. Dah le dapat harga lebih murah berbanding retail price, dapat pulak kumpul point. Cukup jumlah poiunt tertentu, Shaklee akan kasi rebate pulak, terus masuk kat dalam akaun bank kita. Campur tolak, banyak jugak penjimatan tu kan?

Anyway, tujuan saya jadik member Shaklee ni bukan sebab nak beli barang personal dan dapatkan harga ahli je. Saya nak improvekan life saya. Saya nak masuk ke usia tua dengan tubuh badan yang sihat. Kalau ada rezeki lebih hasil daripada menjual Shaklee ni saya teringin jugak nak gunakan duit tu untuk gi menunaikan haji, nak jugak gi melancong ke New Zealand (teringin bebenor nak tengok penempatan Hobbit tu!), dan nak membantu orang yang susah. Kalau ada peluang, nak jugak sorang baby! Tapi bukan sebarangan baby taw! Saya nak baby Shaklee! Maksudnya... baby tu dah start dapat supplement Shaklee sejak mak dia mengandungkan dia lagi. Haaaa... best tak?


Tu la impian saya. Tapi bak kata sorang kawan tu, tak salah kita menyimpan impian yang tinggi. Setiap kejayaan itu bermula dengan impian. Cuma kita kena usaha je untuk capai impian kita tu.

Okaylah u olls. Setakat ni je yang mampu dibebelkan buat masa ni. Nanti ada masa lagi saya tulis lagi kay! Tapi mungkin bukan tentang Shaklee sahaja. Saya nak citer tentang kerja saya, tentang kucing saya, tentang kehidupan seharian saya. Dan mungkin saya akan kongsikan maklumat2 yang berguna untuk kita semua.

Babai!