Thursday, August 28, 2014

Kenapa Kojiro Masuk Wad

posted by Mohd Yusof Rahmat

Salam semua!

Pejam celik dah pun hari Khamis kan? Pantasnyer masa berlalu. Cepatnyer kita nie jadik tua. Nanti sedar tak sedar, dah pun sampai tarikh lahir kita. Time tue sure kita rasa macam tak excited sangat. Maklumlah umur makin meningkat. Kalau zaman kanak2 dulu, kemain excited lagi bila tiba besday, coz dapat duit & hadiah daripada parents & sedara mara. Bila dah tua kertu camni, bila tiba hari lahir, macam malaaaaaas jer nak celebrate... hehehe

Anyway hari nie saya nak citer sikit pasal kucing kitaorang bernama Kojiro. Kojiro nie jenis domestic long hair. Kalau orang tak tahu, asal kucing bulu panjang je mesti orang kata jenis kucing parsi. Tapi kucing nie ada banyak jenis rupanyer. Apa2 pun jenis, kita kenalah jaga kucing kita nie dengan betul. Kena jaga makan dia, minum dia, mandikan dia & sekali sekala bawak la jumpa vet untuk dapatkan vaksinasi ataupun normal checkup. Kucing pun nak cantik & sihat jugak, tul tak?

Kojiro nie jenis yang high maintenance sikit. Dari dulu lagi dia jenis yang manja. Bulu je tebal, badan je montel, tapi dia jenis yang penakut. Kulit pulak sensitif, selalu je kena rashes ataupun eczema (haa... kucing pun eczema taw!). Tambah pulak habit dia nie suka menyelongkar tong sampah. Kalau tong sampah kat dalam umah tu, kita boleh lagi nak halang. Tapi kalau tong sampah kat luar umah, ko mampukah? Kat situlah ada banyak harta karun yang kucing2 nie suka. Dan banyak jugak virus dan bakteria yang suka sangat ngan dia.

Anyway, sebelum nie kami kasi Kojiro makan Royal Canin (RC) jenis Hair & Skin, coz kulit dia jenis sensitif. Pernah jugak makan IAMS untuk kulit sensitif, tapi IAMS menyebabkan mulut dia berkeruping2. Mungkin tak sesuai. So kitaorang maintain kasik dia makan RC je. Then 2 minggu lepas makanan dia dah abis. Kitaorang pusing satu JB nak carik RC, tapi tak jumpa pun RC untuk Hair & Skin. Oleh sebab makanan dia memang betul2 dah habis, kitaorang try la jenama Blackwood, atas pujuk rayu janji manis staff yang kerja kat pet store tu.


Mula2 risau jugak coz takut Kojiro tak suka. Bak kata staff tu, once kucing dah pernah makan RC, kucing mungkin tak selera ngan makanan jenama2 lain nih. Kekwatnyer la kan. Tapi si Kojiro nie pelik, dia makin suka Blackwood nie. Asyik makan ulang2 kali. Tak sampai 2 minggu dah hampir separuh bungkusan tu dia dok belasah. Dalam hati... "hmmm... maybe sedap la kot?". Untung jugak coz harga Blackwood nie 50% lebih murah berbanding RC.

Makan pun bersepah. Eeeee... tebalnyer leher dia tu! Memanglah ada isu berat badan!

Kojiro nie kencing & berak kat dalam bilik air sendiri, kat umah kitaorang. Umah nie ada 2 bilik air. So, bilik air tetamu tu kitaorang khaskan buat Kojiro. Kalau korang guna, bertabahlah yer coz baunyer tu, nyamuk pun takmo masuk!

2 malam lepas masa bersihkan taik & air kencing dia, saya notice ada warna merah pudar kat kawasan air kencing dia tu. Eh... macam darah tapi cair. Pastu Kojiro punya behavior semacam je. Dia mula kencing kat tempat2 lain kat dalam umah. Dia kencing sikit kat alas kaki kat dapur, kat belakang pintu & cubaan untuk kencing kat atas carpet (tapi tak berjaya sebab saya sempat jerkah dia... hehehe). Pelik jugak. Kucing biasanya kalau buat perangai camni, mesti ada yang tak kena. Bak kata omputeh, "it's a cry for help".

Bila kitaorang google simptom2 tu, kitaorang suspect dia nie kena urinary tract infection (UTI). Mungkin dia susah nak kencing, atau kencing tak lawas, atau sakit masa nak kencing... sebab tu la dia try kencing banyak kali & cuba untuk kencing kat tempat2 lain.

Semalam pulak saya notice dia kencing sikit je kat bilik air. Pastu takder kesan darah. Saya pun pikir... "hmmm... mungkin dah takde apa2 kot! Mungkin dia dah baik sendiri". Tapi hati nie macam masih kuat nak hantar dia gi jumpa vet.


So, malam semalam kitaorang bawak jugak dia gi jumpa vet. Bila check, rupanyer pundi kencing dia dah penuh giler! Pastu "anu" dia tu dah tersumbat! Rupa2nyer dia tak boleh nak kencing! Aiyoooo kesiannyer! Bayangkanlah korang punyer pundi kencing tu dah overload, pastu korang tak boleh nak kencing. Sakit ke tidaaaaaak?

Vet tu masukkan tiub halus kat anu dia. Pastu vet tu pam keluar air kencing dia. Kalau tak silap saya, ada la dalam 40ml air kencing keruh yang keluar, lebih kurang 1 cawan penuh. Then vet tu pam ubat cecair untuk cuci pundi kencing dia. Then pam keluar lagi. Masa tu ada nampak la sikit serbuk2 hitam halus. Vet tu cakap, nasib baik kami bawak Kojiro datang klinik awal. Kalau tidak, boleh kena infection yang lebih teruk, especially kat buah pinggang dia. Dan untuk kes2 yang serius, boleh menyebabkan kematian.

Bila citer2 tentang Kojiro, cara pemakanan dia, habit dia selongkar sampah, dan sebagainya... barulah kami dapat tangkap punca sebenar penyakit dia tuh. Rupa2nyer vet tu cakap memang banyak kes kucing yang makan Blackwood kena sakit macam ni. Dia immediately suruh kitaorang stop & kasi makanan lain yang sesuai.

Adoiii... tak sangka sangat! Tetiba macam geram ngan Blackwood!

Tiub yang vet masukkan kat anu Kojiro tu dia tak boleh nak tanggalkan dulu. Coz taknak anu dia tersumbat lagi. Vet tu kasi 2 injection ubat tahan sakit kat dia & kasik 3 jahitan, supaya tiub tu tak tertanggal. Pastu dia kena pakai kolar ala2 Lady Gaga. Mula2 vet tu cakap kalau kita nak bawak balik, kita kena treat Kojiro sendiri. Bersihkan kawasan tiub tu, make sure air kencing dia keluar dengan lancar, make sure pamkan ubat cuci ke dalam tiub tu sehari sekali & make sure Kojiro minum air yang banyak untuk flush out benda2 kotor kat pundi kencing dia. Pastu Kojiro tak boleh keluar sangkar. Kalau lepas, nanti air kencing dia akan menitis merata2 kat rumah. Hari Isnin depan kena bawak Kojiro ke klinik lagi untuk bukak jahitan.

Aiyoooo... cemana tuh?! Dah la kitaorang nie bz dengan nak siapkan kek untuk customer kan? Nak taknak terpaksa tinggalkan Kojiro kat klinik. Tapi bagus jugak coz staff2 kat situ boleh tolong jaga Kojiro. Diaorang akan treat Kojiro untuk 5 hari. Makanan yang sesuai pun akan disediakan. Ubat pun vet akan kasik. Cuma terbanglah duit RM500! Sigh... takpelah. Kita jaga kucing yang sakit, InsyaAllah ada balasan baik yang setimpalnya. Hopefully Isnin depan Kojiro dah boleh balik umah dengan keadaan yang sihat.

Gitulah citer Kojiro semalam. Letihnyer kitaorang nie cuma Allah je yang Maha Mengetahui. Dah la tak tido since subuh, seharian buat kerja kat kedai. Ke sana ke mari carik barang. Pastu balik umah uruskan pulak si Kojiro kat klinik. Bila balik umah, sambung pulak kerja2 mencuci kain2 yang terkena kencing Kojiro. Then dok mop satu rumah. Macam nak pengsan!

Tapi nak buat cemana kan? Kalau kitaorang nie ada orang gaji nak buat kerja2 umah, nak tolong jaga Kojiro, nak tolong masak dinner, nak tolong buat laundry, nak tolong bersihkan dapur, cucikan pinggan mangkuk... lainlah cerita kan? Ini semuanyer kena buat sendiri u olls!

Kadang2 tu orang tengok kitaorang nie bujang, orang assume yang kita nie takde kerja, takde tanggungjawab, takde life. Bagi saya setiap orang pasti ada masalah tersendiri yang perlu diselesaikan. Bukan hidup namanya kalau takde masalah. Even orang yang dah mati pun akan bertemu dengan masalah baru, yang jauh lebih complicated.

Moralnya di sini:

  1. Cuba elakkan beri kucing anda makan Blackwood. Nak beli jenama2 lain pun okay, asalkan sesuai dengan kucing tu. Yang penting takder bahan2 perasa tiruan & takder bahan pengawet yang melampau2. Fancy Feast tu janganlah korang beli. Kucing memang suka sesangat, tapi bahan2 kat dalam dia tu memang tak elok. Kucing korang boleh jadik gian taw! hahaha...
  2. Jagalah haiwan peliharaan kita dengan elok. Jangan time nak main2 ngan dia je, baru kita panggil dia. Tapi bila dia 'menyusahkan', kita abaikan dia. Itu mungkin salah satu amanah yang Allah nak beri kat kita.
  3. Kita pun kena jaga kesihatan kita. Jaga pemakanan kita, coz mungkin sekarang kita tak rasa sakit, tapi bila dah tua nanti, macam2 penyakit yang timbul hasil daripada tabiat pemakanan kita sekarang.
  4. Makan banyak sayur2an hijau, buah2an, minum banyak air kosong & cuba dapatkan supplement yang organik ataupu diperbuat daripada bahan2 semulajadi. Cuba sedaya upaya elakkan ubat2 dan supplement yang sintetik, coz ianya boleh memberikan kesan negatif kat hati, buah pinggang, dan ada sesetengahnya amat bahaya untuk jantung kita.
  5. Makanlah Shaklee. Bukan sebab saya nie ahli Shaklee. Bukan sebab Hafez nie aktif menjual Shaklee. Tapi sebab ianya merupakan supplement yang selamat, semulajadi & mempunyai khasiat yang banyak. Harga pun tak mahal berbanding kos rawatan yang kita kena bayar di kemudian hari.
Kalau korang jenis pemalas nak makan supplement, amik 1 jenis pun takper. Cuba amik Vita-Lea, sejenis multivitamin & multimineral yang complete untuk kesihatan badan kita. Buat yang ada bajet lebih & nak produk yang jauh lebih bagus, cubalah Vivix. Khasiat dia memang panjang berjela2. Testimoni pengguna pun memang banyak, dan dah terbukti secara klinikal. Harganya agak mahal sikit, tapi korang boleh dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah. Boleh tahan sampai 2 bulan. Kalau takmo makan sendiri, boleh kasi kat mak ayah yang sakit tu, memang korang akan nampak perbezaan yang ketara. Kalau tak elok bagai dikata, takkanlah ramai cancer patient yang makan Vivix kan? Cancer patient yang buat chemo tu memang perlukan supplement yang terbaik untuk renew sel2 dalam badan yang rosak akibat chemotherapy.

Nie saya nak share 2 poster yang saya copy daripada facebook Hafez. Kalau nak tengok banyak lagi, boleh bukak page dia, ataupun contact kami terus kay!




Okaylah korang, panjang melalut pulak posting hari nie. Nanti kalau ada info2 yang berguna tentang Shaklee, perkembangan terkini tentang Kojiro, ataupun gambar2 kek yang terbaru, saya akan update korang ya!

Selamat bekerja!

2 comments:

  1. Slm abg usop. .dulu kojiro pernah kencing bdarah mcm tu. Kencing ad cecair warna merah cair. .ms kt rumah kl dlu kencing kt bwh tembok kt dapur. .maybe dia mmg sng sakit mcm tu kot ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see... mungkin sebab masa tu dia suka korek2 sampah agaknyer. Lagipun kita kasi dia makanan yang macam2. Kucing ni kengkadang sensitif. Takleh makan makanan manusia. Tapi dia suker buat muka kesian bila tengok kita makan ikan ataupun ayam goreng, tu yang lemah... hehehe

      Delete